Baju Dan Sepatu

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya bekerja separuh hari saja. Orang lain masih bercuti, saya sudah kembali bekerja sejak semalam. Tapi yang leganya, saya bekerja sehingga jam 12 saja. Enak. Memang enak. Boleh balik makan tengahari pukul 12.45 dengan seenaknya. Sudah lama perut tak diisi setepat ini.

Selepas Zohor, saya menemani emak pergi ke kedai yang menjual perkakas barang hantaran dan segala bagai yang berkaitan dengannya. Hampir sejam di situ. Jenuh hendak membuat pilihan. Selesai di situ, kami ke kedai baju pula. Tiga buah kedai dan sebuah butik telah kami jelajah. Pening kepala. Serius saya tidak suka dengan jenis-jenis kain yang banyak dalam pasaran sekarang ni. Kainnya jarang. Perlu memakai inner (baju lapisan dalam). Saya cukup tidak suka baju kena ber-inner ini. Sebab susuk badan masih boleh dilihat. Kalau yang perut berlipat tu, haaa, bukan setakat lipatan, bonjolan perut dan segala bagai rahsia bentuk perut pun boleh diintai dari luar.  Pendek ceritanya, memang masih boleh menampakkan bentuk badan. Huhuhu. Konklusinya, janganlah memakai baju yang jarang dan rajin-rajinkanlah bersenam.

Kami berdua juga sempat masuk ke sebuah Busana Muslim di sini. Sudah lama saya hendak mencari jubah hitam. Sejak tamat SPM lagi. Tapi memang sedih. Tiada saiz untuk saya. Tadi, saya terlihat sehelai jubah berwarna peach. Lembut sungguh warnanya. Saya capai dan menggayakannya di badan. Datang emak dari tepi, terus berkata: Tu jubah budak-budak tu. Hahahaha. Saiz 10. Kalau dibesarkan sedikit bahunya dan dilabuhkan dalam 4 inci lagi, memang sudah cukup muat untuk saya. Hahaha. Sampai di muka pintu kedai itu, ada sebuah patung kanak-kanak menggayakan jubah yang hampir sama. Saya berdiri di sebelah patung itu. Percayalah. Saya cuma tinggi beberapa sentimeter saja daripada patung itu. Aduhai. Itu sebab sangat susah hendak mencari jubah untuk saya.

Baiklah. Saya rasa saya perlu membuat syarat. Siapa yang hendak datang meminang selepas ini perlu membawa sepersalinan jubah. Kalau muat, terus saya terima. Hahaha! Ok. Idea gila. Dan saya belum gila lagi. Teori pasangan hidup kita bincangkan di lain entri.

Dalam pada menunggu emak membuat pilihan di salah sebuah kedai baju di Lurah Semantan, saya keluar ke kedai kasut yang bertentangan. Tadaaaa! Kini saya sudah mempunyai kasut litup baru. Kasut Bata saja. Tapi inilah kriteria saya untuk mencari sandal atau kasut. Wajib bertapak leper dan lembut.

And now, I’m ready to go back to school work!


Nota 1: Siapa tahu di mana boleh mendapatkan jubah yang sesuai untuk orang berketinggian sekitar 150-155 cm?

Nota 2: Lagu Menanti Cinta dalam filem Ketika Cinta Bertasbih sangat menyentuh hati.

Nota 3: Aishhh… Esok on call…

18 Responses to “Baju Dan Sepatu”

  1. yonna says on :

    lepas baca p/s KS, terus yonna download lagu tu :p lagu2 indon semuanya mantoppp belaka 😀

    Reply

  2. srikandibiologi says on :

    betul..setuju ngan nota 2 :mrgreen:
    siap download video klip..
    best2..

    Reply

  3. zatiey (adik k.tikah) says on :

    Salam k.sarah.. tinggi sy lebih kurang 154cm je.. hehe kalo akk minat pakai jubah, akk cari siza 38-40.. jgn lebih tau! sy kat sini pon suh mak pos jubah..hehe takde size..kebetulan baju pon tak bw byk..so berulang-ulang jelah.. ..hehe 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Zatie, akak kena cari yang lagi kecik dari saiz 38 tu… Tu la masalahnya.

    Reply

    Sarah Reply:

    Owh ye. Sepanjang zaman belajar dulu, akak pun pakai baju yang berulang-ulang je. Ada berapa helai baju akak kan, sejak zaman SPM dulu sampailah sekarang ada lagi. T-shirt tu dah bawak ke Moscow dan dah balik Msia semula dah. Masih jugak akak pakai lagi. Hehe. Takpe. Kita bersederhana waktu kita masih belajar ni. Insya Allah ada rezeki, satu hari nanti kita dapat yang baru2 pulak =)

    Reply

  4. siti noor syazwana says on :

    Ks, kita hanya 149cm-150cm saja, tapi alhamdulillah punya hampir 15helai koleksi jubah. Kebanyakannya terpaksa diubah suai bahagian bawahnya la, dipotong dan dijahit. Cuma, kalau jubah hitam atau abaya banyak yang bersaiz macam kita ni tapi cari dari Syria atau Malaysia sendiri. Banyak dijual di sekitar Jalan Tar, tapi harganya agak melampau mahal berbanding beli di negara Arab. (kita selalu pesan dengan kakak je untuk membeli). Hurm, di Plaza Alam Sentral ,PKNS Shah Alam dan Bangi, Sri Munawarrah dan Butik Hajaba juga ada jubah bersaiz kita kak…Kat kawasan Temerloh, kita tak tahu.hihi..

    Reply

    Sarah Reply:

    Problem KS bukan setakat saiznya yang panjang. Tapi kelebarannya jugak. Kalaupun KS ambik saiz S, tapi lebarnya pulak yang dah macam untuk orang mengandung 6 bulan kat badan KS ni ha. Tu la yang payahnya tu Wana…

    Reply

  5. nuha says on :

    KS..
    kasut tu nampak selesa dipakai! 😀

    Reply

  6. kak tikah says on :

    dear Sarah…

    episod mencari barang hantaran dah habis..coz masa kahwin nanti kami decide no more dulang hantaran.. 😉

    nak cari jubah? jom datang UIA..banyak pilihan, ada size dan harga berpatutan!

    Reply

  7. riyana says on :

    http://abaya-arab.blogspot.com/

    kak sarah cari jubah hitam kan? cuba tgk kat sini. kalau saiz S ok kot ngan kak sarah..=)x pun kena kecikkan sket kot sbb ni dari timur tengah.

    Reply

    Sarah Reply:

    Dah tengok dah site tu. Tak boleh. Besar2. Takde yang available pun untuk saiz 34/36.

    Reply

    riyana Reply:

    hehe dah agak dah mesti besar ngan kak sarah.ye la dari sana kan mmg besar2. 😉

    Reply

  8. Acaii says on :

    Errr kalau sy yang bagi jubah tu camne plak cik puan doktor,hehe..:)

    Reply

    Sarah Reply:

    Hahaha. Tu tempah nahas maksudnya tu, Acai =p Tapi kalau muat saya amik! =D

    Reply

  9. ejalz says on :

    Sarah, jubah hitam kalau dari Saudi jangan la dekat…. yang saiz S tu boleh jadi gaun pengantin kot untuk awak.. sebabnya, kainnya akan meleret2 atas lantai.. hehe… saya yang tinggi dari Sarah pun still pakai saiz S sini… tak pernah cuba ambil saiz M sekali pun….
    I suggest Sarah tempah jubah… baru puas hati saiz dia…sbb kalau dah tak dapat saiz yang berkenan, baju cantik pun nampak buruk…

    p/s saya pernah beli t-shirt untuk budak2 umur 6 thn kat sini… padan jek… huhuhu..

    Reply

  10. iman says on :

    assalamualaikum

    em,kaki sarah ke tu?lebih molek kalau pakai stokin kan? 😐

    Reply

  11. me says on :

    Sarah, kasut tu sebijik sama dgn kasut sek my 2nd daug form 2.

    Reply

  12. Muhammad Aiman says on :

    Still reading…….

    Dh jmpa ke blom jubah hitam smpai skarang nie?

    Reply

Leave a Reply