Episod Dini Hari (i)
Assalamualaikum wbt
Ehem. Cuma mahu cerita. Tadi saya sepatutnya mengulangkaji serba sedikit untuk hari esok. Tapi entah macam mana, saya terbuka Youtube dan termenonton cerita Pisau Cukur.
Dan saya terus tersuka dengan Shahredza Minhat. Tahukah anda, saya menyukai orang yang mempunyai gigi yang menarik? Hehe. Mulanya saya tidak tahu siapakah pelakon itu. Sanggup saya bersusah payah google sana sini untuk mencari namanya. Err… Dulu saya pernah menulis begini: “Kalau seseorang tu sanggup google nak cari info pasal seseorang, tu maksudnya dia dah jatuh sayang pada orang tu.” Jadi, apakah maksudnya? Hahaha. Mengarut apakah awak di tengah malam buta ni, Sarah!
Oklah. Sekadar entri kosong untuk melegakan mood yang sedang tunggang terbalik saja. Sejak kebelakangan ini, memang kepala saya serabut sangat. Ada macam-macam perkara yang saya perlu fikirkan. Untuk entri yang lebih bermanfaat, silalah tunggu bila saya lapang sikit nanti.
Nota 1: Kasihan adik-adik yang ada bertanyakan tentang beberapa soalan tentang kerjaya. Minta maaf banyak-banyak. KS macam tiada mood mahu sambung menulis entri tu lagi sekarang ni. Maaf ya.
Nota 2: Episod Dini Hari adalah siri entri yang mengisahkan repekan saya di malam hari. Siri ini adalah tidak serius dan sekadar menjadi kongsian picisan saja. 🙂
Diorg semua kate cerita ni best..Sy tak sempat menyempat lg tgk..Nnt nak tgk la!
Reply
hehe, minggu lepas sy br tgk jgk. fun story.
oh sarah, mmg ramai sudah jatuh sayang pada watak fakir itu.
smg fikiran kamu cpt2 lapang ya!
Reply
elok jg ringankan kepala dgn menonton cerita2 yg simple..
jom menderma kpd yg kurang berkemampuan..visit my site…tq
Reply
salam.
tu la pena, kitorg ajak tengok hari tu, tak mau. hahaa..
btw KS, lega2 la cepar ok. Wani pun berserabut gak bulan ni sebab sejuk2 gini kena travel jauh. hehe
Reply