Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum wbt

Satu

Hari Ahad kedua setiap Jun diraikan khas untu para bapa. Selamat Hari Bapa buat ayah. Allah saja yang dapat membalas segala jasa ayah selama ini. Dulu ayah saya pernah berkata begini: A man has to do what he has to do. Ia membawa maksud yang sangat besar untuk sekelian lelaki. Sama ada yang sudah bergelar suami atau belum. Sama ada sudah mempunyai anak atau belum.

Dua

Kalau ada yang prihatin dengan berita terkini, dunia Islam kehilangan seorang lagi tokoh. Al-Fatihah buat Ustaz Fathi Yakan. Sewaktu tingkatan satu, saya mengenali arwah hanya sebagai penulis buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam (Maza Yakni). Semakin besar, semakin saya memahami susur galur perjuangannya. Semoga perjuangannya untuk memantapkan fikrah Muslim akan diteruskan oleh kita semua pula.

Tiga

Semenjak kebelakangan ini terlalu banyak berita kematian yang kita dengar. Tentang pesawat Air France, pelajar Malaysia yang meninggal di US dan Mesir, kes pembunuhan saudara-saudara kita yang sedang solat di Selatan Thai. Ada banyak cara hidup kita ini disudahkan Allah. Sekarang persoalannya kembali kepada kita. Dalam keadaan yang bagaimana kita hendak pergi menghadapNya nanti. Kalau tidak mahu ‘mati katak’ di akhir garisan, kita kena sentiasa bersiap sedia. Belajar meletakkan kayu ukur mati yang bagaimana yang kita mahukan. Barulah hidup kita ada tujuan.

Saya menulis ini sebagai peringatan buat diri sendiri. Sebab semakin kita punya senggang masa, biasanya semakin kita hanyut dengan dunia. Bila susah datang menjengah, barulah sujud, doa ditadah.

Nota 1: Saya nak mula mengemas kotak. Sumpah saya tidur di sebelah kotak tu je semalam sebab malas nak buka lagi -_-

Nota 2: Hari ni saya nak menulis sajak. Sepanjang hari semalam kepala saya tepu dengan idea tapi saya sibuk di luar rumah dan buku sajak tak dibawa.

16 Responses to “Selamat Hari Bapa”

  1. kaklong says on :

    Wok, Ahad ketiga dlm June le Father’s Day!!

    Reply

    Sarah Reply:

    Orang ikut Austria la.

    Reply

  2. Khairul says on :

    Selamat Hari Bapa buat ayah KS, abah saya, dan semua bapa2 sedunia. Bila la saya nak jadi abah gak (ops tiada kaitan :P)

    Saya tahu pasal kematian arwah pun melalui Twitter Ustaz Hasrizal. Er, mungkin saya kurang prihatin pasal tokoh2 Islam ni, tapi yang saya tau buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam tu memang selalu jadi rujukan kalau ada usrah.

    Al Fatihah buat semua saudara2 kita yang baru meninggal. Terima kasih atas peringatan, KS.

    KS bila bertolak balik ke sini?

    Reply

  3. adlan says on :

    ingt aje ngangah nie kalau hari bapa. lan sibuk ngan kerja sampai terlupa hehehe

    Reply

  4. arina says on :

    1. selamat hari bapa ..
    2. innalillah wa inna ilaihi raji’un ..

    ps : Kak Sarah, kite tido sebelah luggage. hik. tinggal 2 hari lagi nak balik msia ..

    Reply

  5. Kasawari says on :

    ahad kedua ke ketiga ker.. tak kisah ler kan.. selamat hari bapa..

    baik2 kemas kotak.. jangan terrbungkus dalam kotak tu.. hu hu

    Reply

  6. tak ada name says on :

    hari ayah bukan minggu nie daaa…minggu depan.. ❓

    Reply

    Sarah Reply:

    Different countries celebrate it at different dates.
    What counts is the thought. When exactly doesn’t really matter 😉

    Reply

  7. ruhana says on :

    betul tu.. Allah uji dengan nikmat dan musibah.. kalau diuji dengan nikmat, mungkin boleh jadi lagha.. lagipun, mati tu suatu yg realistik untuk kita semua.. kita tak tau bila ajal kita.. bayi pun ramai yg meninggal.. kawan2 kita yg sebaya dengan kita pun, dah ada yg tiba2 meninggal.. ramai je yg tiba2 meninggal.. itulah antara cara kita menyayangi sesama kita kan sarah.. saling memperingati.. supaya tak merana di alam yg berikutnya..

    Opick – Rapuh

    detik waktu terus berjalan…
    berhias gelap dan terang…
    suka dan duka…
    tangis dan tawa…
    tergores bagai lukisan…

    seribu mimpi berjuta sepi…
    hadir bagai teman sejati…
    di antara lelahnya jiwa…
    dalam resah dan air mata…
    kupersembahkan kepadaMu…
    yang terindah dalam hidupku…

    meski ku rapuh dalam langkah…
    kadang tak setia kepadaMu…
    namun cinta dalam jiwa…
    hanyalah padaMu…

    maafkanlah bila hati…
    tak sempurna mencintaiMu…
    dalam dada kuharap hanya…
    diriMu yang bertahta…

    detik waktu terus berlalu…
    semua berakhir padaMu…

    Reply

  8. aminhad says on :

    Salam Sarah,
    mula2 tahniah sebab sudah bergelar DR. Alhamdulillah.

    Walaupun saya tak wajar memohon, tapi saya tetap berharap,
    jika ada ikhlas di sanubari, nohon sedekah al-fatehah buat
    Ayahanda Mohd. Nasir b. Palil yang telah kembali
    ke rahmatullah pada 8 jun 2009, di Pulau Indah, West Port,
    Selangor.

    Beliaulah yang memelihara saya (walaupn ayah tiri) sejak berusia
    4 tahun.

    Pada Hari Bapa ini, saya betul2 kehilangan.

    T Kasih ye atas segala kebaikan.

    Salam.

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Sifu-ku.

    Terima kasih atas ucapannya.

    p/s: Saya berniat nak hantar email sejak dulu lagi tapi saya sangat busy. Tak tau bila saya dapat luangkan masa. Maaf sebab ada beberapa email tak berbalas pun lagi.

    Reply

  9. aminhad says on :

    Salam Sarah,
    bila nak balik ke Malaysia?

    Saya tak dpt mengsan anak buah kat
    Seri Indah tu. Maaf. Jadi, tak dpt
    nak kirim novel yang aritu dan
    antologi sajak sedang dalam proses
    terakhir.

    Boleh ke saya buat catatan: Buat Dr Sarah Mohd. Shukor?

    Reply

    Sarah Reply:

    Insya Allah balik lagi 2 minggu kot. Saya pun tak pasti lagi sebab flight semua tak confirm lagi. Yang ada di Seri Indah sekarang ni namanya Nur Amalina Ahmad Affandi. Tingkatan 4.

    Ops. Catatan tu bunyinya macam hhigh class sangat. Macam tak layak je. Hehe.

    Reply

  10. Kasawari says on :

    Salam Sarah.. Dr Sarah..

    Insya Allah.. kasawari tetap akan ke sini sebagai silent reader… Blog Kasawari direhatkan selamanya…

    Jika ada salah silap.. maafkan ya…

    nanti dah balik msia.. jangan lupa singgah johor roger2 ek.. dan bila nak langsung tu.. bagi tau kau..

    ok..

    Reply

  11. aminhad says on :

    Salam Dr Sarah,
    semoga selamat kembali ke tanah air!
    Bravo!

    Salam.

    Reply

  12. Michael Manis says on :

    Good post. I learn something totally new and challenging on websites I stumbleupon every day.
    It will always be exciting to read through articles from other writers and
    practice a little something from other sites.

    Reply

Leave a Reply