Dunia Saya

Assalamualaikum wbt

Subuh pagi tadi, bumi di luar bagai hamparan permaidani putih. Serba putih. Salji turun dengan lebat tapi halus-halus saja butirannya. Sekitar pukul 10.30 pagi, tiba-tiba matahari menerik. Terik sungguh. Sehinggakan keping-keping salji dibirai atap jatuh mencair. Dan salji di langit luruh sebagai hujan. Bumi basah. Saya terasa panas kerana baru sudah bersenam. Membuat regangan ringan saja. Tapi gembira melihat ada terik kuning masuk ke bilik.

Jam 11.30 pagi, saya duduk di meja. Membaca buku dan makan biskut. Biskut Fitness. Tekak mahukan nasi lemak. Tapi siapa yang rajin mahu masak? Saya tersenyum membaca kisahnya Khairul Azzam. Untung Ayatul Husna punya abang sepertinya. Saya tiada abang. Jadi saya cemburukan Ayatul Husna. Boleh tak begitu?

Saya toleh memandang tingkap. Langit luas melaut. Langit hari ini sangat biru. Oh, hati saya gembira. Sudah terlalu lama tidak nampak rona biru terang di langit. Ada tompok-tompok putih juga. Cantik. Lama juga saya memandang langit tanpa menyedari air di dalam gelas sudah menyejuk.

Saya tarik gelas mampir ke diri. Saya pusingkan badannya. Ada gambar empat ekor anak kucing comel. Padanya tertulis:

Dlya tebya, s lyuboviyu… Buat kamu, dengan penuh kasih…

Saya tersenyum. Dan terus tersenyum. Ironinya, gelas ini dibeli sendiri, bukan dihadiahi 🙂

27 Responses to “Dunia Saya”

  1. cikgu jawe says on :

    kebetulan.. pg tadi masa beli surat khabar, aku beli nasi lemak. masa makan tu mcm terasa teringat ada seseorang yg tak dpt makan nasi lemak. tp x tau sape hinggalah terbaca posting awak.:p

    kt gelas tertulis juga. ali cafe hik..hik..

    cuaca pun gerimis kt sini. bumi basah dek hujan dn langit mendung sepanjang highway ke N9.

    quote:
    Untung Ayatul Husna punya abang sepertinya. Saya tiada abang. Jadi saya cemburukan Ayatul Husna. Boleh tak begitu?

    sat lg dpt le awak abang tuu..

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam Cikgu.

    Adeh. abag kandung la cikgu…. uuuu.. ni nk muncung panjang ni.. merajuk la sehari. huhu. ali cafe? patut la cikgu sehat walafiat :p

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    alaalaa.. merajuk la pulok. meh aku buatkan nasi lemak kuala selangor. special tau nasi lemak sini. taruh halia pastu kukus kt bekas kayu. 😉

    jgn lupa resepi nasi lemak cara org jawa yg aku bg kt ko tuh..

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    hehe. last sekali makan nasi lemak kukus kt kelantan dulu. resepi tu sy ingt cikgu. lebih2 lg part kangkung tu. 1st time tau 😀

    Reply

  5. faisal says on :

    semalam mak sy masak nasik lemak,sedaapppp hihihi*saje nak bagi jeles..:P waaa, sarah cakap mcm dalam novel je ayatnye..sarah, kalau mkn biskut fitness tu mmg bleh dapat fitness ker? tak pernah jumpepun kat sini,huhu…dengan berakhirnya musim sejuk tu bermulalah perjalanan study sarah semula,ceewaahhh..

    Reply

  6. fizz says on :

    Sarah, pasti sangat sejuk suasana di sana kan?Saya ni jenis yang tak tahan sejuk,tak tahu camne sy nak mengharungi kesejukan di bumi asing nnt..saya juga dah lama x merasai keenakan ns lemak. tetiba seakan mahu mencari sebungkus ns lemak sekarang 😀

    Reply

  7. Pengusaha Cowbra says on :

    smlm tekak rase nak makan nasik lemak. tp pappa bawak g makan nasik beriani.

    pastu mlm tuh keluar,ingatkan jumpe lew nasik lemak. tp xde. satu kedai tuh iye2 pasang banner besau gedabak ‘NASI LEMAK MALAM’ tp bile ditanye,die ckp xde nasik lemak. bole lakk gitu. terase cam nak hempuk jek pale tokeinye dgn kerusi2 yang berdekatan.

    entahlah. cuaca hari isnin selalu cantek. tgh dok lalu2 blok kat sekolah,bile pandang langet kaler biru berlawanan dgn satu bangunan oren/peach/cream entah ape kalernyer itu sgt cantek. tambah dgn kepul2 awan. x padan tapi menawan.

    Reply

  8. WanHidayat says on :

    Salam….nak abg ek???, nnti2 awak dpat lah abg, nak abg kandung dah tak mungkin boleh berlaku…(*melainkan kuasa Allah)….salji???, bilalah dapat tengok real salji….klu setakat pi Genting tengok salji kat sana…tak besh…sungguh tiruan…

    Pesanan: Jgn awak tenggelam dalam salji cukup…..sy dah cium Hafiy utk awak…dia mmg suka uncle dia nih…hahahahaha…..

    Reply

  9. Aleeya says on :

    sarah, ckp fasal nasi lemak ni, kak aleeya suka gak..tapi nasi lemak bandar ni kurang santan so kurangla rasa ‘nasi lemaknya’, klo balik kg..mak masak nasi lemak..hmm terasa ‘nasi lemak’nya…hehehe

    Reply

  10. Yatie says on :

    bstnya tgk salji.. 🙂 poskan salji skit leh?? 😀

    Reply

  11. sembangkomputer.com says on :

    saya pun takde abang. tapi saya tanak abang, sebab saya la abang yang sulung.. seronok dapat buli adik2 bawah.. kuang3x

    satu soalan. camne kak sarah bleh habiskan satu novel dalam masa sehari? adakah satu hari tu akak dok ngadap novel tu je la 24 jam, atau akak menggunakan teknik bacaan sepantas kilat? jawab2 ^^

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    mak awk masak nasi lemak jawe ke nasi lemak biasa? ada kangkung rebus tak? hehe. biskut fitness tu sbb kalori rendah. sy pun tak tau knp beli tu. kebetulan je mlm yg sy gi beli barang makan kt mni market tu, ternampak kotak biskut ni mcm best. terus amik. dh balik baru sedar tu biskut fitness. ala2 utk org diet la. tp sy tak aaaa. haah. spring dh nak mula x lama lg. n kls akn mula dh tak lama lg.

    Fizz:
    alamak fizz. tiba2 awk pun guna bahasa ala2 novel jgk (bak kata acai). silalah cari nasi lemak hri ni dan bila makan, ingt2la sy di sini. ewah~ anyway, suhu skrg x sejuk mana dh. 0 ke -2 je lbih kurang 🙂

    Ryn:
    awk sebut nasi lemak malam, sy teringat kt 2 tmpt yg sy boleh jmpa nasi lemak malam yg sgt best. 1 di greenwood gombak. ada 1 kedai tu nama dia nasi lemak raub. fuh. super duper best. (yasir sure tau). yg ke2 kt pasar malam mentakab. sambal sotong n kerang dia masyuk! (yg ni sure khairul the small itu tau) 🙂 ryn, kalau ada 2 warna terang dipadankn, mmg cantik. lain kali awk snap2 ye 🙂

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hidayat:
    meh la kasi abg kat sy. nak semua abg awk boleh? hehe. oo. ni misti dh pergi winter house kt genting tu kn? nmpak sgt ke tiruannya? ye la kn. 1 ciptaan allah. 1 lg ciptaan manusia. misti jauh bezanya kan. yeay. akhirnya hafiy dh dipeluk cium bg pihak sy! thanks dayat. skrg sy kasi chance la kat awk claim hafiy suka awk. tu sbb dia belum tgk auntie dia ni lg. dh jmpa nnti, kasihnya misti beralih arah. huhuhu. update gmbr dia cepat2 k.

    Kak Aleeya:
    akk buat sy kempunan nasi lemak mak sy jgk. dlm byk2 nasi lemak, nasi lemak mak sndiri jgk la yg paling best! kan kan kan? 🙂

    Yatie:
    bila smpai kt yatie, dh jd air :p boleh bancuh buat sirap je la. hehe

    Khairul:
    laa. kamu ke abg long tu? ingtkn kamu ada abg lg. ceh.ni kaki buli ye. report kt jabatan kebajikan masyarakat nnti. siap kamu. akk ni kalau dpt benda yg akk suka, akk ngadap tu je la. tak tengok benda lain pun takpe 🙂

    Reply

  14. faisal says on :

    perhatian semua kengkawan,cik sarah sedang berdiet sekarang..sekian terima kasih:P

    Reply

  15. Hawa says on :

    Sarah,
    Setiap kali saye bace perkataan al-mathurat tu, setiap kali tu jugak teringat kat dorm-05. hehehe… Ntah apesal rindu zaman dolu2.. yang penuh dengan macam2 ragam budak hostel.
    Terima kasih juga, kerana setiap kali saye rase lost, saye akan lawat blog ni. Sejuk hati dan mengingatkan saya kembali akan fitrah diri. Terima kasih Sarah. Walaupun awak jauh, tapi awak tetap beri impak maksima kepada saya.

    *jiwang tak? hehe..*

    Reply

  16. Mak Su says on :

    rindukan kampung halaman dan orang2 di sana ker?

    Reply

  17. mAkCiK De' KiPaS says on :

    nak nasik lemak gak…mlm ni bleh gi beli 😀

    cawan azah tertera “Happiness Begins With A Smile” pastu ada gambar muka bulat tersenyum kaler kuning keorenan. jenguk ke dalam, isi dah abis…malas nak buat air lagi…huhuhu

    Reply

  18. AiRynnz says on :

    kak ryn pun xde abang..tingin nak rasa camner la agaknya bile punye abg sdri….:)

    Reply

  19. one says on :

    dah abeh dah?saya maunya sampa seminggu lebih..

    Reply

  20. myfisol says on :

    untung sesiapa yang ada abang nie…lebih2 lagi yang pandai masak nasi lemak….rasanya dah ramai abg yang pandai nasi lemak sekarang nie…or even paella(spanish rice)

    abg2 kat moscow tu pun seharusnya belajar local dishes kat situ…

    Reply

  21. tiangpurnama says on :

    Salam Sarah
    hehehe,cik2 abang yg available ni tak sesuai ke Sarah?

    Reply

  22. one says on :

    Saya nak cari lah nasi lemak rembau tu sarah,rasa nak makan je nanti balik keje ni,yang dekat dengan stesen bas greenwood ke yang dekat orang beli tiket bas express letak kedainya?

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    acai jahat. mana ada sy diet pun. smlm wkt kluar tu sy makan mcm gergasi tau. uwaa..

    Hawa:
    sy pun rindu zaman E05 dulu. dorm yg terbest! alamak hawa. segan sy awk cakap mcm tu. tp ayat impak maksima tu tak leh tahan betul mmg jiwang 🙂

    Maksu:
    rindu!! td dh bergayut dh dgn kakak 😀

    Azah:
    lepas baca ayat tu, buat sy nak senyum je. tp mmg hari ni happy 🙂 sgt happy 🙂 hehe. hep azah. jgn malas2 nak bancuh air. tu baru air je pun. suruh masak kang. haaa. bru tau. hehe.

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Ryn:
    yeay. sama la kita 🙂 tp umur kak ryn dh layak utk ada abg lain plak. hehe. ups. jgn marah ye 🙂

    Oneib:
    udah dong!

    Bro Fisol:
    kat sini ramai je budak laki yg pandai masak. majlis di embc pun diorg yg handle. hehe. pg smlm tu, tekak sy ni ngada2 nk makan nasi lemak tp malas. sudahnya, mengidam je la. hihi. org malas selalu rugi kan? :p

    Tiangpurnama:
    erk.. hehe. kena buat tapisan SIRIM dulu la kot :p

    Oneib:
    Nasi lemak Raub. bukan rembau.. dia kat area hujung dekat dgn tiket bas ekspres tu. carilah. best sgt!

    Reply

  25. hafiz238 says on :

    dah lama tak jenguk blog ini. dah banyak berubah yer.

    kena baca balik tulisan Sarah sebelum2 ni untuk catch up :). Nasib baik subscribe guna Google Reader….

    Reply

  26. ytmz says on :

    mood tenang sudah.. ironinya, apa maksud ironi ni?

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hafiz:
    alhamdulillah. u are finally back to melbourne. rajin2 update smula ye 🙂

    Yasir:
    ironinya, sy nak la sebijik dpt mug camtu org kasi. huhu.

    Reply

Leave a Reply