Tukang Kebun Jadian

Assalamualaikum wbt

Sehingga tengahari tadi, badan saya berbau kambing. Bukan kerana tiba-tiba saja keluarga saya ada menternak kambing di belakang rumah tetapi kerana saya tidak mandi-mandi lagi sejak hari semalam menguruskan kawasan belakang rumah saya.

Semalam, sebaik sampai dari Penang, rumput di keliling rumah baru saja dipotong. Jadi, selesai Asar, saya memulakan operasi mencakar rumput di sekeliling rumah. Tapi sebelum Maghrib, halaman belakang yang kedua (adeh, tak reti nak cerita, rumah saya ada dua halaman belakang) masih belum sempat saya sudahkan.

Jadi malam tadi saya berniat. Hari ini tidak boleh online di waktu pagi. Kena jauhi internet. Jadi sebaik emak, ayah dan adik-adik meninggalkan rumah pagi tadi, saya terus mengemas rumah, sarapan nasi lemak yang emak masak dan terus saya bekerja di luar rumah semula.

Matahari sudah meninggi, barulah selesai semuanya. Dan tangan saya melepuh-lepuh. Tolong! Tolong! Kambing ini melepuh tangannya. Kasihan dia. Eh, kambing ada tangankah?

Kalau ikutkan hati saya, saya hendak robohkan rumah arnab yang terletak di sudut belakang halaman ni. Sudah tiada arnab pun. Apa kata kalau digantikan dengan kandang untuk dua ekor kambing. Berjasa juga kalau memelihara kambing. Rumput keliling rumah takkan panjang-panjang punyalah. Cumanya, siapa nak bersihkan tahi kambing tu nanti ye. Huhu. Dan saya khuatir kalau ayah saya membaca cadangan ini. Saya takut kalau-kalau dia teruja dan merealisasikan idea memelihara kambing ni. Mati saya, siapa nak jaga nanti. Pagi-pagi saya seorang saja yang ada di rumah ni.

Kalau perasan, dalam gambar di bawah ini ada dua buah beg plastik besar di hujung sana halaman. Sebenarnya, emak saya ni mengamalkan budaya kitar semula dengan tegarnya. Katanya, di sekolah kita ajar budak-budak supaya membudayakan kitar semula. Jadi kita sendiri pun kenalah buat. Jadi dalam plastik tu ada barang plastik dan aluminium yang diasingkan yang menunggu masa saja untuk diambil oleh orang kutip barang kitar semula ni. Kalau sayalah, tin susu manis ke, botol kicap ke, semuanya saya buang dalam plastik sampah yang sama dan hantar ke tong sampah. Saya kira, nanti ada la yang asing-asingkan bahan-bahan ini. Nampak gayanya, kesedaran sivik saya masih rendah. Tiba-tiba insaf dan rasa sayangkan bumi menggunung tinggi. Jadi, mari contohi emak saya. Budayakan amalan kitar semula. Sayangi bumi kita.

DSC_0070

Sepanjang bekerja di luar rumah tadi, dua ekor kucing inilah yang menemani saya. Maka saya pun berborak-boraklah dengan mereka. Kambing berborak dengan kucing menggunakan bahasa manusia. Hahaha.

DSC_0076

Sekarang, kedua-dua halaman belakang ni sudah bersih dari sebarang rumput panjang. Siapa-siapa yang teringin nak bergolek sakan, dijemput datang ke halaman belakang rumah saya. Hehehe.

DSC_0075

Ha, Kaklong, Nan, Adi dan semua cucu Tok Lebak, silalah tatap rambutan ni puas-puas. Jangan risau. Ni gambar rambutan kebun sebelah. Bukan rambutan Tok. Rambutan Tok ada banyak sangat lagi. Balik cepat sebelum puasa ok. Kita balun sama-sama.

Nota 1: Ada sesiapa perlukan tukang kebun? Hehe. Upah boleh dirunding. :mrgreen:

Nota 2: Selamat bergraduasi untuk kembar saya si Salman Faris! Yeay! Kita dah tamat belajar!

22 Responses to “Tukang Kebun Jadian”

  1. Zaim says on :

    hi sarah!
    i do need someone to look after my house and the garden weekly.
    since u’re still jobless (don’t blame me, that’s the fact for now),
    why don’t u come over and become one. =]
    i can pay u with handsome money since u’re gonna be the gardener with a medical degree in hand.
    at least, i know there’s someone i trust to look after my house in temerloh.
    i kinda miss the town.
    i miss the food too.
    tc! have fun while u still can.

    Reply

    Sarah Reply:

    Hi Zaim! (Saya masih rasa pelik panggil nama ni. Hehe).
    Awak kan mampu nak upah orang jaga sepenuh masa. Hehe. Silap hari bulan, kalau awak upah saya, tak terjenguk langsung rumah awak. Eh baru saya sedar ye. Kalau saya jadi tukang kebun, boleh la saya nak demand sikit gaji. Sebab ada degree. Huhuhu. Datang la sini sekali sekala. Makan ikan patin jom!

    Reply

  2. Aleeya says on :

    Salam sarah…

    ape kabar?hope sihat sejahtera
    buah rambutan itu sangat sangat lebat la…
    geramnye tengok..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Aleeya! Alamak. Lamanya dah ter lost contact! Many sorry! Saya sihat2 aje. 😉 Pokok jiran ni. Pokok rumah kitorang kat tempat lain. Hehe.

    Reply

  3. me says on :

    Bestnya rambutan kat atas pokok tu ..

    Reply

    Sarah Reply:

    Masuk dalam mulut lagi best!

    Reply

  4. kaklong says on :

    NAK BALIIIIIIIIIIIIIKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

    Sarah Reply:

    Cepatlah balikkkkkk!!!!!!!!

    Reply

  5. Alif Anwar says on :

    Salam. Kalau bela kambing, kena tahan bau dan selalu beli selipar. Kambing balun apa saja, termasuklah selipar 😯

    Reply

    Sarah Reply:

    Kalau macam tu nak tukar bela kura-kura la. 😆

    Reply

  6. keSatria says on :

    terima kasih wahai cik sarah. huhu. terima kasih sbb call dan igt konvokasi saya. =D

    waa. rambutan itu. sudahku jatuh cinta sama rambutan itu. nak jugak!

    eh saya dtg temerloh sarah masak ikan patin utk saya bleh? =P

    Reply

    keSatria Reply:

    lagi satu. kambeng itu lazat dagingnya. =P tgk yg belum sembelih pun dah terliur mulut ni.

    iskh. buruk perangai btol kembar sarah sorunk ni. haha.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi saya tak pasti saya boleh makan kambing ke tak. Seram nak test2. Takut allergic jugak.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la. Bila agaknya Jinggo mahu ke sini pulak ni. Bukak puasa satu hari ni kena datang sini ok 😉

    Reply

  7. acai says on :

    Sarah = kambing ; Kambing = sedap ; Sarah = Sedap, nyum nyum..*gigit tangan sarah,hahahahaha

    Reply

    keSatria Reply:

    erh. laen sungguh bunyi ayat kamu tu saudara acai. 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Acai adalah sengal. Sekian, terima kasih. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Hahaha. Mentang2 la saya dah gemuk. Tangan pun dah berisi banyak ni. Sesedap dia je nak gigit. 😆

    Reply

  8. Kak Azura says on :

    Sarah,
    Kambing berborak dengan Kucing menggunakan bahasa manusia? haha…so sweet…kadang-kadang kalau bersembang dengan kucing ni…macam dorang faham je apa yang kita cakap kan?

    Reply

    Sarah Reply:

    Sebenarnyakan Kak Azura, saya bukanlah ngam sangat pun dengan kucing2 ayah saya ni. Tapi hari tu sebab saya dah bosan sangat, layan je la. 😛

    Reply

  9. one says on :

    Sarah shud’ve posted the kambing pic of yours (you?) 😉

    Reply

  10. employment says on :

    It’s in point of fact a nice and helpful piece of info.
    I am happy that you shared this useful information with us.
    Please stay us up to date like this. Thank you for sharing.

    Reply

Leave a Reply