Hari Ke-5

Assalamualaikum wbt

Mungkin Tuhan sedang berbisik kepada saya, jalan yang payah itu memang perlukan mujahadah tapi membawa kepada sesuatu yang lebih indah. Saya patut buang semua sedih pilu ni sebab dengan melalui susah-payah, kita lebih rapat dan kenal siapa Allah =)

Ok. Sedikit cerita di wad. Hari tu saya hendak mengambil darah seorang pesakit ni. Umurnya lapan tahun. Berbangsa India. Dia baru tiga hari di extubate kerana mengalami bronchopneumonia with bronchospasm with underlying poorly control bronchiol asthma.

Untuk mengelakkan dia meronta atau menangis dengan kuat, saya meralitkan dia dengan mengajaknya mengira bersama saya. Oh ya. Dia bersekolah di sekolah Tamil.

“Satu, dua, tiga, ……. sebelas, dua belas, …….. lapan belas, sembilan belas, SEPULUH BELAS!”

Oh. Saya menahan gelak. Saya betulkan kesilapannya tadi. Di menyambung lagi:

“Dua puluh satu, dua puluh dua, …….. dua puluh sembilan, TIGA PULUH BELAS!”

Hihi. Saya tersenyum juga akhirnya. Begitulah kiraannya sampai ke enam puluh belas. Gandaan belas itu tetap tidak ditinggalkannya.

Kesimpulan yang hendak saya berikan, nampaknya masih ramai rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu yang tidak menguasai asas yang mudah-mudah ini. Dan keduanya, bekerja dengan kanak-kanak ini kadang-kadang memang menceriakan hidup kita =)

Nota: Saya dan sepupu saya, Nisa, kini bekerja di jabatan yang sama. Dan malam ini, dia oncall bersama saya. Ceria betul saya sekarang. Saya sudah ada kawan! ^____~

5 Responses to “Hari Ke-5”

  1. Diya says on :

    “jalan yang payah itu memang perlukan mujahadah tapi membawa kepada sesuatu yang lebih indah.”

    Terkesan dengan ayat ni sebanyak seratus belas, hehe

    Reply

  2. firdee says on :

    salam doc sarah =),
    saya juga terkesan dengan baris2 ayat kamu ini:

    “Mungkin Tuhan sedang berbisik kepada saya, jalan yang payah itu memang perlukan mujahadah tapi membawa kepada sesuatu yang lebih indah. Saya patut buang semua sedih pilu ni sebab dengan melalui susah-payah, kita lebih rapat dan kenal siapa Allah ”

    memang benar spt yang sarah katakan. sy juga skrg memalui jalan yang payah dan sy percaya sabar itu adalah jalan yang terbaik dan akhirnya nanti pasti sesuatu yang baik dan manis kan menunggu insyaAllah =). moga kamu terus tabah menabur bakti kepada manusia lain =).

    Reply

  3. sakuradila says on :

    kak sarah,
    sob3…sejak2 ni sedih pula baca blog kak sarah..

    ganbatte!!
    mari sama2 tabah!

    Reply

  4. alang says on :

    teruskan menulis ari2…
    trima kasih dri kami semua

    Reply

  5. asfarina says on :

    salam kak sarah..

    Sebenarnya da lma sy jadi silent reader blog kak sarah ni..cuma kali ni je rasa nk komen kt kak..Alhamdullilah,rasa bersemangat bila baca blog kak sarah..terutama msa time kak sarah masih stdy..semoga kak terus berjaya dan menjadi role model utk remaja2 di luar sana ea dan dikurniakan jodoh yang beriman nnt..InsyaAllah..doakan sy juga ea dpat jadi doc yg hebat mcm kak sarah
    ea nnt..
    wassalam..

    Reply

Leave a Reply