Selamat Sebulan, Sayang~

Assalamualaikum wbt

Pejam, celik, pejam, celik, hari ini genap sebulan kami bergelar suami isteri. Tiada lafaz yang lebih layak melainkan Alhamdulillah wa syukru lillah. Hidup terasa sangat sempurna. Walaupun berjauhan, bagi saya, inilah kesempurnaan. Sebelum saya menulis dengan lebih panjang, masih belum terlambat untuk saya dan suami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan pembaca yang mengirimkan ucapan doa barakah untuk kami berdua. Juga untuk rakan-rakan yang sudi memeriahkan majlis kami baik di Temerloh mahupun di Putrajaya. Terima kasih tak terhingga. 😉

Sebulan bergelar isteri, ada banyak perkara baru yang saya pelajari tentang suami saya. Serba-serbi baru. Yang boleh saya simpulkan di sini, bercinta selepas kahwin adalah awesome! 😉 Pada hari kenduri di sebelah pihak saya, sebelah malamnya itu juga saya terus mengikut suami pulang ke rumah keluarganya di Putrajaya. Iya. Dia bekerja pada keesokan harinya. Sadis sungguh, kan. Hehe. Di saat hendak meninggalkan rumah pada malam itu, saya sangat sebak sewaktu bersalaman dengan emak dan ayah. Pertama kali dalam hidup saya dilepaskan keluar dari rumah mengikut seorang lelaki. Dan yang pertama kali itu ialah mengikut seorang yang bernama suami. Dan selama beberapa hari bergelar surirumah untuknya di sana, saya dijaga pula oleh keluarga mertua . Alhamdulillah. Saya dikurniakan mertua yang sangat baik dan comel. Sentiasa mesra walau di mana mereka berada. Terima kasih umi dan baba! 🙂

Suami saya pendiam dan kelihatan serius orangnya. Tapi bila dengan saya, dia banyak cakap dan kelakar sebenarnya. Hihi. Kalau dia tersenyum atau ketawa, matanya sepet terus sampai tak terbuka dah. Macam Cina! Oh, comelnya dia! Dia suka kopi. Saya pun suka kopi. Tapi dia lagi suka kopi. Lebih suka daripada saya suka kopi. Eh, berbelit-belit ayat saya. Tapi memang hakikatnya dia suka kopi. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, dia suka bersarapan dengan kopi dan karipap sardin. Kalau hari-hari makan karipap sardin pun dia kata tidak kisah. Pelik juga. Tapi memang dia suka. Suami saya tidak makan tempoyak. Tapi nasib baik dia masih makan durian. Hehe. Suami saya menitikberatkan tentang perkembangan rohani. Tentang ma’thurat, mengaji, usrah dan tarbiah. Alhamdulillah. Saya tidak salah memilih calon untuk dijadikan teman hidup saya dunia dan akhirat, insya Allah. 😉

Saya tahu saya masih berhutang dengan kamu semua tentang kisah bagaimana kami berjumpa, di mana titik pertemuannya. Insya Allah, kalau tiada aral akan menyusul dalam entri yang seterusnya. Kebetulan pula saya masih bercuti sehingga hari esok. Saya akan cuba kemas kinikan entri secepat mungkin ya.


Buat suami tercinta, selamat ulangtahun sebulan, Abang. Sarah sayang Abang dunia dan akhirat. Terima kasih kerana memberi Sarah bahagia dan syurga dunia. Dan pimpinlah keluarga kita menuju syurga akhirat. Jangan lupa balik Temerloh Jumaat ni ya. Sarah tunggu Abang balik~ 😉

Nota 1: Semua gambar adalah hasil sentuhan sahabat baik saya, Acai. Memang superb! Terima kasih sahabat 🙂 Lagi gambar di entri ini dan ini. Dan sila like Acai Jawe Photography di Facebook 😉

Nota 2: Di saat inai masih merah di jari, ada sesuatu telah terjadi. Nantikan ceritanya nanti ya. :cool:

50 Responses to “Selamat Sebulan, Sayang~”

  1. mimmie says on :

    penat tau tunggu kak sarah update blog…

    ehhh..budak ni la kan yg pakai kopiah putih masa skolah rendah dulu??heheheheehehehe..

    anywayy..take care..rehat btl2 tau…semoga bahagia…

    Reply

  2. mimmie says on :

    penat tau tunggu kak sarah update blog…

    ehhh..budak ni la kan yg pakai kopiah putih masa skolah rendah dulu??heheheheehehehe..

    anywayy..take care..rehat btl2 tau…semoga bahagia…dan semalat bercinta hingga ke syurga.

    Reply

  3. thia says on :

    tak sabar nk tunggu cerita seterusnya . apa yg telah terjadi? (yg ttg inai tuu)
    wa, rindu nk pakai inai. hu
    take care kakak! hugs

    Reply

  4. Kak Azura says on :

    Sarah,
    Ada 2 gambar yang sangat menyentuh hati akak kat sini…
    Jaga suami baik-baik….
    Selamat menempuh bahagia..

    Reply

  5. SisHoney says on :

    salam sarah,

    huwaaaaa.sarah.sarah oh sarah.nape buat sis nangis dgn entri sarah kali ni.xtau nape.tapi sebak gembira baca entri sarah kali ni.sbb tu kene komen even skang pemalas sgt nak mengomen.huwaaaaaa.semoga berbahagia sarah dan suami.with luv!

    Reply

  6. Cinta says on :

    Adik Manis,
    Entry ini sangat manis :). Semoga bahagia dunia & akhirat. Insyallah, Amin 🙂

    Reply

  7. kasih says on :

    Singgah sebentar…

    Selamat Pengantin Baru … 🙂
    Indahkan bila bercinta selepas berkahwin…
    Hmm.. kasih yg da 8 bulan kawen ni pun masih lagi bercinta..
    Hari2 tak sabar nak balik rumah jumpa suami.. hik..hik..
    Apapun kasih doakan Sarah & suami berbahagia hingga ke syurga… Aminnn….

    🙂

    Reply

  8. irma says on :

    kebetulan..

    akak pun tengah buat karipap sardin. 😉

    Reply

  9. jiejah says on :

    manisnya kamu berdua ,, moga kebahagian kalian berkekalan . Amin.

    Reply

  10. djambu says on :

    fuiiii…manisnya!!!

    mcm nak terkena DM dah ni!

    apa pun, tahniah. tahniah. dan tahniah.

    Reply

  11. hani says on :

    Hai Sarah..

    Tahniah dan Selamat Pengantin Baru…Semoga terus kekal ke akhir hayat… 😉
    Gambar semuanya cantik….
    Tak sabar nak tunggu entry seterusnya…
    Take care! 😉

    Reply

  12. syazana says on :

    Comelnya alahai kakSarah ni.
    Apa pun, kite masih tunggu kakSarah hutang post mcmana jumpa suami :mrgreen: 😛
    Seronoklah Nadhirah dapat kakak :mrgreen:

    Semoga baitul muslim yang dibina mencapai sakinah,mawaddah wa rahmah.

    p/s: inshaAllah ada rezeki kita jumpa. Hehe 😉

    Take care kakSarah ^_^

    Reply

  13. Aimisya says on :

    Saya pun suke karipap sardin. Haha :’)
    Semoga berbahagia kakak!
    Tak sabar tunggu post post seterusnye.

    Much love!

    Reply

  14. Dodod says on :

    panjangnyewww bulu mate KS..mcm RCW you~ 😛

    Reply

  15. ieda says on :

    seronok bila dapat suami yg beriman sb itulah landasan utk kita bahagia dunia & akhirat…cantik gambar2 kawen…mata sarah bulat rupanya.. 😆

    sat…yg berpayung tu hujan betul ka hujan paip? 😀

    Reply

  16. cikgu Jam says on :

    Tahniah Sarah sayang………cikgu doakan Sarah sentiasa dikurniakan rahmat Allah..seronok baca karangan Sarah seperti seronoknya cikgu baca 9 tahun lepas…
    Karangan markah tertinggi…Senang2 datanglah ke KISAS ye!

    Reply

  17. cmuna says on :

    assalamualaikum…

    Alhamdulillah..so sweeeeeeet..
    xsabaq nak tunggu new entry besok 🙂
    ..la ni xleh jd silent reader dah, tgn terasa nak komen je utk entry2 yg best2 ni 🙂

    Reply

  18. kak tikah says on :

    selamat sebulan dik.. semoga menikmati cinta dunia penuh kesyukuran…. Happy for both of you.. 😉

    Reply

  19. Shema Azland says on :

    As salam..

    Tersentuh ht melihat dan membaca gmbr2 n luahan ht sarah..
    I like.. Bagai pinang d belah dua..

    Anyway, masih x terlambat nk ucapkan selamat pengantin baru..
    Moga bahagia n kekal hgga hujung nyawa..

    Selamat Sebulan Kawin.. Cepat2 dpt baby k!

    Salam..

    Reply

  20. Saffa says on :

    Finallyyyyyyyyyyy! Comelnya KS dengan husband KS! Saffa paling suka gambar no 5 dari atas. Yang dengan stethoscope. (:

    Reply

  21. aeime says on :

    antara semua, gmbr ks dgn stethoscope tu paling comel!! i loike =D

    tahniah kk sarah..moga sentiasa dalam redha Allah =)

    Reply

  22. hana says on :

    salam alaik…
    tahniah kak…
    nk tnya boleh?suami akak ada adik nama nadhirah ke?prnh sekolah Al-Mukmin dulu?(mncri kwan lama)hehe

    Reply

  23. fuad says on :

    Salam doktor..
    Sweetnya gambar.. Jangan diperiksa dengupan jantung tu, doktor.. Pasti berdebar2.. (“,)

    Reply

  24. samanosuke_04 says on :

    waaaa.. sweet gile yang letak stetoskop tue.. haha, lenkali buat laa IV skali kat suami tue, hua3…

    Reply

  25. akak says on :

    Sarah!!!..hihi..lama betul rasenya nak tunggu cerita baru lepas episod Tunda tu.. :mrgreen: Akhirnya..satu entry yg sangat sweet.. 😉 sukanya tengok gambar Sarah masa berpayung tgh hujan tu. Bahagia sangat ekspresi muka Sarah masa tu.. 🙂 . Semoga Sarah & suami kekal bahagia dunia & akhirat..

    Jaga diri ye Puan Sarah.. 😉

    Reply

  26. nuha says on :

    alalala sweetnye.
    comel je.. 😉

    nak tahu gak cerita pertemuan tu. 🙂

    Reply

  27. fara says on :

    salam..
    sy tersentuh hati mmbce blog awak..insyaallah sy mahu jd sprti anda berdua..brcinta slps kawin..

    Reply

  28. Ejalz says on :

    Sarah,
    Your entry is so sweet, your photos look so sweet too…
    Selamat meneruskan PJJ (percintaan jarak jauh) dan moga both of you berbahagia sentiasa.

    Reply

  29. menyampah says on :

    kalo dh 50 60 tahun ulang tahun perkahwinan..baru aku ckp tahniah
    kalo baru sebulan..emm…lu pikir la sendiri!!1

    Reply

    wani adnan Reply:

    Assalamualaikum wbt.

    Apa salahnya meraikan percintaan selepas kahwin. Lebih indah. Dan lebih baik. bukan macam orang sekarang, sebelum kahwin dah ada anniversary la apa lah.

    Reply

    gurl Reply:

    xsalah pun nk anniversary sehari , 2 hari ke.. iikot suke la.. klu da dengki tu ckp laaa..

    Reply

    menyampah dgn 'menyampah' Reply:

    salam, menyampah…

    kalau x suka kenapa nk baca…biar lah pasangan ini nk meraikan kebahagiaan mereka, merasai nikmat Allah beri pada mereka.. lgpun, entry mcm ni boleh bantu org lain faham kebahagiaan bercinta lepas nikah, dpt sedarkan org2 yg suka bercinta sebelum nikah …pikir la sendiri.. peace 😎

    Reply

  30. me says on :

    assalamualaikum..
    it’s her right & this is her blog.
    at least, ini akan menjadikan pasangan lain lebih meraikan perkahwinan mereka,lebih menghargai dan lebih bersyukur.
    Nikmat Allah sememangnya boleh kita ceritakan sebagai tanda syukur bersama.
    Allah tak pernah larang untuk berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan,dan saya pasti dr.sarah bukannya hanya mahu menunjuk2.
    Memang gayanya dari dahulu,menceritakan segalanya tentang hidupnya dan alhamdulillah setiap apa yang diceritakannya selalu memberi inspirasi kepada orang lain.Alhamdulillah,moga menjadi cabang pahala buat dirinya sendiri.
    you,kalau tak suka,diamkan diri dan pergi jauh-jauh.
    jangan buat kacau di blog orang lain.
    we (the readers) don’t need you here.Never welcome you.
    it’s like you datang rumah orang,then sibuk nak complain macam-macam.
    juz go away.
    semoga Allah permudahkan segalanya buat dr.sarah dan keluarga.
    semoga Allah limpahi kebahagiaan buat dr.sarah dengan penuh keberkatan.
    p/s:doakan kebaikan dan kebahagiaan buat orang lain adalag berkali ganda lebih baik daripada datang berkata-kata sesuatu yang tidak enak didengar.Kalau tak suka sangat sekalipun,berdoalah banyak2 semoga Allah lembutkan hati sendiri dan buangkan segala sifat mazmumah dari hati tu.
    maaf atas segalanya andai sesiapa terasa,esp you.but i really mean it.

    -hamba yang penuh khilaf-

    Reply

  31. Farahdina says on :

    Assalamualaikum.

    I was just browsing and found your blog via another blog, and I personally think your blog is interesting.

    I came across that rude comment above, and to be honest I’ve experienced it, for many times in my blog, previously.

    I’ve no idea if I’m right, but as I’ve already experience it, from the way the comment is written, I think the sender was just the same as those that sent many rude comments at my blog.

    As adviced by my husband, I just ignored them, and finally they stop that stupid deeds themselves, but sometime when the senders feel desperate, that uninvited comments come again, and I just spammed them.

    One point I get, that senders is so desperate -sebab dia nak sangat kahwin tapi tak dapat, agaknya parents tak izinkan, jadi dia hantar komen2 kurang ajar dekat blog2 orang yang dah kahwin. I think that’s one relevant point, based on the comments he/she sent to me. That rude sender just wanna stop married people like us from sharing our story, because he/she envies us much, and can’t stand on reading our happiness story.

    Being the competed me, I post as many entry of my marriage and my parenthood experience to my blog, that should make them envy more and finally give up to disturb my blog anymore.

    Just to share with you, and don’t let that kinda person touch any happiness you and your husband should feel in your marriage.

    To you and your husband, ‘selamat pengantin baru’. May Allah grants you with a blessed and happy family, soleh children to inherit the da’wah journey by their parents.

    -Wassalam-

    Reply

  32. Kak pB says on :

    Salam

    tahniah …

    kak pB paling suka gambar Sarah berpayung …

    so romantic

    Reply

  33. Gg says on :

    As Salam.. Wah.. Btol ke cinta slpas kawin?? Ce cite2.. Mcm ne leh jumpe lak??

    Reply

  34. Gg says on :

    :mrgreen:

    Reply

  35. Siti Nurhayati Dollah says on :

    Assalamualaikum.

    Ya Allah, dah lama tak masuk sini. Dah sebulan bergelar isteri rupanya 🙂 Tahniah, dengan iringan doa pernikahan yang dibina dalam redha Allah dunia dan akhirat.

    InsyaAllah

    Reply

  36. faiqa says on :

    As Salam….

    Semuga berbahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat rahmat Allah selalu…Amin…

    Reply

  37. wanhidayat says on :

    Assalam Thaariq & Sarah,

    Selamat ulang bulan perkahwinan (hehehe…begitulah bunyinye sebab monthly punya kiraan). Semoga terus bahagia hingga ke akhir nafas dan diberkati Allah selalu. Amin 🙂

    Reply

  38. aidawany says on :

    😳 malunya baca. tapi harap one day dpt jugak fall in love lepas kahwin.
    all the best ! :mrgreen:

    Reply

  39. nasuha says on :

    sweet..sweet..sweet sgt..:) shuke tgk 🙂 semoga bahagia hingga akhir hayat 🙂

    Reply

  40. Eriyza says on :

    Tahniah Dr Sarah.
    Harap sy juga dpt pasangan yg best mcm Dr Sarah. 🙂

    Reply

  41. mutiara solehah says on :

    KS pandailah posing dlm gmbr.. photogenik..! 😉

    Reply

  42. nYomeL says on :

    Assalamualaikum.

    First time masuk blog ni and terus rase tertarik.
    Teruskan berkongsi cerita yerr.. saya suke blog ni!
    Suke sangat gambar kawen Dr. Sarah dan suami.
    Unik sbb first time saya jumpe gambar pengantin perempuan bertudung labuh.

    Congrats to both of you!
    Saya doakan Dr. Sarah dan suami sentiasa bahagia hingga ke taman syurga.
    Amin. 🙂

    Reply

  43. renovatio says on :

    wah….tahniah..=)
    moga bhagia hingga akhir hayat..

    Reply

  44. Nini Hartini says on :

    sweet nya gambar. umur 18 tahun? betul ke?

    Reply

  45. f says on :

    sweet.. 🙂

    Reply

  46. Hamba Allah says on :

    Saya suka cerita awak. Dan saya sokong untuk tidak bercinta sebelum bernikah. cuma ada satu je, saya rasa ada beberapa gambar peribadi yang tidak perlu dipostkan, ya anda suami isteri tetapi bukan apa, setiap pemikiran kita adalah berbeza, dan penafsirannya juga berbeza. Nafsu kita juga berbeza. Apatah lagi dengan kunjungan beribu pembaca di laman anda, saya rasa anda mengerti.

    Saya link kan pendapat seseorang – http://hakuna-mataataa.tumblr.com/post/11165032590/unpopular-opinion-the-wedding-portrait

    Semoga Allah sentiasa memberkati anda dan suami. Aamin. 🙂

    Reply

  47. fara says on :

    comel la akak!! semoga bahagia selalu..
    🙂

    Reply

Leave a Reply