La Tahzan
Assalamualaikum wbt
Cuma cerita pendek. Malam semalam saya on call. Kebetulan di wad saya sendiri, tiada pesakit di cubicle saya kerana semuanya sudah dibenarkan pulang. Jadi pagi ini sebetulnya saya agak lapang sebab sewaktu ward round, tiada kes yang perlu saya bentangkan. Sebaik tamat on call sekitar 7.30 pagi, saya bergegas ke wad. Di sana bermulanya cerita.
Entah kenapa, disebabkan Dr. P itu, saya jadi sensitif yang teramat sangat. Benci betul perasaan yang begitu. Rasa mahu menjerit sekuat alam pun iya. Saya terus ke bilik HO on call yang terdapat di wad itu. Beg saya berada di situ. Kalau ikutkan hati, hendak saja saya lari balik. Sudahlah malam tadi saya sempat lelap hampir satu jam saja. Saya betul-betul bengang waktu itu. Sedih. Kecewa. Marah. Menyampah. Benci. Semua ada.
Sebaik saja masuk ke bilik itu, niat saya mahu menangis. Mahu lepaskan apa yang saya rasa. Tapi elok saja saya duduk di kerusi di dalam bilik itu, terhidang sebuah buku di depan saya. La Tahzan versi hawanis. Hati saya tersentak. Dalam saya memerlukan suara orang memujuk dan memberikan kata-kata semangat, datang ayat-ayat nasihat yang cukup lembut. Terus saya tidak jadi bersedih.
La Tahzan. La Tahzan. La Tahzan.
Kadang-kadang saya rasa, seorang HO itu maksudnya ialah Hamba Orang. Dan kau tidak punya dunia lain selain kerja dan menghambakan diri. Dan kau tidak punya hak ke atas diri sendiri. Padanlah muka kau siapa suruh memilih kerja begini.
Nota 1: Abang Wan, I miss you!
Nota 2: Malam ini post call. Tidur. Tidur. Tidur. Siapa berani mesej ke, telefon ke, jagalah. Hari tu, saya tak on call pun menyibuk je nak call. Sekarang saya memang allergic betul dengan bunyi handphone. Huh.
Salam sarah.
La Tahzan. Kuatkan hati. Tenangkan fikiran. Pasti lapang.
Reply
Semoga terus kuat..& sabar juga..
Reply
DR.Sarah,
Banyak bersabar……nanti ada sinar yang baik akan muncul.
rosebali.
Reply
Uhuhu…seram juga eh HO ni. saya lagi setahun Sarah..kuatkan hati ye Sarah. buat tak tau je..cuba lah mempositifkan apa yang mereka negatifkan..take care dear.hugs.
Reply
Teman-teman, yang sedang lalu jalan kedoktoran mungkin berfikir kekesalan tak sudah kalau dibacanya entry ini.
Entry di hadapan mungkin cerita Hamba Orang versi “Yang Seronok, Sikit Pun Jadi?”
Mungkin-mungkin.
Reply
=) Saffa mmg respek dengan semua pelatih & doktor & nurse dan semua orang lah yang mempunyai perkerjaan yang halal!Terutamanya yang kena kerja dengan ‘manusia dan manusia dan manusia’ XD
Reply
sarah,
saya pernah jumpa awak sekali saja. tapi saya yakin awak akan lepasi semuanya dengan kuat.
doa saya buat sarah, semoga dipermudahkan pada hati, fikiran dan tubuh badan. salam.
Reply
Janji Allah dalam surah Al-Insyirah, setiap kesedihan, kesusahan dan kepayahan yang kita tempuhi pasti akan Allah khatamkan dengan kegembiraan, kesenangan dan jalan keluar yang terbaik untuk segala perit jerih yang telah kita lalui.
Moga KS tempuh segalanya dengan penuh kesabaran dan cekal hadapi semuanya.
Reply
angah,
sabar banyak²..
dugaan hidup tak pernah habis, kan.
bila diuji, tandaNya Dia sayangkan kita..
moga terus tabah ye~
Reply
😎
salam…kak sarah sabar la ek… kuat kan semangat…semangat membawa kejayaan…caiyokk..caiyokk 😮
Reply
salam…
saya adik wan fathiyyah. suka sgt2 bc blog akk!
Reply
Salam
Seronok baca dunia Sarah ni. Tahniah! Dalam sibuk2 Dr sempat berkongsi cerita dan pengalaman. Insya Allah ini pun amalan ibadah yah tentu besar nilainya di sisi Allah SWT
Reply
Sarah kerja di Temerloh ya. Rsnya tak jumpa lagi dgn kawan2 sy dari Kursk kat sana..takpelah. ANyway tertarik gak sy tengok NOta 2 tu. Mmg kadang2 geram sb postcall pun org call. Tapi sy klu dah postcall punye tido mmg tido mati. So sorrylah ye klu sesaper yg call sy time tu haha. Family sy dah cukup faham. Tp kat tempat saya jarang sngtlah dapat call yg tak berkenaan tu..klu ada pun haram ada yg nak angkat klu dah nampak number hospital and bukan kita yg oncall.
Reply
Salam ks..
Saye xtau cmner nk kontek ks..urmmm,alhamdulilah saye dah dpt tmpt ks kt bilik 205..mesti ks rindu zaman blajar n suasane bilik ni kn..kuatkn smangat,klo ks mmpu tempuh kerenah dunia russia ni,semestinyer ks lebih lagi mmpu tempuh kerenah org mlysia dan cabaran die..saye nk ks jd doktor saye ble saye jd HHo nnti..hihihi..good luck
Reply
As much as you miss me, I miss you even know…Juz so u know 😉
Reply
Everything is very open with a very clear explanation of the issues.
It was definitely informative. Your site is very useful.
Thank you for sharing!
Reply