Dari Moscow Dengan Cinta (ii)

Assalamualaikum wbt

Lima hari tidak menulis di sini, terasa kosong hidup. Tapi sesungguhnya hidup ini amatlah tidak kosong. Macam-macam terjadi dalam tempoh lima hari yang berharga ini. Termasuklah saya telah menjumpai sebuah hoard berisi syiling lama tinggilan Sepanyol. Hahaha. Eh, melebih sudah saya ni.

Semalam petang, dalam perjalanan balik dari hospital, saya bersama Nazlin dan Israfil singgah di Center. Kami dengar cerita, ada kedai menjual nasi dengan kari makanan laut. Semua tengah lapar. Digagahkan juga meredah hari hujan untuk mendapatkan nasi dengan lauk kari yang macam ajaib saja bunyinya ini. Mana pernah jumpa set makanan berlaukkan kari yang rasanya dah ala-ala pajeri nenas yang sangat sedap macam ni, kan. Orang Moscow ni bermimpi sampai ke Kerajaan Melayu Melaka zaman Parameswarakah sampai terbuka hati nak jual lauk kari ni?

Selesai makan, kami lihat di Kremlin sedang ada perarakan memperingati veteran perang sempena Victory Day yang disambut Rusia pada setiap 9 Mei. Upacara-upacara sembah hormat dan menggantungkan kalungan bunga serta perarakan daripada Eternal Flame ke depan Historical Museum sudahpun bermula. Hari hujan renyai. Tapi kami bertiga pergilah menjenguk sekejap ke sana.

dsc_0110

Selepas itu, kami ke titik paling tengah di Moscow ini, letaknya di pintu masuk ke Red Square. Kelakar sungguh. Nazlin dan Israfil tak pernah tahu akan hal itu! Sudah duduk di Moscow selama enam tahun pun, ada macam-macam fakta sejarah yang masih belum tahu. Berseronok sekejap di situ, melayankan aksi-aksi ketagih bergambar dengan aksi macam-tak-pernah-sampai-Moscow, kemudian barulah hendak bergerak balik.

dsc_0123

Tapi, Israfil menyebut pula tentang kewujudan Muzium Arkeologi yang terdapat di dataran menuju ke Ploshad Revolutsy. Kami pun ambil keputusan untuk turun ke sana. Subhanallah! Selama ini, saya tak pernah sedar akan kewujudan muzium bawah tanah di situ! Ini lagi seorang. Konon dah enam tahun duduk di sini. Muzium sebesar alam tu pun tak pernah tahu. Nyah kau dari Moscow sekarang juga. Hahaha. Pintu masuknya kecil saja. Muziumnya memang besar tapi di bawah tanah. Mana nak sedar, kan. Haha. Alasan terbaik!

dsc_0202

Saya memang suka membaca buku-buku sejarah berkaitan Rusia, komunisme dan pelbagai lagi yang bersangkut paut tentang penubuhan negara ini. Dulu, saya pernah membaca tentang kubu bawah tanah milik Kremlin Moscow yang berpintumasukkan gerbang air tersembunyi di sepanjang Sungai Moscow yang mengarah ke tebing di Kitay Gorod. Baru semalam saya dapat saksikan sendiri tinggalan kota bawah tanah ini! Takjub sungguh melihat semua itu.

dsc_0147

Mana tidaknya. Kalau ke Kota A’ Famosa atau Padang Kota di Penang, semuanya kota di atas tanah, ada kubu tinggi itu ini itu ini. Di sini, kubunya besar di bawah tanah. Yang di atas tanahnya pun sudah cukup gah, yang di bawah tanahnya lagilah gah! Ada tembok penahan air sungai, ada jambatan bawah tanah, ada tempat anak kapal perang disorokkan. Siapalah yang bijak sangat membina kubu ni. Membuat orang kagum ternganga mulut tak sudah-sudah saja semalam.

dsc_0138

Apa yang saya faham, hanya sebahagian saja daripada kawasan kubu ini yang dipulihara untuk dijadikan kenangan warisan. Sebahagian besar yang lain sudahpun dirobohkan selepas selesai kajian arkeologi dibuat. Tahukah anda wahai penduduk Moscow, tapak pusat membeli-belah bawah tanah, Manezh Shopping Complex itu, adalah tapak lama kubu bawah tanah milik Kremlin Moscow? Iya. Itulah faktanya. Dan menurut apa yang saya faham juga, Manezh dibina selepas siap kawasan itu dikaji dan kesan korek-korek tebuk-tebuk tanah itu terus dijadikan bangunan dalam tanah seperti yang ada sekarang ini.

dsc_0184

Orang Rusia ini memang hebat. Mereka sangat hebat mengorek tanah. Hahaha. Cukuplah buktinya ada dua saja tapi kedua-duanya adalah hebat. Pertama ialah kewujudan kubu bawah tanah milik Kremlin Moscow ini yang berfungsi sebagai kota kedua selepas Kota Kremlin di atasnya. Kedua ialah kehebatan sistem pengangkutan bawah tanah (Metro) yang berselirat dan terletak bukan setakat 100 meter ke bawah tanah malah jauh lebih dalam dari itu. Percayalah. Ada yang dalam setinggi bangunan 10 tingkat ke bawah tanah. Fuh. Dari bawah, takkan nampak puncak escalator yang dinaiki. Tahukah anda stesyen apakah itu wahai penduduk Moscow? Kalau tak tahu, nyah kau dari Moscow sekarang juga. Huhu.

dsc_0282

Tahukah juga kamu wahai penduduk Moscow bahawa aqueduct (gambar atas) yang mengalir di depan Kremlin, yang memisahkan Manezh (yang di bahagian luarnya ada McDonalds, Planeta Sushi, Sbarro) dengan kawasan dataran di depan Eternal Flame itu, adalah kesan tinggalan laluan kapal bawah tanah suatu masa dulu? Sungguh hebat, kan? Sila angguk. Hebat sungguh mereka boleh terfikir hendak membuat laluan rahsia kapal yang menghubungkan Sungai Moscow yang mengalir di tepi tebing kubu di Kitay Gorod dan tembus keluar di tepi tebing kubu di Kuznetsky Most. Saya rasa mesti ramai yang pening dengan nama-nama tempat yang saya sebutkan ini. Layankan sajalah. Saya menulis untuk kenangan dan memori saya di hari muka.

dsc_0216

Tak rugi saya membayar 150 Ruble untuk kupon kamera. Dapatlah saya mengabadikan kenangan di situ. Tahukah juga anda wahai penduduk Moscow, duit Ruble dulu hanya bersaiz sebesar kuku jari manis anda pada kurun ke-17? Dan seratus tahun berikutnya, duit syiling perak di sini bersaiz sebesar penutup lensa Nikon? Haha. Ketara sungguh pembangunan yang dikecapi dalam masa 100 tahun itu.

Sebaik keluar dari muzium di bawah tanah itu, hari sudahpun panas terik di luar. Kami singgah di dataran kubah di atas Manezh. Pergi melihat kubah (peta dunia) yang berpusing mengikut masa di tempat masing-masing dan tulip. Tulip sudah kembang sempena Victory Day. Maka kami pun apa lagi. B E R G A M B A R !

dsc_0226

Nota 1: Bayaran masuk ke Muzium Arkeologi Moscow hanya 30 Ruble saja bagi pelajar. (Kupon untuk kamera lagi mahal. Takpe. Saya tak menyesal. Haha.)

Nota 2: Di dalam muzium itu ada hoard lama milik Sepanyol berisi beribu-ribu keping syiling lama. Kan saya dah kata, hidup saya berharga sangat dalam lima hari ini sebab jumpa hoard purba. :mrgreen:

Nota 3: Kenapa saya menyebut Kremlin Moscow dalam entri di atas? Apa di tempat lain ada Kremlin lainkah? Jawapannya ya. Kremlin bermaksud kubu pertahanan. Di beberapa tempat lain di Rusia ini turut mempunyai Kremlin. Sebuah lagi Kremlin yang pernah saya pergi ialah di Nizhny Novgorod. Bezanya cuma saiz. Kremlin Moscow adalah yang terbesar dan pernah menjadi kubu keselamatan untuk 6 orang Tsar silih berganti dan kaum kerabatnya.

Nota 4: Tak payahlah sampai hantar email ke apa kalau saya diam lama-lama tu. Saya ada banyak urusan lain selain menghadap blog. Saya malas nak balas lah ye. Sorry sangat. Hehe.

16 Responses to “Dari Moscow Dengan Cinta (ii)”

  1. shukor says on :

    Ngah,
    Cepat gi jalan jalan lagi.Tinggal 2 bulan lagi (insyallah).Ambik gambar banyak banyak.

    Reply

    Sarah Reply:

    Ayah,
    Alright! Terima kasih ayah! 😎

    Reply

    saffa Reply:

    Betul tu! Amik gambar banyak2.. Jalan puas2! Entah bila lagi nak jejak kaki kat Moscow nih!! 😛

    Reply

  2. akak says on :

    orang jauh merantau memang banyak dapat pengalaman kan. Baca entry kat atas tu..Sarah rupanya boleh jadi cikgu sejarah jugak.. :mrgreen: Ada tokoh. Tapi sampai ke habis tak dapat nak bayangkan mcm mana ye..orang rusia ni boleh buat ‘kehidupan’ kat bawah tanah tu. Canggih jugak tu.

    Jenuh akak menelek gambar tu mencari apa yg Sarah maksudkan dengan aqueduct.. :mrgreen: ..apa sebenarnya tu..terusan ek?

    Reply

  3. srisufi says on :

    salam Sarah….

    saya hanya mahu doakan yang terbaik buat awak…semoga berjaya Sarah. Ayah awak memang BEST.

    Reply

  4. nadiah says on :

    tak sabarnya tunggu cik sarah ni balik

    nak pegi jalan2 kat muzium negara pulak.

    sambil street shoot bersama-sama. heheh =p

    Reply

  5. snm says on :

    hi sarah 😀
    ambil gmbr byk2, ttg sgla muzium di sana. sbb nnt bila awak dgn nadiah jalan2 pegi muzium negara kita, awak boleh tinggalkan komen dan cadangan untuk upgrade muzium negara kita yg err..suam-suam kuku tu je. mmg byk sejarah, surat2 dlm tu tp terasa mcm ada kekosongan. saya dh pegi muzium kemerdekaan kt melaka tu pun, erm..rs nya byk lagi yg boleh diperbaiki, demi meningkatkan kesedaran jati diri kita sbg anak malaysia.

    byknya mbebel saya ni :mrgreen: catch u later, dear!

    *yg busy siapkan semua brg2 di hari cuti!* 😉

    Reply

  6. Hazreen Rashid says on :

    salam

    wahh menarik2.

    hari ni pun saya bercadang utk berjalan2 sempena victory day. KS pergi BBq di embassy kah? Plan fotografi kita camne yerr? huahuahua. 🙄 😆

    Reply

  7. djambu says on :

    *akan pergi mengkaji Ukren…Ukren x boleh kalah…:P

    Reply

  8. nila says on :

    hi sarah,ila (NN) here…
    would lik to ask u about the astronomical center/museum that u mentioned in one of ur posts quite some time ago…directions…hw to get there etc…
    tq
    have a great weekend

    Reply

  9. Nad says on :

    KS, tulips! 😯

    Reply

  10. truemax says on :

    Salam Angah,

    Sungguh hebat dan mengkagumkan. I wonder sebab apa gerbang air rahsia yang canggih ni belum ada kat Discovery/NG Channel. Cerita pasal KLCC dah banyak kali keluar pula. Entah-entah Kremlin Melaka yang akan keluar dulu. 🙂

    Take care.

    ::truemax

    Reply

  11. http://memit.com says on :

    Odors are generally caused by bacteria and particles that travel through the air, so
    by eliminating those particles, you can see a smell go away relatively
    quickly. Anyway, these cleaners work by trapping the allergens and particles, so that clean air can return to
    the area where it is being used. Yet not all deliver and some do more harm than good.

    Reply

  12. http://www.solidbackpackforcolleges.webeden.co.uk/ says on :

    Their products are well designed and manufactured using the
    best materials and techniques. Many times if you use our suggestion you will find that the quality backpacks are the same price as the cheaply made backpacks.
    Tent camping is great for families with younger children because it’s fun, inexpensive, and the right combination of being outdoors without being
    too far from those modern conveniences.

    Reply

  13. ninja blender says on :

    Don’t be fooled with the plastic frame from the blending
    wand attachment, since there are stainless steel blades beneath it.
    Shopping online is convenient since just sit and earn few clicks of one’s
    mouse. Substantially more robust than the majority
    of similar-looking hand blenders, it uses a 450-watt motor that will perform 5
    separate tasks.

    Reply

  14. lawyer humor says on :

    wonderful points altogether, you simply won a new reader.
    What would you suggest about yourr submit that you just made a few days in the past?
    Any sure?

    Reply

Leave a Reply