Kisah Cuti Hari #2

Assalamualaikum wbt

Saya tak tahanlah keadaan cuti begini. Malam tadi saya lelap ketika hari sudahpun mencecah jam 6.30 pagi. Sudah terang benderang di luar. Langsir memang dirapatkan supaya cahaya matahari yang terbit awal tidak mengganggu tidur orang lain. Saya berniat untuk tidur dengan puas sebab semalaman saya memang tidak boleh tidur.

Tapi baru sejam dua terlelap, saya sudah terbangun. Untuk menidurkan diri semula, saya memasang playlist nasyid dan memakai headphone. Tapi tetap tidak boleh lelap. Saya terus bangun dan membuat apa-apa yang patut. Tapi hari ini memang tidak berkualiti. Paling habis pun, saya berjaya membaca 3 jurnal perubatan yang menarik berkenaan dengan autopsi mayat dan pembedahan otak. Perut pun tak berkualiti. Tak menjamah apa-apa sehinggalah malam. Tengahari tadi, Imen rakan Tunisia saya datang ke rumah. Berbual barang sejam dua. Dia bertanya kenapa ada tertulis nota ‘Uskutii!’ yang ditulis dalam Bahasa Arab yang ditampalkan di depan meja belajar saya? Saya jawab, kerana saya tidak mahu semua yang saya rasa terluah keluar atau dizahirkan. Jadi saya menasihatkan diri saya supaya uskut.

Yang agak berkualiti cuma 1. Dapat beraerobik dengan gembiranya ketika rumah kosong. Yang ada hanya saya dan Wanie. Empat yang lain menghadiri jamuan di rumah kawan. Saya dan Wanie juga sempat berbincang tentang beberapa isu termasuklah jahat baiknya diri kita dan cara kita untuk berubah. Tapi apa kesimpulannya?

Susah jika kita terpaksa berhadapan dengan orang yang keras kepala dan selalu rasa dirinya betul. Kita bukan mencari alasan tapi setiap daripada kita pastinya tahu apakah yang mampu dan tidak untuk kita laksanakan. Dan jangan kerana kita rasa kita sudah bagus lalu kita mengharapkan orang lain berada sama paras dengan kita. Kadang kala, ada kekangan dan kekurangan yang tidak dapat dielakkan dalam diri seseorang. Wallahu a’lam.

Buat emak yang Ngah sayangi, semoga cepat sihat. Ngah jadi kurang ceria bila dapat tahu emak sudah beberapa hari tidak sihat.

Buat rakan-rakan, jangan cari saya di YM. Memang tidak akan jumpa. YM saya bermasalah.

Sungguh, saya tidak ada mood untuk buat apa saja sekarang ini.

15 Responses to “Kisah Cuti Hari #2”

  1. penjejak malam says on :

    sungguh sarah ni sangat bosan dgn cuti ye. apa kata sarah melukis. lukislah apa-apa dan kemudian paparkan di sini. atau tanam bunga dan berkebun.:)

    kita mahukan perubahan dan mahukan juga kawan2 kita berubah. berikan nasihat secara hikmah dan lembut tanpa melukakannya atau doakan mereka supaya berubah.

    semoga mak sarah cepat2 sembuh. memang musim demam sekarang. err.. dulu pun musim demam juga.. πŸ™

    Reply

  2. k.i. says on :

    panjang2kan salam kepada emaknya. semoga cepat sihat dan sarah kembalik ceria. setidaknya dapat aerobik dalam boring2 tu =) Ada orang celik, cari makanan lepas kejap tidur pastu celik balik cari makanan lepas tidur, pastu celik balik pastu tidur (tp bukan abglah..)

    Dalam hidup kita jadilah seperti air yang mengalir di sungai. kalau mudah laluannya alhamdulillah, tapi kalau ada batu2 ditengah, batu2 tu tak menghalang air sungai untuk terus mengalir, dilalu celah2 dan sebagainya. bersabarlah kerana Allah pasti bersama orang yang sabar.

    Mood tu bukan ada dkt drawer ke, cuba pegi ambik dia sat. Nanti adalah mood tu. =p

    Reply

  3. silent reader says on :

    ape kata Sarah p masak laksa penang…(yg hebat tu…) pstuh share kan resipinya d sini. saya x pandai buat laksa penang… sy org kelantan. (laksa kelantan pun x brp pandai)

    Reply

  4. menteil says on :

    cuti hujung minggu nie aku dum umah jer.. malas sungguh nak kuar..

    hehe..
    same la YM rosak..
    terpaksa guna YM vista yang lombab itu…

    kuatkan semangat k…

    Reply

  5. Liyana says on :

    salam..ngah…
    huhuhu..nmpak sgt ngah bkan jnis org yg leh duk diam..b’mls2an…hehehe…bgus2..bkan mcam yana nie…huh duk umah tu syok sgguh..tpkan ngah skang ni yna dh ad hobi bru…hehhe..jahit labuci kt bju krung!!!skrang ni yna dh buat labuci kt 3 bju krung yna..nnti yna buat utk ngah stu ye…

    Reply

  6. al-jitra-ii says on :

    salam,

    selamat bercuti & jangan tension2..cuti untuk berehat kan?.:)

    Reply

  7. Inah says on :

    sarah bercuti dan bosan ye..heheheh..biasa tu..akak plak stress nak viva πŸ™‚

    anyway..appreciate masa cuti untuk digunakan bagi membuat perkara yang kita tidak dapat buat dulu..contohnya..membaca buku cerita, melawat kawan2 di sekitar moscow dan sebagainya..well, ini hanya cadangan..

    YM bermasalah ke??gunala meebo..boleh juga πŸ™‚

    Reply

  8. lin says on :

    i hope u’re in the best of health… πŸ™‚

    Reply

  9. shazwani adnan says on :

    salam

    mmg bosan duduk bilik je. sampai tak tahu nak buat ape

    Reply

  10. CJ says on :

    hehe.. mudah je Aya. bersihkan bilik sampai kilat atau buat gak potluck. panggil kawan2 makan. sedekah juga tuh. atau main2 dgn kucing buat hilang bosan.. atau buat orang salji. (ada lagi ke salji?)

    Reply

  11. Anonymous says on :

    kesiannya..memang ‘seksa’ sungguh baca Sarah nak abiskan cuti untuk satu hari. mmm..macam mana nak tolong yek..gi la ambil angin kat luar..kotΒ² boleh segarkan suasana suram tu..

    Semoga mak Sarah cepat sembuh dan Sarah dapat kembali keceriaan hidup Sarah. Mak akak pun kurang sihat jugak..baruΒ² ni nyaris kene bermalam kat spital.. alhamdulillah.. takde ape-ape. so akak faham situasi Sarah..tambah lagi Sarah jauh kat sane..Sabarla ye..

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Penjejak Malam:
    1st sekali, sy nak ucap thanks sgt2. sbb idea yg psl melukis tu sy guna pakai dgn anak usrah sy time usrah td. huhu. kitorg melukis. sape dpt teka sy lukis apa? hehe. oh. musim demam tu menular ke sini nmpak gayanya..

    Abg Khairil:
    salam x dpt disampaikn lg sbb x dpt nak contct pun. credit zero. mood sy x de nya nak main nyorok2 dlm laci. sekali dia lari, dia bawak diri jauh2 sungguh. ntah la..

    Silent Reader:
    instead of laksa penang, sy masak macaroni ala2 mee mamak plak. huhu. nak buat laksa, x cukup bahannya skrg ni.

    Menteil:
    ha. sama la tu. skrg awk tau la apa sy rasa bila x de mood, duduk terperap kt rmh je, then YM nya plak merajuk2. sadis je rasa hidup. tp best jgk sbb dpt lari dr mcm2 benda.. hehe. kuatkan semangat jgk k.

    Yana:
    mmg ngah x leh duduk diam yana. awak pn tau ngah ni mcm mana kn. labuci????? waaa… bagusnya anak dara sorg ni. ada masa lapang menjahit ye. hari tu kan, ngah menuntut ilmu menjahit dr mak tam dgn tok. power tak? huhu. ngah akan make sure ilmu buat telekung misti khatam! nk jahitkn 1 utk ngah? ada ke masa yana ni? nnti ngah balik, ntah2 yana dh kt Uni dh. hehe

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Al-Jitra-ii (Bro Fisol kan?hehe):
    cuti yg banyak maksud lain yg tersembunyi.. πŸ™‚

    Kak Inah:
    sy mmg x suka bab2 kena download benda2 lain yg boleh memenuhkan laptop ni. huhu. tak kesah la meebo ke, paltalk ke. agak rimas sebenarnya. jenuh nk buat itu ini :p huu.. sy membebel. knp sy x keluar ke mana2, jwpnnya sy ada tulis dlm entry baru tu. all the best utk viva ye kak!

    Lin:
    tiba2 bgn pagi ni demam plak… 😐

    Wanie:
    tp hari ni mcm2 skit aktiviti kita sume kn. eh silap. bukan semua. kamu study :p ks yg byk benda buat termasukla bebel2. hehe

    Cikgu Jawe:
    sy x larat dh nk kena masak2 sume ni. smlm pun diorg ni dh berpot luck dh. sy n wanie x terlibat. kucing? erm.. kami x bela kucing. org salji? salji dh x de dh. kalau ada pun, x boleh keluar. huhu. sadis je kan…

    Akak:
    sy mmg nak gi jalan2 amik angin tp x boleh keluar. tu la problemnya.. emak akak sakit? so skrg dia mcm mana? harapnya dia dh ok dh. sy setiap kali dgr emak ke, ayah ke sakit, sblum tido misti bergenang la air mata. sayu teringatkn diorg dh ok ke belum.. nk diluahkn x reti tp mmg sedih la.. πŸ™

    Reply

  14. faisal says on :

    kalau tak bleh tido sarah pakai headphone? kalau sy lagilah tak bleh tido,hahaha..:) kalau sy tak bleh tido, sy akan pergi ruang tapi pasang tv dan tengok rancangan yg paling bosan spt channel berita,hehe..kalau ada berita bahasa arab kat aljazeera tu lagi best sbb tak faham dan tak sampai 5 minit akan terlelap akhirnya,hehee

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    sy dgr nasyid acai. sy pasang slow je. so sy akn rasa cam senang je nk tido. ni biasanya sy buat klu pening time nk tido. tp klu time yg penat sgt tu, tutup muka dgn bantal, tido terus. sy x main la astro2 bagai ni. sy x penah tgk astro secara rasmi. huhu.

    Reply

Leave a Reply