Menjadi Insan Berguna

Assalamualaikum wbt

Menulis tajuk entry saja sudah membuatkan saya tergelak. Bukannya apa. Bunyinya seperti saya hendak memberi motivasi. Padahal, itulah tema yang saya berikan untuk cuti kali ini. Cewah.

2 hari lepas, saya mengemas bilik, ruang tengah, tandas dan menggilap cermin-cermin yang ada. Hari ini pula, saya, Pena dan Fatt mencuci dapur, membersihkan peti ais, menyusun atur semula sususan perabot di dapur dan malam nanti saya hendak membuat cucur udang. Esok saya hendak ke Ikea. Mencari sebuah almari baru untuk dapur. Alang-alang, bolehlah saya ber-ice skating di Mega. Ya. Wajib jika tidak ramai orang. Terasa seperti orang malas saja jika duduk di rumah.

Menjadi insan yang berguna juga maksudnya saya menjadi orang yang tidak membazir makanan. Apa tidaknya. Asyik makan saja kerjanya. Matilah saya macam ni! Petang dan malam pula saya menghabiskan masa membaca buku-buku yang dibeli itu. Sekali dah menghadap buku, jangan harap saya pandang orang keliling.

Oh ya. Saya suka melihat sambutan tahun baru dari atas katil saya malam tadi. Menghadap ke langit dari katil, saya dapat melihat bunga api yang berwarna-warni. Indahnya (walaupun saya tidak dapat melihat bunga api di Putrajaya :p ). Suasana di luar bangunan hostel juga meriah. Kerana bagi orang tempatan, mereka lebih menyambut tahun baru berbanding Krismas. Kalaupun mereka hendak menyambut Krismas, sambutannya adalah pada 7 Januari kerana mengikut kiraan Orthodox (14 hari lebih lewat daripada Katolik). Kenapa mereka lebih meriah menyambut tahun baru dan kurang meyambut perayaan agama adalah antara kesan ideologi Komunisme satu masa dulu yang menyebabkan orangnya gila kerja dan kurang beragama.

Jadi, cuti tahun baru secara rasminya di sini adalah sehingga 10 Januari. Untuk memberi peluang mereka menyambut tahun baru dan Krismas. Malah, atas suara pekerja yang besar dan berkuasa, gedung-gedung perniagaan yang besar dan kompleks membeli-belah juga ditutup pada 1 Januari. Hebat sungguh suara pekerja di sini. Jika di Malaysia, pada 1 Januari itulah lagi ramai yang hendak keluar membeli-belah di tempat-tempat sebegini kan. Dan pada 25 Disember pula, tiada cuti disediakan. Pelikkan? Tapi inilah kalendar Orthodoxisme yang mereka gunakan.

_____________________________________________________________

Hari buat dia:

77) Teman sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

25 Responses to “Menjadi Insan Berguna”

  1. baiz says on :

    ok aper sarah sesekali bg motivasi.. hehe. layan ajer.. sy pun lebih kurang jugak.. x rs nak tulis psl diri sendiri so citer lah benda yg berguna pada org yg membaca.. hehe. happy new year 2008 sarah!!! kita makin tua nih sarah.. huhu T_T
    slmt m’hasilkan karya yg bgs.. sy nak tgk karya awak dlm sayembara islam tuh sarahhhhhh……….. ^_*

    Reply

  2. Anonymous says on :

    salam
    hmm, betol gak kata ks. kena menjadi insan berguna. rugi la kalu mensia-siakan cuti ni tanpa melakukan perkara yg berfaedah kan…pepun, selamat bercuti ^^

    Reply

  3. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Baiz:
    eh eh. kita ni nama je lahir sama tahun. tp awk tu 22nd bday baru je lepas. sy ni dh x lama dh nk masuk 23. so part yg terasa tua tu awk simpan smpai hujung thn 2008 la ye. hihi. yg psl karya tu, tungguuuu… sy akn cuba yg terbaik. kalau terasa nk hantar, sy hantar la nnti. kalau x, sy simpan buat simpanan pekasam sy sorg je la 😉

    Anon:
    tu la kan. rugi kalau kita mensia-siakn masa 🙂 mari kita cuba making our life useful *smile*

    Reply

  4. Hafizuddin Awang says on :

    salam ks,
    205-day-out ye esok? waa syoknya. hati-hati ice-skating nanti, jangan sampai jatuh.

    Reply

  5. Faresya Fareed says on :

    jadi insan brgna…ok ks…dh update dh…hehe.bca tau.

    Reply

  6. faisal says on :

    slm sarah,

    biasalah org mesia ni kan mcm gila bershopping skit,hehe..asal cuti mesti nak keluar bershopping,hihihi…:) kalau bosan meh tolong sy kat kebun sarah,hahaa

    patutla sy masuk umh sarah sume berkilat je,ceewaaaahhh..:P sarah, camne rupanya almari dapur ye,hihi..:P

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Judin:
    salam judin. lepas apa kamu bgtau td, kitorg tgh pikir2 smula. tau apa pena kata? dia ajak ke mana2 park je. apa dia ingt ni spring ke. hihik 🙂

    Faresya:
    ks dh dropped by. bestnye UK. jaga diri kat sana ye 🙂

    Faisal:
    Salam Acai. eh jgn tak tau ye. sy ni green hand. sekali sy tolong kt kebun tu, bermusim2 menjadi buah2 naga tu. klu bab2 lembu pun, takde masalah punye. huhu. sy pun penah urus reban ayam daging jgk apa dulu2 :p mcm ye je penah masuk rmh sy ni. almari dapur camne ye. nnti la klu rajin kitorg bgmbr dgn almari tu kt ikea. hihik :p

    Reply

  8. nuha says on :

    salam sarah.kata nak try out resepi tu?nnti bgtau sy yek.anyway,igt x smlm bday jana?still cntct jana lg x?haa.abg safwan kirim salam.smlm dia dtg ipoh ni ha.hantar brg.suke sy dia tny2 smlm.

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nuha:
    Salam. aaa..henti2kan la nuha oi. takde faedahnya awk duk kenen2kan. sianla kat sy.. huhu. oh. sy contct lg dgn jana tp kt frnster je la. tu pun baru je 2-3 hari lepas jmpa frnster dia. last time jmpa dia 4thn sudah kt kfc temerloh. nostalgia sungguh wkt tu. ehek.

    Reply

  10. Zack says on :

    dear sarah

    salam to u too wat a bad coincidence im afraid lol but i guest our phones are nearly time 2 go n we shud let it go wif peace and open heart (even it was damn bl**** hard @ first) tell me wat u got soon yah.

    me gonna get one later dis week

    have a happy niu yer
    xxx

    Reply

  11. akirasuri says on :

    Salam sayang..

    Hahak!
    Cik ati bermisi tahun baru nak jadi wanita anggun lagi ayu..
    wakakakaa! *pengsan*

    wah wah wah..
    ada peminat baru :p
    mahu bercucuk tanam bersama-sama ek :p

    *larikkk!!!

    Reply

  12. cikgu jawe says on :

    salam sarah..

    org kata mata pena boleh menceritakan sejuta rasa. tu le yg akirasuri nak larikkk tuu..

    apa nak lari akirasuri. kita sama2 le kacau daun diaorg bercucuk tanam eh. untung2 dpt buah naga free..

    Reply

  13. Mimie Azrin says on :

    cuti mie penuh dgn membalut hadiah2 untuk wedding member2 dan makan di kenduri 😛

    mimie jr tolong kacau sambil golek2 dalam perut.

    sabtu lepas pergi ke perpustakaan negara dan habiskan masa disitu. pinjam dua buah buku – satu novel fantasi [war of the flowers] dan sebuah dari harun yahya pasal teori evolusi darwin [dah abes baca, rasa lucu sbb teori darwin hanya berdasarkan imaginasi tanpa back up dari facts dan data-data biologi].

    nak ice skate juga – !!!

    Reply

  14. ZackIdris says on :

    on a quick note, ur new entry nie dah takde chatbox ker? any explaination?

    XXX

    Reply

  15. rightbrainer says on :

    salam sarah

    waa.. 10 hari cuti. seronot nye
    learn new things… Orthodoxisme, Komunisme, and all. Thanks.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abg Wan:
    i’ve got samsung X520 for myself. its a simple 1 since all i need is it works well to call n text people. relief. n u know wat. its maroon 🙂 may the blooody theif been hit by our words. happy new yr abg wan. i miss our crapy talk over the fon. hehe. ups. its new yr. new yr with new attitude n more mature beings perhaps. ahaks 😉

    Reply

  17. Pengusaha Cowbra says on :

    sarah shayang~

    hoh ! menci tau ! sengaje uat urg menanges.

    die cuti panjang :((

    urg baru setat skolah.

    arghhh !

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Ati:
    salam cik ati. wanita ayu? waa… teruja sy. sy pun patut jd lg ayu la mcm ni 🙂
    eh cik ati ni. dia pun tumpang sekaki jgk. jom la kita bukak kebun kita sama2 kalau mcm tu. takde nak kena dh sy lepas ni 😉 tanah kita beli kat area kuala selangor. boleh cikgu tunpang sekaki. huhu

    Cikgu Jawe:
    salam cikgu. ya rabbi.. tak abis2 lg ke. Acaiiiii.. tolong la sy ni. jd mangsa dh ni. uwaa…
    cikgu, kt pasar mlm Mentakab kan, bila dh nak tutup dh tgh mlm tu, dia kasi free je buah naga tu. cikgu nak tak? ngehiihihi.

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mimie:
    practice balut hadiah utk sy nnti jgk yek. hihi. bestnya dpt gi perpustakaan negara. klu sy duk situ, mau sy taknak balik kot. sangap dpt jumpa buku berlambak2. hehe. mie, kalau mie baca yg ditulis org org2 putih, lg la kelakar. sbb teori tu based on yeiro login n idea je. evidence sgt tak kukuh. lucu. mmg lucu. siap ada 1 buku tu (sy tak ingt tajuk n author) cakap yg evolution tu jd lepas ada meteor hemtam bumi yg buatkn gene manusia terkena kesannya. sy gelak tak hengat kt library daerah temerloh dulu. wkt tu f2 sy baca buku tu. klu tak silap la, nama penulis dia ada Federson apa tah. bestnya kalau dpt duduk baca buku2 camni. suka! *sy yg tgh kemaruk dgn buku*

    Abg Wan:
    i guess that u missed 1 big event taken place here.it was in early december. it was quite a burst to me. so i removed the chatbox for the good sake. better to be empty than silly. but everthing’s back to normal alrdy.

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    sy cuti sebulan lebih smpai 7 feb nanti. yg cuti smpai 10 jan ni utk ofis2 n premis2 perniagaan. hehe. sharing is caring 😉

    Ryn:
    jgn la menci2 sy sayang. sape la nak sayang kt sy mcm ni ryn. hari tu ryn dh cuti raya puasa n raya haji puas2 dh. sy baru ni nk cuti. hihi. pasangla niat nakkan kejayaan yg lebih. baru ryn akn rasa semangat nk ke kelas smula 🙂 teruslah kuat!

    Reply

  21. echah_syed says on :

    slm thn baru 2008 sarah ku..

    ~ takecare ~

    Reply

  22. sarahss says on :

    kak sarah

    happy 2008!!and we’re a year closer to Allah..semoge thn ini lebih baik drpd thn lepas..insyaAllah..

    akak..kat sini pun diorang sambut orthodox christmas. kiosk shaurma kat depan hostel pun tutup..huhu~~

    Reply

  23. silent reader says on :

    waaa…. ulang dekor rumah rupenye… seronok2~~

    p/s : x de sapa2 SR ni… =)) awak x knl pun….;)

    Reply

  24. UncleJ says on :

    salam sarah..wah lamamya cuti tu sampai bulan februari..

    pelik pulak kat russia tu..cuti thn baru sampai 10hb..krismas tak cuti pulak..isk isk..mmg terbalik kod kat sana tu..hehehe

    have a great holiday sarah…!! tak gi jenjalan ker?

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Aunty Combi:
    slmat thn baru masihi 2008 dan salam di ambang maal hijrah 1429 🙂

    Sarah:
    happy new yr sarah 🙂 kalau dh namanya bekas soviet, sume pun smbut ikut orthodox kan. hehe. sabar je la. shaurma tutp, masak sndiri je la. hehe.

    Silent Reader:
    ulang decor utk puaskn hati sndiri n cantikkan rumah sndiri.hihik. walaupun x de sape2, tp tringin nak kenal awk je 😉

    Uncle J:
    cuti lama tu sbb diorg smbung skali krismas yg 7hb jan tu. so diorg x cuti la time krismas yg 25hb dec tu. mula2 sy x plan nak ke mana2. tp ayah sy suggest suruh ke muscat, oman. ni tgh merancang la ni. hehe.

    Reply

Leave a Reply