Ujian Itu Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum wbt

Lama pula rasanya tak menulis. Agak sibuk dan tak larat hendak menatap laptop lama-lama. Semenjak kebelakangan ini, saya lebih selesa hanya online di telefon bimbit sama ada untuk membaca email mahupun mengintai perkembangan kawan-kawan di Facebook. Selebihnya, saya tak sempat buat.

Berbalik kepada cerita tentang ujian yang tertangguh dulu. Ujian oh ujian. Satu demi satu saya terima dan terpaksa lalui. Bukan saya seorang, suami pun turut merasai tempiasnya. Kesian Abang. Saya menangis, dia pun menangis sama. Untuk memujuk hati, saya selalu membaca surah Al-Insyirah. Mahu atau tak, saya memang terpaksa terima semua yang telah Allah tetapkan ini. Mungkin ini rezeki kami untuk masa ini. Jadi, apa lagi yang boleh saya buat.

Kisahnya, pada 23 September lepas, saya perlu menghadiri mesyuarat di Hospital Temerloh. Jadi hari sebelumnya itu, selepas tamat tagging call di tengah malam Khamis itu, suami saya mengambil saya di hospital dan kami terus bertolak balik ke Temerloh. Mesyuarat keesokan harinya bermula pada pukul 9 pagi. Saya tiada pilihan melainkan bertolak di tengah-tengah malam itu untuk mengelakkan kelewatan pada keesokannya harinya. Kami tiba di rumah emak ayah di Temerloh sekitar jam 2 pagi. Tak sempat mandi apa dah. Masuk bilik terus tertidur kepenatan.

Selesai mesyuarat, saya terus pulang ke rumah. Suami ajak keluar pun saya tak larat. Begitu juga dengan hari Sabtu. Memandangkan ada beberapa benda yang perlu kami selesaikan, terpaksa jugalah kami keluar. Keesokannya, saya hanya berbaring saja kerana tiak sedap badan. Sekitar 4.30 petang,  kami pun bertolak untuk pulang ke Kuala Lipis. Pada hari Isnin itu, saya akan bekerja seperti biasa.

Di dalam kereta, saya memberitahu suami bahawa saya sudah merasakan regular contraction. Kadarnya 2 kali bagi setiap 10 minit (baca sebagai 2:10). Sebenarnya, sejak pagi itu lagi saya sudah merasakan rahim saya mengeras dan sakit. Saya malas ambil pusing sangat sebab ia masih belum regular. Mungkin ia hanya amaran palsu saja. Tetapi, semakin ke petang, kontraksi semakin kerap dan sakit semakin kuat. Saya berkira-kira di dalam hati. Saya baru saja 26 minggu lebih pada ketika itu. Masya Allah. Bahayanya kalau terbersalin juga. Anak saya akan dikategorikan sebagai severe premature baby.

Saya menelefon sepupu saya Nisa yang sama-sama bekerja di Hospital Temerloh dulu. Saya memberitahunya apa yang sedang saya alami. Dia menasihatkan saya supaya terus ke hospital. Suami saya pula kelihatan agak cemas tapi dia sebolehnya cuba untuk bertenang. Dia bertanya sama ada hendak meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis atau bagaimana. Saya berkira-kira. Kalau kena tahan di wad di sana, saya tiada sesiapa yang lain pun di sana. Kalau terpaksa berhenti di Hospital Jerantut pula (Hospital Jerantut berada di tengah-tengah perjalanan antara Temerloh dan Kuala Lipis), nanti saya akan dirujuk ke Hospital Temerloh juga. Jadi, saya mengambil keputusan menyuruh suami saya berpatah balik ke Temerloh. Dia memecut laju ke hospital.

Siapa sangka, sebaik saja tiba di Dewan Bersalin, ketika itu, kadar kontraksi sudahpun 3 kali bagi setiap 10 minit (lepas ini baca sebagai 3:10). Tempohnya pula 25 saat bagi setiap kontraksi. Tempoh ini dikategorikan sebagai moderate contraction. Tapi disebabkan ia sudahpun 3:10, vaginal examination (VE) tetap juga dibuat untuk memastikan sama ada jalan sudah terbuka atau belum. Adui. Terpaksa sajalah menyerah diri untuk dilakukan speculum dan VE. Taubat dah lepas ni taknak benarkan speculum dibuat dah. Hahaha. Sakit tau! Jadi saya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Dewan Bersalin (HDU Labor Room) kerana mengalami premature contraction tanpa sebarang leaking lagi.

Tapi Alhamdulillah. Walaupun sudah 3:10 with moderate contraction, jalan masih tertutup. Saya sangat bersyukur akan hal itu. Untuk mengelakkan kontraksi itu menjadi lebih kerap dan kuat yang boleh menyebabkan pintu rahim terbuka, saya perlu di tocolyse. Tocolysis ini ialah satu cara untuk menghentikan kontraksi dengan cara memakan ubat atau dimasukkan ubat secara intravenous (IV). Pada mulanya saya hanya memerlukan Nifedipine. Selama 5 jam lebih saya dipantau tapi sedikit pun kontraksi tidak berkurangan. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Selain itu, saya turut menerima IM Dexamethasone untuk mematangkan paru-paru kandungan. MO yang oncall pada malam itu rapat dengan saya. Dia terpaksa berterus terang dengan saya bahawa jika saya bersalin juga pada malam itu, anak saya mempunyai peluang yang amat tipis untuk hidup. Iya. Saya faham. Baru 26 minggu lebih saja. Dan katanya, tiada ventilator yang available di wad Pediatrik (NICU). Jadi dia terpaksa membuat tempahan daripada Kuantan Medical Center (KMC) untuk saya. Saya hanya pasrah. Dalam pada menahan sakit kontraksi itu, saya menangis seorang diri.

Sekitar jam 2 pagi, kontraksi masih berterusan pada kadar 3:10. Seterusnya saya menerima tocolysis menggunakan IV drug pula. Bricanyl. Tapi malangnya, saya mengalami komplikasi selepas ubat itu dimulakan. Saya mengalami palpitation yang sangat teruk sehingga mencecah 130 ke 140 beat per minute. Rasa nak pecah dada. Sudahlah tengah sakit. Dada pula macam nak meletup. Ketika itu pula, staff nurse yang bertugas di bilik itu memasukkan CBD (tiub kencing) untuk mengelakkan saya bergerak merata ke tandas.  Masya Allah. Kali ini sakitnya bertambah-tambah. Saya rasa dia tidak meletakkan sebarang analgesic gel (lignocaine gel) di hujung tiub itu sebelum memasukkannya. Saya mengaduh kesakitan. Tak tahannya. Sudahnya, Bricanyl diberhentikan kerana komplikasi yang saya alami dan saya terus meminta CBD itu ditanggalkan juga. Saya mengalami dysuria (sakit untuk kencing) secara tak pasal-pasal kerana tiub itu.

Ketika itu hari semakin cerah. Sudah mencecah pukul 7 pagi. Waktu itu barulah kadar kontraksi berkurangan ke 2:10. Tapi dysuria saya masih berterusan dengan teruknya. Siap ada hematuria (kencing berdarah) lagi. Bengang juga saya waktu itu. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula. Sepatutnya staff nurse perlu lebih prihatin dan bertimbang rasa ketika hendak memasukkan CBD kepada pesakit. Nasib baiklah saya jenis yang tak banyak mulut. Saya tahan sajalah. Tapi sampai ke tahap saya duduk melutut di tepi katil saya kerana kesakitan dan terpaksa memakai pad! MO itu datang menemui saya lagi dan menyarankan saya menerima juga ubat tahan sakit (IM Pethidine). Sebelum itu, saya menolak untuk mengambil sebarang ubat tahan sakit ketika kontraksi sedang kuat. Tapi untuk dysuria ini, saya sudah tidak boleh tahan. Sampai mengalir-ngalir air mata saya setiap kali hendak membuang air tetapi sakit dan berdarah. T____________________T

Selepas menerima pethidine, saya semakin mengantuk dek penangan ubat itu dan hampir-hampir tertidur di dalam tandas. Suami saya dibenarkan masuk seketika pagi itu. Saya hanya sempat bercakap ala-kadar saja dengannya kerana kemengantukan yang teramat sangat. Sepanjang malam saya tidak tidur kerana kesakitan dan pada pagi itu dengan kesan ubat yang diambil menyebabkan mata saya susah untuk dibuka. Suami saya membelai kepala saya dan dia menyuruh saya sambung tidur semula. Sekitar jam 10 pagi, kontraksi hanya tinggal 1:10 dan di sebelah petangnya saya dibenarkan ditukarkan ke wad biasa dan tidak perlu dipantau di HDU lagi. Syukur Alhamdulillah.

Maka, berehatlah saya beberapa hari di wad. Saya ingatkan sekejap saja saya di sana. Rupa-rupanya ada masalah lain pula. Tekanan darah saya asyik rendah memanjang. Sampai saya pening-pening untuk bangun. Begitu juga apabila saya sudah dibenarkan pulang. Saya mengalami hypotension yang agak lama di rumah. Asyik terbaring dan saya tidak larat untuk bangun langsung. Saya diberikan cuti rehat selama 2 minggu. Jadi, saya hanya berehat saja di rumah. Lebih tepatnya, baring dan tidur saja.

Konklusinya, saya mengalami premature contraction ini kerana overworked. Saya terlalu penat. Dalam tempoh dua minggu sebelum ia terjadi, saya terlalu banyak travelling menguruskan pertukaran saya ke Kuala Lipis, berulang-alik antara Temerloh-Kuala Lipis-Putrajaya-Kuala Lipis-Temerloh. Boleh kata, hampir 9 ke 10 kali saya berulang-alik antara bandar-bandar itu. Itu belum dengan beban kerja di klinik lagi. Sesungguhnya ujian ini ada hikmahnya juga. Allah hendak beri saya rehat yang cukup setelah cukup lama tidak betul-betul berehat.

Hmm. Itu baru ujian yang pertama. Ada satu lagi ujian yang datang pada masa yang sama. Sebaik suami saya membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak kerjanya di Putrajaya dan menemani saya di Kuala Lipis sementara menanti viva masternya, kami sudah berbincang untuk kekal dengan keputusan itu sehingga ada peluang yang lebih baik datang. Tiba-tiba, di saat saya ditahan di wad itulah, suami saya mendapat tawaran daripada jabatannya dulu untuk kembali bekerja di sana dan kini pangkatnya dinaikkan, dan sudah tentu gaji juga semakin naik. Kami berdua berada dalam dilema. Saya sedih sebenarnya. Kalau dia terima, nanti saya akan bersendirian di Kuala Lipis. Tapi kalau dia tolak, rugi besar pula untuk masa depan dia.

Pernah apabila suami bertanya apa pendapat saya tentang hal itu, saya memberi jawapan hanya dengan air mata. Saya tak sanggup hendak jawab. Saya menangis kerana sebenarnya saya mahu dia terus menemani saya di Lipis tapi pada masa yang sama, saya mahu dia mengejar cita-cita dia.

Saya ambil kesempatan malam-malam yang saya tidak dapat tidur ketika di wad itu untuk membuat istikharah. Saya menangis setiap kali selepas solat itu tapi hati saya tenang. Jadi, apabila suami saya datang, saya memberitahunya apa keputusan saya. Kata saya: Pergilah. Abang jangan risau Sarah dan baby. Dulu 6 tahun Sarah boleh hidup sorang-sorang kat Moscow. Kat Lipis nanti, Allah kan ada untuk jaga kami.

Dan setiap kali teringatkan detik itu, saya pasti menangis. Menangis sebab Allah betul-betul menguji keredhaan hati saya untuk menerima rezeki yang diberikannya kepada kami ini. Yang sepatutnya saya balasi dengan ucapan syukur.

Selepas tamat cuti sakit, saya kembali ke Lipis seorang diri. Menjalani kehidupan seorang diri dan hampir setiap malam, memang kesunyian yang saya rasa. Dan setiap kali suami menelefon, saya katakan padanya: Allah kan ada untuk jaga Sarah dan baby kat sini.

Padahal saya menangis setiap kali mengucapkan kata-kata itu.

Setiap hari Jumaat malam, suami saya akan sampai dari Putrajaya, terus dari tempat kerja. Dan di awal pagi hari Isnin, dia akan bertolak balik ke sana semula. Begitulah kehidupan kami. Paling tidak, untuk masa ini, begitulah ia. Suatu malam pada minggu lepas, suami saya mendedikasikan sebuah lagu untuk saya dengar. Katanya, liriknya sedap didengar. Itu doa dia pada Allah: Tuhan tolong aku, tolong jaga dia…

Saya berpaling daripada memandang monitor laptop. Saya berpaling sebab saya menangis.

Nota 1: Setiap malam saya akan tidur awal untuk mengelakkan sedih, sunyi dan rasa keseorangan. :|

Nota 2: Saya yakin, setiap yang terjadi ini mesti ada hikmahnya. Kalau bukan sekarang, mesti Allah nak bagi kemudian sikit. Tapi mesti ada hikmahnya. Jadi, berbaik sangka sajalah dengan Allah. ;-)

Nota 3: Baby ni kuat. Dia teman mama dia kat sini. Setiap kali ayah dia call, dia pun aktif sangat. Dia kuat sebab semua orang sekeliling dia kuat. Allah sayang ayah. Allah sayang mama. Allah sayang baby. 😉

39 Responses to “Ujian Itu Tanda Allah Sayang”

  1. Halawatul Insyirah says on :

    kak sarah. take care. jaga diri dengan baby.. saya sentiasa doakan akak n family akak dalam keadaan selamat dan sejahtera. 🙄 harap kak sarah sabar dan tabah menempuhi ujian. Semoga Allah redha 😉

    Reply

  2. IjanKahar says on :

    Salam Adik Manis,
    Walaupun akak kenal Sarah x lama dan x juga begitu mendalam, tp akak tahu Sarah kuat dan kental orangnya. Insya-Allah, Sarah, suami dan baby akan hadapi semua ini dgn tabah :). Allah ada untuk jaga kalian ber-3, akak doakan semua baik-baik saja. Jaga diri baik-baik, jangan fikir banyak sangat ok? Insya-allah semua pasti akan manis akhirnya :).

    Reply

  3. Ksu says on :

    Assalamualaikum Sarah,

    Banyak-banyak sabar yer. Dugaan Allah pd hari ini, suatu hari nanti bila kita kenang semula, adalah pengalaman yang cukup berharga. Masa sebenarnya sangat cepat berlalu, ujian utk setiap manusia pula dalam pelbagai rupa.. tenanglah Sarah dan baby. Insyaallah, segalanya akan dipermudahkan-Nya. Amin.

    Reply

  4. Rohani Hashim says on :

    Salam. Betul tu Dr Sarah, 6 tahun dkt Moscow beribu batu jauhnya.
    Setiap orang ada bahagiannya. kakak percaya Sarah seorang yang kuat semangatnya walau orangnya kecil je. Moga Sarah dan baby sihat sentiasa.

    Reply

  5. saya says on :

    alamak ai, menangis saya baca, memang setiap perkara itu ada hikmah dan jangan buruk sangka pada Allah. dah ditukarkan ke kuala lipis ye. boleh la cari dr sarah nanti. 🙂

    Reply

  6. farahadila says on :

    salam.
    semoga dr sarah sekeluarga tabah dgn setiap ujian yg dtg dariNya. benar, Allah itu sentiasa ada utk kita. moga semuanya dipermudahkan. take care dr sarah.

    Reply

  7. Che Kay says on :

    Salam Puan Sarah. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Ada kala saya sering memikirkan nasib diri. Bila baca cerita puan, saya bagaikan tersedar di alam nyata. Semoga Puan Sarah terus dirahmati dan diberkatiNya.

    Reply

  8. NeeS says on :

    Sabarlar Sarah yer… Setiap ujian ade hikmahnya.. Saya pon terpaksa bersabar jugak mcm Sarah kerana suami sentiasa jauh.. Biar die cuti, sy xcuti.. bila sy cuti die xda.. hmm.. InshaAllah… inilah ujian perkahwinan, Allah dh merancg yg terbaik buat kiter…:)

    Reply

  9. Wai says on :

    Sarah,

    Entry ini amat menyentuh hati. Allah takkan uji jika orang yang diujiNya itu tidak mampu nak menghadapi ujian dari Dia. Teruskan menulis Sarah, ramai yang membaca dan ramai yang mendoakan Sarah. Jaga diri dan jaga baby ye! Go Sarah Go!! :mrgreen:

    Reply

  10. MamaIman says on :

    Sabar Sarah dengan dugaan ni kan? Insyaallah, anak yg lahir nanti pun jadi sabar macam Sarah. Akak doakan Sarah tabah. Memang apa yg berlaku bukan atas kehendak kita. Kita terima seadanya dan cuba mencorakkan hidup kita dgn apa yg telah diberi. Insyaallah, pahala berganda2 kerana Sarah tak pentingkan diri dan yakin dengan Allah. Macamana Nabi Ibrahim tinggalkan isterinya sendirian di padang pasir dengan bekalan tawakal pada Allah kan… ? Take care dear… 😉

    Reply

  11. Nana says on :

    Salam Kak Sarah..

    Semoga kak sarah sentiasa sabar dan bertahan..Insyaallah, hari esok yang mendatang akan menjanjikan keadaan yang lebih baik. Banyak yang saya belajar dari blog kak sarah, walaupun sekadar melalui pembacaan, banyak yang buat sy berfikir. Sungguh, hidup ini tak mudah.. 😉

    semoga terus kuat, sihat dan berbahagia selalu. ameenn..Kirim salam kat baby dalam perut tu ye 🙂

    Reply

  12. ummu mujahidah says on :

    salam..ya..pastinya ada hikmahnya..yakinlah dgn spenuh hati
    Take care dear.. 😛

    Reply

  13. atiQah says on :

    salam sarah……

    kita harap sarah sentiasa sabar dgn setiap ujian yang datang dari-NYA…..semoga tabah untuk menempuhinya….jaga diri ngn bby… 😛

    Reply

  14. Luke says on :

    Semoga Dr Sarah sentiasa sabar dan tabah menghadapi ujian daripadaNya

    Reply

  15. marinahunny says on :

    assalamualaikum sarah,

    menitik air mata akak. sungguh Allah saya kamu berdua. ini lah org kata, susah2 dahulu..sabarlah, Allah mmg menjaga kamu sarah dan baby. Insyaallah ada hikmah yg sangat manis nanti akan menanti..insyaallah sarah..

    Reply

  16. hani says on :

    Salam.

    Sarah, nak menitik air mata saya lepas baca entry ni. Saya doakan hari-hari awak dipermudahkan Allah swt.

    Dugaan dan ujian datang kerana Allah nak kita sentiasa ingat pada Dia. InsyaAllah, semua yg terjadi pasti ada hikmahnya.

    Mcm Sarah ckp, kita kena bersangka baik kepada Allah. 🙂

    Semoga Sarah terus tabah yer. Jaga diri baik-baik. 😉

    Reply

  17. Senyum Manis says on :

    banyak2 sabar ye sarah..setiap yg berlaku ade hikmahnya.. Allah xkan uji hambaNya melainkan ikut kemampuan hamba tersebut..syafakillah.. 😉

    Reply

  18. SECRET IN THE HEART says on :

    Assalamualaikum Kak Sarah… 😉 😉 😉

    Menangis itu perlu kerana ia bisa menenangkan kita bukan untuk menunjukkan kita lemah.

    Tetapi menangis itu sudah tentu penat. Inisiatif yang terbaik tidur awal dan sentiasa tersenyum walaupun dalam duka. Nanti Kak Sarah dapat wajah awet muda. Betul, tak?

    Bersabar adalah jalan terbaik. Allah itu Maha Adil. Dia tahu sejauh mana kemampuan umatNya untuk menempuhi cabaran yang diberikanNya. Sememangnya kita tidak tahu apa hikmah yang berlaku tetapi setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. InsyaAllah.

    Kak Sarah, kalau ada kelapangan singgahlah laman peribadi saya. Terima kasih. Semoga akak menjadi insan yang tabah untuk menghadapi ujian yang mendatang. 😆 🙄 :mrgreen:

    http://secretissecret11.blogspot.com/

    Reply

  19. saadah says on :

    alhamdulillah,ada hikmah stiap yang berlaku.
    kak sarah kena kuat ye!

    Reply

  20. ain j says on :

    kak sarah….bersabarlah dalam bersabar.
    i know u r strong, very strong!

    Reply

  21. muna says on :

    assalamualaikum…

    chayok-chayok!
    apabila kita ditimpa ujian, ingatkan ujian pd kita adalah yg teruk tapi sebenarnya ada lagi ujian yg lebih teruk,tp ujian tu kena kpd org lain dan tempat lain yg Allah tahu hikmahnya….

    jaga diri diri dan jaga baby..

    wassalam

    Reply

  22. haifa says on :

    assalamulaikum..

    sarah setiap yang kita lalui pasti akan ada ujian…mudah atau sukar kita harus hadapi… yang penting sabar.. dan sentiasa ingat tuhan sentiasa menguji kesabaran kita.. semoga sihat dan jaga baby baik2.. 😉 u must be strong..

    Reply

  23. ummi hazim says on :

    Assalam, semoga Allah sentiasa melindungi sarah dan baby..amiin

    Reply

  24. iffah says on :

    assalamualaikum buat saudari sari sarah…

    tahniah atas enrti yang sangt baik untuk dikongsikan bersama….saya sangat teruja membaca post2 kak sarah ( saya bahasakan ‘kak’ kerana kmngkinan besar akak lebih tua drp saya )

    memang benar,,,setiap kesulitan dan kesusahan yang kita alami sangt perit untuk dilalui sekiranya tanpa tawakal daripada Allah…namun saat kita berjaya melepasi ujian tersebut,,,terbit satu perasaan daripada hati tentang sesuatu yang tak dapat nak dgambarkan betapa nikmatnya dugaan Allah itu membuatkan kita menjadi kuat. namun manisnya dugaan itu bila dingt kembali..saya sangt kagum dengan kak sarah dan semga pengalamn kak sarah membantu saya untuk mnghadpi dugaan drp Allah..

    tahniah bakal dkurniakan cahaya hati buat kak sarah dan suami..
    wassalam

    Reply

  25. Sarah says on :

    Setiap kesulitan itu akan disusuli dengan kemudahan..

    Itu janji Allah. Saya yakin kita semua ada ujian masing-masing cuma tahapnya berbeza. Lagi hebat seseorang itu, lagi besar ujian yang Allah datangkan. Apa-apa pun, iAllah kita semua boleh melalui ujian masing-masing kerna Allah takkan uji kita dengan sesuatu di luar kemampuan kita.

    Ayuh, kita jadi mama/ummi/ibu/mak yang lebih kuat dan cekal! Semoga anak dalam kandungan kita pun akan mendapat tempiasnya, iAllah

    p/s: masa preggy ni, saya rasa normal air mata meleleh-leleh sokmo :p

    Reply

  26. zahra says on :

    kak sarah, akak kuat!

    saya selalu doakan untuk akak, walaupun saya tau akak tak kenal saya. hihi. 😉
    dan saya tahu ramai pembaca akak yang turut sama mendoakan akak.

    Dia telah tetapkan yang terbaik untuk akak! 😛

    Reply

  27. mar abn says on :

    Terima kasih Dr Sarah kerana berkongsi kasih cerita. Aku cukup terharu sangat.take care n aku doakan semoga menjadi penghuni syurga.AMIN

    Reply

  28. Reen says on :

    tahniah Dr. dah lama tak baca blog nie, tup tup dah nak bersalin rupanyer. hehehe. dugaan setiap orang lain2. itu la harga yg perlu dibayar untuk LDR nie. insyallah, semuanya akan dipermudahkan nanti. baca blog Dr nie, terus saye teringat buku Hasrizal – Aku Terima Nikahnya. Dalam tu diceritakan sakit perit dia dan isterinya yang juga seorang doktor, dalam membesarkan anak-anak.

    Reply

  29. cikgu ct says on :

    saye suka bace entry2x dokter..
    moga sentiasa berada dibawah rahmatNya..amin
    take care!

    Reply

  30. nur rashidah says on :

    awww…comeh nyer kak…tpi kesian skit….bru thu mcm ner ase sakit bila pregnant…even arwah mak x sempat cerita….but..thanks to kak sbb citer =)
    now i know how hard my mum to give birth to me 😉

    Reply

  31. Fiza says on :

    Assalamualaikum Sarah.

    Seorang adik junior medical student yang temukan saya dengan blog Sarah ni.

    Rupanya inilah Sarah sepupu Nisa merangkap kawan KISAS Liyana. Saya pun HO juga. Eh silap, saya masih HO. Se-UIA dengan Nisa dan Liyana 😉

    Entri ni sungguh terkesan di hati saya. Sedih sungguh lagu tu. Kuatkan semangat ye Sarah! Moga Allah mudahkan insyaAllah.

    Reply

  32. nur aty says on :

    😉 sentiasa tabah kak sarah

    Reply

  33. ale says on :

    salam

    kak sarah,saya menangis baca entry ini..ya Allah kuatnya akakku ini..
    moga akak akan terus kuat dan kuat..baby teman mama kamu baik2 ye..
    btw,latest post tuh:pic mamam aiskrim sgt comel ! tc my sis!

    Reply

  34. nursakinahmiswan says on :

    Assalamualaikum.

    MasyaAllah.. Saya betul betul kagum dengan kekuatan , ketabahan dan kegagahan yang ada pada diri seorang wanita seperti kak Sarah…

    Reply

  35. sakinhani says on :

    untungnya jadi doctor bleh tw bile jadi itu ini time pregnant….bleh amek tindakan pantas rujuk pada hospital terus….klu org biase cmne lah ye….

    Reply

  36. sakura says on :

    tabah nya akk… walaupun saya banyak tidak tahu perkataan perubatan tp bangga dengan akk.. 🙂

    Reply

  37. PELANGI says on :

    tabahnya kak sarah lalui dugaan sedemikian. bagi saya pun, rasanya tak mampu nak lalui dengan tabah. semoga akak dan baby sentiasa sihat dan dirahmati olehNYA 😉
    Allah sentiasa ada untuk kita kan, itu yang perlu disematkan diminda. apa yang berlaku ada hikmahnya.

    Reply

  38. aizack says on :

    be strong kak…tiba2 sebak2 baca cerita akak ni… moga cinta Allah bersama kamu selamanya..

    Reply

  39. saya says on :

    hi..i baru first time baca..im crying while reading this entry..be strong..that right Allah selalu dengan kita tp manusia sering terlupa..saya mendoakan yang baik-baik untuk Sarah kerana sedikit sebanyak entry ini menyedarkan saya betapa saya telah pergi jauh dari jalan yg sepatutnya..Terima kasih

    Reply

Leave a Reply