Akibat Terlebih Prihatin
Assalamualaikum wbt
Saya terharu pula dengan respon yang saya terima untuk entri lepas. Tak sangka pula saya, ramai yang selama ini menjadi pembaca secara diam di blog ini mula bersuara. Saya dah pun membuat keputusan.
Saya tidak akan berhenti berkongsi cerita tentang kehidupan di hospital.
Kerana saya teringat semula apa hajat dan niat saya. Saya mahu adik-adik yang masih menuntut dalam bidang ini mendapat gambaran sebenar dunia pekerjaan mereka nanti dan mereka sudah mula tahu apa yang perlu mereka buat dan patut tahu mulai dari sekarang. Terutamanya lepasan luar negara kerana orientasi hospital di Malaysia dan sistemnya jauh berbeza dengan di luar negara. Saya harap mereka dapat bermula pada suatu hari nanti dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada saya.
Ok. Tak mahulah ayat yang serius-serius. Ini hujung minggu. Masa untuk bersantai ria walaupun esok saya 1st call di active ward. Ini ada satu cerita. Baru saja berlaku hari semalam, Jumaat.
Wad saya menjadi active ward. Semua kemasukan baru kes-kes medical disumbat ke wad saya. Di awal pagi lagi kami telah menerima seorang pesakit. Saya mendapatkannya untuk membuat full clerking di dalam wad.
Sudah lumrahnya bernama doktor, segala perubahan warna di kulit akan menarik minatnya untuk mengenal pasti apakah itu. Lokasinya juga perlu diberikan perhatian. Mungkin ruam biasa, mungkin ruam berdarah, mungkin palmar erythema, mungkin hematoma, mungkin spider nevi dan macam-macam lagi.
Saya ternampak beberapa tompok merah pada pesakit itu. Seperti lazimnya, saya bertanya sejak bila ada kesan merah itu, ada kemungkinan jatuh atau terhantuk tak, ada rasa gatal-gatal tak. Soalan-soalan yang sebegitulah lebih kurangnya.
Tapi saya pelik. Pesakit tu macam nak tergelak sikit. Dia seakan-akan menahan-nahan ketawa. Akhirnya dia bercakap secara berbisik kepada saya.
“Err… Doktor tak pernah tengok love bite ke?”
Hahahahhahahaa. Ambik kau, Sarah! Padan muka. Attentive sangat lagi. Ngahahahaha. Baru saya teringat. Malam sebelumnya itu adalah malam Jumaat. Tapi, sumpahlah mana saya tahu macam mana rupa love bite tu kan. Muahahaha.
Ok. Yang budak-budak tu kalau tak faham, tak payahlah pula nak google atau apa ye. Pergi main jauh-jauh sajalah ok. Hehe. Pembaca diizikan untuk ketawa. Baiklah. Cerita ini tamat di sini sahaja.
Nota: Duit dalam bank dah nak kosong. Bila gaji nak masuk ni. Huhu.
lucu lah pulak entry nih. hehehehe
tak pe KS, belum nikah lagi kan. eheh
Reply
Sarah Reply:
October 24th, 2009 at 7:24 pm
Oh. I memang belum nikah. nanti I dah nikah I tak la naif macam semalam. Huhu.
Sumpah KS malu waktu tu Jull. Kot kalau patient tu sedar la kan, air muka KS berubah tahap gaban! π
Reply
salam sarah,
dah lama gak sis xkomen kat sini even mmg sll rasa penat membaca entri2 sarah.hehehehe.bab2 love bite ni kena tanya org2 yg dah kawen la kan.kan.kan.kita kan masih muda remaja.mana nak tau~kuikuikui.owh ya.sarah masih belum dapat gaji lagi ke…kerajaan skang xperlu amik masa yg lama lagi tuk dapat gaji.dah ada sistem yg bulan sama gak leh dapat.sbb kalau kemasukan baru mmg xdak masalah.cuma kalau perpindahan aje maybe kena amik masa sbb date kekadang lari…
Reply
Sarah Reply:
October 24th, 2009 at 7:38 pm
Hehe. Saya masih lagi gaji-less la sis =)
Semua HO hanya akan dapat gaji bulan ke3 kerja. Tunggu bulan 11 ni la. Hehe. Duit kat bank memang dah surut betul ni. Siap ditampung oleh ayah lagi. Serius rasa macam tengah study je lagi. π
Reply
siti ain Reply:
November 3rd, 2009 at 11:20 pm
k sarah..leh sy taw bape gaji yg kak akn dpt ntuk 3 bln tu..
berbaloi ke jdik doctor nih??hehehe
Reply
π π
inilah paling kelakar sekali entrinyer..
xtahan rasa nk komen…
muahahahaha..
~ntahnyer, xyahlah berenti nulih, ramai jer yg intai2 blog dr sarah ni, tiap2 ari~
Reply
π klaka klaka jgk..tp tu sume pglmn kan..1 hr nti pasti sarah akn tau..hehe
Reply
haha….keep writing ya….
Reply
Sarah. entri ini superb comel. i can imagine muka awak time tu. huhu. **saya akan sekali lagi merasa gaji-less lepas start posting isnin ni. bulan 1 baru dapat kot. selamat ada lagi saving gaji keje skg. sarahhhh. rindu awak secara infiniti. jaga diri ya** π
Reply
HAHAHAHAHAHAHA π
errrrrrrrrrrrr… Sarah, cane rupanya??
Noi pun tak pernah tengok.. AHAHAHA
Reply
ks,serius kelakar!
comelll
Reply
Hahaha~
Aduhai kaksarah. Teruskan menulis. Saya sentiasa merindui duniamu.
π
Reply
salam akak..
slmt mnulis ye..
well nk introduce dri la…
sy izzati..mdical stdnt gak..slent reader blog akak snce akak kt blogspot g..
nice to read ur post..=)
Reply
wah. best nyer baca blog sarah. hiks. all the best. π
sarah, letakla gambar2 kt entry. hehe.
rasa tak sabar nk grad ler cmni
Reply
hihihihi..
angah.. angah..
gelihati rasanya..
tapi, betul la, tak salah pun attentive sgt, kan.. dah namanya doktor..
takkan nak expect bendaΒ² di luar pengetahuan kita, kan, especially yg personal nye.. hihi..
takpelah, pengalaman mendewasakan..
Reply
wah ini baru kelakaran yang sehat π
Reply
nasib baik sempat mute dlu td……klu tak mesti org ingat ada yg mengigau gelak pepagi bute ni…..
Reply
Salam,
DR.Sarah,
Kali pertama saya gelak baca your blog.Lepas tu senyum sorang2.
rosebali.
Reply
geli hati baca…
mcm2 juga doktor ni
Reply
Kelakar jugak budak kecik niii… π
Reply
heeheheh..kelakar la entri ni KS. Dapat bayangkan situasi ni dan perubahan muka KS masa pesakit tu tanya.hehehhe
Reply
salam sarah,
kali ni baru terasa sedikit santai dan rilek je membaca entri sarah kali ni ^^. sy pon tak tahu ginama rupanya love bite tu =p
Reply
salam kak sarah!!! lucunyeeee kak sarah niii…agak lama tak jenguk blog ni..tapi amnah suruh sy bc blog ni..hahahahahaha..dan sy terhibur..kikikiki..rindu la kak sarahhhhhhhhhhhhhhhhhhh….
Reply
YeaYY!! π
Reply
hi salam
kelakar entry ni
sy suka ! wee
Reply
kahkahkah…good experience la sarah..nasib baik sarah tak present depan specialist..can imagine your face… π
Reply
Haha…lawak tol….mesti merah padam muka Sarah tym tu kan…hehe….takpe…belajar melalui pengalaman…klu pasni nampak menda serupa lagi jangan tegur sebarangan ye…pk dulu…haha… π
Reply
Love bite? Ape tu? (innocent)
Reply
sarah…hehehehhe..tapikan…kimah pon xpenah tgk love bite gak…macam mana rupa dia???
Reply
Woot? Like others, first gelak bace your post!
Sekarang doc dah tau, doc takyah tanye π
Reply
lucu seh. sapa nak tahu kan kalau x pernah dpt sblm ni.
Reply
haha klakar la entry ni. tp kak sarah, sy pun x penah tgk gi. camne eh? hehe
Reply
love-bite..hehehehe
Reply
adakah love-bite tu mcm digigit nyamuk? kui3~
Reply
haram buat love bite untuk tontonan umum tp untuk pasangan kita digalakan untuk kerukunan rumah tangga hehehe
ps:tak sukalah “buat” tu π³
Reply
Salam doc..
Sy penah tgk love bite kat leher membe sy.. Tp yg pelikny, bl sy tgk nampak mcm bite tp x mcm love..so, sy tnya dia, cmna bole jd ada love bite..dia pun jwb, bite tu kn ada kaitan dgn mulut..then, br sy faham..
Reply
salam…k.s, jgn stop k.tulis2 n tulis lagi π
Reply
mesti time ni dah gaji.. leh belanja satay ek.. he he
Reply
met kenal aja, rudis blog anyaran
Reply
Sungguh banyaknya ceritera orang2 temerloh
orang maran rentaknya memerhati
Reply
terima kasih.
pertolongan-petolongan yang dihulurkan itu akan dibalas jua sama ada sedar atau tidak, InsyaAllah akan dipermudahkan jalan dan menyediakan ruang yang tenang
Reply
salam ks.. terus menulis ye.. seronok dapat banyak info sebelum melangkah ke alam sebenar nanti..
selamat maju jaya..
Reply