Mentari Muncul Lagi
Assalamualaikum wbt
Kalau semalam hidup saya mendung, hari ini terasa segalanya terang benderang untuk saya. Serba-serbi mengena. Serba-serbi menjadi. Serba-serbi baik-baik saja.
Sebenarnya, Dr. P kurang sihat hari ini. Kebetulan dia MO 1st call untuk hari ini. Saya lihat dia agak stress. Dia meminta saya memeriksa tekanan darahnya. Iya. Tekanan darahnya tinggi. Saya jatuh kasihan kepadanya. Saya ni bukannya boleh kasihan-kasihan pada orang. Nanti saya boleh jadi sayang pada orang tu. Hahaha.
Jadi dengan tak semena-mena, saya telah membina jalinan mesra dan harmoni bersamanya. Seronok betul saya bekerja hari ini. Sehinggakan, walaupun sudah pukul 7.30 malam, saya sedikit pun tidak terasa terkocoh-kacah hendak pulang lagi.
Sewaktu di dalam lif hendak turun ke bawah, MO yang digelar Abang Long saya oleh akak-akak nurse tu masuk ke lif yang sama.
Dr. R: Eh, on call ke?
Saya: Taklah. Ni nak balik ni.
Dr. R: Baru nak balik? Uih, semangatnya.
Saya: Hehe. Entah. Ralit sangat buat kerja kot tadi.
Dr. R: Tu pasal saya suka awak on call sekali dengan saya. Kerja cepat siap.
Pengajaran hari ini, marilah bekerja dengan rasa penuh ikhlas dan lapang hati. Insya Allah segalanya beres saja.
Saya suka kerja saya! Eh, kejap. Tajuk saya hari ni sangatlah mengada-ngada, kan. Huhu.
Nota: Saya menerima satu panggilan telefon daripada seseorang petang tadi. Insya Allah November ini. INSYA ALLAH!
Adakalanya doktor juga boleh menjadi psiko.
Reply
Sarah Reply:
October 15th, 2009 at 9:11 pm
Apa yang awak nak maksudkan kat sini?
Reply
Salam..
Sarah,
Hidup tak semestinya mendung..Macam cuaca..ada hari cerah, ada hari mendung, ada hari ribut taufan..hehe..:D
Masa saya mula-mula keje 2 tahun lepas, saya pun pk macam sarah gak..Rasa tak mampu nak tahan stress..Tapi sekarang ni Alhamdulillah, saya dah boleh terima n dapat sesuaikan diri dengan kerja sekarang..
Boleh jadi benda yang kdg2 tu kita tak suka, tapi sebenarnya ada kebaikannya..Now, saya dah boleh belajar kawal tekanan…
InsyaAllah, sarah mesti boleh punya..
😀
Reply
Sarah. senyum selaluuuuu ya. Saya gembira bila awak gembira. betul cakap awak, bila kita ikhlas, semua kerja pun jadi mudah dan tenang je =)
ps; ada apa tentang november? jangan lupa maklumkan saya ye. hehe.
Reply
salam sarah,
memang benar jika kita kerja dalam keadaan ikhlas semua akan jadi baik dan yang penting seronok. saya juga pernah melalui situasi bekerja dalam keadaan terpaksa (sbb gaji ditahan2). tapi bila saya semakin rapat dan kenal dengan bos saya saya ikhlas kan saja diri untuk membantunya menaikkan pendapatan syarikatnya dan hasilnya saya bekerja dengan hati yg tenang dan seronok (walaupun gaji masih ditahan2 =p ).
Reply
🙂
Reply
ceria si doktor hari ini turut terasa pada kami yg membaca.. 😉
Reply
Wah saya mahu menjadi Doktor lah selepas membaca cerita ini! Best nya! Semangat jadi membara!
Reply
ade ape november ni kak sarah? ehem ehem 😆
Reply
Waah,
gembira hati saya bila tahu kak sarah dah okay balik.
*benar benar anticipate November ini*
=D
Reply
wa…apa ada dgn november? x sabar!!!!
Reply