5 Bulan 5 Hari

Assalamualaikum wbt

Tatkala meletakkan status ini di Facebook malam tadi, perkara pertama yang saya teringat ialah tajuk novel Hlovate; 5 Tahun 5 Bulan. Tapi bukan. Ini bukan tajuk novel. Ini tajuk sebuah cerpen yang baru separuh jalan sempurnanya. Ambil sedikit masa lagi untuk sempurna sepenuhnya, insya Allah. Sempurna menurut definisi saya. =)

Sekarang saya sudah berada dalam posting keempat saya. Pejam celik, pejam celik, sudah setahun lebih saya bekerja. Saya sendiri pun tidak percaya macam mana saya masih boleh bertahan sehingga hari ini. Memang ada masanya semangat merudum jatuh, jadi tertekan dengan kerja dan seluruh kehidupan dipenuhi tekanan walaupun ketika di rumah. Bila hari-hari sugul ini tiba, saya lebih banyak mendiamkan diri dan memilih untuk tidak makan. Orang kata, kalau ada teman susah dan senang, kita boleh bercerita dan berkongsi segalanya dengan mereka. Tapi tidak bagi saya. Saya memilih untuk pendam dan tidak membebankan orang lain dengan masalah saya. Lain orang lain pendapat tentang hal ini. Saya tahu itu. =)

Setakat yang saya sedar, saya sudah banyak berhutang cerita dan perkembangan tentang dunia housemanship sejak di posting Orthopedic (Tulang) lagi. Semakin lama semakin kurang saya menulis sedangkan ketika posting Orthopedic dulu, tidaklah sibuk sangat seperti di Medical awal-awal dulu. Maaf sangat. Waktu itu saya sibuk dengan hal lain. Kusut memikirkan hal peribadi dan pada masa yang sama menjadi orang kuat Kaklong untuk membuat persiapan perkahwinannya.

Sebaik tamat posting Orthopedic, saya bertukar ke posting Pediatric (Kanak-kanak). Sumpah, sangat memenatkan dan mencabar emosi dan fizikal. Sebelum masuk ke jabatan ini, saya terfikir, bagaimana saya hendak bertahan selama empat bulan di sana. Semua HO yang sudah selesai posting ini menegaskan tentang hal yang sama: Tertekan!

Alhamdulillah, dalam pada saya terkapai-kapai dengan tekanan yang saya hadapi pada waktu itu, secara cantik Allah aturkan kemunculan seorang kawan yang selalu menjadi pemberi semangat dengan mengingatkan bahawa kerja yang saya buat ini adalah ibadah. Bila saya tertekan, saya akan ingat semula tujuan saya bekerja ni untuk apa sebenarnya. Di pertengahan posting ini, sepupu saya, Nisa, telah mula berkhidmat di hospital ini juga dan dia juga ditempatkan di jabatan yang sama dengan saya. Alhamdulillah. Ada lagi satu tempat untuk bersandar dan saling meluah cerita. Tapi kena berpada-pada jugalah. Nisa dah berkahwin. Takkanlah saya nak curi banyak masa dia =p

Sebaik saya hampir selesai di jabatan ini, bulan Ramadhan pun tiba ke penghujungnya. Saya bercuti panjang untuk menghabiskan baki cuti posting ini, dicampur dengan cuti umum hari raya dan cuti weekend off sebelum mula melapor diri di jabatan baru, Obstetric And Gynaecoogy (O&G) (Perbidanan Dan Sakit Puan). 11 hari saya bercuti. Memang syurga betullah~ Huhuhu.

Bila telah tamat posting Pediatric, saya rasa seperti telah terlepas daripada satu seksaan besar. Rasa bebas dan tenang! Hihi. Kalau sebelum ini entri-entri saya berbaur sedih dan tertekan, tetapi cuti selama 11 hari itu betul-betul telah dapat mengecas semula tenaga dan semangat saya. Dan perkara-perkara yang terjadi di sepanjang cuti raya itu juga sangat menggembirakan. Berkumpul bersama keluarga, konvoi dengan kawan-kawan melawat bekas ustaz dan ustazah, menerima kunjungan keluarga kawan lama, balik kampung, menjernihkan satu perkara yang keruh dan yang paling utama, menyiapkan diri saya untuk melangkah ke posting yang baru. =)

Dan yang paling saya syukuri, dalam pada sibuk terkejar-kejar ke sana sini dengan kerja yang tak menentu masa ini, saya masih dapat terus istiqamah dengan usrah. Saya gembira untuk mengatakan, disebabkan usrahlah, hidup saya jadi luar biasa dan tidak stereotype dengan kelaziman kerja yang sama saja saban hari. Kalau nak diikutkan, momentum usrah tu tidak seperti zaman saya belajar dulu. Tapi kini, dengan tanggungjawab yang terpikul, limitasi masa dan kepenatan yang tak boleh digambarkan ketika postcall, saya menyifatkan, dengan mendisiplinkan diri menghadiri usrah adalah satu bentuk latihan untuk mempersiapkan saya menjadi HO yang tegar dan cekal.

Tak susah untuk susah dan tak senang untuk senang. Itu memang hakikat. Tapi kalau tak dibiasakan, kita akan sentiasa hidup dengan alasan. Sebab tu dari dulu lagi saya katakan, kalau hendak mencari teman hidup, saya nak mencari orang yang boleh mendokong saya dari belakang, susah senang bersama walaupun susun atur dan latar kehidupan kami mungkin berbeza. Syarat utama ialah kesefahaman tentang tanggungjawab masing-masing dan saling mendokong untuk saling membangun. Err. Saya tak boleh sentuh banyak sangat soal ni. Nanti penuh lagi soalan-soalan yang saya tak berapa syok nak jawab. =p

Cukup dulu ringkasan kehidupan saya sebagai HO untuk 8 bulan yang lalu. Saya ada niat untuk memperincikan lagi kupasan untuk setiap posting tu sebab saya tahu ramai adik-adik pelajar perubatan yang ternanti-nanti akan kupasan sebegitu. Sekali lagi, saya tidak berani berjanji tapi saya akan cuba sebaiknya memandangkan saya punya masa yang lebih daripada mewah dalam poating ini. Oh ya. Nama glamor bagi posting O&G ini ialah posting HO kahwin. Hahaha~ Tapi sayangnya saya tidak memilih apatah lagi terpilih untuk menjadi seperti mereka dalam tempoh posting ini. =p

Berbalik kepada tajuk entri, doakan semoga cerpen kehidupan ini akan selesai dengan manisnya, tepat pada masanya. πŸ˜‰

Nota 1: CD Maher Zain saya sudah hilang. Mana nak cari yang baru ni…

Nota 2: Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk dihimpunkan dalam rahmah dan redhaMu. Amin =)

15 Responses to “5 Bulan 5 Hari”

  1. Azree Hanifiah says on :

    Terima kasih atas tip kulit pisang untuk mendapatkan kulit yang cantik tu… =)

    -daripada junior yang tangan terbakar dan jumpa di hospital temerloh tempoh hari.

    Reply

    Sarah Reply:

    Owh. Kamu! Azree namanya ye. Tak sempat tanya nama pulak semalam. Semoga cepat sembuh. Give it a try. Insya Allah in 2 months time cantik elok macam sediakala dah kulit tu =)

    Reply

    Azree Hanifiah Reply:

    Bahagian tangan ni boleh kena air paip tak?

    Reply

    Sarah Reply:

    Kulit baru yang dah mula naik tu KS nampak hari tu sangt elok. So takde masalah pun kalau kena air. Tapi jangan tonyoh kuat2. Kulit tu sangat lemvut lagi. Takut nanti terkoyak je πŸ™‚

    Reply

  2. akak says on :

    Dah lama tak baca entri dlm blog Sarah yg panjang mcm ni. Akhirnya wujud jgk entri mcm nie..hehe. Semoga terus dipermudahkan semuanya utk Sarah. Insya Allah.. πŸ˜‰

    * Nak CD Maher Zain?. Thank You Allah tu ke?. Nanti akak kasi ek..hihi

    Reply

    Sarah Reply:

    Wahai Akak yang dirindui! Hihi :mrgreen:

    Kebetulan ad masa lapang malam tadi. Sambil baring2, sambil tu update blog guna phone. Hehe. Nak CD baru!! Akak sponsor satu boleh? :p

    P/s: Nanti ada masa saya call akak k πŸ™‚

    Reply

    akak Reply:

    hehe..berehΒ². Akak nk call takut mengganggu cik doktor..jadualnya sggh x menentu.hihi :mrgreen: Nk CD..boleh aje.. bagi alamat tu..nnti akak mintak en.posmen hantar kat cik doktor kita ni ek.. πŸ˜‰

    *Jg diri ye..suka tgk Sarah happy mcm nie..

    Reply

  3. Natasha A.Hadi says on :

    Nanti saya baca semua ya. Sekali lalu ja. Tapi nampak musim HO kawen. Dok lame lagi teman le tuh=) Saya pun tak berani nak janji dah lah pasal surat tu=) Huhu. Kalo ada masa sampailah ye ke awak[sambil2 berfikir]

    Reply

  4. hawa says on :

    I wish I can be as strong as you.

    Reply

  5. shahkang says on :

    salam kak sarah, berlegar-legar sekitar youtube dan ketemu video pembacaan puisi kak. menarik sekali

    semoga dapat terus belajar dari kak

    – sahabat GKLN dari UK

    Reply

  6. fakhruddin says on :

    excited tol baca post pjg2 cmni…
    gutlak angah in new posting…HO kawin??
    hehe

    Reply

  7. kak izzah says on :

    All the best angah!
    glad to hear u r happy, alhamdulillah.. πŸ˜€

    Reply

  8. samanosuke_04 says on :

    tak susah nak susah, tak senang nak senang.. heehee.. suka quote tue.. hmm.. hlovate nie cam pemes jer lately.. haish..

    Reply

  9. muaz says on :

    memang tertunggu2 nak baca posting pengalaman kak sarah kat hospital tu. πŸ™‚

    cd maher zain boleh beli melalui itunes je. :mrgreen:

    semoga segala urusan kak sarah dipermudahkan Allah SWT πŸ˜€

    Reply

  10. hizb says on :

    salam ziarah k.sarah..=)
    semoga thabat dalam perjuangan ini^__^
    moga Allah reda.

    dari adikOT. πŸ™‚

    Reply

Leave a Reply