Hilang

Assalamualaikum wbt

Malas pula rasanya hendak menyambung cerita di entri lepas. Lagipun, bila cerita disimpan lama-lama, sudah tidak seronok pula jadinya. Lagipun cerita yang tertangguh tu tak penting. Jadi kita boleh abaikan sajalah. Huhu. Mesti ada yang bengang, kan. Ada ke patut cerita separuh-separuh pula.

Saya hendak cerita lain pula kali ni. 5 Novemver lepas, saya on call di wad bawah. Kenanga 14. Keesokan paginya, saya bergegas naik ke wad saya di Kenanga 12. Disebabkan saya sudah lambat untuk memulakan round saya di wad, jadi saya campak saja kesemua barang saya di bilik rehat HO itu. Balik kerja petang itu, saya ke kafe untuk membeli air. Sudah sampai di kaunter hendak membayar air, tengok-tengok beg duit saya tiada. Nasib baik ada Ain dan Muneer (kawan-kawan sama belajar di Moscow dulu) yang beratur di sebelah saya. Muneerlah yang membayarkan air saya dulu.

Saya tidak sedap hati. Tapi saya cuba berbaik sangka. Saya terus balik ke rumah untuk memeriksa sama ada saya ada tertinggal beg duit di rumah. Puas mencari. Tapi memang tiada. Malam itu saya keluar makan bersama ayah dan adik-adik saya. Emak tiada di rumah kerana ada perkhemahan dengan murid-murid sekolahnya. Selepas makan, saya meminta ayah menghantar saya kembali ke hospital untuk memeriksa bilik HO tempat kami semua menyimpan barang. Sedihnya… Memang beg duit saya sudah hilang. DICURI! Menyampah betullah.

Ikutkan, ini sudah kali ketiga beg duit saya dicuri. Tapi, inilah kali pertama saya kehilangan semua barang penting. Saya kehilangan kad pengenalan dan lesen kereta juga! Eiiiii! Ada persamaan di antara ketiga-tiga kes ini. Kesemuanya dicuri oleh pekerja yang mencuci atau membersihkan bilik. Kali pertama dulu di Egypt ketika saya bercuti ke sana. Waktu itu, room service yang mencuri. Saya kehilangan 400 USD waktu itu. Bengang betul, kan.

Kali kedua pula pada tahun lepas. Dicuri oleh pekerja yang membersihkan belakang hostel kami di Moscow. Waktu itu saya sedang mengikuti latihan futsal di kawasan lapang belakang hostel. Yang ini memang bengang tapi ada banyak hikmah yang terjadi. Yang kali ini Radicare pula yang mencuri. Lagilah saya bengang. Sebab habis satu purse itu diambilnya. Dengan kad pengenalannya, lesen memandunya, kad banknya, duitnya. Dan kali ini, saya kehilangan RM400!!!! Bengangnya!!!!!!! Kebetulan sangat saya membawa duit lebih hari itu kerana berhajat hendak pergi servis kereta kakak saya selepas balik kerja. Tapi lain pula jadinya. Geram tahap petala kelapan belas jadinya. Eiiiii… RM400 tu lebih dari cukup untuk belanja sebulan saya tau.

Jadi, hari Sabtu itu, selepas habis kerja tengahari itu, saya terus ke Balai Polis. Sepanjang 24 tahun menjadi orang Temerloh ni, itulah kali pertama saya masuk ke perkarangan Balai Polis itu. Selesai membuat laporan kehilangan kad pengenalan dan barang-barang penting itu, saya dibawa berjumpa dengan inspektor bahagian siasatan ke apa entah. Saya mengikut saja. Dalam kepala, saya membayangkan satu susuk yang berperut ke hadapan sedikit dengan misai tebal dan berwajah garang. Tiba-tiba…

“Jemput masuk, cik. Sila duduk. Sila duduk.” Mak aih. Rupa-rupanya, Tuan Inspektor tu sangatlah muda belia. Dengan pakaian kasualnya tu, cukup syaratlah untuk saya mengatakan dia kacak. Hahahahaha. Malu pula saya dengan diri sendiri dengan apa yang saya bayangkan sebentar tadi. Huhu. Ok ok. Harapnya tiada warga kerja Balai Polis Temerloh yang membaca blog ini. Huhu.

Jadi sekarang ni, saya hanya menggunakan kad pengenalan sementara. Lesen memandu telah siap dibuat baru tapi kad bank masih belum boleh diproses kerana perlu menunggu kad pengenalan betul siap. Nampak gayanya, walaupun sudah ada gaji di penghujung bulan ni, tiada maknanya juga sebab saya tidak boleh mengeluarkan duit dengan bebas. Kena guna buku banklah pula jawabnya. Macamlah saya ni ada masa sangat nak keluar di waktu pejabat untuk ke bank, kan. T____T

Yang paling saya terkilan, saya kehilangan dua benda lagi. Sebentuk cincin emas yang saya letakkan di bahagian zip duit syiling dan kad metro lama saya ketika di Moscow dulu. Cincin itu pemberian emak saya selepas SPM dulu. Saya tanggalkan cincin itu ketika hari pertama bekerja di sini dulu kerana kami tidak boleh memakai cincin ketika bekerja. Terkilan betul saya. Sekarang, saya langsung tiada cincin dah. T___T Kad metro itu pula menyimpan banyak kenangan sepanjang saya berada di Moscow. Dengan kad itulah saya ke hulu- ke hilir suatu masa dulu. Terkilannya…

Nota 1: Sekarang, beg sandang saya yang warna coklat itu sudah kehilangan temannya yang sedondon itu. Saya pakai beg duit buruk-buruk je sekarang.  Kalau ikut hati, nak bunjut-bunjutkan duit dalam sapu tangan je pun cukup dah. Siapa yang curi jugak, memang tak selamatlah hidup dia di dunia ini. Menyusahkan saya je kena keluar masuk Balai Polis sehingga terjumpa Tuan Inspektor muda tu. Haha.

Nota 2: Ok. Nak tulis entri kedua pula. Saya tengah bosan ni. Tu sebab rajin pula nak menulis. :mrgreen:

15 Responses to “Hilang”

  1. Wanie says on :

    salam.

    waahh.. mesti ks best dapat luangkan masa dgn blog ks kn. wani pun best sebab dapat baca! :mrgreen:

    lama dah tak borak ngan ks. kt sini ada election untuk SMSA dan PPIM.

    Reply

  2. nisa says on :

    salam sarah.
    bwk2la bsabar eh. mgkin jmpe inspektor yg kacak tu one of the hikmah
    yg u dapat dr kehilangan dompet u kan?huhuhu.
    next time kne ati2 lg.
    btw,i really enjoy visit ur page. as one of the dr penganggur(tnggu posting), best jgk bace update2 teman seperjuangan yg dh start jd HO.
    Do d best sarah!!chayooo..\(^^)/

    Reply

  3. Ksu says on :

    Alahai sarah, siannya.. Memang jht sungguh la saper2 yg curi tu.. menyushkan org jer kan.. yg paling penting, tu la, kad2 aper sumer tu. Sabar yer, lainkali akak sokong jer bawak bunjut duit jer.. hahaha..

    Reply

  4. talkative says on :

    hye doc.. huhu..
    juz know i hve read ur story.. fuyooo!!
    extrem gak ek.. org koi jugok…
    i like ur curiousity..

    rse2 tobat jgk ble bc r-tkle doc..
    njoy pun ad gak..(^_^)

    huhu.. we at h000shh.. welcome u..
    1na tell secret nih..
    u’ll know me..
    e’day u’ll talk to us thru a gadget. hellooo!!!
    k.la… wish all de doc in m’sia will succees sllu.. daa.. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Hye hye hye.

    Hello, saya Dr. Sarah HO Medical. Boleh sambungkan saya pada Dr. A HO 2nd call Medical?

    Hahaha.

    Oh nooooo. Ini warga kerja operator ye?

    Oh nooooo. Jangan bagitau pasal blog ni kat orang k. nanti saya belanja awak semua minum bila dah ada gaji. Huhuhu.

    Reply

  5. Diya says on :

    Huhu. Banyak nya yg KS kehilangan. Kalau digabung2 semua tu agaknya cecah ribu2. Mungkin nanti Allah nak bayar dengan benda lebih berharga kot. Who knows kan.

    P/s-Semalam baca2 blog CK, teringat sangat dekat KS. Alahai. 😳

    Reply

  6. nadiayuna says on :

    Salam sarah, nadia pun banyak kali hilang beg duet. tapi berbeza sebab nadia ni atas kelailaian sendiri. pelupa yang amat & suka tertinggal tinggal barang. beli barang rm10 jadi rm200 sebab sedekah beg duit sekali. dan kes nadia mesti dapat jumpa balik beg duet tapi semua dalam tu dah xde. heyy. saba je la.

    la ni

    nadia pun pakai beg duet rm1.90 je. beng duet budak2 Ben10. orang kalau jumpe pun tengok tak tengok je kot. huhu

    sarah.

    rindu awak tahap gaban

    harap cuti yang ade seminggu bulan 12 ni boleh la ke sana. kate da boleh drive. huhu. (^.~)

    take care dear =)

    Reply

  7. salym says on :

    Sabor je la doc..da hdp mest ade ujianny n ape yg tjd mest ade hikmahny..
    Sb 2 la doc dpt jump tuan inspektor..hahaha

    Reply

  8. aeime says on :

    ks, kawan saye pun hilang wallet gak mase gi cuti last winter holiday, 1000usd hilang, duit rubble hilang, duit msia hilang, ic sume hilang, yg paling pelik, buah kurma pun boley hilang~

    Reply

    aeime Reply:

    “mase gi egypt jugak!!

    Reply

  9. djambu says on :

    ada dua kebarangkalian lps ni…

    1. sarah akan lebih berhati2
    2. sarah akan kerap hilang kad pengenalan. *wink2*

    hehehe

    Reply

  10. warga hoshas says on :

    salam dr sarah..
    hari2 bc blog doc..tgu2 juga cite seterusnye…sebab selama ni knl suara je 😉
    lgpun watak2 dalam story doc ni semua mcm knl je..hehehe..
    k,lah..see u on ur next story k..JUST want to know more about dr A… 😆
    GUD LUCK DOC…

    Reply

  11. ain_j says on :

    kak sarah!.. apa yang jadi ade hikmahnya..sabar ye.
    saya sangat tak sangka keje sebagai HO sangat sibuk. Ingatkan sibuk bese2 je..rupanya sampai xtidur..wahhh
    All the best untuk Kak Sarah! Even jarang tinggalkan jejak, kalau on9, saya xlepas kira bunga matahari akak yang ada 19 tuh.huhu~
    😉

    Reply

  12. fiza says on :

    salam k sarah.
    saye student medic egypt.
    mlu plak sbb dgr hilang kat egypt tu.hihi. 😳
    klgn kami pun mmg da biase sgt la dgr peristiwa2 camtu.
    xpela kan.bukan rezki.moga Allah beri rezki yg lebih baik mse akan dtg.*peace*
    apepun best blog k sarah ni.xsbr rase nk graduate.har3 😉
    okay take care.

    Reply

  13. best international movers says on :

    hello!,I really like your writing so so much! proportion we keep up
    a correspondence more approximately your post on AOL?

    I require a specialist on this space to resolve my problem.
    Maybe that is you! Taking a look forward to see you.

    Reply

Leave a Reply