Sejam Untuk Bumi
Assalamualaikum wbt
Ada dua perkara yang hendak saya kongsikan. Pertamanya berkenaan kempen Sejam Untuk Bumi atau lebih dikenali sebagai Earth Hour pada 28 Mac 2009. Kempen kesedaran untuk mengingatkan manusia bahawa setiap daripada kita ada tanggung jawab untuk memulihara dunia. Kempen untukย mengingatkan bahawa kita sebenarnya boleh berubah dengan menjimatkan penggunaan sumber tenaga dan seterusnya mengurangkan penghasilan tenaga juga. Tepat pukul 8.30 malam tadi, kami serumah pun mula memadamkan lampu. Sebelum itu, siapa yang hendak makan nasi, sudah siap-siap mengisi nasi dan lauk. Siapa hendak minum air, sudah siap-siap membancuh air dan membawa masuk ke dalam bilik. Sumber cahaya kami malam ini hanyalah secawan lilin aromaterapi berbau vanila.
Keduanya berkenaan Penjimatan Masa Siang atau Daylight Saving Time (DST) yang akan bermula pada hari esok untuk kami di Moscow ini. Apa itu DST? Saya malas hendak terangkan panjang berjela secara saintifik. Untuk mudahkan, sila baca perbincangan saya dengan kawan-kawan di Plurk di sini. Nanti jangan tanya dah ya. Saya memang malas hendak menerangkan untuk kesekian kalinya. Hehe.
Nota: Pening kepala dah 24 jam. Lagi tengah malam, bertambah sakit jadinya. Hati pun macam terguris. Terguris banyak. Dan sedih dengan apa yang jadi.
huhu… mcam best jer..
aku ikut cakap kak jie jangan pakai lilin..
so takde ar lilin…
Reply
macam malam berpuisi atau nyanyian la pulak bila saffa tengok ada gitar tu.. ๐
Reply
I’m not support, I’m supporting in other way ๐
Reply
Salam…KS dalam gelap pun kiut!!! ๐ ๐ ๐
Reply
ktorg kt m’sia pon wat gak..kt kaw kampus residen perempuan..ramai gak yg join..
no force.. who want to do, juz do it..
hehe..while in d dark.. we watch movie-twilight..laptop charge awl2 tuh..hoho
Reply
salam…
..kami x sempat bergelap pun,kelam-kabut sikit..tau2 ajelah budak2 tu, nanti jatuh tangga pulak…lagipun kami rasa tak nak support pulak, mungkin sebab merasakan ianya agenda barat, depa yang banyak merosakkan dunia, tiba2 nak menyelamatkan pulak…kami ada cara sendiri, shopping pakai green bag & tapau makanan dalam bekas sendiri, biarkan kecil tapi sebagai permulaan ok kan?..
tapi kan kat M’sia byk yang terikut, siap buat parti lagi, bercampur bukan muhrim dalam gelap2, macam2 boleh jadi..that’s why..
Reply