Selamat Malam Dari Moskva Yang Dingin

Assalamualaikum wbt

Saya ada seorang kawan. Dia sangat baik hati. Yang boleh dibawa berbicang. Yang boleh dipercayai. Yang sanggup bersengkang mata kerana seorang kawan. Yang sanggup mendengar celoteh susah senang. Yang dengannya sentiasa terasa penuh ilmu dan tidak kosong.

Dia kawan yang rasional dalam tindaknya. Juga biacaranya. Saya senang sebab dia jujur. Kalaupun dia sedikit keras, tapi saya boleh menerima sebabnya kenapa. Kalaupun dia melawak, saya suka sebab saya boleh ketawa. Bahasanya unik. Saya terima keunikan itu sebab saya terasa bertemu golongan bangsawan. Kawan saya itu memang baik orangnya. Semoga Allah panjangkan umurnya.

Kawan, awak orang yang baik-baik. Saya tahu awak layak mendapat jauh lebih baik daripada apa yang awak jangkakan. Terima kasih sebab awak mendengar soalan-soalan saya yang pelik. Sebab kata awak saya ini manusia yang pelik.

Malam ini Moskva bersuhu -5’C. Selamat malam dari Moskva yang dingin.

Nota: Internet masih rosak. Dan saya? Dan saya pula sudah malas hendak ambil pusing. Maaf masih tidak dapat melawat-lawat blog kawan-kawan semua. Undur diri dulu buat beberapa hari.

____________________________________________________________

Hari buat dia:

83) If you want a friend, be a friend.

27 Responses to “Selamat Malam Dari Moskva Yang Dingin”

  1. cikgu jawe says on :

    oh. alangkah baiknya kalau kau sebutkan siapa namanya atau gelarannya yang baik2. sebagai cara menghargainya. begitu cara Rasul menghargai sahabatnya. menyebut kebaikan sahabatnya di khalayak..

    semoga kawan awak terus setia dgn awak yg pelik2 tu. (mcm yg dia kata).

    selamat berhibernasi sarah. jaga diri baek2 ok.. rajin2 study. May Allah bless you.

    Reply

  2. faisal says on :

    Saya ada seorang kawan juga,diapun pelik gak,dia ngah tido agaknye sekarang,hahaha..:) itulah gunanya kawankan, betul tak sarah?

    Reply

  3. fizz says on :

    Salam sarah, selain keluarga, kawan juga merupakan perkara berharga dalam hidup kita. Mereka menyedarkan kita disaat kita lali, mengingatkan kita dikala lupa, menggembirakan kita ketika kesedihan menjelma. Peranan mereka sangat bermakna, terutamanya apabila kita jauh dari pandangan keluarga tercinta..patinya rakan-rakan Sarah berbangga mempunyai seorang rakan seperti sarah πŸ™‚

    #balik hujung jun eks..oh boleh sngtla kita keluar, sebab jun tue tengah cuti semester di sini πŸ˜€

    Reply

  4. nzuhdi says on :

    kalau cikgu jawe nak tau, namanya rain! opsss, terlepas cakap. kan kak ngah? rain rocks!

    Reply

  5. myfisol says on :

    setiap manusia dilahirkan dengan keunikan & kepelikannya yang tersendiri…thats what make life is so beutiful…

    Reply

  6. Pengusaha Cowbra says on :

    bukan pelik tp unik.

    hiks!

    ryn seperti tau saje sape kawan yang itu. entahlah,salah kot tekaan rynn neh. hiks!

    psst ! sape gtau sarah pasal entry ryn yg satu itu?

    Reply

  7. khairul kecil says on :

    untung kak sarah dapat kawan camtu.

    saya masih tercari-cari kawan yang mampu berkongsi. paling susah nak cari kawan yang penuh berilmu >_< dah takde internet tu study la ye, sampai 7-8 jam ^^

    Reply

  8. Faresya Fareed says on :

    untung la dpat kwan cam gitu,kat sni lom lgi…tpi kat malaysia,melambak r…heheh

    Reply

  9. faisal says on :

    Sarah kawan sy dan sy juga kawan sarah..tapi bukan sy yg sarah maksudkan sbb tak mungkin sy dengar celoteh anak dara org memalam,hahaha..:)

    Reply

  10. AiRynnz says on :

    bersahabat tidak hanya ketika bersama & berdamping…sekalipun jauh terpisah, masih tetap di ingatan….

    ssh nak temui sahabat sejati, bile sarah dah memilikinye jagalah ukhwah tuu sebaik2nya

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawe:
    bukan taknak sebutkan cikgu. demi kebaikan bersama πŸ™‚ dia mmg kata sy pelik. unik. ok jgk cikgu. baru la sy rasa lain dr yg lain skit. hehe.

    Faisal:
    ye la tu. sy la tu :p mmg tu la gunanya kwn. acai, kwn pun x berkira dgn kwn dlm bab belanja mkn kn. hehe.

    Fizz:
    haah. betul tu. selain fmly, ni la org yg boleh kita percayai n bersusah senang sama2 kn. ok. kita dh ada 1 date dh ni. date dua org ank pahang πŸ˜€

    Najib:
    ouch.. kamu pecah rahsia pd semua ye. hehe. nk kejar najib suruh belanja kak ngah air oren 1!

    Bro Fisol:
    baca komen bro buat sy rasa sy bertambah pelik dan unik πŸ™‚

    Ryn:
    eh, apa yg ryn fikir ni salah. bukan org yg berkaitan tu. psl entry tu, ada sorg kwn sy yg bukak blog ryn. dan dia nampak psl tu. jd dia bgtau sy. hihi. knp? awk sgt curious ye psl ni. hihi.

    Khairul:
    mmg susah nak jumpa tp dlm berkawan seharian tu, misti setiap drpd kawan yg kita dh jumpa tu ada kelebihan masing2. sungguhpun tak dpt yg terbaik, tp hargailah sape je kwn yg ada dgn kita skrg πŸ™‚ khairul, penat la study.. hidung shumbat2 ni. sheleshema πŸ™

    Faresya:
    kat luar mmg susah nak jumpa. hehe. infact, kawan ks ni pun kat msia πŸ™‚

    Faisal:
    hehe. iyeke. ntah2 ni awk. hehe. awk sahabat sy. tu lg special tu. yg ni kisahnya sorg kawan sy. yg best memahami. dan sgt bersih, cekap, amanah, baik, ingat, kelakar, unik πŸ™‚ hehe.

    Kak Ryn:
    insya Allah kak ryn. thnk u atas ingtan tu. sy akn ingt dia selalu. susah sy nak jumpa org yg sekepala mcm kawan sy ni. sungguh. sbb sy ni pelik (katanya). dan dia unik. elok sgt la tu org unik layan budak pelik ni :p hihi

    Reply

  12. Aleeya says on :

    masa sekolah menengah dulu ade 4 sahabat baik..kemana-mana kami berlima (temasuk kak aleeya), ketawa, nangis bersama..tapi skrg 2 dah lost contact, tinggal 2 jer still contact, rindu kat diorg semua..:))

    Reply

  13. djambu puadovich says on :

    eee…pelik a sarah ni…:P

    Reply

  14. cikgu jawe says on :

    quote:
    Undur diri dulu buat beberapa hari

    cheh! dh agak daaahh. mana bleh awk tahan beberapa hari. beberapa jam je awk online balik. mana bleh nk tinggal kami kwn2 awak mcm tu aje..

    Reply

  15. "sishoney" says on :

    salam sarah,huhuhuhu baru sempat sis melawat sarah sbb keje yg menggiler…audit dtg.sis suka dgr cerita kawan sarah tue.alangkah untungnya andai sis dapat kenal kawan sarah tu ye.sampaikan salam sis pada die.”if u want a friend,be a friend…”sbb tue sis dah jadik salah sorang kawan sarah kan….dan kawan kepada yg lain2 jugak…”sis mmg suka berkawan”~hihihihihi…

    p/s:sampai berjumpa selepas beberapa hari *smile

    Reply

  16. Aizar Azman says on :

    wahai cik sarah..
    salam..ape kabo??
    saya selsema teruk..*menggosok2 hidung..
    waaaa,rajinnya tulis..sy malas..
    eh awk,awk nih kuat study la..how im gonna be like you??sy bertahan pon 3-4 jam je..7-8 jam dlm satu period yg panjang ke??waaa,bestnya!!

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Aleeya:
    biasanya kita akn mudah lost contct dgn kwn2 kalau dh pindah randah atau dh kawin n bz dgn fmly sndiri. tp harapya dgn 2 org kwn akk tu, akk akn kekal in touch dgn diorg smpai bila2 ye πŸ™‚

    Yeop:
    awk pun pelik jgk.. tak caya? hehehe.

    Cikgu Jawe:
    hari kebetulan internet ni tak buat hal pulak. tu yg sy bengang+bengong ni. sy ni td revise note. dlm duk revising tu, terasa nak kongsi ilmu plak dgn kwn2. nnti la kalau rajin sy update. kikikikki. sy sayang internet org rumah sebelah ni!! haha.

    Sis Honey:
    sy dh agak.. sure sis tgh bz sbb audit nak dtg tu πŸ™‚ dgn abg sis nak kawin nye lg kn. smga sis sehat2 je la ye dlm tempoh ni. sy happy dpt kenal sis sbg salah sorg kawan sy πŸ™‚ *hugs*

    Aiza:
    sy pun selesema jgk!! tp takmau gosok hidung.nnti hidung pedih. hehe.

    Reply

  18. ytmz says on :

    wslm.. hehe ada jugak kawan macam ni.. kelakar betul.. uish sejuk nya moscow.. dah berhari-hari tengok ternet rosak ni.. hehe Streamyx Malaysia pun tak lama macam ni kot.. oh maklum lah.. Malaysia kan no 6 dalam dunia skang.. patut la Malaysia nya streamyx tip top.. hahaha ada kena mengena ke?

    Reply

  19. akak says on :

    Salam Sarah..

    Terima kasih bagi petua kak akak cara nak pandai omputih. Tapi dh tuaΒ² nie..takkan nak baca sesame street pulak kan.. :))..takde la akak gurau je..hehehe.

    Akak nak mintak kebenaran ngan Sarah nie. Akak nak print out sikit apaΒ² yg Sarah tulis kat blog. Boleh ke?? Sarah tau akak sekarang dah dapat hobi baru..hariΒ² kene baca blog Sarah. :)Dah jadi macam baca novel pulak..

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yasir:
    kalau pun takde kena mengena, tp ada yg faham cukup dh πŸ™‚ walaupun internet rosak, tp hari ni dia stabil. mengada2 je kn?

    Akak:
    silalah kalau akk ada nak print out apa2. mana yg ada ilmu tu, harapnya dpt dikongsi sama2 πŸ™‚ erk. jd aktiviti harian pulak ye? hihi. terima kasih ye kak πŸ™‚

    Reply

  21. cry4freedom. says on :

    Kawan, rasanya macam kenal je kawan yang berbahasa bangsawan ni. Hehe.

    Reply

  22. Faresya Fareed says on :

    ks,lupa lak…hari tu ks mntak ajar kn bhsa swak kan?..okies2bisa diatur itu….nnti fare gi tau..hehe

    Reply

  23. Mimie Azrin says on :

    kawan.
    pelik ke tak pelik ke dia tetap kawan kita.
    jauh ke dekat ke dia tetap kawan kita.
    panas ke hujan ke dia tetap kawan kita.

    kawan tetap kawan biar apa orang kata.

    dah Sarah kawan saya πŸ™‚

    p/s: kasihannya internet masih down. nak kena babap abg2 ISP tu heheh πŸ˜›

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azwan:
    dont worry wan. awk salah teka tu.

    Faresya:
    ish kamu ni. shhh… jgn cakap kat sini lain kali tau :p hehe.

    Mimie:
    dan awk kawan sy jugak mie! awk sehat tak? tgk blog awk tak berupdate pun weekend ni.

    Reply

  25. Kasawari says on :

    Beruntungnya kawan tersebut dipuji oleh kawan yang baik juga…

    Reply

  26. akirasuri says on :

    Siapa orangnya ni..
    Hehek! :p

    Apapun..
    Susah mahu cari sahabat susah senangkan πŸ™‚

    Reply

  27. Panglima Hikayat says on :

    Wuu.

    Reply

Leave a Reply