Ingat 5 Sebelum 5

Assalamualaikum wbt

Dalam suhu serendah -17’C semalam, selesai solat zohor sekitar jam 1 tengahari, saya, Pena dan Fatt keluar ke Ikea-Mega-Ashan untuk membeli barang-barang keperluan rumah. Ikea; menyediakan barang keperluan rumah. Mega; sebuah pusat membeli-belah yang sangat besar dan Ashan; sebuah hepermarket yang besar. Ketiga-tiga tempat ini letaknya di kawasan yang sama. Berjalan sehari suntuk memang memenatkan jika tidak dirancang dengan sebaiknya. Tujuan utama kami adalah ke Ikea untuk mencari almari dapur dan barang-barang perhiasan yang lain. Sebetulnya saya tidak membeli apa-apa semalam melainkan krim pelembap muka Lumene. Itu saja.

-Malam sebelumnya itu, kami menyambut secara ala kadar hari lahir Chao Yi. I feel so connected to her because we both are Capricorns and love writing. Ini kek yang saya buatkan untuk Chao Yi (junior). Me, Wanie and Diba did the deco

Kami menaiki teksi ke sana memandangkan untuk menunggu perkhidmatan van teksi adalah sangat panjang barisannya dan suhu pula sejuk. Berbaloi saja perjalanan selama 20 minit itu dengan bayaran 200 ruble salam suhu sesejuk itu. Tempat pertama yang dituju adalah Ashan dan di sana, Fatt dan Pena telah memborong stok makanan peribadi mereka dengan banyaknya. Saya hanya ke kaunter barangan kecantikan untuk mendapatkan krim pelembap yang paling sesuai dengan kulit saya sepanjang musim sejuk ini. Saya keluar dulu menuju ke Mega memandankan mereka berdua masih belum selesai membeli barang. Tapi resit pembayaran saya di kaunter bahagian dalam telah tercicir tanpa saya sedari. Nasib baik saja saya tidak ditahan oleh pengawal. Terpaksalah saya berpatah balik dan terbongkok-bongkok mencari resit itu. Dan nasib baik juga saya jenis yang mengingati di mana saya lalu walaupun ratusan manusia padat memenuhi Ashan semalam.

Di Ikea, kami berjaya mendapatkan almari dapur yang dihajati. Harga juga sesuai. Kami klasifikasikan ia sebagai murah. Fatt dan Pena terus memborong bermacam-macam lagi barang di Ikea. Sudahnya saya duduk di atas troli yang membawa almari-yang-perlu-dipasang-sendiri-di rumah berhampiran dengan kaunter dan menelefon emak sementara menanti mereka siap. Mendengar cerita emak yang kepenatan di hari pertama sekolah dan kisah adik-adik yang kembali semula memakai baju sekolah. Semoga adik-adik Ngah rajin-rajin ye tahun ni.

-Fatt dan Pena tersadai di luar Ikea. Penuh dua troli yang ada di hadapan mereka-

Disebabkan terlalu banyak memborong barang yang hampir penuh 2 troli, kami pulang menggunakan khidmat teksi Ikea. Lebur 680 ruble memandangkan kadar bayaran adalah mengikut lokasi yang dituju. Tidak kisahlah. Asalkan saya tidak perlu bersusah payah mengangkut barang-barang ini dengan metro. Sebenarnya, memang mustahil untuk pulang dengan metro. Barang terlalu banyak.

Kami tiba semula ke rumah pada jam 9 malam. Selepas berehat meluruskan kaki yang letih asyik berjalan dan berdiri, tepat jam 12.30 malam tadi, saya dan Pena mula bertukang memasang almari dapur itu. Kebanyakan barangan Ikea memang begini. Perlu dipasang sendiri di rumah. Sudahlah almarinya berat dan kompleks. Memang menguji kesabaran betullah. Orang lain tidur, kami bising bertukang lengkap dengan tukul, screw driver dan lain-lain. Betul-betul jam 3 pagi, semuanya selesai. Kami memindahkan almari ke dapur dan mengemas dapur serba sedikit. Semakin lama, stok makanan kami serumah semakin bertambah. Pelik juga. Hendak dikata kami bawa dengan banyaknya dari Malaysia, rasanya sama saja seperti tahun-tahun sudah. Ada makanan yang beranak-pinak kot.

-OK Acai. Inilah gambar almari dapur yang saya beli tu. Jangan merungut tak tahu rupa almari dapur dah ye. Hihik-

Selesai mengemas dapur ala kadar, baru saya masuk ke bilik. Itupun tidak tidur terus. Saya dan Pena menonton sebuah filem bersama-sama. Rumah pada ketika itu sudah sunyi. Saya hanya dapat melelapkan mata selepas Subuh sekitar jam 7.30 pagi.

Notice board yang kami letakkan di dapur. Merapu je saya dan Pena di tengah malam semalam :p –

Dan siang tadi selepas solat Asar, kami bertiga meredah kawasan Baumanskaya pula untuk mencari sebuah service center untuk membaiki laptop Fatt. Sudah ketemu tapi tutup pula. Dalam website, katanya buka. Suhu hari ini pula jauh lebih sejuk berbanding semalam. Habis merah-merah hidung dan pipi kami. Kamudian kami bertiga menuju ke Novi Cheremushky pula untuk meninjau service center yang ada. Saya menghubungi buat hati saya si Adnan untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang komputer daripadanya. Rupanya adik saya yang seorang itu sedang di perpustakaan menelaah untuk peperiksaan akhir semesternya. Sorry Nan. Ngah tak tahu awak di library waktu tu!

Hampir 2 jam lebih kami di sana. Siap makan sekali. Tapi kami tidak dapat mencari sebarang kedai yang membaiki komputer. Jadinya, kami terpaksa juga ke Acer Service Center pada hari esok. Kami tiba di rumah lebih kurang pukul 9 malam.

Ya. Esok kami terpaksa keluar lagi. Ada dua pula destinasi kami kali ini. Penatnya!

Kesimpulannya, rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Kini kami masih muda dan sihat untuk ke hulu ke hilir aktif menjalani kehidupan. Hendak beribadah pun tiada masalah. Gunakanlah nikmat ini dengan sebaiknya. Jangan nanti bila sudah tua dan sakit-sakit, baru hendak menyesal tidak sempat hendak beribadah dengan sempurna. Satu lagi, bagi yang sedang bercuti, manfaatkanlah masa dengan sebaiknya. Janganlah setakat marathon makan, tidur, movie saja ye =) Aktif-aktifkanlah diri ya. Bagi yang di Spartivnaya, apa kata kita pergi snow boarding sama-sama minggu depan? Dengarnya ramai yang meluncur di Yugo Zapadnaya. Judin, apa kata kamu jadi master mind untuk kali ni? Hihi =)

Nota: Maafkan saya dengan lagu pilihan saya kali ini. Agak lagha sedikit tapi saya sekadar hendak mengimbau kenangan dengan seorang kawan baik pada satu masa dulu. The Reason nyanyian Hoobastank.

46 Responses to “Ingat 5 Sebelum 5”

  1. cikgu jawe says on :

    quote: “Sudahnya saya duduk di atas troli yang membawa almari-yang-perlu-dipasang-sendiri-di rumah berhampiran dengan kaunter dan menelefon emak sementara menanti mereka siap”

    aik. dah besar masih dok atas troli? siap tepon lagi tuh.. takleh byg lee.. lucu.

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    ooppss.. korang beli barang mcm taknak balik malaya jee..

    masa muda2 le cari pengalaman byk2. esok2 dh tua bleh cerita kt cucu.

    satu senaman dn terapi juga. sambil siang jln2, shopping dn bertukang pd mlmnya. 🙂

    Reply

  3. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu:
    aaa..bukan troli yg tinggi mcm raga tu. ni roli yg leper tu je. cuba tgk gmbr fatt n pena tersadai kt luar ikea tu. ada 1 troli yg penuh sendat dgn barang. n lg 1 troli plak yg kt bawah tu yg ada kotak coklat atas tu. sy duduk atas kotak coklat yg ada almari tu la. huhuhu. kalau sy naik troli biasa tu, sy pun x terbayang! huhu

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu:
    uisshh.. sy nak balik malaya!! hati sy ada di malaya sinun. tp barang2 ni perlu utk lengkapkn hidup. diorg ni pun ada 3 thn lg kt sini. sy je yg dh x lama. ahaa.. ye betul tu. nnti bleh cerita kat anak2, cucu2 psl hidup zaman bujang2 single2 kt oversea dulu2. hehek

    Reply

  5. amycheali85 says on :

    kitorg pon kalo shopping kat ashan n ikea sure akan ambik cab ikea sarah..tapi kitorg murah sket la kot sbb dekat..240p passenger’s cab, 310p utk cab barang2…

    and snow boarding???wow!!!hehe..sy kene marah ngn mak mase 1st year main ski..mak cakap tak sesuai utk pompuan.hehe..mmg tak sesuai pon kalo turun bukit half pakai papan ski,half lagi pakai punggung…hahaha..beginner laa katakan =)

    Reply

  6. 13may says on :

    hehhe….sakan nampak 😀

    Reply

  7. akirasuri says on :

    Salam sarah sayang..

    Faaiq ada alamat sarah kan?
    eh.. alamat yang pada faaiq tu betul ke tak?
    Ha ha ha.. Macam keling betul cik ati bercakap :))

    Oh oh!
    Beshnya bersoping sakan :]
    bilalah cik ati ada masa nak bersoping sakan ni ek 😐

    Reply

  8. Pengusaha Cowbra says on :

    Janganlah setakat marathon makan, tidur, movie saja ye =)

    tersentap!

    *membawa hati yang luka*

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Amy:
    hehe. rumah kitorg kan sebelah pasar. so kitorg jarang ke ashan tu. sume barang pun boleh dpt kt pasar ni je. harga pun ok je. penatla nk gi jauh2 pastu nak punggah lg. erm, mmg la harga lain2 kn. sini moscow. mmg pelik bin ajaibla klu ada harga cab utk balik dr ashan bawah dr 500! huhu. sy x penah ty snow boarding lg. asyik skating je. hehe.

    May:
    alang2 tgh cuti :p bukan slalu pun tau.

    Cik Ati:
    maybe faiq ada alamat yg skrg. yup! confirm dia ada sbb dia penah kasi surat cinta skali dgn buku2 cinta. cewah. tu alamat dh dikasi di blog cik ati. cek2 la komen eh. hehe. sy x shopping pun cik ati. knp ntah. sy ni bukan kaki shopping.

    Ryn:
    alahai. merajuk plak ye dia. ni sy maksudkn utk kami2 yg takde life time cuti kt sini. nak keluar sejuk. sudahnya duduk dlm rumah makan,tido,movie je la. ngahaha. klu sy, sy tambah internet n buku. cam sangap je. huu~ 🙂

    Reply

  10. anonymous says on :

    salam
    coretan kisah harian yang disudahi dengan kesimpulan yg menyedarkan. teruskan menulis ks! (“,)

    Reply

  11. rightbrainer says on :

    salam sarah sempoi (eh sedap lak bunyinye)

    cantik notice board to sarah… sweet

    btw, moral: rebutlah masa bertukang kamu sebelum datang masa tidur..

    Reply

  12. tiangpurnama says on :

    pompuan..kalau dah shopping… hakhak,jangan hypermarket eh!(melatah terbuat) hiperaktif sudah

    Reply

  13. Hafizuddin Awang says on :

    salam KS,
    sesungguhnya saya ni langsung tiada kemahiran untuk meluncur. hahaha…kalau ice skating pun sy belum mahirkan diri lagi, apatah lagi snowboarding yg jauh lagi mencabar tu…maunya tergolek2 kat bukit nanti…haha.

    Reply

  14. Faresya Fareed says on :

    bestnya shopping kat situ 🙂 hehe…sakit kpala ah…bibir mkin pecah,lipbalm x jmpa2…sengkek lipbalm apa UK nih…hehe..snow pun x trun2 lgi nih…asyik brkabus je… ;(

    Reply

  15. akirasuri says on :

    Ohkek mem!
    dapat dah add tu 😀
    sama macam faiq bagi aritu 😀
    Hahak!

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    kesimpulan sbg nasihat utk ks sndiri jgk 😉 eh, ni bdk moscow jgk ye? hehe.

    Khairul:
    sarah sempoi? layan~ hehe. wrapper tu kitorg kebas yg fatt punya. padahal dia dh tido. pena amik dr almari dia. huhu.

    Tiangpurnama:
    sy rasa, sy terkeluar drpd kategori hypermarket hy[eraktif tu. sy bukan kaki shopping 🙂 sy lebih utamakan barang rumah drpd barang peribadi. tp sekali sy shopping, sy beli 1 shot apa yg sy nak tp tak melampau. think twice to be wise is my motto. ewah~ hehe

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Judin:
    ks pun x penah snow boarding. tp kamu tolongla tanya2 kat budak2 laki yg biasa pegi. dapatkn nama tempat n alamat, then kita redah gi sendiri je la. jom la.. jom la.. jom la.. hehe. ks kemaruk ni..

    Faresya:
    cuba cari kat pharmacy. sure ada punya lipbalm nivea. takpun kamu beli vaseline. tu lg best utk bibir. lembap n mengelokkan bibir. cuba cari ok. takde la sakit smpai pecah2 jadinya.

    Cik Ati:
    okes. haa.. sama je kan. sbb kami ni berutusan surah cinta yg maha romantik dulu. huhuu. nak buat apa dgn alamat sy ni? nak dtg meminang ke cik ati nye? huhu

    Reply

  18. Faresya Fareed says on :

    ks,dh jmpa dh lipbalm vaseline tuh..kat swift shop,kdai yg dkat ngan umah…tersorok bebenor vaseline tuh!wktu balik,lari mcam dlam acra olimpik sbb ujan!igt snow..ruponyo ujan..fuh!pnat…

    Reply

  19. Pengusaha Cowbra says on :

    ahaks!

    saje jek uat2 tersentap 😛

    x majuk ahh. saje nak usik sarah neh.

    lame x kaco sarah 😛

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faresya:
    ye! hihi. pakai lipbalm tu from time to time. ks pun pakai vaseline jgk. oh, masih ada hujan lg kt sana? bila la nk snow ye. tp mmg thn ni panas skit. global warming i can say.

    Ryn:
    aisshh. saje je ye. klu ryn kacau pun x kesahnya. u make my day. hehe. sy baru je abis tgk cite korea ‘my boyfriend is type B’. huhu. sweetnya. adeh. ntah apa2 je sy ni.

    Reply

  21. baiz says on :

    amboiiiiiiiiiii… banyaknyer beli barang… sampaiu x ingat dunia nih.. hehe.. semangatnyer decorating!! nak dtg tgk lah esok.. hahaha. ok..

    Reply

  22. Achik_Sufi says on :

    salam,
    ish…ish…sakan sungguh memborong, abis duit mak pak…tapi x pela utk kegunaan kita, gunakanlah sebaiknya…

    Reply

  23. Pengusaha Cowbra says on :

    ryn da nengok cter tuh. ahaks!

    menci ahh laki tuh. tasuke !tasuke !

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Baiz:
    meh la dtg. tp kite kena duduk diam je kat bilik sbb yg lain tgh study nk exam. hehe.

    Achik:
    sakan borong utk rumah je achik. utk diri takde pun :p

    Ryn:
    oh dh tgk ke? tp kadang2 tu dia sweet sgt2. sy pun cair tgk dia sweet camtu. heheh. tp ego nak mati dia tu kn.

    Reply

  25. myfisol says on :

    hi..singgah sekejap..

    banyak jugak shopping yea…boleh tahan jugak duit student2 sekarang ni….tapi kalau bershopping utk keperluan apa salahnya kan?

    Reply

  26. "sishoney" says on :

    salam persahabatan dari sis…mst ada reason sbb tu letak lagu the reason kan 🙂

    Reply

  27. djambu puadovich says on :

    sedapnye kek…

    Reply

  28. Aizar Azman says on :

    salam sarah…………….
    maap lama tak kunjungi kamu….
    maaf lama juga tak update blog..
    waaaaaaaaaaa,sy pon suke pegi IKea,sbb best!!
    teringat kat sarah waktu tgk weather cast dlm berita, moscow-17.cakap pd ibu sy,tentu org2 disana blushing pipi mereka..
    sarah,sy da update!

    Reply

  29. akak says on :

    akak dah start baca blog sarah. no wonder sarah nie ramai peminat. Sarah memang punya bakat dlm menghasilkan karya. Memang tak jemu baca apa yang sarah coretkan..really..i mean it. Bakal doktor yang punya bakat seni. :))
    All the best Sarah.

    Reply

  30. cik fatt says on :

    yer.barang2 tuh suma saye punye.wakakaka.

    Reply

  31. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Fisol:
    salam kenal bro 🙂 hehe. duit akn nmpak mcm banyak kalau awal2 tu dh simpan n tau time bila nak spend. tp tula. spent hari tu utk lengkapkan rumah kami. more specific, the kitchen.
    thanks sudi jenguk ke sini ye bro.

    Sis Honey:
    salam kenal sis 🙂 thanks sudi singgah sini. haah. because there are reasons that protray in The Reason. sbb tu pilih lagu tu. cekap betul sis ye. hihik.

    Yoep:
    di egypt mkn puas2. lg heaven dr kek sejemput tu.

    Reply

  32. Sarah Mohd Shukor says on :

    Aiza:
    yea. kamu dh update! seronok baca cerita org tu pegi cuti2 msia ye. jeles2. huhu. oh. ada jgk yg teringat kt sy ye bila tgk weather forecast 🙂 mmg blushing. hidung pun merah. mcm dlm katun rudolf! huhu.

    Akak:
    tak sangka akak tunaikan betul2 apa akak kata hari tu. tak penat ke akak belek2 entry sy yg lama2 tu? 🙂 mana ada peminat pun. penjenguk2 n kawan2 yg baik je yg dtg bertandang melawat sy kt sini. hehe. so skrg akak pun dh jd 1 of them. thanks sbb sudi singgah membaca sy membebel kt sini 🙂

    Fatt:
    iye. itu sume kamu punya. nasib baik tak letak gmbr kamu di novy cheremushky siap dgn aiskrim kiwi+nanas di tangan. huhu :p fatt, penat gila ni. jom tgk mvoie dgn pena then tido. esk ada mcm2 lg nk buat. uuuu.~

    Reply

  33. cik ati besh says on :

    Ahaks!

    Kalau cik ati datang meminang..
    Kang ada ekhem ekhem marah cik ati lak nanti..

    Wakakaka!! =))

    Reply

  34. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Ati:
    Dia takde nak marahnya kalau cik ati datang meminang bg pihak dia :p ngahaha

    ops… propaganda plak kat sini. sape plak dia tu? huhuhu.

    Reply

  35. faisal says on :

    amboi, byk sungguh brg2 yg dibeli sarah,hehee..cantik juga almari dapur sarah tu,hehe..lagi cantik dari almari baju sy,hehehe..:) notive boardpun ada dirumah juga ye..sungguh tersusun hidup kalian semua,ceewahh..:) sarah, bila nka buatkan kek untuk sy nih?

    Reply

  36. Mimie Azrin says on :

    [mimie jr]
    wa…manyaknyer aunty sarah shopping.. mama pun kata nak bli rak dapur tapi sampai hari ni tak beli2 lagik ;P

    Reply

  37. hanny says on :

    hi sarah, salam kenal dari bumi sakura….akak hop masuk blog nih dari ainisamsi. sejuknya kat sana ya. sampai -17deg. jaga kesihatan ok…banyak berjalan jauh pengalaman.. eh.. terbalik lak…..

    Reply

  38. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    eh, ada ke bandingkan kabinet tu dgn almari baju dia plak. jauh bebenor tu acai. nak buat kek utk awk? tunggu bday awk nnti la ok tak? rasa2 mcm time sy ada kt msia je bday tu 🙂

    Mimie:
    eh eh. awk jgn nak gi shopping sakan sgt tau. byk kn rest:)
    mimie jr, sila suruh mama tu rest je ok. dia sungguh suke meronggeng sana sini walaupun dh sarat ni ye :p

    Kak Hanny:
    salam kenal kak. wah. dr jepun tu 🙂 teringat kat cousin sy kt nagoya. -17 ni tak sejuk mane lg kak. normally smpai -30. tp tahun ni winter yg tak berapa sejuk. syukur jgk la. takde la kitorg sengsara sgt. oh. betul tu. byk berjalan jauh pengalaman. ups. terbalik jgk :p

    Reply

  39. faisal says on :

    hehe, cam tau tau je sy lahir bila sarah ni,kikiki

    Reply

  40. Sarah Mohd Shukor says on :

    Acai:
    hehe. great minds think alike :p

    Reply

  41. .layla tumaisuri. says on :

    hey, i just bought that cabinet too! haha..

    btw, lagu the reason tuh is my songggg…. lalala…
    pahamkan.. *hik hik*

    Reply

  42. Sarah Mohd Shukor says on :

    Layla:
    indeed, i met ur bro n shiela at mega n ikea. n in ikea itself, we bumped twice. hehhe. i tot u dragged home 1 bed, didnt u?

    alahai.. my reason.. utk ks, thats a long kisah lama. muahaha. cerita dgn sorg kawan lama yg ntah kt mana dh :p

    Reply

  43. Hannan says on :

    sarah, lawanya dapur tu
    dah pindah dok apartment ek skarang? x tau la pulak kite 🙂

    Reply

  44. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hannan:
    eh duk spartiv lg. tp kan kt sini sistem dia blok rumah sebijik2. hihik. klu sy pindah duk luar semula, sy misti buat makan2 utk welcoming nya ajak sume. huhu. ehem, dapur rumah ni mmg sentiasa kemas n lawa gitu *wink*

    Reply

  45. Rozilah Kamarudin ImOlie says on :

    Ngh, bestnye ada ikea kat sana… mankndak suka ikea… sebab barang2 dia tu mengajak kita mengemas…

    Reply

  46. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mak Andak:
    haah tu la. barang2 dia buat kita rasa nak sentiasa kemas. dh la ngah pantang selerak2 ni :p

    Reply

Leave a Reply