Kehidupan

Assalamualaikum wbt

1. Selamat pengantin baru buat senior di Al-Mukmin dulu, Kak Tikah dan suami. Juga buat bekas rakan sekelas dan sebilik dengan saya di KISAS yang turut bersama-sama ke Russia dulu, Dyana Nizar dan suami. Dan buat adik sebilik dengan saya di Moscow dulu, Emy dan Firdaus. Barakallahulakum! Semoga perkahwinan kalian menjadi pelengkap agama dan semakin memantapkan lagi diri dan iman masing-masing. 🙂

2. Sejak berada di Jabatan Pembedahan Am ni, kadang-kadang rasa tertekan tu macam tak terkawal. Sampai ada rasa nak menangis. Tapi memang kena bersabar banyak-banyak. Hidup memang tak terurus. Dalam seminggu yang ada tujuh hari tu, saya oncall selang sehari sebanyak empat kali. Tarikh pun saya dah tertukar-tukar. Badan dan otak tak bergerak seiring lagi sebab terlalu penat. Sampai saja rumah bila post call, selesai saja isyak saya mesti sudah tidur. Tapi tekanan tu bukan setakat datang daripada beban kerja yang menimbun. Tapi dari segi layanan kita sebagai manusia. Hmm. Nanti saya kupas dalam entri seterusnya kalau ada masa.

3. Pagi tadi saya menghantar seorang pesakit yang ventilated pulang ke rumahnya untuk di extubate di rumahnya. Pesakit ini sudahpun diisytiharkan brain death. Ahli keluarga ingin membawanya pulang untuk melihat arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah. Ketika melihat seorang demi seorang ahli keluarga datang mencium dahi dan pipi arwah, saya yang sedang membuat manual bagging di sisi kepala arwah terasa sangat sebak. Terkebil-kebil mata saya pada waktu itu. Dan selepas semua anak dan ahli keluarga terdekat selesai mencium dahi dan membisikkan syahadah kepada arwah, saya pun melepaskan tiub oksigen daripada tekaknya dan memberhentikan segala jenis infusion pump yang terpasang di badannya. Setengah jam selepas itu, pesakit itu pun meninggal dunia. Saya meninggalkan rumah pesakit itu dengan seribu satu perasaan. Yang paling jelas saya pelajari, mati itu adalah pasti.

Nota: Err… Makin serba tak kena je rasa sekarang ni. ;-)

6 Responses to “Kehidupan”

  1. siti noor syazwana says on :

    Kematian di depan mata itulah yang membuka mata untuk terus muhasabah diri…
    Ehem, serba tak kena ye?? Tak lama da tu.Sabar….. 🙂

    Reply

  2. SisHoney says on :

    salam sarah,

    wah.dah lama tidak meninggalkan catatan komen disini.walau sekali sekali ada juga lalu disini.mati itu mmg pasti kan.dan bg seorang doc macam sarah.mungkin hari2 melihat kematian di depan mata kan.dan itu akan lebih mendekatkan diri kita kepadanya kan.

    p/s: jodoh sis dgn kak fatimah belum lagi ada.semalam(8.2.11) sis dah nak naik lif nak jenguk dia,sekali dia dah sms yg dia discharge 🙂

    p/s: tahniah ye 🙂

    Reply

  3. silver says on :

    no.3 sy tak mampu buat. mungkin itulah perasaan malaikat maut setiap kali cabut nyawa. bayangkanlah kena buat kerja tu sampai kiamat. stress…

    Reply

  4. sil says on :

    mati itu pasti, hidup itu insyaAllah. erm, saya tak ingat kat mana saya dengar ayat tu. yang pasti bila baca entri ni tiba2 saya teringat.

    Reply

  5. sil says on :

    saya nak mintak izin copy link ye. terima kasih 🙂

    Reply

  6. Reentartnenas says on :

    Hi Dr Sarah,

    baru baca entry nie. herm sebak rasa sebab masih teringat arwah babah saye. kalaulah die di bawa balik ke rumah, dan tengok doktor cabut semua bantuan pernafasan, mesti lagi sedih… al fatihah utk keluarga arwah…

    Reply

Leave a Reply