Cuti-cuti Moscow

Assalamualaikum wbt

Beberapa hari lepas, emak saya bersungut mahu membaca perjalanan cuti saya. Tapi jujur saya katakan, minggu pertama cuti dipenuhi dengan aktiviti di luar, ke Mega-Ashan-Ikea, meredah Moscow dalam suhu serendah -17’C dan bermacam-macam lagi. Tapi minggu lalu saya hanya terperap di rumah. Berhibernasi. Tapi bukan tidur. Beraktiviti dengan novel dan memasak saja. Jadi, takkan saya hendak menjawab pada emak bahawa saya berhibernasi dengan jayanya sebagai orang Eskimo di rumah sedangkan anaknya ini tidak boleh duduk diam sebenarnya. Jadi semalam petang, selesai solat Asar, saya nekad untuk bercuti-cuti Moscow. Destinasinya adalah Park Pobedy (Victory Park). Letaknya di barat laut Moscow yang sebenarnya tidak berapa jauh dari kawasan hostel ini. (Klik gambar untuk imej yang lebih besar)

Teman saya hari ini adalah Wanie. Kebetulan Wanie masih belum pernah berjalan secara menyeluruh di taman itu memandangkan keluasannya adalah sekitar 4 km persegi. Kami tiba di sana sekitar jam 3.45pm dan sudah mulai senja. Taman ini adalah signifikan kepada kejayaan Russia dalam Perang Dunia Kedua (1941-1945) ketika menentang tentera Jerman yang melaungkan semangat Fasism pada ketika itu. Terdapat 3 monumen penting di sini. Pertamanya adalah sebuah muzium perang yang menceritakan kronologi perang tersebut yang menyaksikan kemenangan besar Russia dengan teknik pengunduran ke Stalingrad (nama lama bagi Volgograd). Di hadapan muzium ini tegak berdiri sebuah tugu peringatan yang mencatatkan nama-nama bandar di Russia yang terlibat dalam perang 5 tahun ini. Ketika kami sampai, matahari sudah condong ke barat. Suhu pada hari ini hanyalah 1’C ke -1’C sahaja. Sangat nyaman. Tidak sejuk langsung. Ini menambahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan kami.

Monumen kedua dan ketiga yang terdapat di situ ialah memorial masjid dan gereja Kristian Orthodox. Memorial ini adalah tanda pernghargaan Kerajaan Russia buat tentera-tenteranya yang terkorban dalam perang tersebut di mana mereka ini terdiri daripada tentera Muslim dan Kristian. Kedua-dua buah memorial ini sedarhana saja saiznya tapi amat bermakna. Selain daripada ketiga-tiga buah monumen utama ini, terdapat beberapa buah tapak pameran teknologi-teknologi tinggalan perang yang dikelaskan kepada tentera darat, air dan udara. Tinggalan perang yang terbakar dan rosak teruk akibat dibom juga turut dipamerkan secara terbuka di tanah lapang. Malah, keretapi pertama yang digunakan untuk mengangkut barang-barang keperluan perang masih cantik dan kelihatan antik sekali. Saiznya cukup besar. Saya terbayangkan cerita Tom Sawyer apabila pertama kali melihat keretapi itu empat tahun lalu. Selain itu, pengunjung dapat melihat monumen-monumen menarik hasil sentuhan artistik yang didirikan di sekitar taman ini yang mempunyai maksud tersendiri.

Bagi kami di Moscow, suhu setakat -1’C itu adalah sangat nyaman dan tidak sejuk. Kami hairan kenapa musim sejuk pada tahun ini seperti malu-malu untuk beraksi. Saya masih ingat. 2 tahun yang lalu, musim sejuk adalah sangat dahsyat sehingga pernah mencecah -42’C di pertengahan bulan Januari. Ketika tiba di bahagian belakang muzium perang itu, kami lihat ada salji. Agak pelik pada mulanya kerana sudah hampir dua minggu salji tidak turun dengan lebat. Gambar bangunan itu pula adalah muzium tersebut yang berbentuk semi bulatan sebenarnya. Memandangkan saya hanya menggunakan Sony Cybershot W55 saja, jadi tidak dapatlah saya mengambil gambarnya secara penuh pada jarak yang dekat. Terlalu besar. Lainlah kalau saya punya Nikon D80! 🙂

Gambar helikopter ini adalah salah sebuah teknologi perang di tapak pameran tentera udara. Sangat banyak jet-jet pejuang yang bermacam-macam model termasuklah juga jet serang hendap. Saya tidak masuk ke tapak pameran ini (pernah masuk 4 tahun sudah) jadi saya pun menyerang hendap mengambil gambar dari luar saja. Sebenarnya, kami berdua sedang menuju ke masjid yang saya ceritakan tadi untuk menunaikan solat Maghrib. Kebetulan, Wanie masih belum pernah ke masjid ini. Untuk pengetahuan semua, masjid ini kecil saja. Seperti English cottage saja saiznya. Tapi sistemnya canggih. Untuk masuk ke tandas dan tempat mengambil wudhuk, penggunakan kad sentuh diperlukan. Kad ini boleh didapati dari kaunter kecil di dalam masjid. Mungkin ini untuk mengelakkan pembaziran air dan elektrik di dalam tandas jika tiada sesiapa menggunakannya. Di atas ialah gambar di dalam masjid. Sayangnya, tidak terlalu jelas pula. Chandeliar di tengah ruang masjid berbentuk bulan sabit.

Inilah masjid tersebut dari luar. Bercahaya dan jelas kelihatan daripada Minskaya Street yang terletak betul-betul bersebelahan dengan masjid ini. Minskaya Street merupakan antara jalan utama di Moscow yang kemudiannya menghubungkan pengguna jalan raya ke Kutuzovsky Street, sebuah jalan yang sibuk menuju ke Pusat Bandar dan juga ke Lebuh Raya Lingkaran Ketiga (3-oe Kolso). Gambar seterusnya adalah antara monumen yang terdapat di taman tersebut. Simbolik lambang kemenangan yang diperjuangkan oleh barisan tentera darat, udara, air dan pasukan perubatan yang saling bekerja sama. Di puncak monumen ini terdapat lambang UN yang saya tidak jelas apa signifikannya. Nanti saya kaji ya.
Selepas itu, saya dan Wanie menuju ke Kievsky Mall untuk mengisi perut. Saya tersangat lapar. Tidak menjamah walau apapun sejak pagi melainkan secawan nescafe. Kami tiba semula ke rumah pada jam 9.30 malam setelah menghabiskan masa berehat-rehat di food court selepas makan. Kaki tersangat letih untuk terus bergerak balik. Apa tidaknya. Kami telah berjaya menawafi taman yang luas itu!

Buat emak, anak emak ni sihat-sihat aje di sini 🙂 Sampaikan salam Ngah buat Tok Halimah dan ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-73 buat Tok hari esok ya!

43 Responses to “Cuti-cuti Moscow”

  1. Mimie Azrin says on :

    Eh..org pertama komen ye! ye!

    heheh…waaa..luas betul taman tuh ye..siap ada heli la, aircraft la. aiman (adik bungsu) suka semua2 menda tuh. siap papa tiap bulan blikan majalah perajurit. ruang studi nyer penuh dgn poster tanks dan aircrafts dan helicopters. (ah ..rindu la pulak)

    tapi cantik la masjidnya. dan org yg ambil gambar sendirik dalam cermin tuh 😛
    kan baby kan!

    ape destinasi seterusnya?

    Reply

  2. wanie205 says on :

    Salam

    Destinasi seterusnya? Tunggu dan Lihat.. =P

    JElajah Moscow bermula di sini..

    Penat sungguh jalan..

    Reply

  3. faisal says on :

    slm ngah,ceewaahh…slm sarah..:)
    waaa, jelesnye ngan sarah jalan sakan,huhuu…rase mcm nak bercuti kat rusialah,hihi:) jd pemandu pelancong sy blehkan sarah? *smile..

    ni mana blaja amik gambar kat cermin ni sarah,hehehe…:) sarah nak tau tak, sy nak menyebut nama tempat2 yg sarah tulis tupun tak pass lagi,hahahahah…:P terbelit2 lidah..

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    secantik2 tempat org, temerloh dn m*** juga di hati kan..kan..

    larriiiikkkkk!!

    Reply

  5. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Mimie:
    yes yes. awk 1st hari ni mie 🙂 mmg sgt luas. smpai perut sy berbunyi2 lapar sgt2 dh. penat ya rabbi. adik aiman sy plak minat taekwando dia je :p eh, dh bape kali sy bilang. mana ada punnnnn *beliak mata*

    Wanie:
    kita ke tmpt yg kamu tanya ks apa ada kt sana tu ok. then kita tour metro mcm yg ks cite tu 🙂

    Faisal:
    salam abg long. huhu. time cuti ni dpt la sy tour sana sini. dh start kelas nnti, rumah-hosp je la. meh bwk rombongan cik kiah. then sy jd tourist guide utk 1 kumpulan tu :p ahaha. gmbr tu saje2 je. satgi nak remove la. tak best je rasa :p practice make perfect acai. sebut ulang2 smbil makan belacan akn melembutkn lidah :p

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu:
    temerloh ye betul.. M*** tu mana cikgu? ngahaha :p *kejar cikgu naik jet russia*

    Reply

  7. mAkCiK De' KiPaS says on :

    nak ikuttttttttttt!!!

    Reply

  8. Mimie Azrin says on :

    eee..bestnyer dapat bercuti-cuti di rusia secara maya (nak real-real punye kena tunggu budget taun 2020 la kot)

    kena pulak hostnya Wanie dan Sarah yang comel2 pulak tuh

    best best best {*^_^*) *wink*

    Reply

  9. rightbrainer says on :

    salam ks

    oho.. ni la sarah the small si budak form 3 tu ye.. hehe

    waow, seronoknye kak sarah ada peluang pi jalan2 tempat org ek.. ni nak dengki ni

    nyway, temerloh is indeed the best!

    Reply

  10. Mak Su says on :

    musim sejuk yang kureng menyengat? pemanasan global ker? and thank you bawak mak su jenjalan kat park tu ya.. walaupun cuma di dalam blog

    Reply

  11. UncleJ says on :

    salam sarah..

    wah entry ni dah macam Travelog Moscow pulak…well done sarah..seronok baca cerita first hand pasal negeri orang…

    sejuk sgt di Moscow tu..patut ler sarah pi hibernate…tak pe, masa cuti ni je dpt buat mcm tu kan? dah start class dah mula bz balik nanti…

    good job sarah…nnt sambung kat tempat M****t tu pulak ye…hehehe

    Reply

  12. doyot says on :

    wah..bestnyer cuti2..best lagi kalo dapat main salji..teringin pula..bak kata kawan2 saya di sini..Indon ni sume ade, taufan, tsunami, gempa..sume ade la pokoknyer, Salji je takde..hahaha..

    Reply

  13. k.i. says on :

    1. agaknya kalau d80 di kedai mampu bersuara mesti dah panggil2 sarah belilah belilah …

    2. 73.alhamdulillah panjang usianya. teringat teratak di chedang.juga 73 nombornya. plate no arwah ayah pun 73 juga.

    3. ketiga apa ya…? hmm..garu2…!

    Reply

  14. Pengusaha Cowbra says on :

    *senyum sebab nampak seswatu*

    salam sarah shayang~!

    sonoknyew dpt bercoti2an 🙁

    jeles ! jeles!

    mau ikut.

    dgn ini,wajiblah pade sarah utk menyeludup ryn g russia nnt oke!

    *simpan dwet beli luggage besau gedabak!*

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azah yg Comel:
    jomm leee! 🙂

    Mimie:
    klu sy jd tourist guide, sy akn jd yg very the bom pasal history punya part. ngahaaaa.. awak larat ke tadah telinga dgr? sy suke bebenor pasal sejarah2 ni. lucu kn :p

    Khairul:
    haah. ni la budak form 3 tu. comel je kan? huhu *mati perasan. taknak kalah dgn kamu :p* yes. temerloh is indeed the best! ‘kenapa sy suka temerloh? sbb dia besshhhhhh…’ 🙂

    Maksu:
    haah maksu. kena global warming. tp best jgk sbb jd tak sejuk sgt. hehhe. sama2 maksu. nnti sy bawak jln kt tmpt lain plak ye 🙂

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    UncleJ:
    Travelog Moscow? oh, tu hebat sgt bunyinya tu. hehe. thn ni serius tak sejuk pun kesimpulan yg sy boleh buat.sy suka betul winter thn ni. hihik. tp russian misti tak berapa enjoy sbb kurang salji2 sume ni 🙂 sy hibernate duduk rumah tp tak tido. sy habiskn dgn novel n memasak. makannya tak la sgt. hehe. tempat M***? aik, uncle pun join cikgu jawe jgk? adeh.. :p

    Doyot:
    haah la. kat sans emua ada kecuali salji. tu istimewanya tmpt awk tu. baca pengalaman2 awk dgn gempa sume tu, buat org insaf. tu misti ada hikmahnya kt sana takde musim sejuk. cuba bayangkn kalau lepas tsunami segala tu, lepas tu salji turun. tak terbayangkan azabnya mangsa2 tu. dgn makan pakai tak cukup, kena berkeras beku plak…

    Abg Khairil:
    1st of all, sorry sgt. ingt nak call smula bila balik mlm td. again, batery tu abis n sy keep it aside utk charge sat. pastu dh lewat sgt. tak jd nak call.sorry 🙁
    1. tp nak saving utk benda lain. nikon angkut di msia la. dpt cari tmpt yg harga murah skit. hihik.
    2. oh.. yeke.. banyak kenangan ye no. 73 ni..
    3. garu apa nih? aisshh.. mandi ke belum pagi ni abg khairil nye? :p

    Ryn ku-sayang:
    ewah~ terus senyum ye. ryn, kalau sy seludup awk dtg sini, tp awk tak dpt jumpa apa yg dihajati la pulak. org nya dh balik msia sbb dh abis blaja :p baik pikir masak2, nak ikut sy ke, nak stay kt msia tunggu org tu? :p hihi..

    TO ALL: malam td sy tak boleh tido sepicing pun lepas sent adik2 rumah ni bertolak ke airport utk ke Spain n portugal. lepas subuh pg td baru boleh lelap. ni dh terjaga semula lepas sejam tido. mata sy dh mcm panda ni. uwa… nak tido! dh pening dh ni.. 🙁

    Reply

  17. faisal says on :

    sarah, leh tak bawak lori jalan2 kat rusia,hik hik…:P kalau balik mesia sok jgn lupe salji sebekas ye,hahaha..

    Reply

  18. Faresya Fareed says on :

    waa…beshnya gi cuti..hehe…nnti fare update la psal fare gi london hari tu…smilez…(from the school again);D

    Reply

  19. So'od says on :

    salam sarah..
    sementara tunggu maghrib ni sy singgah ke sini..
    kebetulan sarah bwk kitorg melancong di moscow dlm waktu senja jugak.. ehehe.. so dpt feeling dia..
    contohnya, japgi sy nak pi solat kat masjid tu.. ehehe..
    bertuah dpt tgk negara & sejarah org lebih dekat kan?

    oh ya! sy dah berjaya khatamkan monolog bersama iman tu mlm td.. pendapat sy, kisah tu byk terselit pengajaran dan membawa org berfikir.. sgt baik.. boleh diteruskan lg usaha.. dan terimakasih..:D

    Reply

  20. Pengusaha Cowbra says on :

    ohh ! tunggu kat mesia belum tentu dpt si dia 🙁

    bek ikut sarah 🙁

    sbb si dia pun x sudi ngan kita.

    *berlalu mbawa diri*

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    ha..klu bawak lori kat sini, driver belah kiri. so tu awk la yg kena bawak acai. sbb awk kn penah ada pengalaman bawak lori style org putih tu. sy tak penah lg. kali ni sy mandur plak. hahha.

    Faresya:
    haa! cepat2 update psl jalan2 plak. nak baca. nak baca! bestnya sekolah2 kat sana ye. internet kat mama2 ye. huhu 🙂

    Dr. Am:
    oh.. dpt feelingnya ye? lain kali sy tulis kisah wkt mlm la. sbb ramai org kat msia suka baca2 blog org lain wkt malam 🙂 heheh. terima kasih sbb khatamkan cerita tu dr. am. nak teruskan lg tu kena pikir byk kali. time cuti boleh la sy melekat kat laptop mcm ni :p

    Ryn Ku-Sayang:
    kenala lebih pandai mengekspresikan dirimu itu! supaya disedari. hihik. belum cuba belum tau, tau! 🙂

    Reply

  22. Anonymous says on :

    hehe,sebenarnya ur story infomatif amat, cam baca tour guide..yg paling menarik gambar

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    oh, terima kasih byk2. kalau sy x jd doc, sy jd tourist guide msian yg nak dtg cuti2 ke moscow la camni. hihik. tp sorry gmbr tak clear sgt 🙂

    Reply

  24. tiangpurnama says on :

    yeay!my materialistic aspiration fulfilled yesterday,err last nite to be exact,i got sek810i and a pair of nike,a treat for a friend at mc d,and on RXZ with him at 150km/h (hope can speed up further)yeah! like splendid time ever..er mind telling?

    Reply

  25. Ejalz says on :

    1’C tu tak sejuk eekkk.. sini baru 20 degree pun dah berselimut sakan.. hehe.. pelik laks tengok pak arab minah arab beria ngan winter coat siap glove and snow cap… enjoy the ‘cuti-cuti moscow’ while u still have the opportunity…

    Reply

  26. cikscarlet says on :

    cantik sgt dis blog…suke ur blog header..its cute

    Reply

  27. cikgu jawe says on :

    slmt malam sarah. slmt beradu dn berehat. kami kt sini dh siap2 gi kerja.. 🙂

    Reply

  28. silent reader says on :

    seronoknye berjalan…. 😉

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    TiangPurnama @ Oneib:
    aik..materialistic aspiration je ke? yg spiritualnya mana? huhu.

    Sis Ejalz:
    kat sini kalau 1’C je, sy rasa sy tahan pakai winter coat yg biasa2 je. yg tak berapa tebal. wah. mcm tu e minah2 arab? hehe. biarlah sis. diorang nak rasa bergaya skit kot 🙂

    Cik Scarlet:
    oh, trma kasih 🙂 sy tgk header tu mcm tgk aiskrim :p

    Cikgu Jawe:
    hehe. time tu tido, ni dh jaga dh ni 😀 sejak smlm sy tak sempat nak tinggal komen kt cikgu. byk benda nak ddibuat smlm. rindulah plak nak kacau2 cikgu secara berjemaah dgn cik ati. huhu.

    Silent Reader:
    sementara cuti masih ada 🙂

    Reply

  30. Pengusaha Cowbra says on :

    hoh ! nak buat camne?kasi tips pls!

    hahak!

    Reply

  31. K@ssim Sel@m@t says on :

    Salam Sarah,

    Sy tumpang suka tengok gambar dan baca travelog ini.

    Comei dan kiut jer gambar anak gadis berdua tuu duduk berposing (^_^)

    Di sana tentera laut di panggil’tentera air’ ya Sarah? macam pelik jer bunyinyer…hehehe

    Reply

  32. 13may says on :

    hehhe hehhe….

    emak kamu baca blog ini yea???

    Reply

  33. tiangpurnama says on :

    m..tu la pasal

    Reply

  34. cikgu jawe says on :

    quote: sejak smlm sy tak sempat nak tinggal komen kt cikgu. byk benda nak ddibuat smlm

    isk.. sarah ni. ada ke ckp mcm tu. takpe2.. saya tak kisah. nanti kalau sarah rasa boring ke, nk release tension ke, mcm nk merajuk ke.. singgah le blog saya ye. bawa cik ati sekali. kita sembang2 yee.. 😉

    Reply

  35. tyrexia says on :

    waaahh
    seronoknya cuti!
    sy cuti lpas stakat goyang2 lebar buntut kt umah n balik kmpung je.

    Reply

  36. djambu puadovich says on :

    lambang UN tu mungkin nak menunjukkan penglibatan awal SOVIET/Russia dalam Liga bangsa, nama asal UN. dulu kan liga bangsa terdiri daripada AS, kesatuan soviet dan china 🙂

    Reply

  37. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ryn:
    Tips? Hmm.. off record. belakang cerita ok *wink* (mati sy abg khairil baca ni :p )

    KS:
    hehe. baru sy tersedar penggunaan tentera air yg sy guna tu. sama je. tentera laut sbnarnya. ntah apa la yg buat sy tersalah tu 🙂 mana ada comel pun. dah tua2 ni, dah hilang dh comel segala tu. huhu.

    May:
    emak sy antara aktiviti wajib dia setiap hari ialah baca blog sy dan adik sy. mak mak zaman skrg semuanya dh celik IT dah May 🙂

    Reply

  38. Sarah Mohd Shukor says on :

    TiangPurnama:
    takpe. lain kali capai yg lain plak.

    Cikgu:
    malam ni sy marathin baca entry2 cikgu. yeay. ni nak berbuka sat ye 🙂

    Tirah:
    huhu. sy cuti2 kwsn dekat2 ni je. nak amik udara segar je 🙂

    Yeop:
    haah! ye tak ye. thank u bgtau info ni. sh dh lupa dh pasal tu sume. hehe.

    Reply

  39. Alam Setia says on :

    Salam. Bestnyer bercuti2 disana.

    Reply

  40. butterfly85 says on :

    Seronok baca ur story.. mcm saya ni bilalah dpt peluang ke oversea ntah.huhu.

    Enjor ur holiday! =)

    Reply

  41. bpboyz says on :

    hoho…mcm best jer moscow..teringin gak nk pergi tp mcm ssh giler jer nk tembus pergi sane…mcm mane ek nk masuk sane dgn senang?

    Reply

  42. Sarah Mohd Shukor says on :

    Alam:
    meh la ke sini 🙂

    Ixora:
    satu hari nnti insya Allah dpt la tu. jom start saving dr skrg 😀

    Fadhil:
    senang je sebenarnya. kalau awk mintak agency uruskan tiket n visa, bayar extra skit la tapinya. kalau ada org buatkan invitation later, slow skit la n leceh. sbb nak kena post kan invitation later tu pd org di sana.

    Reply

  43. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    ade kekurangan dalm entri ni
    biasenye kalo bejalan2 mesti ade makan2.

    Reply

Leave a Reply