Archive for the ‘Life’ Category

Setahun Di Sini

Assalamualaikum wbt

22 Jun. Genap setahun saya berpindah dari Pahang ke Putrajaya. Waktu itu saya masih belum habis berpantang. Tarikh itu juga betul-betul genap seminggu sebelum Ramadhan tahun lepas bermula.

Setahun berlalu, apa konklusinya?

Bermula dengan drama di hari pertama di Putrajaya, sudah pasti setahun ini penuh dengan ceritanya. Lebih banyak yang menyakitkan hati dan menjengkelkan perasaan. Memang banyak situasi yang menekan ketenangan. Selalu saja saya terapit antara dua kenyataan.

Itu sebabnya kenapa saya tidak pernah sukakan kehidupan di Putrajaya ini. Semuanya plastik dan sangat menjelekkan. Semakin tahu dan kenal akan realiti lakonan kehidupan. Nampak yang elok-elok di luaran, tapi hakikat sebenar semuanya kotor lagi memualkan.

Hari-hari saya menghitung hari kapankah akan tamat tempoh bersama JPA. Supaya boleh kembali menetap di tempat yang lebih kampung dan tenang. Dan orangnya tidak plastik dan bermuka-muka.

Saya benci Putrajaya.

KAHKAHKAH. Cliche sangat kau, Sarah. Ambik bantal pergi nangis dalam bilik sorang-sorang. Kbai!

Orang Putrajaya jangan marah, okay. Ini luahan hati sang gadis simplistik dari kampung yang sedang melayan durja hati tentang hakikat kehidupan yang ditempuhi sepanjang bermastautin di sini.

Posted on June 22nd, 2015 by Sarah  |  1 Comment »

Acuan

Assalamualaikum wbt

Sebaik sampai ke rumah petang tadi, saya terus ke tandas untuk mengambil wudhuk. Dari dalam tandas, saya terdengar riuh suara Izz dan Zayd melaung-laung kepada sesuatu. Tetapi saya tidak mendengar dengan jelas.

Selesai berwudhuk, saya lihat mereka berdua melekat di pintu hadapan. Sedang melihat sesuatu di luar. Saya menghampiri mereka.

“Terima kasih, pakcik! Terima kasih, pakcik!”

Izz melaung sambil Zayd hanya mampu membunyikan “ak-aa ak-aa” saja tanda meraikan abangnya.

Rupanya, lori sampah lalu di hadapan rumah. Dan Izz pula sedang mengucapkan tanda penghargaannya kepada pakcik yang mengosongkan tempat sampah kami. Zayd pula belajar sesuatu yang murni daripada abangnya hari ini.

Dulu mama dan ayah membentuk Izz. Sekarang Izz pula yang menjadi acuan kepada Zayd. Semoga Izz dan Zayd kekal berada dalam acuan yang baik lagi membawa kebaikan kepada yang lain, insya Allah.

IMG_20150615_215413

 

Posted on June 15th, 2015 by Sarah  |  No Comments »

Of The Small Change I Made, It’s Not Awkward At All

Assalamualaikum wbt

I remember I told my husband on Saturday, I wanted to make a small change. Will he be supporting me? Yes, he answered me back. All that he advised me was not to think of what others might think of me because he knows how complicated my mind is, that I tend to think of what others are thinking of me. So complicated, huh. Like, why should I bother? And why should I think of what’s in their mind about me? Yeah. Why bother much, right? That’s me with my complicated brain.

He told me, if I were about to do it, just do it with my full heart. Start kicking the way I wish it to be. Be determined. Okay. This particular line sounded very familiar as that was exactly the line I uttered to him regarding completing his master programs. 2 masters, man. I was the one who kept blabbering “Don’t quit. Be determined”. Now he returned the line back to me. Fine.

As today is the first day of that small change of me in the public, I was a bit nervous. Nervous of people’s acceptance towards me. Eiiii. Why should I bother, right? *marah diri sendiri*

As I parked my car and walked towards my office, I told myself to keep walking. Keep smiling. Keep calm and take it easy. I left home with bless and good luck wish from my husband. I feel happy and contented. So I smiled all the way to the office.

Just about approaching the elevator up to the 8th floor, I suddenly bumped onto my PTs. 3 of them. They were heading to the cafe. They greeted me. I was nervous actually. I did think of what’s in their mind!!! See, I couldn’t rip off that thought in my head.

“Wah, Dr. Sarah. Nampak lain. Nampak macam budak sekolah.” One said.

“Oh yeah? Hehehe.” I giggled

“Memang lain. Tapi kitorang tau Dr masih still sama macam dulu.” Another one added.

“Saya sama je. Lain sikit ni je. Hehe.” I winked to them.

They all laughed.

Oh. I feel relieved. At least, this 1st meeting with the acquaintances made me feel at ease. When the lift door opened, I met another officer. Then a few more officers. They were all my specialists. We greeted each other as usual. No awkward moment. No weird feeling. I feel at ease!

No one seems care much of the new change. I hope it’s a good sign. It can be that they all think it is okay, it is normal, nothing to worry about, nothing is abnormal. It can be that, they just don’t want to comment much on that. Or it can be that they just want to make me feel comfortable and at ease.

And with an open heart, I convince myself that they want to make me feel comfortable and at ease with the new change. I thank them for accepting the new me. I thank them for making me happy with who I am now.

Thank you dear colleagues! Muah ciked!

Oh. What is the new change? Later, okay. Later!

:smile:

 

Posted on June 15th, 2015 by Sarah  |  6 Comments »

OCD Dan Lantai Berkilat

 

wpid-img1434260111992.jpg

Assalamualaikum wbt

Inilah sebabnya kenapa saya suka lap dan gosok lantai berbanding mengemop dengan pengemop. Lantai jauh lebih bersih dan berkilat. Saya tak suka tengok lantai kotor. OCD yang tak boleh dibuang sejak kecil. Lantai kena bersih dan berkilat. Dulu-dulu mak buat seorang je bab-bab mengelap lantai. Tapi sejak saya umur sekitar 10 tahun, bab jaga keberkilatan lantai tu saya yang ambil alih. Belajar dari teladan gitulah jadinya. Huahaha. Pantang saya nampak habuk kat lantai rumah. Barang mainan pun tak boleh adik-adik sepahkan. Kalau raya, lebih 5 kali sehari kot saya sapu rumah bila tak ada tetamu. Muahaha.

Tak penat ke terbongkok-bongkok mengelap? Penat. Siapa kata tak penat. Tapi bahagia. Sebab rumah bersih sangat. Dan anak-anak bermain dalam persekitaran yang bersih.

Ok. Habis membebel. Nak siapkan mee sup Izz dan special request dia nak agar-agar pulak dah secara tiba-tiba di tengahari rembang ni. Random betul anak saya yang seorang tu. 😥

Nota: Nanti ada masa online dengan laptop baru akan di resize semula gambar. Guna handphone ni terhad sikit. Tapi nak online di laptop tu macam angan-angan Mat Jenin la jawabnya. Laptop pun entah kat mana simpan. Haha. 😂

Posted on June 14th, 2015 by Sarah  |  No Comments »

Drama Di Dapur: Suamiku Pergi Lagi

Assalamualaikum wbt

Tengahari semalam, selesai solat Zohor, saya masuk ke dapur untuk mula memasak. Waktu itu, kami semua baru saja tiba dari luar. Ke Sogo dan Medan Mara di Kuala Lumpur. Untuk pertama kalinya dalam hidup saya keluar bersama anak-anak ke tempat yang sesak begitu. Untuk pertama kalinya juga saya sanggup meredah lautan manusia yang sedang kusyuk membeli-belah di sana. Terutamanya di Sogo. Sale sehingga 80%! Orang macam ulat. Merayap penuh. Ok melebih dah. Sogo memang sale sepanjang tahun pun. Kami ke sana kerana suami saya hendak mencari barangnya. Alang-alang tu, kami lajakkan kaki ke Medan Mara di sebelahnya untuk mencari baju raya buat anak-anak. Masuk Ramadhan nanti dah tak perlu fikir apa dah tentang persiapan raya. Fikir untuk beribadah saja. Ha gitu.

Eh, yeke beli baju anak-anak saja? Iya. Untuk anak-anak saja. Mak dan ayahnya pakai baju recycle saja. Dan sebenarnya tak beli pun baju di Medan Mara tu. Buat penat saja ke sana. Sudahnya beli di bazaar depan Warta. Lagi cantik dan murah. Ok. Kembali ke pangkal cerita.

Sedang saya mengupas bawang untuk mula memasak, suami saya tiba-tiba saja membuka pintu dapur. Air mukanya kelihatan resah. Memang saya dapat mengesan perubahan riak itu. Kenapa pula ni ya? Sebab saya dan dia kedua-duanya terasa cukup ceria dan gembira sejak bangun sebelum Subuh pagi tadi. Ceria kerana akhirnya ada hujung minggu yang dapat dikongsi bersama. Dapat menghadap muka masing-masing. Tapi ini lain. Mukanya nampak cemas. Serba salah pun ada.

“Sayang, 16 haribulan ni abang kena ke Brunei. Sampai Sabtu depan.”

“Ooo. Okay.”

Saya memalingkan muka dari pintu dapur. Suami pun menutup daun pintu semula meninggalkan saya keseorangan di dapur.

Tiba-tiba saya rasa mata saya basah. Pipi pun mula dituruni air yang datang dari mata. Dan saya memang tak pasti sama ada itu air dari mata kerana pedih sedang mengupas bawang yang selonggok di depan saya tu atau memang air mata menangis. Sadisnya awak ni, Sarah. Sadisnya. Itupun nak nangis. Drama sangatlah. Cukup berdrama. Kembali memasak. Berangan macam sinetron sampai tajuk entry pun poyo je. Sobsss.

Tapi mestilah sedih. Dah bertahun-tahun tak memulakan Ramadhan bersama-sama. Nampaknya tahun ini pun Ramadhan saya hanya dengan anak-anak.

Dan nampaknya plan untuk menyambung pelajaran pada tahun ini perlu saya kaji semula dengan lebih teliti. Supaya anak-anak tak terabai akibat kesibukan kami.

Sobsssss. 😭

Posted on June 14th, 2015 by Sarah  |  2 Comments »