Pasar Kristal Di Vladimir

Assalamualaikum wbt

Semalam seharian saya memerap di rumah. Atau lebih tepatnya, memerap di dalam bilik. Sudahlah bangun tidur lambat. Lebih kurang pukul 10 pagi, baru hendak mula mengemas katil. Sarapan ala kadar dan baru bersemangat hendak mula mengemas rumah. Bahagian saya dalam bilik ini sudah kemas dan lapang. Amat terasa kekosongan yang ada ini.

Disebabkan hanya memerap di dalam bilik saja, hanya dua orang saja yang saya jumpa sepanjang hari semalam. Seorang di awal pagi. Dan seorang lagi di tengah malam. Agaknya kalau saya mati dalam bilik ni, tiada siapa yang akan sedar kot. Huhu.

Pada 1 Julai yang lalu, saya dan Baiz mengikuti rombongan ke kilang kristal yang dianjurkan oleh rakan-rakan RSMU. Al yang uruskan sebenarnya. Jadilah Rombongan Cik Al Ke Kilang Kristal. Kami bertolak pada pukul 3 pagi dari hostel saya menuju ke hostel RSMU. Saya terlepas untuk mengikuti rombongan pada pertengahan April lalu kerana terikat dengan latihan pingpong. Jadi saya dan Baiz tidak melepaskan peluang kali ini. Saya pernah ke sana di tahun empat dulu tapi tidak membeli banyak pada waktu itu. Tapi kali ini, errrr, memang banyaklah yang saya beli. Terpaksa beli beg besar yang baru di sana untuk mengisi barang-barang saya. Hahaha. 😆

DSC_0880

DSC_0883

DSC_0884

DSC_0939

Bandar ini namanya Vladimir. Pekan kecil saja. Tapi di sinilah tempat penghasilkan kristal Rusia yang terbesar. Sekarang bandar ini ibaratnya sebuah bandar mati. Bangunan tinggal ada di mana-mana saja. Kalau tiadanya kilang kristal beroperasi di bandar ini, saya kira, bandar ini memang tiada fungsinya lagi. Sebenarnya tempat yang kami pergi bukanlah kilangnya. Tapi sebuah pasar terbuka yang menjual barangan kristal Rusia dengan harga yang boleh ditawar. Pasar ini dibuka dari jam 8 pagi sehingga 1 tengahari saja. Jadi, pembeli-pembeli dan pemborong-pemborong akan memenuhi pasar ini seawal yang mungkin.

DSC_0894

DSC_0901

DSC_0906

Lazimnya, selesai di pasar, kami akan ke galeri rasmi Russian Crystal (Goose Crystal) yang terletak berhampiran dengan kawasan itu pula. Rombongan kali ini pun kami ke sana juga. Tapi di sana saya tidak membeli apa-apa dah. Dah banyak berhabis di bahagian pasar tadi. Jadi, kali ini hanya melihat-lihat sajalah. Juga berborak dengan emak ayah kawan-kawan yang turut serta dalam rombongan tersebut. Kebetulan, di hadapan galeri tersebut ada sebuah tugu peringatan. Saya dan Baiz ke tugu itu untuk melihat apa yang ditulisnya. Rupa-rupanya, penduduk bandar kecil itu ramai yang terkorban dalam peristiwa letupan di Chernobyl, Ukrain dulu. Ada yang kerana bekerja di sana. Dan ada juga kerana mendapat radiasi selepas menabur bakti dalam pasukan bomba Rusia yang dihantar ke sana. Kalau tidak kerana hendak meninjau-ninjau tugu itu, sampai sekarang pun saya tidak tahu akan hal ini.

DSC_0945

DSC_0952

DSC_0971

Dalam perjalanan balik ke Moscow, saya tidak boleh lelap langsung. Saya teruja menikmati permandangan kampung yang cantik. Jadi saya kongsikan gambar-gambar rumah kampung yang kecil-kecil dan comel-comel ini. Tapi gambar kurang baiklah. Tangkap dari atas bas saja. Setiap kali nampak rumah-rumah ni, saya terasa macam berada dalam cerita Hensel and Gretel je. Hehe. Sebaik sampai ke Moscow semula pada pukul 7 petang, saya berehat sekejap dan kemudian keluar semula. Ke mana destinasinya? Tunggu entri seterusnya! —> Pergh budak ni. Tak tahu penat ke??? 🙄

DSC_1007

DSC_1008

DSC_1009

DSC_1010

Nota 1: Gambar kristal-kristal tu khas untuk pembaca wanita. Ada yang rambang mata tak? Heheh. :mrgreen:

Nota 2: Gambar rumah di kawasan kampung tu pula untuk pembaca lelaki. Ada terasa nak merentas desa kawasan macam tu tak? Heheh. 😎

32 Responses to “Pasar Kristal Di Vladimir”

  1. Haida says on :

    Sarah,jangan lupa hadiah kawen dari Russia!ngeh3… 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Aduh. Duit takdak! Hahahha. :mrgreen:

    Reply

  2. NoktahHitam says on :

    Cantik nye gambar summer!

    Dulu sy pernah pasang hajat nak namekan anak Vladimir atau Dmitri 😀

    Rumah-rumah kat sane, sebijik macam rumah dekat area Kansas 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks!

    Kalau anak letak nama Vladimir, nanti family akan panggil Vadia. Kalau letak nama Dmitri, nanti family akan panggil Dima. Dan kedua2 nama ni la yang paling saya tak berapa suka untuk lelaki. Hahah. :mrgreen:

    Reply

    NoktahHitam Reply:

    What would people think of Alexander or Abraham? Jew name or Hebrew? I would definitely consider those names for my kids (provided in my wife agrees la).

    Reply

    Sarah Reply:

    Abraham sounds good. Yes. They both are originally derived from Hebrew.

    Reply

    NoktahHitam Reply:

    Educated scholars (like you and me) would know the difference, orang kampung? Abraham Edwin? Mualaf mane plak ni? Muke jawe. Hahaha.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tehehehe :mrgreen:
    Silap hari bulan, kena tuduh guna nama orang kafir la pulak. 😆

    Reply

  3. Sis Ilham says on :

    Cantiknya crystal !!

    Saya suka lihat gambar-gambar yg ditempek di sini, semuanya cantik-cantik =D

    Rumah-rumah tu sgt comel, rasanya bukan pembaca lelaki saja yg suka…pembaca perempuan pun suka bangat! 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Comel kan rumah2 tu kan. Tu sebab saya snap jugak walaupun bas tengah bergerak waktu tu. Janji ada kenangan. Hehe.

    Reply

  4. hilman says on :

    Saya suke tgk pict Dr Sarah dgn penduduk tempatan tu…..yg ada “bus 663″…….

    ni yg buat sye teringat nak balik kg…..

    pict 2nd last tu menarik rumah nye………bingkai tingkap tu yg menyerikannye…. 😉 😉 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Ooo. Gambar tu. Waktu tu pakcik tu datang dekat saya dengan kawan saya dan dia bercerita tentang bandar tu kat saya. Layankan aje la. Pakcik tu duduk sorang2 je dah. Dia dah takde family dah.

    Saya pun suka rumah yang tu jugak. Sangat comel! :mrgreen:

    Reply

  5. Brian Kinney says on :

    Bestnye country side macam tu 🙂
    Aman damai je.
    Terhindar dari pollution 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah Faisal! Nama bukan main cool lagi ye 😎
    Tu la. Country side kat sini sangat tenang dan bersih. Udara pun sangat segar. 😉

    Reply

  6. MIMI ZUZU says on :

    byk nya kristal..kalau mak aku mesti sangat suka

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu sebab ramai mak mak yang ikut pergi trip tu hari tu. 😆

    Reply

  7. Kak Cinta says on :

    Salam…
    i’m not a big fan of crystal, tp di akui mmg cantik2 ..klu pegi sana mau terbeli 1,2 jg..tp kan dalam banyak2 gambar yg sarah pernah letak di sini…akak paling berkenaan beg sandang sarah…lawa…beli kat mana? kat malaysia ke kat sana? hehehe…

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya pun bukan a big fan of crystal. Tapi untuk bawak balik a few more je lagi untuk jadikan kenangan kat rumah. Kat Malaysia, harga Russian Crystal beribu raban. Jadi, baik grab kat sini sebab sangat murah. Hehe.

    Oh! Akak ni nampak sampai ke beg saya pulak ye. Hihi. Beg tu beli kat sini. Hehe. Saya memang suka pakai beg galas tepi yang besar macam tu. Preferably warna dark brown. Boleh sumbat segala macam mak nenek dalam tu. Heheh. 😎

    Reply

    Kak Cinta Reply:

    Sarah,
    Akak pun suka beg galas mcm tuh, besar mcm tuh, and colour dark brown…klu nmpak color yg macam tuh mmg hati bagai ditarik2…betul tu mcm2 bole muat…buah hati agaka2 muat tak?hahaha..merapu jap..best dan senang..betul tak?

    Reply

    Sarah Reply:

    Sama rupanya taste kita yek 😉

    Reply

  8. haritz says on :

    Di Malaysia pun ader banyak yang mereka claimed buatan Russia, check punya check buatan Pakistan rupanya. Hampeh! :-j

    Reply

    Sarah Reply:

    Di Malaysia, kalau jumpa Russian Crystal yang ori, harganya beribu ribu ringgit. Gigit jari jela tengok. Huhu.

    Reply

  9. axim says on :

    saya jua peminat kristal walaupun saya lelaki..
    alangkah cantiknya kristal jernih di letak dalam showcase kaca
    sejuk mata memandang..
    😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Sangat betul tu Axim! Display dalam showcase kaca. Memang marvelous!
    Orang datang tengok pun rasa teruja. Hehe. :mrgreen:

    Reply

  10. Yeop8883 says on :

    salam..

    macam best jer kg. tur… :mrgreen:

    Reply

    Yeop8883 Reply:

    teruja gak tgk kristal tur..!!! cantik2.!! :mrgreen: 😛

    Reply

    Yeop8883 Reply:

    Pakcik tur tanyer apa ya kat sarah?????

    Reply

    Sarah Reply:

    Dia cerita pasal bandar tu kat saya. Hehe.

    Reply

  11. Brian Kinney says on :

    Eh Sarah pakai camera apa ye?
    DSLR?

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya guna Nikon D60 je. Hehe.

    Reply

    Brian Kinney Reply:

    Oh ok. Kualiti bagus 🙂

    Reply

  12. Saffa says on :

    Kalau Mak Saffa pergi sana.. Rasanya bertambah la almari perhiasan kat rumah! =)

    Reply

Leave a Reply