Senario Malaysiaku

Assalamualaikum wbt

Semenjak kebelakangan ini, jika saya bertangguh untuk menulis sesuatu dan merancang untuk menulis di lain waktu perihal yang ditangguhkan itu, jangan haraplah saya akan menulisnya langsung. Kalau ikutkan, sudah ada tiga perkara yang saya tangguhkan. Dan disebabkan saya memang tidak berperasaan cinta yang mendalam sangat terhadap blog ini sejak kebelakangan ini, saya memang tidak berniat untuk menunaikan apa yang saya tangguhkan dulu.

Sejak DS Najib dengan rasminya naik menjadi Perdana Menteri kita yang keenam, kejutan demi kejutan dapat kita saksikan. Dimulakan dengan pembebasan 13 tahanan ISA. Juga penarikan semula arahan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan yang dikeluarkan oleh KDN yang berkuat kuasa serta merta. Dua perkara pertama yang dilakukan ini nampaknya menyebabkan rakyat memang berlapang dada sungguh dengan DS Najib. Berbaik sangkalah tu. Tapi tak kurang juga yang berhati-hati menanti apakah pendekatan memenangi hati rakyat yang seterusnya. Dan setiap hari, rakyat bagaikan ternanti-nanti apakah lagi kejutan dan pembaharuan yang akan diterima oleh Malaysia.

Hari ini, terlalu banyak kejutan yang kita terima. Kes Altantuya. Barisan kabinet baru DS Najib. Wow banyak kali wow saya hari ini. Dari celik mata sehingga tengahari ini, berkali-kali dah wow, wow, wow. Saya tak berniat hendak mengulas panjang. Pergilah dengar berita, baca surat khabar, jenguk laman web rasmi sana sini yang meletakkan senarai penuh kabinet baru. Buat apa saya ulas pun. Tersalah tulis sikit pun dah jadi isu besar pula nanti.

Yang saya terasa lucu dan ironi ialah Khairy yang tidak wujud dalam senarai baru ini. Sebaliknya Mukhriz dan ketua-ketua sayap UMNO yang lain ada disenaraikan. Juga beberapa muka baru yang tidak disangka akan naik (bagi sayalah). Dan terasa kelakar bila melihat ada orang lama yang pernah dikeluarkan kini sudah dimasukkan kembali. Kalau orang lama dikeluarkan, itu tak apalah. Mungkin idea orang baru lebih bernas untuk diadaptasikan dalam slogan Satu Malaysia. Yang pergi ambil semula orang lama, ada alasan yang bernas tak untuk menjelaskan kenapa? Saya nak wow lagi sekalilah.

Kelakar oh kelakar.

Nampaknya Hamid Albar dah tiada. Azalina pun dah tiada. Drama bertajuk apa pula yang akan muncul di kalangan pemimpin kita nanti ya. Dah tiada jaguh wanita untuk perang mulut. Dah tiada sinikal-sinikal santai Hamid Albar. Yang ada, mungkin jawapan-jawapan tanpa sokongan ilmu oleh Zahid Hamidi dan Ahmad Shabery Chik. Kita tunggu. Kita lihat nanti apa akan jadi.

Cuma suka untuk saya nyatakan, saya bersetuju dan hendak melihat corak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri kita sekali gus merangkap Menteri Pelajaran. PPSMI mansuh boleh tak, Tan Sri? Ada berani? :mrgreen:

Atau, apakah mungkin Dafi akan terus-terusan berpolitik bagi pihak ayahnya? Ok ok. Kita tunggu. Kita lihat nanti apa akan jadi.

Kelakar memanglah kelakar. Tapi negara kita tetap negara kita. Semoga mana-mana yang negatif dalam kabinet baru ini akan dineutralkan dengan adanya positif daripada beberapa kepimpinan yang saya yakin akan menjalankan tanggung jawab mereka dengan sebaiknya.

Tapi tolonglah satu perkara wahai ahli-ahli politik negara. Buanglah sikap mengutuk hentam herdik sana sini. Nak tahu apa kawan saya berbangsa Tan Tan Tan di sini tanya? Tanyanya: Malaysia ni kecil saja. Tapi gaduh pasal politiknya tak sudah-sudah. Apa yang direbutkan sangat tu?

Ha. Jawablah. Jawab. Saya tak jawab. Saya senyum-senyum. Di akhirnya saya sudahi dengan satu kenyataan: Selagi ada duit dan pangkat, kat mana-mana pun dalam dunia ni akan ada orang yang kejarkan benda-benda ni semua.

Rasulullah S.A.W bersabda: β€œTiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab ke atas orang yang berada di bawah pimpinannya. Seorang ketua negara bertanggung jawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertanggungj awab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak pula bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, bertanggungjawab kepada majikannya. Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungj awab ke atas apa yang dipimpinnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda: “Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan di dalamnya.” (Riwayat Muslim)


Nota 1: Ini pendapat peribadi saya sebagai rakyat Malaysia.

Nota 2: Suhu di Moscow sudah panas. Nampaknya petang ni boleh pergi jogging. Tapi daun hijau masih belum berputik. Alhamdulillah atas nikmat cuaca yang nyaman ini, Ya Allah.

13 Responses to “Senario Malaysiaku”

  1. haritzer says on :

    Menan sabung kg tergadai πŸ˜₯

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak berani nak kata apa lagi. Masih terlalu awal semua ni πŸ™‚

    Reply

  2. wandisini says on :

    salamz tuan rumah

    cepatnya buat ulasqan tentang barisan kabinet, baru je tadi kuar dah tulis kat blog
    kita tengok je la sama2 pa jadi selepas ni kat negara tercinta ni

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Wan yang berada di sana πŸ™‚ Kebetulan hari ni saya takde kelas. Saya ikutilah perkembangan ni. πŸ˜€ Ye. Tak boleh nak buat kesimpulan lagi. Kena tunggu dulu mereka mula menjalankan tugas.

    Reply

  3. Yeop says on :

    Salam sarah,

    Harap-harap mereka yang dipilih tu melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Ini amanah dari rakyat-rakyat malaysia (dalam dan luar negara). Jika ada permasalahan disini payah (DUTA KECIL MALAYSIA) nanti hendak diterangkan pada ‘TAN TAN TAN’ dll.

    Komitmen dari pemimpin amatlah diharap dalam menerajui negara. Masalahnya kekadang tindakan mereka ini dilihat oleh rakyat hanya untuk kepentingan peribadi semata. Harapan rakyat kepimpinan DS Najib mengikis pandangan ini.

    Pada pandangan saya (sebagai warga negara) tiada kejutan disebalik pembebasan 13 tahanan ISA cuma ia mengikut jejak PM yang terdahulu.. sebagaimana Dr M ketika mula menjadi PM..membebaskan tahanan-tahanan ISA..(eloklah Ds Najib mencontohi perkara yang membawa KEBAIKAN) tetapi jangan pula menahan rakyat Malaysia menggunakan ISA. Sebaliknya dakwa di mahkamah. Seseorang tidak dikatakan bersalah selagi mahkamah memutuskannya bersalah.

    Harapan rakyat malaysia menggunung pada DS Najib untuk membawa Negara yang kita cintai ini ke suatu tahap yang membanggakan.

    MALAYSIA BOLEH…

    P/S: Maafkan saya sekiranya perkongsian ini panjang berjela..!! Ini pandangan PERIBADI sahaja bukan untuk mengkritik PENULIS(Dunia Sarah) atau PEMBACA yang lain.

    Salam.. Inzvinitye..Phazalustha SaraH.

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih kerana berkongsi pendapat.

    Reply

  4. Rizal says on :

    Salam Sarah,

    Bila Sarah berbicara tentang politik :grin:, nampak ideal tp penuh berhati hati :mrgreen:

    Senario tetap sama cuma watak jer yang berbeza, nampak damai di atas tp bergolak n bergelora di dasar, ramai yang karam, ader yg timbul kembali, ader yang terus berkubur.

    Maslow pernah berkata, manusia gila kepada harta dan kuasa…

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Rizal.

    Kalau saya lancang sangat menulis, ramai sangat kat sini yang pantang. Alergik tengok seorang pelajar bercakap tentang politik. Macam orang paleotitik sungguhlah diorang tu :mrgreen: Jadi, daripada saya pening kepala layan kerenah orang yang datang menghentam (dah jadi banyak kali sebelum ni), jadi baik saya tulis apa yang nampak ideal. Kalau pandai tafsir, tepuk tangan. Kalau tak nampak jugak maksud tersirat, oh, tak reti lah nak kata apa.

    Saya setuju apa awak kata. Wataknya mungkin dah bertukar, nampak ada kelainan. Tapi tak mustahil perubahan tak dapat dilaksanakan. Di sebalik watak-watak baru ni, konflik di belakang tabirnya masih juga kekal konflik lama tu. Tak sudah-sudah. Makin menjadi-jadi pun mungkin.

    Buat masa ni, biarlah saya jadi seorang yang nampak ideal. Tunggu la 3 bulan lagi. Saya sudah bebas 😎

    Terima kasih menyinggah dan berkongsi pendapat di sini.

    Reply

  5. Kasawari says on :

    Wah tak sangka bakal Doktor kita ni boleh mengupas dengan baiknya barisan kabinet baru.. ermmm… harap2 5 tahun akan datang akan ada Menteri Pelajaran baru yang bergelar Datok Seri Dr Sarah.. amin…

    Reply

    Sarah Reply:

    Kalau nak jadi Datin Seri je boleh tak? :mrgreen:

    Oh. Simpang malaikat. Hehe.

    Reply

  6. doyot says on :

    wah..mantap mantap..saya suka entry ini..tolong la barisan kabinet baru ni berusaha dengan baik. bagi saya mana2 pihak pun ada baik buruknya, Saya juga suka Muhyiddin Yassin jd TPM..hehe.. πŸ˜›

    Reply

    Sarah Reply:

    Bagi saya kan, kenapa rakyat tak la berang sangat lagi dengan kenaikan Najib ni sebab ada Muhyiddin yang menyebabkan keadaan nampak seimbang. Moga-moga Allah kurangkan rencah politik kita daripada disumbat macam-macam fitnah dan sifat busuk.

    p/s: Apa cerita PKS di Indonesia hari ni? Eh, pemilihan hari ni ke semalam ye? Aduh. Saya dah confuse dah. :p

    Reply

  7. nihas says on :

    Salam,
    ukhti,
    will finish ur study dis year? nnt berkhidmat di mana?

    p/s: sebab blog ukhti selalu ramai pengunjung, so sama2 la doakan kesejahteraan untuk seluruh umat islam di malaysia khasnya dan seluruh pelusuk dunia am nya….

    amen…

    Reply

Leave a Reply