Terima Kasih Guru

Assalamualaikum wbt

Rasanya sudah banyak kali saya ceritakan tentang bumi Moscow yang panas membahang sejak sebulan yang lepas. Tetapi, sejak seminggu yang lalu, hampir setiap hari kami berhujan. Sampai basah-basah kasut, kecut-kecut jari kaki berendam dalam hujan. Dan pada hari ini, suhu di sini hanyalah 7’C. Sejuknya pagi tadi seperti di permulaan musim sejuk!

Sepatutnya saya hendak menulis entri ini semalam. Tetapi kepenatan yang teramat sangat malam tadi. Pukul 11.30 malam, rumah kami sudah sunyi sepi. Semuanya sudah tidur.

Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat emak saya, Kaklong saya, Mak Long Radziah, Mak De Aida, Ayah De, Pak Ngah Ajib, Nadia Yuna, Lina, Cikgu Jawe, Bro. Fisol dan Kak Mai serta semua bekas guru saya di Pusat Pengajian Al-Mukmin Temerloh, SMA Al-Khairiah Temerloh, KISAS Klang, PASUM, Intec Shah Alam dan doktor-doktor saya di I.M Sechenov Moscow Medical Academy. Demi Allah, jasa kalian sebagai guru hanya Allah yang dapat membalasnya.

Bila menyebut tentang sambutan hari guru, saya mesti akan teringat akan Ayah Su dan Mak Su saya. Ini sepupu emak saya. Mereka ni pasangan guru. Dulu, saya dan Kaklong suka betul menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotik di rumah. Tak kira masa. Sama ada itu memang musim perayaan atau tidak. Kira macam lagu cinta kamilah, kan. Ewah. Padahal yang kami nyanyikan itu ialah lagu Kami Guru Malaysia ke, Bahtera Merdeka ke, atau lagu-lagu negeri Pahang yang memang menarik. Eh, yang bukan orang Pahang pun angguk sekalilah ya. Nanti saya promosikan lagu-lagu tu. Serius tak tipu. Menarik.

Berbalik kepada cerita Ayah Su dan Mak Su. Ada satu petang tu, Ayah Su balik ke rumah kakaknya yang terletak di atas bukit yang sama dengan rumah saya. Ayah Su berjalan-jalan ke kawasan pokok kelapa di belakang rumah Mak Tam. Dari kawasan pokok kelapa itu, boleh terus memandang ke ruang tamu rumah saya. Waktu itu, saya dan Kaklong sedang menyanyi-nyanyi lagu Kami Guru Malaysia dengan suara ala-ala suprano gitu. Jangan bayangkan. Memang buruk! Hahaha. Kami siap membuat gaya ala-ala penyanyi popular pula tu. Memang amat buruklah. Tu sebab saya kata tak payah bayangkan.

Tiba-tiba, Ayah Su melaung dari jauh. Katanya: Wah wah wah. Nanti sambutan hari guru kat sekolah Ayah Su, bolehlah Kaklong dan Kak Ngah nyanyi kior lagu ni ye. Suara ada dah tu. (Zaman tu masih belum ada AF atau apa. Tapi cara Ayah Su mengomen macam juri lah pula.)

Kami yang di dalam rumah waktu tu, berlari menyorok di tepi almari buku. Pertamanya kerana kami tak bertudung waktu itu. Tahukah anda, dengan ayah saudara yang bukan adik beradik kandung emak atau ayah adalah wajib kita menutup aurat (An-Nur : 31). Ok. Selingan saja tu. Saling mengingatkan untuk diri sendiri dan kawan-kawan kalau terlupa. Hehe. Kedunya kerana kami malu betul waktu tu. Buat suara poyo tak ingat dunia macam sedang buat konsert solo mengelilingi Malaysia. Dalam bahasa lainnya, kami memang tengah perasan betullah waktu tu.

Elok saja Ayah Su berlalu, kami pun terkekek-kekek tergelak bedua. Tapi memang tak tipu. Lagu hari guru tu memang dah menjadi sebahagian daripada lagu yang kami selalu nyanyikan. Sampai tua pun takkan lupa, insya Allah. Itu saja sebenarnya. Macam kosong saja ceritanya. Entah di mana klimaks cerita pun saya tak tahu. Haha. Layankan sajalah.

Sebenarnya, pagi tadi, group saya memulakan posting pendek kami yang kedua akhir. Oh. Satu saja lagi tinggal lepas ni sebelum menamtkan zaman bujang kami. Hahaha. Zaman pelajarlah. Kami semua bujang-bujang lagi. Jadi pagi tadi, dalam sejuk-sejuk tu, terpaksalah juga kami semua ke hospital. Orang lain sedap-sedap berehat di rumah, kami kena ke hospital. Separuh masa pertama di dalam auditorium yang menggabungkan tiga buah kumpulan, dengan cuaca sejuk, mendung dan lampu chandilier yang samar-samar cantik menghiasi dewan, saya dengan tidak sengajanya telah membuat sesi beratib sengguk-sengguk di kerusi saya secara solo. Hahaha. Saya tertidur! Yang lagi dahsyat, Faisal ambil gambar saya dan hantar menggunakan MMS!

Sebagai pelajar, secara fitrahnya, bila kita membuat silap kita mesti akan rasa bersalah. Ini fitrah. Siapa tidak rasa itu, dia kurang ada nilai yang fitrah. Saya rasa bersalah pada doktor saya itu. Semangat dia bercakap di depan tu. Tapi memang tak dapat dinafikan, gaya doktor tu agak psiko. Sudahlah kami membincangkan tentang psikatri dan psikologi. Memang, erm, tak reti nak kata macam mana. Hoho. Sengguk-sengguk tu tak lama manalah. Dalam pada tersengguk tu, sempat lagi saya menulis nota. Tulis tak payah nak katalah. Siap ada sampan lagi. Entah mana datang sampan tu pun saya tak tahu. Ops. Saya baru tengok semula nota saya tadi. Sebatang pokok pun ada! Aaaaa. Tahap dewa apakah saya tidur pagi tadi!!! *Madam, rotan Sarah. Dia tidur sampai mimpi-mimpi!*

Oklah. Cukup dulu untuk hari ini. Sebenarnya entri ni nak mengucapkan Selamat Hari Guru saja. Tapi berjela ceritanya. Dan keduanya sebab nak cakap alasan lambat menulis entri ini kerana kesibukan pada hari semalam dan kelas sampai tengahari di hari Sabtu yang murni ini. Balik tadi, singgah beli ayam panggang halal di depan hostel yang murah lagi lazat, makan, studi, studi, studi dan tertidur selama sejam. Bangun tidur, kena urus baju-baju pula, kemas itu ini. Mana nak ada masa lapang untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci di depan mata ni.

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik! Jasa kalian hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Thank you very much, Dr. Gulyaev. I miss you! (Hahaha, tak memasal!)

Nota 1: Bila kita terbuat salah dengan guru kita, kita mesti risau tentang keberkatan ilmu, kan. Moga-moga tiada apa yang menjadi halangan antara kita dan guru-guru kita. Semoga berkat semua ilmu yang sampai kepada kita, insya Allah.

Nota 2: Hari Ahad pun akan penuh lagi.

Nota 3: Saya nak hantar MMS kepada Faisal untuk membalas MMS tadi. Comel Ya Rabbi! 1, 2, 3! :mrgreen:

38 Responses to “Terima Kasih Guru”

  1. Diya says on :

    hahaha. tergelak diya part sampan tu. 😆 hahahaha. sambung gelak pulak part pokok tu. 😆 adeh deh. KS memang funny!

    Dr. Gul [nama timangan dari diya pasal nama beliau susah nak eja, heeee] yang banyak puji KS tu kan. hehehehe. patutlah =p

    Reply

    Sarah Reply:

    Adeh. Nak buat macam mana Diya. Cuaca adalah sangat best untuk tido waktu tu. Part sampan tu KS macam sedar KS merepek. Huhu. Tapi yang pokok tu, sumpah tak ingat apa2. 😆

    Eh cop cop. Cikgu tu bukan puji KS. Tapi KS yang admire segalanya tentang karisma cikgu tu 🙂 Yang cikgu lagi sorang tu namanya Dr. Alexei. Oh!

    Reply

  2. Hazreen Rashid says on :

    salam KS.

    lorr, KS pun bleh tertido dlm kelas ke?
    saya ni lain la, mmg juara smua kategori acara. huahua.
    erhh saya tag KS dlm blog saya. saja habaq, tak mintak buat sgt pun.

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Hazreen.

    Ngee~ Lecture sebenarnya tu. Cikgu tu slow motion sungguh. Ngantuk sangat. Hoho. Kamu juara acara apa lagi? 😆
    Pasal tag, KS dah cerita dalam sms. 😉

    Reply

  3. snm says on :

    :mrgreen: sarah sarah :mrgreen:

    err..teringat balik zaman saya belajar. tulisan jd kerawang2, mcm ada brushes je :p

    Reply

    Sarah Reply:

    Waktu 3rd year dulu, dalam note pathophysiology saya ada gambar lipan yang tak berapa cukup sifat. Maha pelik. Entah dari mana datang ilham masa mengantuk tu. Huhu. Tu sebab saya tak bagi lecture note subjek tu orang pinjam. Malu! Kah kah kah 😆

    Reply

  4. Kasawari says on :

    Klimaksnya ialah waktu KS dan Kak Long menyorok berlari menyorok di tepi almari buku.. he he.. kelakarnya… mesti sedap kan suara waktu tu.. hujan tak pastu.. ha ha

    Reply

    Sarah Reply:

    Sumpah suara macam orang perasan. Kalau saya dengan Kaklong bergabung, Amy Search pun tabik hormat kat kitorang kot. 😆

    Reply

  5. ytmz says on :

    Selamat Hari Guru, GURU-KUL. Sampan ada. POKOK ada. Haha.

    Reply

    Sarah Reply:

    GURU-KUL tu apa Yasir. Selamat hari guru untuk mak dan kakak awak jugak ye.
    Ya Allah! Bila baca ni tadi, mula-mula tu saya tak faham sangat. Tapi sebab awak highlight kan pokok, terus faham. Kebetulan je. Sungguh ni! Hehe.

    Reply

    ytmz Reply:

    GURU-KUL cerita Mohabbatein. 😉

    Reply

    snm Reply:

    GURU-KUL mohabbatein crte aiswarya rai, SRK 😥

    Reply

    Sarah Reply:

    Yang jadi Guru-kul tu Amitabh Bachchan la ye? Hehe.

    p/s: Awak sentiasa buat saya kena google nak cari jawapan atau makna perkataan. Bayangkan kalau takde google, siapa nak bagikan jawapan. Hehe.

    Reply

  6. yusma says on :

    Slamat Hari guru d ucapkan pd semua guru2 d dunia..besar pengorbanan kalian mendidik anak bangsa..

    KS.. ketawa sy part sampan n pokok tue sbb teringat sy dolu pon pnh jd cam2 masa clas calculus..punyala semangat prof terang kt depan, tp mata sy xble handle,cam ade gam asyik nk tutup jerk..alih2 check blek nota tgk mcm2 coding t’kua c++ campor java plak tue..ntah compiler mane ble interpret pon sy xtaw..kwn sbelah dh ketawa tgk nota sy..hehe.adoyai..

    Reply

    Sarah Reply:

    Nak buat macam mana Yusma kan. Kalau dah ngantuk sangat, takde apa dah mampu nak buat :mrgreen:

    Fuh. Kamu lagi dahsyat. Cuba bayangkan kalau coding tu work, tu ilham namanya! 😯

    Time sekolah dulu, orang bagi teori ngantuk2 ni sebab makan nasi kawah. Ni dah besar panjang ni, teori apa la pulak ye. Huhu.

    Reply

  7. chi am says on :

    selamat hari guru juga buat doktor sarah! ehik!

    Reply

    Sarah Reply:

    Alamak Am. Saya belum doktor lagi la. Huhu. Selamat hari guru untuk cikgu kimia nun jauh di sana. 🙂

    Reply

  8. nadiah says on :

    Terima Kasih Sarah..

    at least.. i’m smiling today =)

    miss u!

    take care my dear friend

    Reply

    Sarah Reply:

    Awak ada masalah ke Nadia?
    Saya tak berapa sihat la hari ni.
    Kalau awak tak happy, makin takde mood la saya. 🙁

    Reply

  9. cikdiba says on :

    salam, KS…
    i’m ur silent reader since long time ago.
    tp segan nk tinggalkan jejak. 😳

    la ni tergerak gak nk tinggalkan komen sket sbb bace nota KS yg ade sampan dan pokok tu.
    teringat dlu kat skola, member sebelah punye nota teknologi kejuruteraan bole ade nelayan la mknn la..mcm2 ade..kami yg kat sblh2 da ketawa gigil2 tp tuan punye nota tak paham kenapa kami gelak sungguh2. bile die bace balek nota die, abis pecah gelak kami sume.sian cikgu yg tgh mengaja kat dpn tu.blur jek tgk kitorg gelak2.

    btw, suke bace blog KS esp bile tgh down..

    p/s: saye dpt link KS dr blog adnan (adik KS) and amnah 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Cikdiba.

    Adakah kamu kawan Nan? Anyway, thanks for reading this blog. Hebat la member kamu tu. Dia patut jadi jadi arkitek la. Sedangkan dalam tidur pun sempat melukis, ni kan pulak kalau dia jaga dan fokus kan 😀

    Reply

  10. hafiz says on :

    tersenyum baca tulisan kali ni. Agak-agaknya kalau dibiarkan tangan menulis time ngantuk tu, entah2 dah boleh tulis satu sajak kot 😀

    p/s: buat rotation apa yer tu? Is it psychiatry?

    Reply

    Sarah Reply:

    Hafiz,

    I’ve done with Psychiatry last year. I’m having short course for Medical Psychology.

    Reply

  11. ainul arina says on :

    salam ks

    eh, time mengantuk bleh plak melukis ek.. Selalu kalau ainul mengantuk, buku tu penuh dengan graf ECG. Sampai dah tak tau arrythmia jenis apa yg keluar. hehe

    Ks, penyakit keluar plurk dah start merebak. 😐 ada pengikut sorang dah nih. Pas ni siapa plak.. Huhu.. Lama tak meraban ngan ks. Rindu plak rasa… 🙄

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Ainul.

    Kalau yang ECG dan segala jenis graf lain tu, tu tak payah tunggu mengantuk. Tulisan KS memang dah macam tu. Muahahaha.

    p/s: Sufi ye yang nak keluar tu? Ke Maa? KS pun rindu kamu jugak 🙄

    Reply

    ainul arina Reply:

    kak sufi yang nak kluar.. maa belum.. a[pi mcm gaya macam ramai je nak keluar.. bleh buat alumni nih.. hehe

    Reply

  12. Lina says on :

    Thanks for the wish , Sarah…
    gelak terkekek2 bile baca entry sarah..ni leh antar wat cerpen ni, sure menang, hahha..
    slmt hari guru juga buat kak long sarah..
    nk wish slmt hari doktor gak kat sarah..bile ek??if xde, pekata wujudkan sendiri, hahah…

    Reply

    Sarah Reply:

    Erk… Tu la pasalnya. Doktor tak pernah ada hari special. Sedangkan nurse pun ada… Huhu. Nasib badan la jang oi.

    p/s: Farah Ziela nak kawin dah kan. Saya terkejut tahu yang dia dengan Malik! 😀

    Reply

  13. Fisol & Maizatul says on :

    salam…

    Terima kasih….& selamat hari guru kembali buat semua guru-guru sekelian. Jom…lepas ni sarah mengajar pulak..part-time pun ok…sebarkan ilmu yang banyak kat sarah tu.. 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Me teaching? Ambil masa bertahun2 lagi dari sekarang. 🙄

    Reply

  14. pencacai tua says on :

    eh…dah lewat lak.tapi nk ucap gak selamat hari guru..hari ape lagi ade yek..hahaha

    Reply

  15. haritz says on :

    Selepas nabi adalah guru..jadi patut kita hormat guru kita

    Reply

  16. dir says on :

    OOOWHHH…KISASIAN!!

    teringat ustazah nik mahizan entah ade lagi ke di sana..

    take care sarah

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Ni senior saya la ni ye? Mama Nik ada kat sana lagi! Setia bersama Ustaz Lah. Hehe.

    Thanks for dropping by 🙂

    Reply

  17. zool says on :

    Biasalah tu fitrah..
    TIme sejuk2 mesti mata kuyu.. Layan tido…
    apahal pun teruskan cita2..

    Reply

  18. masyitah says on :

    terima aksih Sarah sudi bals pertanyaan akak via email.

    Reply

  19. masyitah says on :

    oh Sarah pernah ngaji di Pusat Pengajian Al-Mukmin Temerloh yea?

    Reply

  20. yonna says on :

    HAHAHAHAHHAHAH!! omg!! ada sampan! ada pokok!! :mrgreen: aduhai! terbahak2 dah yonna depan pc niiiii hahha
    comel gile ah akak!

    kalau yonna mungkin penuh lukisan cacing ke rama2 ke :p

    Reply

Leave a Reply