Dato’ Bahaman
Assalamualaikum wbt
Ada sesiapa yang menonton Majalah Tiga malam tadi? Malam tadi memang episod terbaiklah. Bukan pasal Tengku Mahkota Johor tu. Tapi kisah Dato’ Bahaman yang disiarkan. Ya. Itu moyang saya. Dan segala yang diceritakanΒ dalam episod itu adalah benar. Saya ternanti-nanti juga kalau-kalau ada fakta yang kurang benar. Alhamdulillah semuanya benar belaka. Saya hendak menyambung sedikit kisahnya di sini. Mungkin ini kesinabungan yang mungkin tiada siapa pun pernah tahu.
Saya masih ingat Tok saya (Hajjah Halimah Imam Yusof) bercerita kepada saya suatu masa dulu. Sewaktu Orang Tua Peramu yang dipercayai merupakan Dato’ Bahaman yang tinggal di Peramu, Pekan ditemui kembali, semua yang mengenalinya percaya bahawa itulah beliau. Tapi beliau tidak mahu mengakui dirinya adalah Dato’ Bahaman. Tapi kerabatnya, kenalan terdekatnya yang masih hidup tahu bahawa itulah beliau. Ketika Dato’ Bahaman meninggal dunia, seperti yang dilaporkan di dalam Majalah Tiga, tiada siapa pun tahu di manakah beliau dikebumikan.
Tok saya memberitahu, ketika itu, dia dan Tok Abah saya (arwah Kamaruddin Bin Jantan, cucu Dato’ Bahaman) serta beberapa orang lagi saudara telah ke Peramu untuk menuntut jenazah supaya dapat diuruskan dengan sempurna. Tetapi sebaik sampai di sana, orang kampung memberitahu baru sekejap tadi sebuah van datang dan mengambil jenazah orang tua itu untuk diuruskan.
Menurut orang kampung, semua yang datang menaiki van itu memakai jubah hitam. Jubah berkabung istana. Menurut mereka, itu orang istana yang datang mengambilnya. Tetapi persoalannya, mengapa mereka berbuat begitu dan di manakah arwah disemadikan masih belum dapat saya jawab sehingga hari ini.
Sekarang Tok saya sudah kurang ingat akan peristiwa lama. Tok saya menghidap Alzheimer sejak tiga tahun lalu. Dia masih lagi boleh bercerita tentang sejarah lampau tetapi kadang-kala laluan masanya (timeline) berterabur. Kita yang mendengar ni kena pandai-pandai sendirilah untuk menyusun kronologi cerita tersebut.
Bila saya sudah dalam tingkatan 4 dulu, arwah ayah saudara saya, Chik Joe, pernah memberitahu sesuatu tentang rahsia di sebalik kenapa jenazah arwah dilarikan oleh orang istana dan dikebumikan secara rahsia di tempat rahsia. Menurut Chik Joe, hal ini terjadi kerana jika benar itulah Dato’ Bahaman yang sebenar, pihak istana perlu membayar ganti rugi pada jumlah yang besar kepada waris beliau. Ini kerana, beliau sudah tidak lagi menerima bayaran sebagai pembantu Sultan yang menjaga hasil dan tanah di kawasan Sungai Semantan ini walaupun pada ketika itu beliau masih berkhidmat sebagai Orang Kaya Semantan (orang yang menjaga wilayah dan keamanan kawasan Semantan).
Chik Joe pernah mengumpulkan bukti-bukti ini suatu ketika dahulu. Tapi saya kira usahanya terkubur bergitu sahaja kerana Chik Joe meninggal dunia pada usia yang muda dua tahun yang lalu. Namun begitu, beg berisi bahan kajiannya dulu masih ada cuma saya kurang pasti siapa yang menyimpannya kini.
Bagi saya, segalanya masih tersimpan sebagai rahsia. Kenapa pihak istana hendak sangat menyembunyikan hal ini? Bukannya kami hendak menuntut apa-apa. Paling kurang, beritakanlah kepada mana-mana waris beliau yang masih ada (adik beradik arwah Tok Abah saya masih ada yang hidup, Tok Cik Zan di Durian Tawar, Tok Teh di Kuantan, Tok Lang juga di Durian Tawar dan beberapa orang lagi termasuklah dua pupu emak yang diwawancara malam tadi). Harta benda semua ni sedikitpun tidak menjadi isu. Yang menjadi isu, beliau itu tokoh bangsa, negara dan agama. Kalau mati biarlah ada nisannya. Dan biarlah saudara-mara dapat menziarahinya.
Dan kebetulan, dalam bahagian ketiga episod malam tadi di Majalah Tiga, seorang kenalan baik ayah saya diwawancara pula. Uncle Wan. Ini kawan lama zaman persekolahan ayah (pernah saya sebutkan dalam entri Reunion 070707 ini). Petang semalam ayah dimaklumkannya suruh menonton Majalah Tiga malam tadi. Ada dia, katanya. Uncle Wan ini ada signifikannya yang tersendiri untuk saya. Selain Abang Khairil, Uncle Wan lah orangnya yang membuatkan saya semakin berminat dalam bidang fotografi. Mari kita jenguk Flickr-nya. Mantap!
Nota 1: Saya sangat sukakan sejarah. Dulu sayalah yang paling rajin bertanya itu ini kepada Tok tentang perang, Jepun, komunis dan segala cerita yang berlaku di zaman penjajahan.
Nota 2: Dulu saya reti menyanyi lagu Matahari Terbit, lagu Jepun yang dinyanyikan oleh budak sekolah zaman Jepun dahulu. Tok yang ajar. Tapi sekarang sudah lupa. Nantilah akan belajar semula kalau Tok masih ingat.
Nota 3: Kalau arwah Tok Abah pula, dia sangat anti-komunis. Keluarganya ramai yang diseksa komunis dan ayahnya sendiri (Tok Jantan) ditanam hidup-hidup oleh komunis. Dia sendiri juga terpaksa menyorok di dalam sungai, bernafas menggunakan batang keladi yang ditimbulkan di permukaan air, menyorok bawah jeti, perahu dan macam-macam lagi.
Nota 4: Pernah ada yang menghubungi saya secara personal bertanyakan apa hubungan saya dengan Dato’ Bahaman. Jadi inilah jawapannya.
Persoalannya, adakah anak muda zaman sekarang menghargai kemerdekaan yang didapati hasil derita orang lama?
Sambutan kemerdekaan disambut dengan penuhnya kondom-kondom di sekitar taman-taman…
Terlalu merdeka tanpa ‘batasan’ atau terlebih merdeka hingga yakin kita akan terus dapat bebas seperti sekarang..
em, sukakan Sejarah..KS, ada lagi tak cerita-cerita yang tersimpan.hehe, nak tahu juga.Setakat dalam buku, banyak yang ditapis juga.
Reply
Sarah Reply:
July 19th, 2009 at 7:31 pm
Itulah Wana. Apa nak jadi kan. Tapi tak dinafikan, masih ada lagi yang sangat menjiwai erti merdeka. Cerita2 lain ada lagi. Tengoklah kalau rajin dan dapat sahkan cerita2 tu lagi sekali daripada Tok KS dan Tok Cik KS, nanti KS cerita. Cerita2 sejarah ni tak boleh hentam2 je. Salah fakta, berdosa. Huhu.
Reply
king doyle Reply:
October 9th, 2011 at 3:12 pm
Beliau pun moyang kita juga,sebelah anak perempuan isteri pertama dato bahaman ,Siti Hajar namanya adek beradek Dato Mat
Lela , bapa kepada wan Timansam tinggal kat Rantau Panjang Lanchang
Reply
Terlepas. Awat tak habaq. Merugikan.
Reply
Sarah Reply:
July 19th, 2009 at 7:26 pm
Apa yang terlepas?
Reply
YTMZ Reply:
July 19th, 2009 at 9:43 pm
Terlepas itu le, tapi tak ngape, tengok Majalah 3 dari website sajalah.
Reply
Sarah Reply:
July 19th, 2009 at 7:30 pm
Ooo. Majalah tiga tu ke? Kitorang pun kebetulan je tengok. Tu pun sebab tunggu bab yang kawan ayah saya tu. Hehe.
Reply
saye tgk smlm……dah agak, mst sarah akan mengeluarkan posting berkaitan dgn Majalah3 smlm…… π π π
Reply
Sarah Reply:
July 19th, 2009 at 7:33 pm
Oh. Ada yang boleh agak dah ye. Hehe.
Reply
Saya tgk rancangan itu!
Sangat aneh juga, kenapa kubur Dato’ Bahaman disorokkan? Apakah ada rahsia disebalik pengembumian beliau?
Tapi malangnya, tak banyak yang M3 unravel smlm. Jadi tade la best mane.
ps: tengku mahkota johor seronok betul meronda. Seronok plak tgk die meronde seluruh johor.
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 1:35 am
Macam yang saya cerita tu. Mereka rahsiakan sebab tak mahu ada waris datang tuntut harta. Yup. Memang banyak lagi yang tak dikupas malam tu. Dulu ada sekali dulu di M3 jugak, best sikit la dokumentari tu daripada yang kali ni. Tapi tu dah bertahun2 lepas tu.
Reply
Salam Kak Sarah.
Waow, baru tahu yang KS keturunan Dato’ Bahaman. Keturunan ni memainkan peranan besar gak dalam pembentukan peribadi seseorang. Patutla KS ni ada semangat pahlawan π
Saya keturunannya datang dari Indonesia, saya generasi keenam di Temerloh ni.
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 1:39 am
Salam Khairul.
Oh. Kamu ada darah Indonesia ye. Baru ni KS tahu. Tak nampak pun ada unsur2 itu pada kamu. Hehe.
p/s: Kalau balik Temerloh, inform la ye π
Reply
Khairul Reply:
July 21st, 2009 at 2:48 am
Orait nanti saya bitau KS melalui emel. Nombor KS saya dah hilang, biasa la saya ni rajin benor hilang handphone atau simkad. Hehe. Can’t wait to see you π
Reply
salam sarah..
waahhh…sarah pwaris dato bahaman ke ni..mesti mengalir darah pendekar ni..geng ngan mat kilau n tok gajah.xde ilmu2 kebatinan utk pewaris?..leh berguru nie..hehehe..pd zaman tu,diorg jmpe ngan tokku paloh kat tganu utk berlindung dari british.tokku paloh ni salah seorang wali Allah,mengamlkan tareqat naqsyabandiah..dgr cite,ade satu gua kat kota gelanggi yang leh tmbus ke tganu.geng2 moyang sarah ikut gua tu lah..ikut logik akal,memang mustahil..tapi bila fikir2,semua tu tak mustahil sbab smua adlh milikNya..semua sifat2 kat bumi ni Allah yg jadikn..mcm api,sifat dia panas.tapi x mustahil api leh jadi sifat air..sejuk n tenang..smua dariNya..nak tau kene belajar.. tp skang ni bz gile..x tau bile leh bljar.,dunia ku makin pening..hohoho
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 1:41 am
Salam PT.
Darah pendekar tu macam takde sangat je. Saya belajar silat pun separuh jalan je. Tapi adik saya ada la yang reti bersilat. Huhu.
Reply
king doyle Reply:
October 9th, 2011 at 3:34 pm
Pendekar tu x ptg , yang pentingnya darah pejuang itu tetap mengalir dijiwa seluruh anak cucu Datuk Bahaman….pajuang tulin yang x blh dijual beli….
Reply
Salam Sarah.
Menarik fakta ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 1:42 am
Salam Kak.
Didoakan untuk semua pejuang tanah air yang bergerak atas nama bangsa dan agama, semoga mereka dirahmati Allah… π
Reply
Tak tengok lak M3 last saturday.. sebab tengah sebok buat cross stitch sambil layan alex π³ huhu..
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 1:42 am
Hehe. Sebab waktu tu baru lagi bawak balik Alex ke rumah ye
Reply
Salam Sarah,
Apakata Sarah yang sambung kajian Arwah Chik Joe tu?..hehehhee
Saya pun suka sejarah jugak. Dulu masa kat sekolah kurang minat, tapi lepas study untuk SPM terus jadi minat sebabnya saya buat nota ikut kronologi dari tahun 1400 hingga la negara kita merdeka..baru nampak flow yang menarik dan berkait antara satu sama lain..hehehe…
Eh, Sarah pernah baca tak buku bertajuk Lilin Membakar Diri ? Dalam buku tu ada menceritakan berkaitan pemilihan tarikh kemerdekaan negara kita oleh ahli falaq terkenal pada masa tu iaitu Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim ( datuk Tun Abdullah Ahmad Badawi). Menarik jugak la buku ni sebab menceritakan pejuang-pejuang Melayu tulen dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita. π
Owh, lupa. Sarah ada dapat emel saya tak?
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 1:45 am
Salam Hani.
Nak sambung tu kena ada kelapangan yang betul2 dan dapatkan semula beg tu. Saya tak tahu ada pada siapa. Lupa betul. Dulu saya betul2 nak jadi lawyer. Dah nekad dah. Semuanya sebab ni la. Tapi tak jadi. Sebab saya dah berjanji satu hal lain. Heheh. Buku tu saya tak pernah baca lagi. Kalau ada rezeki jumpa, insya Allah saya baca.
Sejujurnya, inbox saya penuh dengan email dari readers tapi saya tak baca2 lagi. Takde masa dan tengah mengalami kemalasan tahap kronik. Huuu. Sorry2.
Reply
salam sarah.
saya harap lepas ni dapatlah pihak istana memaklumkan keadaan yang sebenar. seperti yang sarah katakan, sekurang-kurangnya maklumkan kepada waris. mungkin mereka masih takut jika waris akan menuntut hak-hak mereka.
jika benar pun, itu hak mereka. kenapa pula takut untuk berhadapan dengan realiti dan fakta sebenar?
lagu jepun yang sarah maksudkan tu, lagu selamat tinggal ke? dulu arwah nenek ada gak nyanyikan lagu tu termasuk lagu yang ada dalam filem p.ramlee ketika naik tikar terbang π
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 1:56 am
Salam Faisal.
Saya rasa macam takde peluang je nak dapat berita pasal ni daripada pihak istana. Entahlah. We’ll see.
Lagu tu bukan lagu selamat tinggal. Lagu tu guna untuk perhimpunan waktu pagi. Matahari Terbit tajuknya. Memang lagu Jepun. Aishh. Macam mana saya boleh lupa sungguh ni apa tajuknya dalam Bahasa Jepun. Nanti saya confirmkan semula. Lupa sungguh. π
Reply
Waris Panglima Pahang rupanya Dr Sarah.
Dato’ Bahaman pasti bangga keturunannya menyambung perjuangan membela rakyat walaupun dalam bentuk berbeza.
Buatkan catatan agar generasi akan datang akan terus mengenali Dato’Bahaman melalui fakta.
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 1:59 am
Tak guna juga jadi waris tapi dah jadi Melayu celup kan. Hehe.
Insya Allah saya yakin dah ada banyak catatan tentang arwah yang ada di pasaran. Catatan yang ada di sini sebagai kisah tambahan untuk dikenang je. π
Reply
Minggu ni terlepas Majalah Tiga.. sebab sedang mentransformerkan anak-anak.. tu lah kan.. kita sepatutnya menyemai erti kemerdekaan pada anak2 kita.. ni kasawari semai optimus prime pulak..
Lagu Jepun tu lagu apa ya? memang lagu bahasa jepun ek.. waktu di kilang Jepun selama 12 tahun.. memang ada satu lagu.. tapi tu lagu senaman pagi.. takper lirik.. he he
Reply
Sarah Reply:
July 22nd, 2009 at 2:33 am
Haah kan. Bro bawak anak2 pergi tengok Transformers. Lagu Jepun tu kalau dalam BM nya ialah Matahari Terbit. Tapi yang saya tau tu dalam Jepun. Cuma saya dah terlupa apa bunyinya. Nanti la saya tanya kat Tok saya semula. Lupa sungguh dah. hehe.
Reply
salam sarah. nama akak rohana. tp bleh je panggil kak hana. akak dh lama bc blog sarah tp x penah akak tglkan jejak..segan sebenarnya. ermm membaca entry kali ni buatkan akak teringat dengan arwah pensyarah akak masa di uitm perak. nama beliau En.Bahaman. dan dari apa yang kami tahu dr keluarga arwah semasa pensyarah-pensyarah lain menziarahi rumah beliau (selepas pengkembumiannya-meninggal disebabkan kemalangan semasa dlm perjalanan pulang ke Pahang dengan bakal tunang) En bahaman ni adalah cicit (or piut) kpd Dato Bahaman. mungkinkah sarah kenal dgn arwah?
Reply
Sarah Reply:
July 22nd, 2009 at 2:53 am
Salam Kak Hana.
Terima kasih sebab sudi membaca di sini π
Ye. Saya kenal arwah. Dia ayah saudara saya. Sepupu emak. Ayah kepada Bahaman tu namanya Azizan (saya ada tuliskan dalam entri ni sebagai Tok Cik Zan). Tok Cik Zan dan Tok Abah saya (Kamaruddin) adalah adik beradik. Waktu arwah meninggal, saya dalam tingkatan 3 (tahun 2000 waktu tu kan?). Emak saya datang jemput di sekolah untuk ziarah keluarga arwah. Tak sangka akak bekas anak murid dia ye.
Reply
salam kembali sarah. π
yup. arwah meninggal pada tahun 2000. kak hana masa tu dalam tahun ke 2 sem 1 di uitm. semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah. dan semoga ukhwah ini berpanjangan.
Reply
salam..
agak tertarik dengan artikel saudari, mungkin itu adalah sumber inspirasi saudari dalam hidup. Orang akan berbangga dengan keturunan yang boleh dikatakan gah! tapi berlainan dengan saya, yang mana dari cerita emak saya bahawa keturunan kami adalah dari panglima Malim Deman serta ada darah pertalian dengan keluarga Tun Abdul Razak. tetapi yang memalukan saya bila PM kita sekarang ini iaitu anak pada PM ke-2 mempunyai latar belakang politik yang agak mengaibkan!!. lantaran itu saya tidak bangga bila itu adalah keturunan yang tak boleh disangkal kerana sejarah telah pun tertulis..bencinya pada keturunan yang suka berpolitik π π π
Reply
salam ukhwah kak sarah. Nama saya veronica.Saya sebenarnya sedang mencari waris atau keturunan dato bahaman. Tidak sangka kak sarah merupakan salah satu daripada waris yang saya temui di dalam laman web in.Justeru, saya memohon jasa baik kak sarah untuk menemuramah kak sarah bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah dato bahaman. Disamping itu, saya ingin mendapatkan nombor telefon kak sarah bagi memudahkan saya menghubungi kak.
Reply
Saya berharap kak sarah dapat meluangkan masa bersama saya untuk di temuramah dengan lebih lanjut lagi. Harapan saya moga kak sarah sudi membalas mesej dan memberi jawapan yang positif… π
Reply
assalamualaikum Sarah.
Salam Ramadhan dan salam merdeka.
terharu akak baca entry ini.Alfatihah untuk Allahyarham Dato’ Bahaman.
Reply
salam sarah,abg angkat i juga keturunan dato bahaman.(org nogori 9..pepehal bule contact saya..untuk keterangan lanjut 0133680774
Reply
Sarah apa yg u ceritakan itu i pun ada dengar…btollah tuu..
Reply
salam, sy tertarik dgn artikel sarah. klau bleh sy ingin mengenali sarah dgn lebih lanjut lg ini kerana sy mendapat cerita dr arwah tok cik saya yang kami juga dari keturunan dato bahaman yang menetap d selangor bersama dgn isteri dato bahaman yang bernama arwah tok cik siam
Reply
SALAM…… SEMUGA CUCU ,CICIT DATO’ BAHAMAN AKAN BERSATU KEMBALI DEMI MEMERTABATKAN PERJUANGAN ALLAHYARHAM DATO’ BAHAMAN YANG DIANGGAP PENGKHIANAT OLEH PENJAJAH SERTA TALIBARUT BRITISH………..SELAMAT BERJUANG…..
Reply
π Aslkm wrtbh Sarah, kami dari bl0gsp0t “Kemega” mem0h0n Puan mencari kembali saudara-mara yang merahsiakan demi r0hsia 2012 ini; Kami sedang menunggu ‘signal’ terakhir tahun ini dari M0yang Puan berkenaan ‘trajedi’ darah sebelum PRU13 ini lalu diikuti banjir terbesar dlm sejarah Tanah Melayu ini selepas 13mei 1969 dan pula pergi nya Pendeta Mat Kilau setelah mengisytiharkan diri nya pd 1969 juga. Kami adalah sebahagian penjuritan Dat0′ Bahaman sejak thn 1984 lagi di bawah T0k Yim di kuala lumpur bakal terlumpur lagi… Salam313.99.33.13.9 S0lawat & Takbir
Reply
Beberapa tokoh pahlawan Melayu Pahang perlu ditulis biografi dan sejarahnya tetapi sarjana pahang tidak menulis sejarah Pahang, sehingga saya menulis sejarah Pahang sebanyak seperti 1.Sejarah Lembah Bama Sebagai Pusat Perdagangan Asia Tengara yang Terawal, diterbitkan tahun 2009 2.Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua diNusantara yang ditulis oleh Orang Lembah bama,Kuala Lipis,Pahang, diterbitkan 2011 3.Memoir Seorang PTD dan Kisah Semasa kecil diPahang ,diterbitkan tahun 2011.4.Rona-Rona Pengembaraan ,Peristiwa dan Pembangunan Pahang tahun 1889-1952, diterbitan 2012.
Saya menulis ini kerana minat sejarah sedangkan bidang saya ialah Ph.D dalam ICT.Justeru anda perlulah menulis sejarah walau bagaimana dihalang oleh banyak faktor. Mengenai penjajahan British amatlah mencengkam Pahang , dizaman British dari buku saya yang terbahru saya menemukan bahawa Brirish mengerahkan orang Lipis membina balai Polis, Kuala Medang hanya dengan kos 25 sen( dua puluh lima sen) lainnya mengerah rakyat. Begitu jugalah semangat kemerdekaan malaysia digerak oleh mula-mula sekali oleh Pertubuhan Melayu Kuala Lipis pada tahun 1937 bukannya UMNO atau lain pertubuhan.Begitu juga darurat zaman british mengorban ramai orang Melayu,Cina dan India lebih banyak dari dibunuh oleh Jepun.Kita kata Jepun kejam tapi British lagi kejam ini saya buktikan dizaman Hugh Clifford lagi, kalau kita meminati sejarah kita akan dapat membongkar fakta yang selama ini diselindungikan.Sila baca Rona-Rona Pahang 1889-1952.
Reply
rupenya aku ada sedara kat sini… ade bau2 bacang ni. salam perkenalan. aku masih mencari bukti dimana arwah nenek aku sebelah bapa pernah mengatakan Dato Bahaman ada pertalian darah antara kami. Cuma mencari salah-silah keturunan sahaja. Dan kalau terbukti nyata sudah tentu aku merasa teramat bangga. Orang kata sedikit sebanyak ilmu orang-orang baik akan sampai pada keturunanya..
Reply
Assallamualaikum
Saya juga diberitahu olih ibu & bapa saya yg saya ada kaitan moyang dgn Dato Bahaman orang kaya semantan dan masih meronra ronta sampai kini cuba mencari kaitan dan hubungan. Katanya atuk (Tok Ki) saya berasal dari Chenor,Temerloh-dia seorang guru silat yg telan menjelajah ka Thailand sekertike dan terlibat dgn pemberontakan orang islam diselatan siam. Berapa ramaikah Dato’ Bahaman beristeri yang saudari tahu. Saya tidak sempat mendapat makluman yg mendalam. Saya hanya cuba mencari salsilah ketrunan sahaja. Dengan hormat. Terima kasih.
Reply
Faizal Reply:
June 18th, 2014 at 1:34 pm
Assalamualaikum…
Boleh saya dapatkan no.tel Hj Ramli.Saya faizal daripada Maran.
Reply
eloklah sangat coretan pihak tuan … saya sendiri tertanya-tanya kenapa ayah saya menolak anugerah tanah dari Sultan … bukanla makan sendiri tapi itu hak keturunan ……….. tapi sekarang saya faham …….. sekiranya empunya hak menolak …. apalah kita cucu cicitnya ……….. biarlah kita tanam dalam diri ….. Selagi nyawa dikandung badan …….. Sembah kita tetap pada Sultan ……. jadikan pesanan buat generasi demi generasi ……
Reply
π Suami sy keturunan dato bahaman yg ke enam…lau tgk wajahnye ad imbas datuk bahaman
Reply
Awal bln enam km ad d jmput ke kenduri kwen ank kpd en.Ahmad Basir dr taman Muhibbah Benus,bentong, adakah ck sarah kenal en.ahmad… π
Reply
owh.. sy keturunan dato bahaman .. ramai plak yg mention keturunan yg ke enam.. hmmm mcm jauh plak sy ni yg ke tujuh.. hahah .. bapak sy slalu citer tp xbyk.. arwah tok sy pon byk citer juga.. tp memandangkan suara arwah tok sy xbrape jelas n nak jaga hati dia kami meng iya kan je.. har har har.. arwah tok sy dulu polis hutan n slalu citer pasal askar2 kominis n askar2 dulu.. arwah tok sy meninggal mase usia 120 tahun.. dia pon ramai orng cari tp arwah atok sy menidakkan sebb nak jaga hal kekeluargaan n xsuka publisisti kot.. har har.. btw seronok membaca disini
Reply
apit.jb Reply:
December 29th, 2013 at 10:18 pm
pahlawan pahang menyimpan rahsia sejarah kekayaan dan kesultanan pahang asal.
Reply
Assalammualaikum,
Kepada semua pewaris Dato Bahaman terutamanya Cik Sarah, salam perkenalan. Namaku Abdul Kahar b. Ali Hudin, Ayahku bernama Alihudin Bakar dan Ibuku Siti Hajar b. Abdul Rashid. Saya menetap di Pulau Pinang sejak dilahirkan oleh ibuku di Seberang Perai Pulau Pinang. Aku telah diberikan kepada keluarga angkat sejak dilahirkan seminggu selepas bersalin disebabkan ibubapa saya bertengkar ketika waktu itu. Asal usul bapa ku berasal dari Pahang dan mempunyai keluarga disana dan berada di beberapa negeri dalam semenanjung. Ibuku pula berasal dari Pulau Pinang menjadi isteri kedua kepada ayahku dan diriku adalah anak pertama dan mempunyai adik sedarah Quzarina Azreen b. Alihudin & Quzarina Syazarien b. Alihudin dan 3 adik tiri. Saya telah bertemu dengan ibuku waktu umur saya 12tahun dan bertemu ayah saya ketika umur 20tahun. Dapat juga saya temui adik kepada ayah saya dan dapat mengenal kakak ayah saya melalui facebook bernama Rohani b. Bakar. Insya Allah mungkin tahun ini ada kesempatan untuk berjumpa dengan makngah saya Rohani b. Bakar jika diizinkan oleh Allah SWT bolehlah bertanya keluarga saya yang lain yang berada di Pahang. Duluj ketika saya berjumpa dengan adik kepada ayah saya dia banyak menceritakan tentang sejarah keluarga. Dari ceritanya moyang saya mat kilau dari sebelah ayahku, rasanya tok saya hanya menantu kepada moyang saya dan pertalian darah dari nenek ku. Tetapi saya ada berjumpa dengan kawan saya menceritakan memalui kaedah ilmu orang-orang melayu, saya memang berasal dari keturunan pahlawan Pahang (cuma ringkas sahaja maklumat). Lepas beberapa tahun saya telah pergi ke parit buntar dengan seorang lagi kawan saya untuk berubat kampung dengan pakciknya untuk berubat untuk dirinya (membaca beberapa doa dan ayat Al Quran). Selepas berubat saya bertanya kepada pakcik beliau, boleh tak pakcik buka sejarah diri saya dari mata hijab. Dia pun membaca tentang diri saya. Keturunan hang ni asal dari Pahang. Banyak keturunan hang ni banyak bermula dengan nama Wan. kuat pertalian darah dari Dato Bahaman. Panglima yang ada kt hang ni turun kt hang sebab hang adalah waris yang kuat kepada Dato Bahaman. Dia bertanya kat saya “hang rasa tak di hang ni minat terhadap persilatan ? ” saya kata ya. Apa persilatan yang hang belajar mesti hidup. kata beliau lagi, anugerah ni tak turun kt keluarga yang lain, cuma turun kt hang saja. bawa diri elok-elok, jangan takbur dan bongkak. kawal kemarahan takut nanti tak terkawal. Apa yang diberi hanyalah dari keizinan Allah SWT.
apa yang dapat tu anugerah dari Allah SWT. Beberapa hari kemudian baru saya teringat cerita dari adik perempuan ayah saya, bagaimana dia berada di rumah Dato Bahaman. Dia disuruh ambil air dari telaga menggunakan bekas rotan yang bocor. Masa ambik tu ada la air, tapi sampai ja rumah dah takda air. 2 tiga kali ambik air sama ja, samapai-sampai ja air dah abis. lepas tu cerita kt dato bahaman, dia pun tersenyum. lepas tu dia pi ambik sendiri air menggunakan bekas rotan yang bocor. Masya Allah macammana tuk ambik air dengan bekas ronton ni,.. tak bocor la pulak… pening mackcik aku ni dok fikir.
tu saja boleh saya kongsi kan buat setakat ni, Insya Allah kalau diizinkan saya ingin berjumpa dengan adik beradik saya yang lain. Ni no tel saya …….. 0164781492
sekian, wasalam.
Reply
Mohd Redhuan Firdaus Reply:
July 30th, 2014 at 8:04 am
Asalam Semua..
saya juga sedang mencari salah silah keluarga saya..
yang merupakan cicit kepada Dato Bahaman
Aruah atuk saya seorang pahlawan Istana dari Pahang. Di sebabkan tidak bersetuju dgn fahaman british pada ketika dulu.. dia keluar istana dan datang ke Pasir besar Negeri sembilan. Dia telah meminta kebenaran ketua2 adat disini untum membuka kpg. Jadi mereka setuju. Byk jugak kmpg yg dia buka termasuk la kampung kami ini di gelar kpg Londah. Pak Ngah sy pernah mendapat gelaran Ketua Semantan dimana gelaran keturunan orang kaya semantan.
Klu nk cerita memang x abis
minta hubungi saya.. Insyaallah kita blh 1 kan seluruh keluarga Dato Bahaman ini.
0193904006
Gemas, N9
Reply
Hafiz Reply:
July 17th, 2017 at 10:41 pm
Saya keturunan dari dato bahaman keluarga kami di Perak..moyang saya name die Mohd Taib
Reply
Asalam Sarah..
minta hubungi saya boleh..
Keluarga saya jugak mempunyai kaitan dgn Dato Bahaman.
email sy di redmasters2000@yahoo.com.
Reply
Ayah saya Abdullah Hani bin Yahaya bin Jantan bin Bahaman.
Dulu menetap di Durian Tawar kini di Kuantan.
Reply