Cinta Di Platform 5
Redup petang di kota Kuala
Membawa aku menapak ke sana
Ada wajah redup hendak kusantap
Ada mata bening untuk kutatap
Meredah kota sangguplah aku
Menuju Puduraya bertemu cintaku
Setia si wajah menunggu di bangku
Menunggu walau penatnya seribu
Tersenyum aku
Merenung balas bening matanya
Saat aku duduk di sisinya
Dunia hanya bagai kami
Duduk di situ saling mengerti
Mengerti bahasa mata dan hati
Manusia meribut yang kalut
Tidak mencuri meragut
Dunia kami yang hening
Di Puduraya itu yang bising
Tiba masa beriringan kami
Menuju bas si hijau putih
Tepat masa akan bersilih
Janji dipatri lagi
Esok masih ada buat kami
Menyambung kisah cinta di sini
Di Platform 5
Di pinggir Puduraya
Dunia kami di sebalik sesak kota Kuala
Jangan salah faham ya. Ini bukan kisah cinta saya. Sajak ini dedikasi khas buat Uncle KS (Kassim Selamat) dan isterinya. Sajak ini adaptasi daripada kisah cinta mereka yang termeterai di Platform 5, Puduraya. Walaupun kini duduk mereka tidak sama tinggi, apatah lagi berjalan berlari, namun kasih Auntie Ain buat Uncle KS tiada tandingannya walau bagaimana sekalipun keadaan Uncle KS kini. Didoakan yang terbaik buat mereka berdua. Syurga atas kasih si isteri yang setia di sisi. Jannah atas cinta suami yang tidak berbelah bahagi.
Buat muslimin semua, SALAM MAAL HIJRAH 1429. Jangan lupa ditutup tahun ini dengan bacaan doa akhir tahun dan dibuka tahun baru dengan doa awal tahun. Semalam saya melapangkan masa mengkaji semula kisah pembukaan Kota Constantinople. Semangat Sultan Muhammad Al-Fateh perlu kita contohi. Sejak akil baligh, beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud. Lantas menjadikan beliau mempunyai ciri-ciri pemimpin yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. “Sebaik-baik pemimpin adalah sebaik-baik tentera dan rakyat” Itulah dia Sultan Muhammad Al-Fateh [untuk rujukan, ada banyak buku dan website. Tapi yang teringkas yang boleh difahami untuk rujukan: sini]. Jika dalam usia muda beliau sudah boleh mengetuai batalion perang dan pintar sekali akalnya, malulah kita yang semakin menginjak usia tetapi masih kurang pengorbanan buat agama. Sudah punya azam? Saya ada 11 tapi saya khuatir ada yang tidak tercapai. Hmm.
Nota 1: Maaf ya saya tidak dapat menjenguk rumah kawan-kawan semua sangat. Saya demam pula di kemuncak musim sejuk ini. Selepas makan malam semalam, saya terus tidur. Bangun di tengah malam untuk solat Isyak dan makan ubat sahaja. Lepas ini mahu sambung tidur semula. Sakit itu kafarah dosa kan 🙂
Nota 2: Uncle KS, lagu LOST ini buat KS dan isteri. Semoga tabah dan ceria selalu 🙂
Nota 3: Cinta saya pula di platform minyak kot, bukan di Platform 5. Ngeehee~ (Nak jugak tu! Adeh) v(^_^)v
salam sarah. demam2 pn masih mampu buat sajak eh. moga cepat2 baik ye.
sama le kita. setelah cuba bertahan melawan demam akhirnya tewas juga. terpaksa juga ambil mc hari ni.
kalau bercinta di platform minyak, maka dpt le org minyak.
Reply
salam sarah…mmm mesti KS akan teringat kembali detik2 manisnya dgn mama ain kat puduraya tu…
moga sarah cepat sembuh dr demam
Reply
slm sahabatku sarah, baru nak tanya kisah cinta sarah ke dah ada urgument statement kat bawah tu,hehee..:) alahai, siannye sarah demam..patutla tido awl ari ni..apapun smoga sarah cepat sembuh ye..bykkan istigfar..kekadang sakit tu tandanya Allah sayang kata kita..sabar ye..Selamat Tahun Baru Hijrah 1429..
Reply
huhuhu…tekejot bile baca sajak ni mula2..skali utk org lain 😀
ehem…ehem… cinta di pelantar minyak??!
Reply
Salam Sarah;
Suka sajak ni..tersentuh.huhu.Demam ye. Semoga cepat sembuh ye Sarah.hehe cinta di platform minyak, haha dapat org Arab la tu..eheh..v(“,)
Reply
🙂
i’m happy for u my sweetheart.moga terus berbahagia..
cepat2 sembuh ye.sy x sabar nk chat dgn sarah..byk benda nak share..take care^_^
p/s:sarah jadi dtg sini x?
Reply
salam sarah..wah siap ada sajak utk Uncle KS lagi..ni yg jeles nih…
salam maal hijrah dan selamat bercuti..moga cepat sembuh dari demam tu..kan nak pi holiday nanti?
take care!… Best wishes utk thn 1429H..semoga cepat dpt title Dr dan Puan…hehehe
Reply
salam maal hijrah semoga kita akan berhijrah kepada yg lebih baik..amin. erkkk cinta platform minyak..tau la crisis minyak makan..so bebaik tersungkur kat platform..ahaks
Reply
platform minyak?
eee… owang minyak!! 😛
Reply
salam tahun baru hijrah.
Sarah, sekarang hawe busy sangat. Jenguk jugak blog ni tapi tak sempat bace sume n komen mcam dulu2.
Btw, nice poem. Miss ya. Mmuah!
Reply
Sarah….terima kasih mengukirkan sajak buat uncle walaupun sarah kurang sehat. Amat terharu!
Uncle minta izin untuk copy sajak ini di blog uncle. Nanti cite lak ya nostalgia sarah di pelantar minyak tuu….hehehe (^_^)
Salam Maal Hijrah. Moga sukses di dalam kehidupan dan cepat dpt title ‘DR’ dan cepat bertemu ehem ehem….
Reply
salam
…sudah dipaut di platform sana rupanya..
semoga cepat sembuh
Reply
Salam buat semua.
Cikgu Jawe:
demam cikgu makin teruk ke? sy ni sah2 berjangkit dgn cikgu smlm. tu la asyik meraban psl masakan jawa sume smlm. hehek. ni suara sy sengau abis :p buat sajak ni beberapa hari lepas. smlm kasi touch up je. kasi hidup biar ada jiwa je. orang minyak? waduh2. gitu eh.
Hairie:
tu la kan. misti diorg terkenang semula. sajak ni dh janji dgn Ks sejak 3 hari lepas tp bru hari ni publish. thanks ye hairie.
Faisal:
ish. kisah cinta sy takdenya sy nak umum mcm ni. kalau pun ada, diam2 udah la. nnti kontroversi mcm ‘ulasan ayat-ayat cinta: sudah sampai serukah acai?’ huhu. selamat tahun baru hijrah. pasang niat elok2 ye.
Azah:
tu la. terkontroversi plak dh. ni sajak special untuk Ks yg lain. bukan KS ni 🙂
ADEH~ pantang betul kalau tersebut skit psl sy skit ye. terus je sederap sy kena. achuuum~
Reply
Doyot:
tersentuh? hihik. kalau baca cerita yg uncle ks tulis, lg tersentuh 🙂 org arab? aaa.. tamau!
Faaiqah:
uwaa… faiq sayang, tu sajak uncle ks tau. bukan sy. sy tak reti lg nk memandai2 ni. hehek. eh, sy call awk kejap lg ye. dr ahad lepas nak call. jenuh sy duk cakap kt fareena nk call awk tp takut wkt tu awk ada kelas. psl ke sana tu, nnti sy story k wkt call nnti.
sy akn call jgk. tunggu k!
UncleJ:
ala.. uncle jgn la jeles. sy tak tau kisah uncle. kalau tak, boleh je sy buatkn. hehe. tu la. tiba2 je demam padahal duduk kat rumah je. UPSSS uncle. psl holiday OFF TOPIC please. hehe. tu kita2 di sana je cerita. kt sini takleh tau *wink*
Arsaili:
salam maal hijrah bro. adeh~ saje je pasal platform minyak tu. cepat je semua ‘pulang semula’ kat sy ye. ni nak kena delete ni nota 3 kat atas tu. huhu.
Reply
Mimie:
uwaa.. bukan2.. bukan org minyak 🙁
Hawa:
salam maal hijrah. takpe hawa. sy faham je. keep on track with ur work. career woman yg dedicated sungguh ni 🙂
KS:
salam penuh takzim utk Ks n isteri. silalah copy. mmg buat utk Ks. dah janji kan hari tu nak publish. sorry lambat skit. Salam Maal Hijrah. Amin atas doa-doa itu 🙂 oh, nostalgia sy di platform minyak belum wujud lg. ni tengah tunggu mana2 org yg nak wujudkan nostalgia kat situ. Hehe. ade ke mcm tu plak ye :p
TiangPurnama:
aisshh.. pantang betul kalau sy ter’hint’ apa2. misti sy kena serang bertubi-tubi. saje je tu la 🙂
Reply
azah,mlm kang aku cter sal pelantar minyak oke. hahak!
sarah,jage diri elok2 tau.
riso ini 😐
Reply
adui…demam lagi yer…semoga cepat sembuh ks…ni mesti demam jumpa org minyak kat platform minyak nih…hehe
Reply
best pe demam… nanti ramai org sayang… huhu
cepat sembuh ye kak sarah… salam maal hijrah. 11 azam banyak tu. insyaAlla tercapai… ^^
Reply
hari buat dia tak ada ke hari ni?
selamat tahun baru
semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya.
Sila ke link ini.
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1386&IID=
cinta di platform minyak
bukan shell
bukan petronas
bukan bp
bukan esso
cinta di platform minyak
membawa ingatan yang sungguh banyak
kadang kata sampai tak terluak
menyimpan rasa sungguh sebak
moga berkekalan cinta di platform minyak
bersama teruna kacak jurutera minyak
membawa kami menjamah nasi minyak
asalkan tidak bercinta orang minyak
lari kami nanti tersedak-sedak
hehehehe…
Reply
salam maal hijrah.
🙂
Reply
udah2 le tu. kesian kat cik sarah kite. tak baik tau. jgn le usik dia lagi. biar le dia bahagia.
lagi pun hatinya telah dimiliki org terengganu.
larikkkkkkk….
Reply
salam sarah,
sis doakan semoga cepat sembuh ya.ada yg bagitau sis kesakitan kita dapat menghilangkan dosa-dosa kecil kita,insyallah.puisi indah ini mmg sedap.begitu simbolik kalau kita pandai mengkajinya…bertuah KS kerana punya isteri sebegitu,insyallah Allah menjanjikan payung emas bagi isteri2 solehah
Reply
*tersenyum bace komen incik K.I*
*blushing*
Reply
Thank you very much kak ngah 4 the congrats. mula2 tu mmg kawan ayesha cakap ayesha dapat 8a’s jer and then, kawan ayesha yg lain sibuk antar congrats kat friendster cakap yang ayesha manage dapat 9a’s. Then ayesha check out again from my friend, and yes, alhamdulillah, I do managed to get 9a’s…
Reply
Ryn:
ha..ha.. nak story mory apa dgn azah tu! kejar kang :p ni sy makin ok. jap lg ni sy makan ubat.
Faresya:
ks demam sbb jumpa org minyak dlm movie! huhu.
Khairul:
ramai org sayang? yeke? mari kita kaji teori ni. salam maal hijrah. terima kasih atas doanya.
Abg Khairil:
biasanya, utk letak ‘hari buat dia’, sy akan makse sure sy sndiri dulu dh apply/belajar smthg drpd benda tu. so takde la org kata ‘cakap tak serupa bikin’. sy tak jumpa lg yg bagus2 utk dikongsikn. nnti ada, sure sy akn tambah yg baru.
wah! tahniah sbb karya dh tersiar! tahniah! adui la abg khairil. Cinta Di Platform Minyak la plak ye. entah2 nnti kena tukar tajuk plak. bersiap siagalah! cewah ayat sy. tak tahan betul :p doakan sy ye.
Reply
Abg Khairil:
nanti sy jawab personally sajak tu. i hv my own version of it. ehek.
Tirah:
Salam maal hijrah 🙂
Cikgu Jawe:
ada jugak yg backing sy. TAPI cikgu ni memang bijak berilmu mantik psychic. Orang Terengganu? Waduh2. Gimana mau ngomongnya ya. Cikgu la kot orang terengganu tu?
(mana cikgu jumpa specific2 suma ni? pelik je :p )
Reply
Sis Honey:
terima kasih atas doanya sis. ye. semoga payung emas menanti kedua-kedua mereka. Insya Allah!
Ryn:
aiseh.. blushing siap tu! Abg Khairil!! sila tengok sini please 🙂
Ayesha:
congrats again. well, u still hv a long journey to go. will u be the next doctor in the family? i wish u will! shoot for the best in Alex ok!
Reply
amboi amboi sarah… dah mengaku nmpknyer.. hehehe.. cinta platform minyak.. hehehe.
semoga cepat sembuh sarah. penat sy dgr awak asyik sakit ajer.. jg kesihatan diri, hati dan iman elok2 yer.. (ps: sy pun sm lah.. hehe)
Reply
Salam Sarah comel..
Salam maal Hijrak 1429..
wah,ade 11 yer..sy punya azam juga,tp blom btol2 confirm brapa banyaknya..(sunggoh la teruk daku in)..
note3 anda itu buat sy geli hati..
anda nih orgnya kelakar juge..
Reply
Baiz:
alaa… mana ada mengaku apa pun. tu melawak2 je. ye. bru je makan ubat. esok lusa sihat la ni. demam kesengalan ni :p
Aiza:
Salam Maal Hijrah utk kamu jgk ye 🙂 mmg ada 11. tp yg tercapainya, tak tau la berapa. note no. 3 tu? huhu. melawak2 aje *wink* tp ramai plak yg concern pasal tu. adeh. payah betul mcm ni. sy kelakar ke? sikit2 la kot. hihik. kadang2 je sy mcm aiza. biasanya agak serius sbnarnya 🙂
OK. sy nak sambung tidur. pening lalat kepala ni lepas makan ubat. selamat malam semua 🙂
Reply
Salam sarah sayang..
Dah kebah belum demam tu 🙂
Ekhem ekhem.. Sajak yang ada dua makna dengan dua metafora..
la la la la la~
moga cepat sembuh ek.. 🙂
Reply
Salam Sarah,
Salam Maal Hijrah.
Moga cepat sembuh.
Penawar demam tu, kena jumpa kata platform minyak..kebah cepat la..:)
*Rehatkan diri..jgn byk aktiviti kat luar..cuaca begitu byk mengundang penyakit..take care ya!
Reply
Cik Ati:
Salam Cik Ati. Makin kebah. hari ni ntah bape ratus kali bersih ntah. byk tido je hari ni. sajak tu 1 makna je. Sungguh! nak kasi hadiah kt org, mistilah ikhlas ditujukn.
aa.. sajak tu sungguh takde kaitan dgn sy 🙁
BulanBiru:
Salam Maal Hijrah, BB. tapinya, kat Moscow ni takde Platform Minyak. Ada Stesyen minyak aje :p so nanti sy balik msia, sy buat la lawatan ke Kerteh ke, Melaka ke. sy gi cari platformminyak kt sana ok 🙂 oh, sy mmg dh berhari-hari tak kuar dr rumah. sejuk. so malas.
Reply
salam KS,
salam maal hijrah. cinta ks di platform minyak ya? dah bpunya ye? hihih..(cuba menimbulkan kontroversi di laman komen. hehe~~)
p/s: sedap kek ks buat utk bday reza tu. buatkan satu utk bday judin ye(tak malunya)..hihi.
Reply
selamat tahun baru Hijrah yer Sarah….
nota 4 : cinta sy x berplatform =))
(merepek..)
Reply
Dlm kerendahan HATI -ada ketinggian BUDI, dlm kemiskinan HARTA – ada kekayaan JIWA, dlm gurau Senda – ada Khilaf & Dosa. Salam Awal Muharam 1429 buat Sarah,
moga Allah merahmati & mengurniakan berkah buat kita semua, semoga terlindung dari kekalutan & dari segala kecelakaan, moga bahagia & beroleh hikmah dunia dan akhirat..
Bertemu Bro KS kali ketiga buat saya lebih kenal rapat lagi dgnnya.. saya merasakan ada sinar jernih di wajahnya.. apa lagi dengan ketabahan Kak Ain sentiasa sabar dan setia..
Tahniah Sarah.. satu entri yang menarik di sini dengan sajak yang bagus.. boleh tak saya deklamasikan depan Bro KS.. he he
Reply
Judin:
Salam Maal Hijrah. Kontroversi la sangat ye. ks sejak azali nyawa ni dipunyai oleh Allah, jasad oleh mak dan ayah. kan. hihi 🙂 kek tu biasa2 je la. ingtkn nak buta yg best2 skit tp tak larat nak keluar gi beli barang di Mir Vkusa. Guna apa yg ada je la. Bday kamu bila ye? insya Allah beres boss 🙂
Silent Reader:
salam maal hijrah. cinta tak berplatform =) sy pun jgk la. hihik.
Bro Kasawari:
Salam Maal Hijrah buat bro n family. Haah kan. Bro dh 3 kali jumpa Ks n family. im looking forwad to meet him 1 day, insya Allah. kalau bro deklamasikan depan Ks, jgn lupa record. nnti sy nak tengok ye 🙂 heheh.
Reply
salam sarah,
ehem..cinta di platform minyak..macam tahu aje..hihihi
Reply
Nurmahani:
salam. dh di msia kan? wah. bestnya 🙂 eh eh. tau apakah? huuu.. sian sy. jd topik plak. huu~
Reply
oh! demam ker???
kesian…
jaga diri Sarah…moga cepat sembuh 🙂
Reply
Salam Sarah.
Amboilah semua sudahnya mahukan yang atash pelantar minyak, kami di daratan ni sudah tiada peluang lagilah nampaknya. Ehak ehak.
Tuan Yasir, jom tukar profession, join Oil and Gas Industry pulak. Caruk.
Reply
P/S Kami tahu siapa gerangan orang minyak di atas pelantar minyak tu. Rajinlah berkerja ya, harga minyak nak naik lagi.
*Naik kuda jogging sambil siul siul.*
Reply
ala cianyer sarah..demam teruk ker..skrg ni kat cni musim ujan, so shumie pun rasa cam nak demam gak..
cinta di platform minyak..ok la 2..lain dr yg lain..
SALAM MAAL HIJRAH
Reply
Owh, selamat Tahun Baru Hijrah 1429 H Kak S. Semoga cepat aktif kembali. 😉
Reply
Wah wah..cinta di platform minyak ek!..ehehhe
Salam Maal Hijrah sarah!
Reply
May:
Dh sehat dh hari ni. tinggal achum2 je skit2. Terima kasih ye may 🙂
Azwan:
eh eh cik azwan. sy tak kata pun NAK. sy kata KOT kat nota 3 tu. hehhe. eh, kalaula Wan join Oil n Gas, sape plak nak uruskan syarikat tu? ahha. transfer nama sy la klu camtu :p n kalau kembar sy pun join jgk, takde la masa sangat dh utk dia spend dgn kembar dia yg ni.
haa.. sape plak dh yg awk kenal ni? sy tak kenal sape2 pun 😐 meh la memperkenalkn kpd sy 😐
Shumie:
salam maal hijrah. alhamdulillah dh okay. tinggal bersin2 je ni. adeh. sy saje2 je tu shumie. jgn layan sgt diorg2 ni. pantang je kan sy tertulis skit kat atas tu. huhu 🙂
Hazreen:
salam maal hijrah 🙂
Mimi:
saje je la tu Mi. mcm tak kenal je sy ni. hehhe. salam maal hijrah teacher!
Reply
Salam kenal-kenalan Sarah.
Cantik dan puitis sungguh puisi itu. Suka..suka..suka.
Salam networking
kak Lily
Reply
Waterlily:
salam kenal kak lily 🙂 terima kasih kak. suka2 je sy menulis 🙂 salam networking dr moscow. ewah~
Reply
dah kate pon org temerloh. cinta awak kat station pekeliling la sarah
Reply
1.
Welcome to enter (wow gold) and (wow power leveling) trading site, (wow gold) are cheap, (wow power leveling) credibility Very good! Quickly into the next single! Key words directly to the website click on transactions!
2.
Welcome to enter (wow gold) and (wow power leveling) trading site, (wow gold) are cheap, (wow power leveling) credibility Very good! Quickly into the next single! Key words directly to the website click on transactions!
3.
Welcome to enter (wow gold) and (wow power leveling) trading site, (Rolex) are cheap, (World of Warcraft gold) credibility Very good! Quickly into the next single! Key words directly to the website click on transactions!
Reply