Dia, Kekasih Dari Langit

Assalamualaikum wbt

Sebaik tiba dari hospital pada petang tadi, saya terus menuju ke kedai roti. Dalam perjalanan, saya terserempak dengan David, warga Israel, beragama Yahudi, kekasih kepada bekas jiran saya di Hostel Pushkin dulu. Dia senyum dan mengangkat tangan kiri tanda menyapa saya ketika berselisih. Sebenarnya, dari kejauhan lagi, saya seakan ada konflik di dalam diri. Sama ada hendak menegurnya seperti dulu atau tidak.

Sebaik berselisih, saya hanya membalas dengan senyuman kecil. Cukuplah itu saja. Dalam hati, saya masih teringat-ingat keakraban saya bersama kekasihnya, Ziva, yang berjiran selama setahun dengan saya dulu. Saya membalas senyuman itu dengan niat yang saya pusatkan hanya sekadar menjaga hubungan sesama manusia.

Selepas Maghrib tadi, saya duduk-duduk saja di atas sejadah. Hati terdetik, 12 Rabiul Awal sudah. Tarikh lahirnya seorang insan agung. Dan tak dilupa tarikh perginya insan itu meninggalkan kita semua. Dia Muhammad. Nabi Muhammad s.a.w. Terus saya teringatkan sirah baginda bersama dengan seorang Yahudi buta.

Ketika hayatnya, Rasullah tidak pernah terlepas pergi memberikan makanan pada seorang Yahudi buta yang bermukin di sudut pasar. Ketika memberikan makanan kepadanya, Rasulullah tidak henti-henti akan mendengar cercaan, hinaan dan sumpah seranah Yahudi tua itu. Sedangkan, si Yahudi itu tidak tahu bahawa dia sedang berhadapan dengan orang yang dibencinya itu.

Selepas kewafatan Rasulullah, Abu Bakar datang bertemu anaknya Aisyah yang merupakan isteri baginda. Abu Bakar bertanyakan Aisyah apakah kelaziman yang Rasulullah tidak pernah abaikan. Aisyah meyakinkan bahawa tiada satupun kelaziman baginda yang tidak diketahui oleh Abu Bakar kerana ayahnya itu adalah sahabat baik suaminya Muhammad. Namun ada satu perkara yang dikhuatiri Aisyah. Lalu Aisyah mengkhabarkan perihal Rasulullah yang setiap hari membawa makanan buat si Yahudi buta itu.

Keesokannya, Abu Bakar membawa makanan menuju ke pasar dengan niat untuk menjadi penyambung kepada kelaziman Rasulullah itu. Sebaik dihulurkan makanan kepada Yahudi buta itu, dia menolak makanan itu dan berkata: Kau bukan orang yang membawakan makanan buatku setiap hari. Abu Bakar kehairanan lalu bertanya: Apa bezanya? Yahudi buta itu menjawab: Setiap kali dia datang, dia tidak pernah akan menyusahkan aku untuk mengunyah makanan ini. Dia akan menghaluskan makanan itu untukku dan kemudian menyuapkan terus ke mulutku.

Abu Bakar menangis di saat itu juga. Lalu Abu Bakar bertanya: Tahukah kau siapakah orang itu, wahai si tua? Yahudi itu menjawab tidak. Lalu Abu Bakar membalas: Dengan nama Tuhanku, juga Tuhannya, dialah Muhammad, orang yang kau keji-keji selama ini. Dan Muhammad itu sudahpun meninggal dunia.

Dengan nama Allah, di saat itu juga lelaki Yahudi buta itu menangis-nangis. Dan terus, dengan disaksikan oleh Abu Bakar, si Yahudi itu melafazkan syahadah. Tanda Tuhannya kini sama dengan Muhammad, Abu Bakar dan muslimin sekeliannya.

Selepas teringatkan kisah itu, saya rasa sedikit lega. Sungguh Yahudi itu musuh kita semua namun dalam keadaan yang tidak diancam, ambillah contoh akhlak Rasulullah untuk kita jadikan tauladan. Semoga satu hari nanti, David akan mengerti dan tidak tuli dengan keindahan akhlak Islam. Akhlak kesempurnaan cerminan peribadi Rasulullah s.a.w.

Buat Kekasihku Muhammad, kelak di akhirat kupohon diberikan syafaat. Salam rindu Ya Rasulullah.

Kekasih Dari Langit

Ada mimpi milik si ahli kitab
Juga dakwa mereka si penjaga mihrab
Dari langit nanti datangnya Nur
Nur penafi sihir si tukang tilik
Nur penyempurna di kala akhlak jahil jelik

Janji Allah pada Al-Masih
Sesudahnya dihantar seorang kekasih
Tiada tandingan wajahnya rupawan
Dihina tidak luak
Dicerca tidak berganjak
Tiada tandingan akhlaknya menawan

Nur itu dari langit
Diseru sekelian suara namanya Muhammad
Muhammad itu penghulu ummat
Muhammad itu pemberi syafaat
Sungguh, Nur itu hadiah dari langit

Muhammad itu namanya kirana
Jiwanya cahaya
Kekasih hati ummat yang bersyahadah
Kekasih terulung di sisi Allah

-Sarah, Moscow City, 190308-

23 Responses to “Dia, Kekasih Dari Langit”

  1. cikgu jawe says on :

    aku pun mungkin akan berhadapan situasi yg sama kalau berselisih dgn kaum yahudi nih. walaupun tak semua yahudi memusuhi Islam. namun perasaan dalaman rasa kurang selesa dgn apa yg mereka lakukan di palestine.

    apa beza yahudi dgn israel? yahudi agama anutan mereka. israel bangsa, bani israel. kaum yahudi yang memusuhi Islam akibat terpengaruh dgn fahaman zionis yang merupakan fahaman pelampau dalam agama yahudi.

    fahaman zionis juga meresap dlm kristian menyebabkan penganut nasrani yg terpengaruh juga memusuhi Islam.

    antara sahabat agung Nabi Muhammad yang asal yahudi ialah Abdullah b. Salam. Tokoh Islam pula seperti Maryam Jameelah dan Muhammad Asad.

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    opss.. tambah lagi. istilah yahudi juga merujuk pd agama dn etnik. keturunan yahudi berasal dari Nabi Ishak b. Ibrahim. manakala bangsa arab berasal dari Nabi Ismail b. Ibrahim. Nabi Ishak dn Nabi Ismail adik beradik lain emak.

    suka2 je aku komen panjang2 mcm le ni blog aku. hehe. sarah tak kisah kann.. 🙂

    Reply

  3. mudin001 says on :

    Salam maulidurrasul, banyakkan berselawat. 🙂

    Reply

  4. Anonymous says on :

    Salam,
    Alhamdulillah,wassolatu wassalamu ala Rasulillah wa ‘ala alihi wa sohbihi wabarik wasallim

    tenang menatap entry pagi ini
    terima kasih

    Reply

  5. Rynn Cowbra says on :

    salam,sarahku shayang.

    selamat maulidur rasul.

    suke sajak ‘rindu dengan sangat’ tuh dulu :p

    Reply

  6. Inah says on :

    salam sarah 🙂

    akak di tag ye..akan akak buat ye later today 🙂

    cerita berkenaan rasulullah..ramai yg semakin melupakan..bahkan terlupa untuk memberi salawat dan salam kepada Rasulullah..pejuang teragung dalam dunia Islam..

    Kita lebih memuja Siti Nurhaliza, Mawi..kita tahu apa yang berlaku dengan mereka, kisah hidup mereka.

    Namun, adakah kita benar2 tahu sirah rasulullah..cara hidupnya, kisah perjuangannya, bagaimana baginda menghadapi hidup yang penuh pancaroba. Orang yang akan memberi syafaat kepada kita apabila Hari Arafah menjelang tiba.

    Begitulah generasi kini. Hanya minorti yang masih inginkan Islam sebagai salah satu cara hidup. Hanya sedikit yang mengenali Rasulullah SAW. Hanya sedikit yang rajin berselawat ke atas baginda dan keluarga tiap hari.

    Muhasabah diri juga ini..Maaf memanjangkan komen di blog Sarah 🙂

    larikkkkks

    Reply

  7. Inah says on :

    akak dah siap tag 🙂

    Reply

  8. Faresya Fareed says on :

    KS kna tag!

    Reply

  9. Ibnu Asad says on :

    Salam ziarah.

    Terima kasih sebab berkongsi kisah Rasulullah dan yahudi buta tu. Banyak pengajarannya.

    Mudah-mudahan kita semua diberi hidayah utk istiqomah ikut apa yg Rasulullah ajarkan, supaya apabila di akhirat nanti, kita ada hak utk minta syafaat.

    Haih KS, saya paling suka entri yang ini 🙂

    Moga sihat dan bahagia selalu ye.

    Reply

  10. fathiyyah says on :

    salam kak sarah..semalam kami kat sini ada sambutan culture day di u kami..semua foreigner ada n diberi peluang utk mempersembahkan persembahan bagi melambangkan negara masing2..then bila tibe masa palestin,sy terkesima sekejap..walaupun rakyat mereka susah dan ditindas di negara sendiri,tapi sy tak nampak langsung bayang2 kesdihan..sy tahu mereka semua kuat semangat..mereka lah yang paling lantang lagi2 bila bersorak ‘PALESTIN’..
    kagum dg org2 palestin,sgt bijak(yang rata2nya top student di u kami) org israel,sy belum ketemu lagi disni..

    take care kak!
    p/s: teringin nak cari kawan warga palestin 😉

    Reply

  11. MK says on :

    um.. betul sangat cakap kak inah tu,,,,

    salam maulidur rasul ye kak sarah

    moga senyum selalu ^^

    Reply

  12. cikscarlet says on :

    salammaulidurrasul…moga Akhlak baginda menjadi panduan kita bersama..

    Reply

  13. so'od says on :

    salam maulidur rasul kak sarah
    moga senyum selalu 🙂

    Reply

  14. akak says on :

    Sesungguhnya baginda memang lambang keperibadian yang unggul. Sedih baca kisah tu..terima kasih untuk entri nie..Salam maulidur rasul Sarah..take care!

    Ps: Bila la mood ‘busy’ tu nak tukar kepada ‘relax’.. 😀

    Reply

  15. "sishoney" says on :

    salam sarah,
    tahniah di atas sajak yg indah..
    sesungguh kita merindui rasulallah itu kan walau kita xpernah bertemu.kita rindukan pemimpin seagung Muhammad walau tiada siapa layak mengambil tempatnya..namun pemimpin zaman sekarang septunta menjadikan rasulullah sebagai panduan dlm memimpn…

    Reply

  16. Aleeya says on :

    sedapnye bait2 kata2 dlm ‘kekasih dari langit tu..’

    sarah..psstttt ..tag dah siap hehehe

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    (sydrome x de mood dtg kembali)

    Cikgu Jawe:
    terima kasih atas ilmu2 yg dikongsi ni. kt dlm entri tu, mmg mula2 ada salah skit. mmg nk tulis agama tp mamai2 amat, tertulis lain. haah ye. sy mmg x kesah klu cikgu buat ni mcm blog cikgu sndiri. merepek2 cikgu, penuh dgn ilmu. hehe.

    Bro Mudin:
    salam maulidurrasul 🙂

    Anon:
    terima kasih. ada ilmu sikit, kita kongsi2 🙂

    Ryn:
    salam maulidurrasul. personally, sy pn suka sajak tu. tp yg ni yg lg baru. saje je nk kongsi2 dgn korang sume.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    betul kan kak inah. org skrg lg teruja dgn artis2.. sy x mau komen panjang sbb masing2 dh boleh fikir sndiri dh kn 🙂 thnk dh buat tag tu. kita mmg byk sama!

    Faresya:
    sorry amat2 fare. ks malas dh nk buat tag2 ni. sorry sgt2 ye 🙁

    Alif:
    salam maulidrrasul. kamu suka entry ni? trma kasih alif. ks suka sume entry2 kamu yg version skrg. tempat ks kutip ilmu. trma kasih sgt2.

    Thia:
    bestnya ada open day yg mcm tu ye. ada jgk chance nk tgk budaya org lain. as far as im concern, kt sini klu ada open day pun, its more to lagha progrm. x berahi nak pergi. ks pn nak kwn dgn org palestin jgk!

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    salam maulidurrasul wahai khairul 🙂

    Cik Scarlet:
    salam maulidurrasul.. insya Allah. kita apply sama2. saling ingtkn klu terlupa.

    Dr. Am:
    salam maulidurrasul. amboi2. karang panggil pakcik am karang. ada org nangis berdarah :p

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    akak, salam maulidurrasul 🙂 erm.. 2nd week bulan april nnti baru relax skit kot. akak doakan la sy x tension2 ye 😐

    Sis Honey:
    terima kasih sis. sajak yg ni biasa amat. buat gitu2 je. tp dlm dada wkt tu mmg rasa rindu sgt. sy hanya tulis sajak kalau ‘rasa’ tu dtg. apa yg sis kata tu betul. ntah bila kita dpt tgk ada pemimpin kita skrg ni yg betul2 menjadikan rasulullah sbg contoh tauladan.

    Kak Aleeya:
    Terima kasih kak aleeya sbb dh siapkan tag tu 🙂

    Reply

  21. faisal says on :

    dalam cerit alainkan ada juga org tua yahudi tu kutuk Rasulullah even masa Rasul kita bagi makan kat dia..:) tingginya akhlak mereka..sypun ada kawan forum bola dari Israel..honestly mmg kita tak bleh pukul rata semuanya jahat sbb kekadang merekapun tak berpandangan buruk terhadap Islam..dan mereka benci Israel melakukan kekejaman dsb…

    Reply

  22. Anonymous says on :

    betul ckp faisal tu…..kalau pun dia yahudi….jgn membenci sesama manusia….klu yahudi membenci kita jgn kita membenci dia…dia mnusia kita pun mnusia gak….cintailah sesama mnusia….klu dia syum …dun be hesitate utk balas…..hidup di dunia kena saling menyayangi sesama mnusia.bukan membenci

    Reply

  23. omarkhayam says on :

    dlm rindu ada kasih
    doa diutus tanda sayang
    kasih disemai sayang diutuh
    tanda ingatan tulus dihati

    Reply

Leave a Reply