Minggu Kuarantin

Assalamualaikum wbt

Ini cerita saya sendiri ditahan di wad. Seboleh mungkin, saya akan meringkaskan cerita ini. Saya hendak tidur awal malam ni. Huhu.

Pada mulanya, saya diberikan MC hanya pada Isnin lepas. Tetapi pada hari Selasa pula, saya diberi lagi dua hari MC kerana keadaan demam, batuk, selsema dan muntah-muntah saya masih belum berkurangan.

Pada hari Rabu itu, saya gagahkan juga diri untuk ke hospital kerana saya tak tahan dengan panggilan-panggilan dan asakan-asakan dari luar yang mengheret saya supaya rasa bersalah kerana bercuti sakit. Haha. Apa punya ayatlah saya tulis ni. Tapi itulah yang saya rasa. Maka, saya bangun awal pagi seperti biasa dan bersiap-siap untuk pergi kerja juga walaupun MC saya masih berbaki satu hari lagi.

Tapi keadaan saya masih lagi lemah pada Subuh itu. Saya terus menghubungi specialist saya. Beliau yang bertanggung jawab ke atas cuti-cuti para HO. Sewaktu saya menghubunginya pada hari sebelumnya, beliau ada menyuruh saya melaporkan keadaan diri saya yang terkini pada keesokan harinya. Sejak hari Selasa lagi beliau sudah mengesyaki sesuatu. Jadi ketika saya menghubunginya, beliau terus mengarahkan saya ditahan di wad pantauan H1N1. Iya. Wad itulah yang saban hari saya kunjungi jika ada prosedur seperti ambil darah atau membuat review pesakit yang positif H1N1. Itu adalah wad isolasi. Specialist saya menyuruh saya terus ke Kecemasan dan dimasukkan ke wad terus dari sana.

Saya pun dengan berat hati dan sedikit menggemparkan rumah di Subuh hari Rabu itu pun mula mengemas sedikit barang untuk dibawa ke wad. Sedih juga rasanya. Saya lebih senang diberikan cuti dan berehat di rumah saja. Setibanya di Kecemasan, periksa itu ini, buat X-ray, ambil darah, tunggu MO datang, periksa-periksa lagi dan terus saya dihantar untuk ke wad. Status saya ialah disyaki. Suspected H1N1. Maka pada saat inilah bermulanya drama Melayu bertajuk Dari Mata Sarah bermula. Tetapi Akif Zamaninya tiada. Hahaha.

Saya memujuk-mujuk MO saya (Saya kan sedang posting di Medical. Yang review kes H1N1 semestinya doktor-doktor dari jabatan saya juga) untuk membenarkan saya dikuarantin di rumah saja. Pujuk punya pujuk sampai bergenang-genanglah juga air mata saya, akhirnya saya dilepaskan untuk balik dan menjalani kuarantin di rumah saja. MC saya dipanjangkan sehingga hari Jumaat untuk melengkapkan lima hari mengambil Tamiflu (antiviral).

Petang Rabu itu, bahagian pentadbiran menelefon menyuruh saya datang pada keesokan harinya untuk sesi bersama Pengarah. Kebetulan, memang pada pagi Khamis saya perlu datang semula ke hospital untuk ujian darah dan throat swab lagi.

Jadi, selepas sesi bersama Pengarah semalam, saya ditahan di wad isolasi itu lagi. Dari 9 pagi sampailah 1 tengahari lebih. Tak larat betul berada di situ. Dah selesai semuanya, saya terus balik. Sepanjang sakit-sakit ni, ayahlah yang menghantar saya ke sana ke mari. Di rumah, saya memang tidur saja. Keluar dari bilik hanya untuk minum, mandi dan menghadap internet. Makan sangat kurang. Saya tidak berselera makan. Kalau boleh makan pun selepas itu pasti muntah. Tapi mujur semakin hari semakin boleh menerima makanan masuk ke tekak. Terasa bertenaga sikit.

Hari ini merupakan hari terakhir saya diberi cuti sakit. Esok sudah mula bertugas kembali. Sebenarnya saya masih belum elok lagi. Memang sudah tidak demam. Tapi batuk saya kong kong kong masih bergema lagi. Macam mana nak mendekati pesakit? Pesakit pun takut tengok saya batuk kuat lagi ni.

Dalam pada sakit-sakit ni, petang tadi saya sempat keluar bertemu kawan-kawan. Saya pakat untuk bertemu Wahida di bandar. Kebetulan Amri hendak bertemu saya untuk menyerahkan sesuatu. Amri datang bersama sepupunya Lope. Sedang duduk-duduk di Old Town, tiba-tiba MO saya yang memberi pelepasan untuk kuarantin di rumah tu masuk ke kedai itu juga. Adoi. Kantoi pula saya di situ. Tapi dia juga kantoi. Hihi. Apa dia? Shhhhh. Biarlah rahsia. 😉

Ok. Itu saja ceritanya. Saya disyaki H1N1. Sudah lima hari saya tidak bekerja. Esok saya akan mula bertugas semula. Baki cuti saya adalah sangat sedikit untuk menghabiskan lagi tiga bulan di sini. Macam mana ni? 🙁 🙁 🙁

Nota: Emak Amri meninggal dunia awal pagi tadi. Emaknya merupakan bekas pesakit saya dua minggu yang lalu. Amri datang untuk menyerahkan sesuatu, hadiah dari arwah emaknya untuk saya. Saya sangat terharu. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama para mukminin yang dijanjikan syurga.

17 Responses to “Minggu Kuarantin”

  1. riyana says on :

    hai kak sarah, semoga cepat sembuh ye dr! =)

    Reply

  2. akak says on :

    Semoga cepat sembuh.. 😉

    Reply

  3. kak hanny says on :

    hi sarah,
    la…kesiannya….banyakkan makan buahan ya…
    -dari doktor hanny- hahaha

    Reply

  4. hafiz says on :

    siannyer, and to think this will be happening in your first rotation. Get well soon and all the best for your medical rotation 🙂

    Reply

  5. ummu masyitah says on :

    salam dr Sarah
    apa khabar harini?harap Dr Sarah dah sihat.
    sian Dr,sakit-sakit pun kena gi keje juga ..

    Reply

  6. firdee says on :

    salam sarah,

    saya hari tu demamnya 3 hari aje tapi batuk lebih seminggu…dah gaya orang semput aje sebab banyok ngat kahoknye…dah mula keje ke arini?

    ps: takziah untuk famili Amri…moga roh ibunya di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman…Al-Fatihah…

    Reply

  7. Khairul says on :

    Salam KS,

    Didoakan supaya cepat sembuh 🙂

    Reply

  8. Nad says on :

    KS, syafakillah.
    semoga cepat baik ye <3

    Reply

  9. hawa says on :

    Haritu macam dah nak cakap dah. Tapi tak berani la nak kata h1n1. heheh.
    ala, takpe je. saya cuti langsung dah takde nak habis kan sampai bulan 12! 😥

    Reply

  10. Hazreen Rashid says on :

    salam KS.

    moga cepat baik. sakit tu kifarah dosa. 🙂

    Reply

  11. SisHoney says on :

    salam sarah,

    semoga dah sempuh dan terus berbakti.mmg mereka yg kerja di hospital lagi berisiko kan….takziah buat sahabat sarah.semoga roh ibunya ditempatkan dikalangan mereka2 yg beriman…

    Reply

  12. Areefah says on :

    Salam…

    Semoga awk cepat sembuh…kalau boleh amalkan minum air suam dan habbatus sauda’ insyaallah boleh elakkan penyakit tu berulang lagi…

    Reply

  13. A. Wann says on :

    Dear Sarah,

    I hope U will take a serious note on your health conditions. It seems to me that your health is deteriorating beginning of your career. With all due respect to your commitments and hectic schedule, one must never ignore the body’s cravings. It has its rights to and we will be questioned if such rights is denied. Above all, isnt it being moderate is the best lifestyle? So try to balance your career demand, personal life, family and those around you and in everything.

    Wishing you a fast recovery (^_^)

    AW

    Reply

  14. roseli says on :

    DR. Sarah,

    Sangat menarik mengikuti perjalanan hidup seorang Doctor.

    TQ.

    rosebali

    Reply

  15. Ksu says on :

    Take care Dr. Sarah! Get well soon..

    Reply

  16. ah_peng...... says on :

    😛 take care…. :mrgreen:

    Reply

  17. dill says on :

    hi dr sarah

    saya cuma nak beritahu, yang old town white coffee tu makanannya tak diiktiraf halal oleh HDC/Jakim. Logo halal yang dipamerkan hanya untuk minuman. Diharap info ini berguna untuk Dr. 🙂

    “Mencari yang halal itu wajib bagi orang islam”

    Reply

Leave a Reply