Photoshoot : Stesyen Keretapi Mentakab
Assalamualaikum wbt
Hari Sabtu dan Ahad baru-baru ini saya mendapat giliran weekend off saya. Sepanjang hari Sabtu saya bertungkus lumus menolong menyudahkan segala persiapan untuk majlis Kaklong. Dan pada hari Ahad petang pula saya keluar dengan seorang kawan lama saya, Imah.
Disebabkan sudah beberapa bulan tidak berjumpa, kami mengambil keputusan untuk keluar makan selepas Asar. Tapi sebelum pergi makan, kami pergi berfoya-foya dengan Encik Nik saya yang sudah lama tidak mendapat belaian kasih sayang dek kerana kesibukan kekasihnya ini. Destinasi kami ialah Stesyen Keretapi Tanah Melayu di Mentakab.
Sebenarnya, saya tidak pernah sampai ke stesyen keretapi ini. Setakat pernah tahu bahawa di situ ada sebuah stesyen keretapi. Itu saja. Sehinggalah petang Ahad itu, Imah yang memandu arah saya menuju ke sana. Sewaktu kereta sedang menaiki bukit kecil, saya ternampak sebuah bangunan ala-ala zaman British. Saya sudah mula memperlahankan kereta. Dalam hati saya sudah teruja. Cantiknya bangunan stesyen ni. Old school sungguh! Tiba-tiba Imah berkata: Terus lagi, Sarah. Ni tandas awam ni. Stesyen kena lepas bukit ni dulu baru kita jumpa.
Adoyai! Tandas awam rupanya. Huhuhu. Apapun, saya seronok dapat pergi dating dengan Encik Nik. Dia pun mesti seronok dapat bersama saya. Huhu. Di saat burung pulang ke sarang, saya dan Imah pun pulang ke rumah. Hmm. Kan seronok kalau teman saya nanti kaki kamera macam saya juga.*muka berharap*
Ah, sudah. Sarah dah koya. Mari kembali buat kerja masing-masing. Wassalam.
Nota 1: Lama dah saya tak letak sentuhan terbaru kan. 🙂
Nota 2: Tapi kaki fotografi tak suka isteri doktor-doktor ni kan. Sebab nanti tak dapat dia nak usung bawa pergi photoshoot kat mana-mana kan. Asyik melekat di hospital aje. T___T <—- Aik. Apasal muka nangis macam kecewa? Haha~
rajin p ambik gambaq kat stesen keretapi. hehe
cuti2 ni p release2 tension memang best.
Reply
Sarah Reply:
April 17th, 2010 at 1:12 pm
Hehe. Kebetulan je kawan KS tu ajak gi situ. KS pun layankan aje la. =)
Reply
haha, comel la ks
p.s: miss you!
Reply
Sarah Reply:
April 17th, 2010 at 1:17 pm
Hihi. Ada jugak yang kata KS comel yek =p
p/s: Miss you too! Hmm… Bila la KS dapat jumpa dengan mak kamu ye. Dah lama sangat KS pegang barang dia ni =)
Reply
salam KS…
muka anda cengkung yg amatt…!!:???:
masyaAllah..-__-..
take care selalu dekat sane..
adohai doktor..
harap baik2 aje..
Reply
Sarah Reply:
April 17th, 2010 at 1:23 pm
Salam Syahir.
Cengkung sangat ke? KS rasa biasa je. Hehe. Mungkin lama tak nampak kot. Lagipun time belajar dulu takde komitmet lain melainkan study. Sekarang ni dah kerja lain la sikit. Kamu nanti pun boleh turun berat time dah kerja nanti =)
Jaga diri ye kat sana.
Reply
=) sekali sekala rest…best posing2 ni…
kalau akak tak de kawan..ajak sha pun tak pe.. 😉
Reply
Sarah Reply:
April 17th, 2010 at 1:31 pm
Tapi kalau cuti lama sangat, adeh, mati kutu dibuatnya =p
Reply
salam sarah,
lama dah tak melawat rumah sarah… saya pun baru lepas confinement… ni baru rajin berjalan2 rumah kawan2.. hehe..
sejak bila berboiprenkan Encik Nik…? wahh.. hobi baru eekk? (ke dah lama? saya yg tak perasan). rasa seronok kan tengok hasil sendiri yang menarik… (ke consider SS? haha…)
Reply
Sarah Reply:
April 17th, 2010 at 1:29 pm
Salam Kak Ejalz.
Tahniah atas kelahiran anak yang terbaru ni. Tak sangka akak dah mula kerja semula. Hari tu saya baca blog akak, akak baru je bersalin. Tup2 ni dah kerja semula dah. Hehe. Dah lama dah saya berboyfriendkan Encik Nik. Hihi. Dah setahun dah kami bersama. Cewah~ =p (Tambah2 pulak Adam dalam Adamaya pun is a Nikon user. Huhuhuhu) =p
Reply
eh, bahaya amik pic kt tgh jln keteapi..kang dia langgar plak..hehe
Reply
Sarah Reply:
April 17th, 2010 at 1:40 pm
Konon2 nak ada effect Hindustan la. Hahaha~ =p
Reply
chanteknye gamba sarah amek..sy pon xpnh g stsn tuh wpn keretpi tuh dh jd main trnspt adik sy utk balik kelantan..hehe
Reply
Sarah Reply:
April 17th, 2010 at 1:42 pm
Ooo. Adik awak berulang ke Kelantan naik train eh? Kakak saya ke Kuala Lipis dulu pun guna stesyen tu la jugak. Keknye, tak penah saya sampai ke situ. Huhu =p
Reply