Majlis Konvokesyen

Assalamualaikum wbt

Kali ini cerita tentang Majlis Konvokesyen pada 26 Jun yang lalu pula. Setakat yang dapat saya lihat di Malaysia, konvokesyen adalah majlis yang disambut penuh protokol, formaliti yang ketat, diraikan secara besar-besaran beserta pesta konvo yang berlangsung hampir seminggu di sesebuah pusat pengajian tinggi itu dan hampir seluruh ahli keluarga turut menghadirinya. Ini pada pengamatan saya. Mungkin ada yang lain daripada ini, kan. ๐Ÿ˜‰

Bagi saya, Hari Graduasi saya di sini sederhana saja. Majlis konvokesyen dijalankan di Academy of Russian Scientist and Medical Science di Leninsky Prospekt (Leninsky Avanue). Sebetulnya, beberapa hari sebelum tibanya majlis tersebut, ibu bapa pelajar-pelajar yang akan bergraduasi sudah mula tiba. Tapi bagi kami kelompok pelajar yang tidak mempunyai tetamu, bahang untuk bergraduasi sedikitpun tidak dirasai. Sungguh ni. Kalau orang lain teruja hendak memakai baju baru, kasut baru, serba-serbi baru sempena konkesyen itu, saya sedikitpun tidak rasakan semua itu. Sehinggalah sehari sebelum majlis, kami yang tidak mempunyai tetamu ini keluar minum kopi bersama-sama di Costa Coffee di Stary Arbat. Waktu itu semuanya mula merasakan sedikit sepi. Huhu. Orang kata ala-ala loser gitu. Tapi apa nak dikisahkan. Kami duduk berborak di situ sehingga sebelum Maghrib. Bila balik ke hostel, barulah saya hendak menggosok bajulah, mencuba jubah konvolah, berlatih berjalan memakai kasut tumit tinggi itulah. Huhu.

Dan kami bertukar-tukar bunga sesama kami saja. Uhuu. Yang ini sedih sedikitlah. Auyun bagi Faiz. Faiz bagi Auyun. Nazlin bagi saya. Saya bagi Nazlin. Begitu juga yang lain. Glid, Krin, Baiz, Lutfi dan Faisal. Bunga tukar sesama sendiri saja. Orang lain semuanya ada yang beri. Huhu. Ok sudah, sudah. Cerita-cerita macam ni sepatutnya simpan dalam almari saja. Kurang ceria untuk diceritakan. Hehe.

Sebenarnya, saya tidak banyak gambar pada hari itu. Iyalah. Mana nak menang tangan. Dengan nak jaga barang, nak pegang ijazah, bunga dan poster lagi. Kamera tidak terusik sangat. Kalau adapun, banyak ambilkan gambar kawan-kawan. Tapi gambar sendiri tidak ada. Sedih. Sedih. Huhu. Nasib baik ada Facebook. Ada kawan-kawan yang ambil gambar dan ada terselit saya sekali, terus saya tag untuk dibuat koleksi. Haha. Bagi yang ada keluarga datang bersama, ada jugalah yang membantu kan. :p

Alamak. Entri saya ni macam bunyi orang mengeluh. Apa-apalah kan. Yang penting sudah habis belajar. Ya. Saya sudah habis belajar! Eh, terlupa pula. Di penghujung majlis, Encik Anggur sampai juga ke majlis tersebut. Mana gambar Encik Anggur? Ehem ehem. Private and confidential. Hahaha. Dan saya yakin, kalau Pena, Wanie dan Fatt membaca entri ni, mereka bertiga akan sangat teruja hendak tahu cerita penuh. Pena, Wanie dan Fatt, KS rindu sangat sesi kongsi-kongsi cerita dengan kamu semua!

dsc_0022

Dr. Thines dan Dr. Faisal

dsc_0034

Dr. Hafizy, Dr. Hakimi dan Dr. Farah

dsc_0020

Dr. Farah, Dr. Sarah dan Dr. Thines

dsc_0023

Dr. Davina dan Dr. Hafizy

dsc_0099

Dr. Siti Sarah Mohd Shukor

dsc_0111

Dr. Hafizy, Dr. Wendy, Dr. Faisal dan Dr. Sarah

dsc_0125

Dr. Wendy, Dr. Faisal, Dr. Davina, Dr. Hui Shin dan Dr. Sarah

dsc_0128

Dr. Rajadurai, Dr. Sarah dan Dr. Siva. Siva ni kawan saya dari India yang terbaik sekali. ๐Ÿ˜‰

dsc_0145

Kami!

pur

Inilah antara muka-muka yang tiada tetamu bertandang pada hari itu. Saya bersama Dr. Faizi (Glid) dan Dr. Lutfi yang kebetulan berbaju tona yang sama. Ketika itu kami semua di Restoran Sushi. Semua yang tiada emak ayah berkumpul makan tengahari di situ. Loser amat bunyinya, kan? Hahaha. :mrgreen:

Nota 1: Ini sajalah gambar yang ada. Lain-lain hanya kutip dari kamera orang lain sajalah.

Nota 2: Saya sudah mula merindui semua groupmates saya. Juga student life yang telah menjadi rutin saya selama ini. Rindunya nak sibuk membaca buku dan studi di waktu malam. Huuuuu~

36 Responses to “Majlis Konvokesyen”

  1. kak Tikah says on :

    Dear Sarah…
    Hidup dan rutin sebagai pelajar, itulah yang paling kita rindukan bila dah tamat belajar.. nanti dah sibuk bekerja, lagi terasa indahnya bergelar pelajar..

    Selamat pulang ke tanah air. Sempatla pergi walimah kak Haida Salleh 25 Julai nanti .. ๐Ÿ˜›

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Tikah pun dah balik ke UIA kan? Tinggi sungguh Kak Tikah belajar. Saya respect sungguh la ๐Ÿ™‚

    Insya Allah memang sempat ke kenduri Kak Haida. Sorang lagi dah nak kawin yek. EFFA ni bila la pulak. :mrgreen:

    Reply

    Haida Reply:

    haih..namaku jadi bahan bualan…haha…sila2 ke Jalan Bahagia…jgn segan2… ๐Ÿ™‚

    Reply

    kaklong Reply:

    Hah heda!! Nyebok je kat sini. Memane pon aok ade!! Nyampah btol!!

    Reply

    Haida Reply:

    aok jgn menyampah…nanti aok rindu…lalalala…. ๐Ÿ˜ˆ

    Reply

  2. inah says on :

    salam sarah :mrgreen:

    amboi2..dah grad dia .. seronoknyaaaaaa :mrgreen:

    well done and lepas ni buley rilek2 dulu sblm sambung keje..keep in touch ok dearie :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Inah ๐Ÿ™‚

    Alhamdulillah. Tapi ni baru the beginning of the real life. Macam mana la waktu kerja nanti. Hehe.

    Reply

  3. akmar says on :

    wah! beshnyer..! tahniah2 dr sarah! wish you all the best~ ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks Akmar. Your turn will come soon ๐Ÿ™‚

    Reply

  4. Saffa says on :

    Dr. Sarah! I can feel you =(
    Bila da kerja nanti mesti lagi rindu saat2 belajar nih! Jadi Saffa kena belajar bersyukur lah ni sebab saffa tengah belajar lagi kan. =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Haa. Betul tu Saffa. Kena bersyukur sebab Saffa belajar lagi. :mrgreen:

    p/s: Nanti KS email pasal hal hari tu k.

    Reply

  5. pencacai tua says on :

    tahniah dr sarah…pasni jadi dr kat hospital mane?lehla jadi pesakit kat sane..wakkaka..balik malaysia,rhat ckup2..nanti masuk alam keje dah sibuk dah..

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks PT. Kerja hospital mana tak tau lagilah. Interview pun tak pergi lagi ni. Hehe.

    Reply

  6. hadoken says on :

    salam KS

    Congrats dah grad! semoga jadi doktor yg best! sian xde tetamu….

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Raimi.

    Thanks! Eheh. Ada Encik Anggur jadi tetamu pun cukup dah. ๐Ÿ˜›
    Kamu di Brussels ye sekarang?

    Reply

    hadoken Reply:

    aah, tu ari di brussels, skrg kat moscow, br pulang ptg tadi..

    bila balik?

    Reply

  7. chi am says on :

    sebab famili kita jauh, kan Sarah.. dulu konvo di sini, yang meneman saya adalah dua tiga orang kawan lelaki. kawan-kawan tempat berkongsi ๐Ÿ˜•

    Reply

    Sarah Reply:

    Kawan-kawan pun dah cukup untuk buat kita rasa gembira kan Am ๐Ÿ™‚

    Reply

  8. adam says on :

    Tahniah Dr. Sarah…
    semoga terus berjaya dunia dan akhirat…

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Adam/Muaz.

    Nanti turn kamu akan tiba pulak ๐Ÿ™‚

    Reply

    muaz Reply:

    insyaAllah…doa2kan ๐Ÿ™‚

    Reply

  9. syuhada says on :

    tahniah untuk dr sarah..

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Syuhada ๐Ÿ™‚

    Reply

  10. hilman says on :

    tahniah….

    mmmmm….mmg simple je konvo sane erk……ptut pun my “boss” ckp dieorg xkonvo pun………

    mmg sedih la konvo xde org dtg….. ๐Ÿ˜ฎ ๐Ÿ˜ฎ degree dlu pun xde org dtg… ๐Ÿ˜ฎ ๐Ÿ˜ฎ utk elak sedih,xnak konvo…..

    nmpk nye bertambah seorg lg pengomen@pengkritik tetap….. ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Hilman.

    Siapa ‘boss’ tu? Saya kurang faham sikit dengan istilah tu. Hehe.

    Reply

    hilman Reply:

    ‘boss’ = my supervisor @ my lecturer…. ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€

    Reply

  11. Kak Cinta says on :

    Salam,
    Apa khabar? mesti sibuk bebenor yer? mesti saat nie sarah sudah mula rindu semuanya yang ada di russia kan?(walaupun masih di sana lagi). Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan :). Adat merantau, sampai masa kembali ke tempat asal jua :). Tahniah sekali lagi yer dik :), hadapi semuanya dengan senyuman yang pahit jadikan sempadan…btw, sarah manis sekali dlam busana berwarna ungu ๐Ÿ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Cinta.

    Alhamdulillah saya sihat aje kat sini. Sekarang dah kurang busy sebab dah takde tetamu kat sini dan barang2 pun dah hantar balik dah. Terima kasih ye kak atas ucapannya. Errr. Baju ungu tu dah pakai banyak kali dah. Dah tak special dah pun. Hehe. ๐Ÿ˜€

    Reply

  12. ain_j says on :

    Sekalung tahniah wat Kak Sarah! Lama betul xjenguk blog akak, tetiba dah konvo.. ๐Ÿ™‚ lepas ni kerja pulak. selamat berehat sementara! saya even tengah praktikal, dah rindu zaman belajar..huu

    Reply

  13. me says on :

    .. alahai .. kenapa tak ambik gambar byk2. nanti rindu nak balik sana semula

    Reply

  14. asyraf...... says on :

    salam kak sarah……
    first of all….congratulation!!!!after 6 hectic years you finally manage to finish your study…..huuhuhuh ๐Ÿ™‚
    ะ’ั‹ ัƒะถะต ะทะธะฐะตั‚ะต ะผะตะฝั ะธะปะธ ะฝะตั‚??????
    ะะธั‡ะธะฒะพโ€ฆโ€ฆ ๐Ÿ˜Ž
    hope after this u wil be continue to serve for the nation plak…..hahahaha!!! ๐Ÿ™‚
    SELAMAT MENJENGAH KE ALAM PEKERJAAN………. ๐Ÿ˜›

    Reply

  15. Nad says on :

    KS, takde baju baru pun, pakai baju warna favret ๐Ÿ˜‰

    Selamat melangkah ke dunia baru!

    Reply

  16. MIMI ZUZU says on :

    tahniah!

    Reply

  17. Brian Kinney says on :

    Congrats Sarah.

    Semoga dapat berbakti pada negara dengan jayanya ๐Ÿ™‚

    Reply

  18. n says on :

    salam,
    tahniah.
    bila baca tis bit it reminded me of my self 12 years ago. dahlah result kena tahan sebab lewat bayar(crisis economy then), i was reluctant to attend. but friend and sis said they want to see the pic so i just prep a day earlier. takde baju baru suma baju lama..nothing fancy…

    aaah well …

    Reply

  19. packers and movers in delhi ncr says on :

    I absolutely love your blog and find a lot of your post’s to be precisely what I’m looking for.
    Does one offer guest writers to write content for yourself?
    I wouldn’t mind creating a post or elaborating on a few of the
    subjects you write about here. Again, awesome web log!

    Reply

Leave a Reply