Dari Moscow Dengan Cinta (iv)

Assalamualaikum wbt

Enam hari tidak menulis di sini. Kali ini tidak gian langsung. Tiada apa yang hendak digiankan buat masa ini. Dalam otak serabut dengan pelbagai benda lain. Sehinggakan, kalau ditanya dengan tiba-tiba, saya boleh termangu-mangu sekejap sebab sedang memikirkan hal lain. Mungkin jawapan kes yang sedang saya selesaikan. Mungkin sedang cuba mengingati rawatan untuk beberapa penyakit. Mungkin juga sedang peras ugut diriย  sendiri dalam diam kerana tidak dapat memberikan jawapan kes yang dibuat tadi dengan baik. Bila tengah merungut dalam hati seorang diri, ditegur pula dek orang lain, tidakkah termangu-mangu jadinya? Oh lupa. Orang sekarang sebut ‘blur’.

Gambar rambang untuk minggu ini berlatarbelakangkan Victory Park (Park Pobedy). Taman ini dibina sempena memperingati Perang Dunia Kedua yang berlaku antara tahun 1941-1945. Masih ingat soalan saya tentang stesyen metro manakah yang terdalam sekali di Moscow? Jawapannya ialahย  Stesyen Park Pobedy. Eceh, dah tak surprise dah pun. Namapun tengah bercerita tentang Park Pobedy ini, kan. Takkanlah jawapannya Stesyen Central Park, New York pula kan.

Saya ke sana bersama Baiz, K-reen dan Eza. Mereka bertiga belum pernah sampai ke sana secara serius. Ada secara main-main, kah? Ada. Untuk bergambar raya dulu dan ketika main-main salji di tahun pertama dulu, bak kata mereka bertiga. Hahaha. Dan mereka belum pernah sampai ke masjid memorial di taman itu. Jadi, khidmat saya sebagai pemandu pelancong diperlukan. Maka, kami ke sana dan terus ke masjid untuk solat Zohor di sana.

vp1

vp2

vp9

vp10

vp3

vp4

vp7vp5vp6vp8

vp11

Dulu, saya pernah menulis tentang Park Pobedy ini. Untuk info tambahan, boleh baca di sini. Adios~

Nota: Saya rasa kurang sihat ni. Mungkin keracunan makanan.

44 Responses to “Dari Moscow Dengan Cinta (iv)”

  1. truemax says on :

    Salam Sarah,

    Wah bestnya tengok gambar-gambar tu.. kalau boleh hadir sendiri di tempat tu agaknya mesti lagiiii best. Tempat luas macam ni sesuai untuk RC Heli ๐Ÿ™‚

    Untuk gambar bangunan tu guna wide angle lense ke?

    Take care.
    ::truemax

  2. haritz says on :

    Kalau org yang sedang bercinta pasti dia beguling2 kat taman tu, ala-ala Hindustan gitu .Dalam bab blur ni selalu jadi kat saya, biasa lah kadang2 jiwa ni kacau hehe

  3. snm says on :

    salam sarah! :mrgreen:

    beza hbs gmbr 2008 dgn gmbr 2009 yg awak snap ๐Ÿ˜›

  4. Diya says on :

    ngaaaa diya suka gambar ada lampu bulat2 tuuuu!!! cantikkkk!!! gambar2 KS makin superb ah ๐Ÿ˜†

    p/s-tengok cheeky lala [sejenis hamster], teringat kat KS. huhu.

  5. inah says on :

    gambo2 sarah sume meletop

    good luck in ur final exam yea sarah dearie :mrgreen:

  6. ainul arina says on :

    apa significant batu senget2 tu? ada sejarah ek?

    btw, nice view la ks! comel betul russia time spring.. ni yang tetiba rasa nak gi sana nih.

  7. yusma says on :

    nice picts ks.. suka tgk blog2 yg byk gambar.. hehe..1 gambar mbawa seribu cerita dan kenangan.. :mrgreen:

  8. adlan says on :

    lama tak tulis. ngangah sihat keee

  9. thia says on :

    sama ngn kak diya..gamba lampu bulat2 tu paling lawo!
    ๐Ÿ˜€

  10. sD says on :

    mereka tak pernah sampai? wah! kalau macam tu kena amek pelajaran nih.kena explore moscow to the fullest! :).kalau tak sia-sia pula.hehe ๐Ÿ˜‰

  11. Yeop says on :

    salam sarah.

    cantiknyer bunga tulip tur..!!

  12. Kasawari says on :

    Kelakar tengok gambar yang bertiga tu, alah gambar yang senget nak jatuh ke kiri.. sepatutnya orang yang berdiri di kiri sekali tu mesti senget yang banyak dari orang yang di sebelah kanan mengikut patung2 yang senget tu.. he he..

  13. sishoney says on :

    salam sarah,

    wah.teruja tgk pic2 sume tu.bila agaknya sis nak merasa ke negara org kan.jiran2 tetangga pon belum sempat melawat lagi ni :). mcm guna wide lens aje photos tu sume sarah.anyway semoga cepat sembuh ye.

  14. nono says on :

    Itu bunga tulips kan? Best giler okayyy… If buat photoshoot dikelilingi bunga2 yang cantik macam tu. Too bad di malaysia enggak ada dong! ๐Ÿ™

  15. Sarah says on :

    Salam Truemax.

    Kawasan ni berangin sangat. Sesuai ke untuk terbangkan RC heli? Orang main layang-layang ada la. :mrgreen:

  16. Sarah says on :

    Guling-guling orang tak buat kat taman gini. Tu kat park yang ada tasik ke, kawasan rumput lapang ke. Hehe.

  17. Sarah says on :

    Salam Falin.

    Perbezaan berlaku kerana:

    2008 – Dah gelap. Waktu tu winter. pukul 4 petang dah gelap dah waktu tu. Gambar pun suram je.
    2009 – Tengah panas terik. Dah musim bunga dah. Gambar lebih ceria la.

    :mrgreen:

  18. Sarah says on :

    Lampu bulat-bulat tu lampu di sepanjang escalator untuk turun ke metro. Hehe. Sebenarnya, lukisan dan ukiran di dinding stesyen metro jauh lebih cantik dan unik. Nanti kalau ada rezeki KS gi snap untuk Diya. ๐Ÿ˜‰

  19. Sarah says on :

    Meletup bang bang boom! ๐Ÿ˜†

    Thanks for your constant support, Kak Inah!

  20. Sarah says on :

    Batu senget-senget tu ada kisahnya. Taman ni terbahagi kepada 4 bagagian. Yang kawasan depan sekali (gambar 1 dan 2) tu sebagai tanda penghargaan kepada semua banda di Russia yang hantar pasukan tentera diorang sendiri untuk perang tu. Bahagian kedua (gambar 3) untuk memperingati jasa semua askar yang berjuang. Jadi didirikan sebuah muzium memorial. Bahagian ketiga ialah di kawasan belakang muzium. Termasuklah batu senget2 tu. Tu simbolik keluarga yang ditinggalkan, kemusnahan keluarga, rumah, harta benda (ada banyak batu2 bentuk kasut, dolls, cermin, buku bertebaran di tepi gmabar 4). Dan bahagian keempat ialah kawasan masjid dan gereja memorial tu.

  21. Sarah says on :

    Tapi hakikatnya kan, KS ni pemalas nak upload gambar. Kena tengok mood. Hoho.

    Yusma taknak tinggalkan link ke? ๐Ÿ˜€

  22. Sarah says on :

    Haa! Ada jugak Lan tinggalkan komen kat sini ye. Ngangah sihat je. Baru2 ni je kerap sakit perut.

  23. Sarah says on :

    Nampaknya ramai yang minat benda2 unik ye. :mrgreen:

  24. Sarah says on :

    Diorang tak pernah sampai belakang muzium tu. Setakat sampai tugu tinggi tu je. Hehe. KS dah tawaf Park Pobedy 4 kali dah. ๐Ÿ˜† Kamu pun dah banyak dah jalan2 kan. Bagus la. Hargai peluang yang ada. ๐Ÿ˜‰

  25. Sarah says on :

    Tulip memang cantik!

  26. Sarah says on :

    Nak buat macam mana. Kalau senget jugak lagi, mau tumbang kot kawan saya tu. ๐Ÿ˜†

  27. Sarah says on :

    Salam Sis.

    Tak guna wide lens pun. Most of the pics saya pakai snap suka hati je. Tengah panas terik. Mata saya tak tahan dengan silau. Tu pasal takde seni pun tu. Huhu.
    Thanks Sis. Saya dah elok dah, alhamdulillah. ๐Ÿ™‚

  28. Sarah says on :

    Nono teruja dengan tulip eh? Kalau saya, saya prefer open park, lake park or any historical buildings. Hihi. ๐Ÿ˜‰

  29. sD says on :

    wah! 4 kali? byk tu.saya baru je skali ๐Ÿ˜› . Belah utara moscow belum lagi explore.insyaAllah next year pula rasanya. Oh ya. All the best untuk finals of the finals nanti ya ๐Ÿ˜‰

  30. adlan says on :

    ngangh salah maka kot. makkata sebelunlag ngagah abis.
    wa tak sabar rasa nya. baru pandai wat email google. heheehe

  31. Dunia Sarah » Blog Archive » Dari Moscow Dengan Cinta (vi) says on :

    […] dulu. Tapi sebenarnya, lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam di Moscow ini ialah di Park Pobedy (Victory Park). Sekitar jam 10.30 malam (hari sudah mula gelap), MGU mula dilimpahi cahaya. […]

  32. Nike Free Run 2 Woven says on :

    Thanks for your submission. Another factor is that to be a photographer will involve not only issues in catching award-winning photographs
    but hardships in acquiring the best video camera suited to
    your needs and most especially issues in maintaining the standard of your camera.
    This is very true and visible for those photographers
    that are in to capturing a nature’s fascinating scenes : the mountains,
    the particular forests, the actual wild or seas.
    Visiting these amazing places absolutely requires a dslr camera that can meet the wild’s harsh
    area. http://www.domaintools.com/research/screenshot-history/guteschuhe.eu/,http://soopbook.es/activity/p/130191/

  33. best 10 web hosting 2013 says on :

    Nice post. I was checking constantly this blog and I’m impressed!
    Very helpful info specially the last part ๐Ÿ™‚ I care for such information much.
    I was looking for this certain info for a very long time.
    Thank you and good luck.

  34. 7 sultans mobile says on :

    Good information. Lucky me I recently found your site by chance (stumbleupon).
    I’ve bookmarked it for later!

  35. Dark Avenger gems cheats says on :

    Pretty element of content. I simply stumbled upon your blog and in accession capital to claim that I get in fact enjoyed account your weblog posts.

    Anyway I will be subscribing in your augment or even I fulfillment you access persistently rapidly.

  36. cliquez ici says on :

    Hi there, after reading this amazing article i am as well cheerful to share my
    know-how here with mates.

    – cliquez ici
    – cliquez ici
    – cliquez ici
    – cliquez ici
    – cliquez ici
    – cliquez ici

  37. casting networks texas says on :

    Hi there! This blog post couldn’t be written much better!
    Reading through this article reminds me of my previous roommate!
    He continually kept talking about this. I most certainly will forward
    this article to him. Fairly certain he will have a
    great read. Many thanks for sharing!

  38. Mikki says on :

    Currently it seems like Movable Typpe is the preferred blogging
    platform available right now. (from what I’ve read) Is that what you are using on your blog?

  39. Azucena says on :

    If you would like to improve your knowledge just keep vissiting
    this site and be updated with the newest gossip posted here.

  40. Molly says on :

    Teresa and I had a great system for catching rides.
    For several days a backpack of 30 liters can be more than enough.
    He switches the volume on the radio off until it clicks into silence.

  41. hostnetindia says on :

    If you want to get much from this article then you have to apply such strategies to your
    won web site.

  42. boom in virginia beach november 9 says on :

    It’s impressive that you are getting thoughts
    from this article as well as from our discussion made at this place.

  43. cod 1 crack cd key says on :

    I believe this is among the so much vital info for
    me. And i’m happy reading your article. However
    should observation on some general issues, The website style is great,
    the articles is actually great : D. Good process, cheers

  44. Homepage says on :

    Homepage

    Dari Moscow Dengan Cinta (iv) | Dunia Sarah

Leave a Reply