Duit, Infaq Dan Nikah

Assalamualaikum wbt

Tiba-tiba saya teringat suatu insiden di kafe hospital lebih kurang sebulan lebih yang lalu. Ketika itu saya masih di Jabatan O&G. Saya masih lagi bersama Nisa, sepupu saya, di wad antenatal. Jika Nisa ada masa, dia yang akan turun membelikan makanan tengahari untuk saya. Sekiranya dia oncall dan saya pula yang berpeluang turun ke kafe, saya akan membelikan untuknya pula.

Jadi pada suatu hari itu, saya tidak oncall, Nisa oncall dan kami sama-sama kelaparan. Saya menawarkan diri untuk turun ke kafe membelikan makanan untuknya. Seperti biasa, rutin air kami adalah sama. Nescafe ais. Saya memilih sejenis lauk untuknya dan sejenis sayur. Begitu juga saya. Saya bajet, harganya sekitar RM7.50 saja. Tiada masalah tu. Insya Allah memang cukup duit yang saya ada dalam poket. Oh ya. Saya jenis yang tidak membawa dompet ke hospital. Maksud saya, saya tidak akan mengusung dompet di dalam beg mahupun poket sebab sudah serik dicuri orang tahun 2009 dulu. Jadi, saya lagi selesa membawa sejumlah wang yang secukupnya saja di dalam poket. Biasanya kalau saya bawa RM10 di dalam poket, saya boleh bertahan selama tiga hari.

Begitu juga kesnya dengan hari itu. Saya yakin pada hari sebelumnya itu, saya ada memasukkan RM10 ke dalam poket. Jadi sebaik saja sampai di kaunter, harga makanan yang saya beli ialah RM7.50. Saya menyeluk poket. Alamak! Yang ada hanyalah helaian duit seringgit dan beberapa keping duit syiling saja. Terkial-kial saya mengira helai demi helai duit yang ada. Dan jumlah yang saya dapat ialah RM7 sahaja. Sebenarnya orang kafe itu sudah kata tidak mengapalah jika saya tidak cukup duit dulu kerana saya agak rapat dengannya. Tapi saya segan untuk berhutang dengan pihak kafe. Tiba-tiba, orang seterusnya yang beratur di sebelah saya untuk membayar di kaunter itu menegur:

“Eh, Kak Sarah! Takpe. Nah guna duit saya dulu. Tak cukup 50 sen ye?”

Ooo. Rupa-rupanya, itu adalah junior saya ketika bersekolah di Al-Mukmin dulu. Najwa namanya. Kakaknya merupakan rakan sekelas saya sehingga tamat darjah 6 dan tiga tahun bersama-sama di Al-Khairiah. Najwa sedang menjalani latihan praktikal Dietitian di Hospital Temerloh.

“Alamak. Terima kasih banyak-banyak ye, Najwa. Tak sangka jumpa kamu kat kafe ni.”

Begitulah kisahnya. Kesimpulannya, doktor ni bukannya banyak duit pun. Huhu. Cuba tengok saya. Duit pun tak cukup nak bayar makanan di kafe. Cemas-cemas lagi nak kena berhutang dengan orang kafe. Insiden ni sebenarnya mengetuk hati saya seketika. Baru saya tersedar. Allah nak bagi peringatan pada saya, sudah membersihkan harta dengan berinfaq ke belum. Sama ada sedar atau tak, selain zakat, infaq juga merupakan cara kita membersihkan harta, hati dan nafsu kita. Dan yang paling jelas maksudnya, infaq ni dapat membantu meringankan beban saudara seagama kita. Inilah salah satu sumbangan kita di jalan dakwah.

Sebelum berpisah dengan Najwa, dia bertanya:

“Eh, Kak Sarah dah nak kawin ye?”

Saya tersenyum padanya.

“Insya Allah. Jemput datang bulan tiga nanti ye.”

Iya. Insya Allah, saya akan mendirikan rumah tangga kurang sebulan dari sekarang. Kita cerita-cerita di lain entri ya. Mohon didoakan semuanya berjalan lancar ya =)

Nota: Asyik stress je saya di Surgical ni. Oncall selang sehari. Habis hilang seri muka. :mrgreen:

37 Responses to “Duit, Infaq Dan Nikah”

  1. akak says on :

    makan la kuih seri muka banyakยฒ ye.. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Nanti saya makan banyak2. Tak berseri jugak, saya cari Akak nanti ๐Ÿ˜†

    Reply

    akak Reply:

    kalau cari akak tak dapat gak seri tu..kalau jumpe yg lagi sorang tu mesti dapat..berseriยฒ gitu.. ๐Ÿ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehe. ๐Ÿ˜›

    Reply

  2. Saffa says on :

    KS dah nak kawin? Uish. Banyak nyer Saffa terlepas. =.=”

    Saffa subscribe blog KS kat Google Reader, tapi kat google reader tu keluar excerpt je. So, dah lama tak bukak blog KS. (:

    Apa-apa pun. All the best! Semua berjalan dengan lancar.

    Reply

    Sarah Reply:

    Saffa, takde apa pun yang Saffa terlepas ๐Ÿ™‚
    KS memang baru ni beritau kat blog. Pasal excerpt je yang keluar kat Google Reader tu, KS pun baru sedar. KS tak tau sangat setting blog ni sebenarnya. Huhu :mrgreen: Nanti KS tukarkan. Thanks sebab bagitau ๐Ÿ™‚

    Reply

  3. wani adnan says on :

    Assalamualaikum wbt

    Semoga segalanya dipermudahkan untuk KS dan majlis tu nanti. Doakan Wani juga eh. Semoga Wani boleh jadi doktor macam KS :mrgreen: tambah2 apabila dah keluar BH, Utusan dsb. Doakan Wani macam Wani cakap dgn KS kat phone haritu ๐Ÿ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    W’salam wbt

    Tak bestnya Wani takde nanti. Tapi doakan KS ye Wani ๐Ÿ™‚ Insya Allah you’ll do well in your housemanship. Don’t bother about the BH news. I never bother what people said. I just give my best. And do it lillahi taala. Insya Allah semuanya smooth je ๐Ÿ™‚

    Reply

  4. silent reader says on :

    saya si silent reader…. adakah akan di jemput?? ๐Ÿ™„

    sarah….. tahniah~~!!! doa2lah bg kami2 yg masih dlm pencarian yg panjang ni yer…

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih sebab sudi baca blog ni ๐Ÿ™‚

    Yup yup. Semua dijemput ke kenduri nanti. Datang la nanti ye ๐Ÿ™‚

    Reply

  5. mimmie says on :

    semogoa dimudahkan ye kak sarah..sy suka cinta rahsia anda.. ๐Ÿ˜ฎ

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks Mimmie ๐Ÿ˜‰
    Cinta rahsia? Tak ada cinta, tak ada yang rahsia. Semuanya aturan Allah. Kan kan? ๐Ÿ˜‰ Mimmie, ajak batch kamu nanti ye. Akak dah tak tau nak jumpa diorang kat mana lagi.

    Reply

  6. Rohani Hashim says on :

    As salam, akak silent reader blog Sarah, dah lama akak tunggu berita ni. Tahniah, semoga semua urusan dipermudahkan.

    Reply

    Sarah Reply:

    W’salam wbt Kak Rohani.

    Terima kasih kak sudi menyinggah baca blog saya. Terima kasih juga atas doanya ๐Ÿ™‚

    Reply

  7. Sis Insyirah says on :

    Am happy to hear the good news! Lama duk tunggu berita ini.. ๐Ÿ™‚

    Tahniah Sarah. Tak sabarnya nak tunggu bulan 3… ๐Ÿ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks Sis ๐Ÿ˜‰

    Jemput datang nanti~ ๐Ÿ™‚

    Reply

  8. Kak Azura says on :

    Tahniah Sarah. Semoga dipermudahkan segalanya untuk Sarah.

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Azura, lamanya tak dengar khabar akak. Thanks, kak. Doakan semuanya lancar ye ๐Ÿ™‚

    Reply

    Kak Azura Reply:

    Sarah,
    Masih ingat kat akak? terima kasih. Rasa gembira pulak bila dengar Sarah nak kahwin….rasa macam adik sendiri pulak yang nak kahwin….kakak yang teruja lebih….hihi….
    Jaga diri baik-baik ya….tengah darah manis tu…

    Reply

    Sarah Reply:

    Of course saya ingat akak lagi insya Allah. Akak kat Putrajaya lagi ke? Err.. Saya bakal jadi orang Putrajaya nanti :mrgreen:

    Reply

  9. ieda says on :

    amboi…dalam diam yer…
    tahniah…moga semuanya dipermudahkan.dah tak lama nak masuk bulan 3 nih..

    p/s..akak pun tak suka posting surgery…havoc,MO yg banyak kerenah & operation yg tak seronok dibuat..

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehe. Dalam diam la bagus, Kak Ieda :mrgreen:
    Takde la. Memang semuanya sekelip mata je. Tup2 dah nak kawin dah kan. Doakan saya ye kak ๐Ÿ™‚

    p/s: Saya jadi super busy kat posting ni sebab saya ketua houseman. Incharge oncall roaster dan segalanya la. Aduhai. Oncall pun EOD. Susut sangat dah badan ni.

    Reply

  10. silent reader II says on :

    wah!ade bau nasi minyak lah..tahniah KS!! :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Awan Biru ๐Ÿ™‚

    p/s: Ramainya silent reader. Nanti ada silent reader III pulak ๐Ÿ˜›

    Reply

  11. xyz says on :

    KS congrate..
    kagum dgn akk..
    hopefully one fine day sya nk jdi mcm KS..
    doakan sya mampu jadi Dr muslimah mcm KS

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks XYZ ๐Ÿ™‚

    Jangan jadi macam KS. Jadi la lebih baik daripada KS. Dan niatkan lillahi taala waktu dah kerja nanti. Insya Allah akan sentiasa semangat je ๐Ÿ™‚

    Reply

  12. Tasha :) says on :

    InsyaAllah ada seri awok tu!

    Nanti jumpa dah bertiga mungkin awak ๐Ÿ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Tasha! Terkilan awak takde nanti…

    Bertiga je? Berempat tak boleh ke? ๐Ÿ˜†

    Reply

    Tasha :) Reply:

    Boleh saja . Amboi advance level! InsyaAllah we will meet on one fine day.

    Saya masih pelajar. Huhu

    Bandung. 2.28 am. ๐Ÿ˜€

    Reply

  13. Perindu says on :

    salam adik sarah

    hehe tahniah ๐Ÿ™‚ ( best sungguh entri panjang dan isinya nun dihujung ๐Ÿ™‚ ) Semoga bahagia hingga kelangit ke7 ๐Ÿ™‚

    salam

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Perindu.

    Hehe. Daripada cerita tak cukup duit tiba2 je jadi cerita nak kawin kan. Tak pasal2 je :mrgreen:

    Terima kasih atas doanya~ ๐Ÿ˜‰

    Reply

  14. SisHoney says on :

    salam sarah,

    tahniah sekali lagi yer.bila dah annouce ni boleh la komen lebih2 sket.selama ni sis kunci dulu mulut sampai tuan dia buat pengumuman.hehehe.tapi sarah,sori yer.sbb tidak dpt hadirkan diri masa majlis istimewa sarah.sis ada job kat alor setar.sis doakan semuanya dipermudahkan hingga ke majlis tersebut.seri pengantin dah ada di muka sarah tu ๐Ÿ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Sis Honey ๐Ÿ™‚

    Saya dah agak dah sis ada job waktu time tu. Time cuti sekolah kan. Dah expect dah photographer2 semua ni misti tengah sibuk. Takpe sis. Nanti ada rezeki saya balik penang bawak husband, kita jumpa ye ๐Ÿ™‚

    Doakan saya ye sis ๐Ÿ™‚

    Reply

  15. nadiayuna says on :

    ๐Ÿ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Nadia!!! *Hug*

    Reply

  16. ejalz says on :

    Sarah,
    wahhhhhhhh… diam-diam ada planning ekkk… patutla tanya whether I’m coming or not… hehehe….
    TAHNIAH in advance!! seronoknya…..

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Aizal,

    Hehe. Tu pasal hari tu saya tanya akak :mrgreen: Mohon doakan kami ye ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Reply