Sindrom Pra-Cuti
Assalamualaikum wbt
Sebenarnya tadi ada entry lain yang saya sudah kemaskinikan. Tapi atas sebab yang buat saya tidak sedap hati, terus saya buang entry itu. Siapa sudah terbaca, rezekilah tu. Hentahlah. Tidak kena dengan jiwa agaknya.
Hari ini (Rabu) saya ada lecture terakhir yang perlu dihadiri dan esok pula merupakan hari terakhir saya perlu berlabcoat putih untuk tahun ini. Nanti sebulan lebih saya tidak perlu menyentuh labcoat itu. Di saat ini saya muflis. Ada 30 ruble (=RM4.50) saja duit dalam tangan. Bukannya apa. Setiap kali ke mesin ATM terdekat dengan kawasan hostel ini, asyik tidak berfungsi saja sejak Jumaat lepas. Tadi pula saya beratur di mesin ATM di tingkat bawah hospital. Elok saja tiba giliran saya, terus saja tertera ‘Sorry. We are temporarily out of service.’ Ikutkan hati, rasa hendak diketuk-ketuk saja mesin itu. Tapi, rasional lebih mengusai hati. Nak tak nak, esok saya wajib keluarkan duit untuk perbelanjaan bulan Januari. Sebenarnya bukannya saya terlebih belanja untuk bulan ini tapi saya banyak dahulukan untuk membeli barang dapur rumah dan membayar bil-bil yang perlu. Tanggungjawab seorang kakak kan. Nanti-nanti pandailah adik-adik rumah ni mengambil alih tugas saya ini. Saya pun bukannya lama dah di sini (seronok dah nak habis belajar!). Hujung minggu ini bolehlah kami mengira akaun perbelanjaan rumah.
Tiga hari kebelakangan ini, saya terlalu gila dengan nasyid yang saya sertakan ini. Bisikan Malam. Ini semua gara-gara berjaga di waktu malam dan di pagi buta yang buat saya rasa tersentuh bila mendengarnya. Tapi saya tiada mp3 nasyid ini. Jadi Imeem lah sumber saya. Ada sesiapa hendak memberi?
Oh, tadi saya buat kuih lapis, pemanis mulut untuk ayam tandoori dan sotong masak masam manis tadi. Ini pertama kali saya membuat sendiri kuih ni. Kalau di Malaysia, jangan harap nak buat sendiri. Teori saya senang saja. Kenapa nak bersusah payah buat sedangkan dengan RM1 saja sudah boleh dapat 3 ketul kuih lapis ini dan rasanya sedap pula (dapat melariskan jualan Makcik jual kuih tu). Dulu saya pernah belajar cara-cara membuat bersama emak tapi sudah lupa semuanya sebab saya masih di sekolah rendah pada waktu itu. Di rumah, kami menggelarnya kuih flat. Bajet budak yang bercakap omputih kot waktu kecil-kecil dulu. Sudahnya terbiasa sampailah dah besar panjang ini. Kalau tidak silap, Adik Azizi tidak boleh dipisahkan dengan kuih lapis kalau kami membeli di pasar tani, pasar malam atau pekan sehari Ahad. Kuih wajib untuknya. Jadi tadi dengan bertuangurukan buku resepi saya, maka jadilah kuih lapis saya yang boleh tahan jugalah rasanya. Lain kali, saya cuba lagi untuk baiki kualiti. Haih. Senang suami saya nanti. Ngahaha.
Selepas makan tadi saya membelek-belek Youtube. Entah apalah yang saya hendak cari, saya sendiri pun sudah lupa. Sudahnya saya terjumpa klip lagu Harapan nyanyian Fazli Zainal ketika semifinal Muzik-muzik. Saya tidak mengikuti perkembangan muzik tanah air. Pendek cerita, saya ini jahil pasal lagu-lagu dan semuanya ini. Jadi saya bukanlah orang yang layak membuat ulasan atau memberikan kritikan tentang dunia muzik. Kosong otak tentang bidang ini. Tapi sayang sungguh saya kira andainya lagu yang baik dan puitis bahasanya menjadi sumbang kerana nyanyiannya yang kurang baik. Saya sangat suka lagu itu (satu masa dulu sebab puitis bahasanya. Mungkin ada yang tidak tahu lagu ini kot). Dan dari situ saya lihat pula klip Faizal Tahir mendendangkan lagu Mahakarya Cinta ketika semifinal yang sama. Pendapat jujur saya yang buta seni ini, Faizal Tahir mempunyai satu x-factor yang sudah tidak dipunyai oleh penyanyi tempatan pada hari ini. Dia luar biasa. Ada suara, ada gaya (rupa tolak tepi sebab muka ala-ala rock kapak pun iya juga saya rasa. Hehe). Cukup. Saya tidak mahu mengulas lebih kerana setiap orang pastinya ada pendapat tersendiri tentang Faizal.
Kesimpulannya, kadang-kadang saya geram (rrrrrr) melihat ramai penyanyi baru yang terjun ke bidang ini tapi tidak menyediakan diri selengkapnya untuk bergelar penghibur. Kalau mereka ada azam dan matlamat untuk memberikan yang terbaik dan menjadi yang terbaik, tidak mustahil ada masa depan yang baik untuk mereka dan ada kualiti yang baik untuk industri muzik negara. Aissh. Sebenarnya saya bukan hendak buat kesimpulan tentang industri muzik kita. Tetapi bagaimana kita sebagai diri kita yang sekarang ini boleh memberikan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri kita dan yang orang berdekatan dengan kita. Janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Sudah lama terus mengeras. Lepas tu hilang sebab dipijak dan diseret oleh selipar-selipar yang lalu lalang.
Inilah sindrom pra-cuti. Memasak, memasak dan memasak. Internet pun iya juga. Tidur saja tidak masuk dalam senarai lagi =)
Nota: Macam pengotor je penyudah tu 🙂 Tapi tak kisahlah. Memang fakta pun kan. Heheh.
Nota appresiasi: Terima kasih Judin atas hasil nukilan yang ditujukan untuk saya yang diletakkan di blog kami berdua. KS terharu. Judin adalah junior saya di sini yang berkongsi minat yang sama – sajak. Belum pernah ada orang nak tujukan sajak ke, syair ke untuk saya. Boss Judin, KS suka tau =)
_____________________________________________________________
Hari buat dia:
75) Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Selamat bercuti…kesiannya tak dpat nak kluarkan duit…nak ke MP3 nasyid???…sy ada byk koleksi lagu2 nasyid dari pelbagai artis…apa2 pun, didoakan agar sentiasa gembira menghadapi cuti anda di sana….
JURAGAN
Reply
selamat bercuti.
jangan lupa untuk terus berdoa untuk result.
🙂
Reply
Lain kali, saya cuba lagi untuk baiki kualiti. Haih. Senang suami saya nanti. Ngahaha.
apsal gelak :p mimie jr n mama mimie pun nak rase jugak.
smlm msk daging kicap berempah. tak cukup nasi, cicah pulak ngan roti. mmg tak hengat. 😀 hahaha
cuti = (makan/memasak)+tido +internet [ya betul!]
Reply
saya pun suka lagu mahakarya cinta
Reply
Salam sarah.boleh kawin dahni.cukup dh syaratnye ni.org pinang,sruh mak ayah terima je la yek.1 roble tu bersamaan brape ringgit?ke lg elok tnya 1 ringgit bersamaan brape roble?USD plak mcm mane yek?
-sy dh reti guna nickname mcm awk ckp kt email =) dh advance dh ni.
Reply
Apa terjadi kalau dua titik dakwat? mestilah dua juta pulak berfikir. kan mantik. =)
Reply
Salam utk semua
Juragan:
cuti yg takde rasa..mcm biasa je kot. yg sy maksudkn tu mp3 utk nasyid bisikan malam ni je. nasyid lain sy ada. tp kalau nak kasi, boleh boleh 🙂 ntah2 ada nasyid yg sy x de lg.hihi.
Aini:
resultnya dh dpt terus wkt hri exm tu. sistem kat sini lain. alhamdulillah berterbangan warna-warni di angkasa. cewah.
Mimie:
apasal sy gelak? sbb mengada sebut pasal suami la plak. padahal… huhu. ok.kita jmpa 1 day sy bawak kuih lapis ye. tp yg sy beli je la ye. ngeehee 🙂
Maksu:
tu la..lagu tu puitis. sy suka lagu yg indah bahasanya.
Nuha:
Amboi la nuha. awk yg dh kejenye, awk la yg kawin dulu. hep. pandai masak ke tak ke, bukan la syarat utk kawin tau. dh ready ke tak. tu yg penting. oh. dah maju setapak lg. bagus benor 🙂
Yasir:
kalau mcm tu, jom guna berbotol-botol dakwat. kan mantik jg tu =)
Reply
Sarah:
kuih lapis sedap dimakan,
masak-masak adalah baik untuk diamalkan,
duit tidak dapat dikeluarkan,
harap-harap Kuih lapis boleh menyempurnakan.
Kekeke…
Reply
“Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya..”
NAMUN..
“Sebaris ayat, mampu membuat manusia berulangkali membacanya..”
**
Itulah keistimewaan Blog SARAH, tak jemu bertamu dan dibaca hingga ke titik akhir..
Salam Utk Sarah di Moscow
Reply
hentak je mesin ATM tu sarah…:P
tumpg tny, nk insert lagu dalam blog mcm sarah punye ni cmne ek? mintak khidmat nasihat sket
Reply
hey2 ks..
saye akan join ks selepass nihh..
yepii!!
Reply
Additional respone to Nuha:
RM1 = 6.5rubles skrg ni. RUBLE tau. bukan ROBLE. dlm dolar plak, 1USD = 24.3rubles lebih kurang. dulu wkt mula2 smpai sini, RM1 = 7.5 rubles n 1USD = 33rubles. jauhnye bezanya skrg kn. tercekik kitorg kat sini. hehe.
Jason:
terkejut saya! awk boleg berpantun siap! bagus2! 1 day, do write something in malay in ur blog ok 😉
BulanBiru:
ish.. sampai mcm tu sekali ke.. mana ada apapun yg lain pun yg sy tuliskn. biasa2 aje. salam dr bumi moscow utk BB di sana 🙂
Yoep Djambu (huhu):
kalau hentak mesin tu time ada org kt situ, hilanglah ayu sy ni nnti. tak jd pakcik makcik tu nak amik buat menantu :p (sy pun tak hingin jd menantu org russia). dh try dh ke apa yg sy bgtau tu? harap membantu la ye. All the best there.
Fatt:
jom gi skating next week! kita bersuka-suki ria di mega ye 😉 (yeye ada geng!)
Reply
salam,hahaa
sekali Sarah berbicara hal2 artis,dulu tak sempat kan..saya suka tengok one in a million sebab nak dengar komen paul moss,klu american idol komen si simon hahaha
err..senang kalu sarah jadi isteri orang,memang suami suka dah lama suka, I.Allah
i have an idea y x u create new recipe sort of Rusia meets Malay?
Reply
salam ziarah.
lama tak jenguk2 tuan rumah. sihat ke?
minggu depan sudah mahu pulang ke adelaide.
oh.
btw, selamat bercuti, KS 🙂
Reply
Aunty Sarah,
Mamam tak sihat 🙁
uhuk uhuk!
Reply
slmt bercuti sarah!!! 🙂
bestnya, acai gak yg bz sampaila akhir tahun ni..:( emm, dah dapat lum draw out money tu?hehee…sarah, send lagu ni kat acai,eheheh..skelah lagu ni..:) dari album baru diaorg ker?
Reply
wahhh asik memasak jer..cam pompuan melayu terakhir la sarah ni..bukan setakat senang suami sarah nnt bahkan mesti sentum samai telinga dpt isteri yg pandai serba serbi…aminnnn…
Reply
salam sarah!!!..
selamat bercuti..
me having an early break 🙂
all the best!
Reply
assalamualaikum kak…
oooo bercuti erk..
maaf da lama x visit..
mybe nezt year x bkak sgt kot internet..nk pmr..
kak doakan saya berjaya ye..and dapt 8A..k kak see u again
salam
syifa
Reply
TiangPurnama:
sy ni kureng skit ilmu psl lagu2 melayu yg latest. tp kalau psl pertandingan2 tu plak, sy x berapa suka tgk pertandingan yg cungkil bakat dr segi suara. tp bakat lain sy suka. sy suka tgk Wade Robson’s Project. nak cari professional dancer. klu kat msia plak hari tu ada cerita So u think u can dance, yg budak laki tu menang tu. sy follow guna youtube dr sini. barulah rasa org msia ni ramai yg berbakat yg lain dr yg lain.
ops.. yg psl jd isteri sume tu, kiv dulu la. x reti nak kata lg. ntah apa jd nye kalau kawin. eii.. mcm x caya je sy cakap psl kawin. V(^_^)V sy ada je resepi sy sndiri. nnti2 ada peluang sy cerita insya Allah.
Alif:
wahai adik singa, kejap sungguh cutimu di tanah malaya ye. thats why ks decide nak kirim barang tu bila kamu dh smpai Ausie smula. harap kamu gembira balik cuti dgn family. kirim salam pd ummi ye.
Mimie:
Mie sakit ke? td b4 ke hosp, sy jenguk blog mie. no update. i was wondering how’s u been there. mie, jaga diri baik2. dah almost 30 wks. sikit je lg. teruslah kuat.
Reply
Faisal:
ala.. tp awk dpt tolong org buat pahala n awk sndiri pun dpt pahala. pastu, org panggil ustaz lg tu. lg la didoakn siang n mlm. berkat tu acai. dpt dh kn td? *senyum* smlm tak sempat keluarkn. lgpun x de nak kena beli barang pun. td ke hosp yg sama lg. pun tak dapat nak keluarkn duit kt situ. tp sat lg ni nak keluar dgn housemate makan2 kt luar, wajibla sy kena withdraw duit. hihi.
Rain:
uishh… perempuan melayu terakhir la plak ye. lucu plak sy dgr. tp tula harapannya kan. dh kawin nnti, biarla kita ni jd penyejuk hati dan mata suami. taat Allah n rasul, jd bidadari suami, ibu ayah dijaga kebajikannya, kompem syurga insya Allah. huu.. lg sekali mcm tak caya sy cakap psl isu kawin2 ni. malu sy *merah2 pipi* hehek.
Hannan:
salam hannan! selamat bercuti jgk. jumpa sabtu ni kat embc eh? jom makan besar nnti 😉
Syifa:
salam syifa. haah. akk cuti smpai 7 feb nnti. ok. kamu tumpukan pd study. smga thn 2008 n maal hijrah 1429 ni, kamu dikuatkn semangat n lebih byk kejayaan yg kamu dpt., insya Allah.
Reply
Salam KS,
Terima kasih atas nota apresiasi tu. 😉
Anyway, winter sale dah start. Bosan2 dok bcuti skrg ni, apa kata pi berkelana kat evropeiski ke, mega ke…mana la tau tjumpa brg2 yg berkenan di hati…jom shopping! 🙂
Reply
Judin:
sama2 kasih =) hari ni ks nk ke dom knigi dgn ferr n mily. then kami ke kievky evropiesky tu. mau join ke? =)
Reply