Cerita Dari Volgograd (ii)

Assalamualaikum wbt

Saya masih demam. Entri ini sekadar hendak menyambung Cerita Dari Volgograd. Nah tengok gambar. Boleh muak agaknya kamu semua hendak membelek gambar-gambar ini. Huhu. Terlebih dahulu, saya hendak memberikan setinggi-tinggi kredit untuk Aizat Sabri dan para junior yang menjadi jurugambar sejak bertolak meninggalkan Moscow sehinggalah kami semua selamat kembali ke Moscow semula. Terima kasih buat Ammar Ahmad, Alif Faliq Iskandar dan Farhan Yeo yang saya ambil gambar-gambar mereka daripada koleksi peribadi ataupun Facebook. Spasiba balshoi druziam! :mrgreen:

vol

Kami sedang berkumpul di depan hostel sebelum bas sampai.

vol1

Ketika tiga buas kontijen MMA berhenti untuk mengisi minyak dan memberi peluang pelajar ke tandas di tepi lebuhraya.

vol2

Cowboy sungguh bangunan ini. Tahu ini apa? Huhu. Saya pun tak tahu. Cuma bangunan tinggal tepi jalan sewaktu bas berhenti untuk menunggu sebuah lagi bas kontijen yang tertinggal di belakang. Dan budak lelaki mengambil peluang menjadikan semak di belakang bangunan ini sebagai tanda open air mereka. Pencemar alam sekitar sungguh. Hahaha. 😆

vol5

Ha! Siapa boleh teka ini apa? Apa? Kepuk pukul gandum? Kah kah kah. Inilah tandas yang kami temui disepanjang perjalanan. Sistemnya ialah free flow. Hahaha. 😆

vol0

Keadaan lebuhraya untuk perjalanan merentas desa di sini. Sudah senja. Oh ya. Gandum belum mula disemai. Tahun ni, musim sejuk sangat lama. Jadi, ladang gandum baru saja dalam proses hendak dibakar jeraminya yang kering.

vol6

Yeah~ Ini sewaktu perarakan kontijen. MMA adalah sinonim dengan MERAH.

vol4

Ini semua pemain bola jaring. Mereka sudah selesai. Jadi mereka menjadi penyokong untuk acara lain pula.

vol8

Gaya. Mutu. Keunggulan. Ini pasukan Bola Tampar Lelaki.

vol7

Pasukan Futsal Lelaki sedang memanaskan badan. Mungkin mereka tiada rezeki untuk menang tahun ni. Tapi tak mengapa. Cuba lagi tahun depan ok!

volgo1

Sebelum Pingpong Wanita bermula. Waktu ini, Ron, Nicholas, Izzi dan Lowell sedang berentap.

volgo2

Serius nak mati waktu ni.

volgo3

Di depan hotel bersama junior-junior kesayangan. Waktu ini kami hendak bertolak ke Grand Dinner yang _____ (isilah tempat kosong sendiri.) Pilihan jawapannya: a) ‘Amazing’ b) ‘Best gilos’ c) Erkkkk :mrgreen:

volgo4

Sebahagian besar daripada kontijen MMA ke Volgograd.

volgo5

Ini Kami. Wanie. Sarah. Anet. Rou Theng.

volgo7

Hehe. Dalam perjalanan balik, salah sebuah bas tercicir plat nombor di pertengahan jalan. Kami semua berhenti di tepi lebuhraya dan dua buah bas lagi turut berhenti. Inilah gambar terakhir untuk Volgames’09.

Nota: Dah lama tak online. Hari ni tiba-tiba saya online. Gembira oh. Buka cerita lama-lama. Hehe. 😉

23 Responses to “Cerita Dari Volgograd (ii)”

  1. saffa says on :

    Yeay! First! Nak HADIAH! Haha.. (:P Gurau je)
    Kak Sarah.. kenapa cam ramai jer pelajar Malaysia yang masuk volgames ni?
    Volgames ni camner? perlawanan Universiti je ker?

    Reply

    Sarah Reply:

    Memang ramai. Uni KS je ada 131 orang yang pergi. Campur la dengan 5 uni lagi. Huhu. Jadi Negeri Serambi Malaysia kat bandar tempat kitorang berkumpul tu. 😀

    Volgames ni gabungan nama Volgograd + Intervarsity Games. Tahun ni Volgograd jadi host pulak. So, semua uni berkumpul kat sana. Ni kali ke-6 intervarsity games ni diadakan. Tahun depan kat bandar lain pulak. Macam tu la. 😉

    Reply

  2. srisufi says on :

    Salam Sarah,

    Pertamanya, TAHNIAH buat kamu dan team yang bersukan tu ye. Saya harap kesihatan awak dah beransur pulih. Take care.

    😆

    Reply

  3. Nurlulu says on :

    Sarah! seronoknye tengok gambar2 ni..esok2 gambar2 ni lah yang akan jadi pengubat rindu awak dan kita semua ~ngeee 😀

    Reply

  4. snm says on :

    :mrgreen: bestnya tgk gmba bangunan cowboy tu Sarah. .
    mcm castle pun ada, mcm rumah antu pun ada 🙄

    tahniah utk awak & wanie 😆

    Reply

  5. Khairul says on :

    Horror sungguh bangunan tu. Siap ada tiang lampu seketui.

    Rajin la Kak Sarah ni bersukan eh. Hebat pulak tu. Sukan saya hanyalah berjalan kaki tiap-tiap hari ke LRT untuk pergi kerja, haha.

    Reply

    Sarah Reply:

    Haha. Actually, sukan/senaman KS setiap hari ialah jalan kaki ulang alik hostel-metro-hospital. Lagi letih daripada main pingpong! 😆

    Reply

  6. nadiah says on :

    Sarahhhh. cam best je! along da way tu mesti happening kan? waaa.. lama tak pegi jalan jauh jauh bersama kawan kawan.

    by da way..

    1. saya suka gamba jamban tu. unique! heheh
    2. saya suka gamba sarah main pingpong. Bapakkk serius! huhu – gentar gentar!
    3. kirim salam dekat doc aizat boleh. ngehehe. out of topic ke? tak kan? ade mention nama dia ateh tu ye dak? hahaha. saje je. mengingati sahabat. =p

    selamat beradu.. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Nadia,

    1. Huhu. Saya pun suka tengok gambar tu. Tapi gambar fav saya yang nampak scenery senja, lebuhraya dan bas tu.
    2. Gambar sengih2 tengah main pun ada jugak. Time terbuat silap yang tak disengajakan. Bantai gelak la kan. Hahaha. Tu kita takleh letak kat sini. Kita letak kat tempat lain na. 😛
    3. Oh. Boleh aje. Nanti saya sampaikan.

    Reply

  7. sinar_islami says on :

    salam..wah bestnye..
    tahniah kak..hebat tu..hehe
    oh pemain bola jrg tu kawan sek rendah sha..nama dia fida nusaibh kn..kim slm dia ye…
    nice pic kak..suka tgk..ceria smuanya

    Reply

    Sarah Reply:

    Fida tu kawan lama kamu ye? Insya Allah nanti KS sampaikan salam kat dia. 🙂

    Reply

    sinar_islami Reply:

    aaa..kawan sek ren (SKJP) dulu…jumpa smula kat intec..hehe panjg pulak jodohnya..syukrn ks

    Reply

  8. Diya says on :

    gambar yang di snap boleh tahan marvelous jugak ye. gambar 1st tu ada editing tak KS? mcm bentuk globe, mcm dlm cermin bulat. haish. mana satu ni. hahaha

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Gambar tu jadi macam tu sebab guna lens lain. Lens tu namanya fisheye (mata ikan). Kamu google la gambar2 yang ambil guna fisheye lens. Memang macam tu form dia. Lens jenis ni dapat cover horison yang lebih luas. Macam mata ikan! :mrgreen:

    Reply

    Diya Reply:

    uikss guna lens rupanya. baru tahu. nampak vogue jugak gambar mata ikan tu. hehe. sedang meng google. thanks utk ilmu baru ni KS =D

    Reply

  9. ytmz says on :

    Lawo gambo nyey. Dekat Selayang hari ni, Majlis Kahwin Anet dan Atein. He He.

    Reply

    Sarah Reply:

    Anet dan Atein dah selesai. Awaknya bila? Hehe.

    Reply

    ytmz Reply:

    Awaknya bila? Sekarang tengah musim, biarlah hamba ambik berkatnya.

    Reply

  10. adam says on :

    tahniah buat kengkawan kat Rusia sebab dapat anjurkan sukan besar-besaran macam ni.
    kami kat dublin ni walaupun ramai tapi bila ada event, kurang mendapat sambutan.
    131 orang dari MMA saja, even yg dah final year pun join tu. Tahniah2.
    kalau kat sini final year…. :mrgreen: (hanya mampu tersenyum)

    Reply

    Sarah Reply:

    It took 4 years to make sure everything is established. Every year the committee tried hard to succeed the event. We have different cultures here. And for that reason, when we have chances to assemble together with fellow Malaysians, we are really looking forward for it. Takpe Adam. Sukan kecik2 pun cukup dah. Yang penting rasa ke-best-an berkumpul dan main2 dengan kawan2 tu. :mrgreen:

    Reply

    adam Reply:

    4 years?!! serious? wuhu…no wonder kalau setakat setahun kadang2 smpi kena postponed sbb penyertaan x cukup 😛
    all the best kak Sarah. or shud i address akak as Dr Sarah? 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    We 1st started the event in 2004 when I was in 1st year. The 1st games (in Moscow) was so so only. The next event (in Volgograd), we improved a bit. The 3rd games (in Kursk) was getting better in term of management, organizing, participation and everything. The 4th games (back in Moscow again), I think this is the benchmark. That’s why I said, after 4 years working on this event, we finally managed to have a very well organized Malaysian Intervarsity Games. The 5th one was not bad too. And the latest one, after 6 years of trying and improving here and there, I think this is the best games so far. 🙂

    Call me KS. I’m not yet a doctor. :mrgreen:

    Reply

  11. Kasawari says on :

    seronoknya baca entri dan gambar2 di sini.. paling best Kasawari tengok gambo kat lebuhraya tu.. aduhai……….. indahnya… pinjam buat header blog leh tak.. he he.. 😆

    Reply

Leave a Reply