Selamat Tinggal Kopi

Assalamualaikum wbt

Saya telah berubah. Jika dulu, sehari hidup tanpa segelas kopi, nescafe dan yang seumpama dengannya adalah tidak sah untuk saya. Itu minuman ruji. Air masak pun bukanlah seruji itu bagi saya. Tekak saya memang susah hendak menerima air masak atau air mineral di sini. Bagi saya, rasanya pelik. Untuk membolehkan saya menerima air masak, saya perlu mencampurkan air panas dan air mineral biasa. Barulah boleh diminum. Kalau tidak, saya lebih suka membancuh air dan wajiblah air itu sejenis kopi.

Tetapi sejak empat hari lalu, saya sudah berhenti minum kopi seratus peratus. Untuk mengelakkan saya terbancuh air tersebut, saya langsung tidak membeli stok susu manis baru. Jadi, saya tidak dapat membancuhnya. Bila saya menyebut kopi, saya memaksudkannya sebagai nescafe susu. Tapi sekarang saya bukannya menggunakan nescafe. Saya boikot. Saya telah bertukar menggunakan produk tempatan di sini.

Dalam tempoh empat hari ini, saya bersarapan dengan air suam. Saya suka makan sekeping roti bakar kosong ketika bersarapan. Memang pelik rasanya untuk bersarapan hanya dengan air suam begini. Tapi saya cuba merutinkannya. Alhamdulillah setakat ini masih bertahan dan saya suka dengan rutin ruji baru saya ini.

Semalam saya keluar bersama rakan serumah untuk membeli barang rumah. Kami singgah makan ringan sedikit memandangkan semuanya sedang lapar. Kalau dulu, walau apapun kedai yang saya singgah untuk makan, minuman saya hanyalah kopi. Tidak kisahlah kopi apapun. Janji ialanya sejenis kopi. Capuccino, American Coffee, Mocha, Black Coffee atau apa saja. Semalam, saya berdiri lama di kaunter. Kaunter pun kebetulan kosong. Saya memesan pancake karamel dan untuk memesan air, saya jenuh memandang keliling. Saya tidak mahu sewenangnya merosakkan rutin baru saya.

Akhirnya, buat pertama kali saya memesan jus saja. Amat jarang sekali saya memesan jus ketika minum atau makan di luar. Saya tersenyum sendiri dengan perubahan kali ini. Semoga saya bertahan dengan rutin baru yang lebih sihat untuk saya ini.

Nota 1: Buat sementara waktu, kamu tidak dapat menghubungi saya menggunakan Hubungi Sarah. Ada masalah teknikal.

Nota 2: Saya sedang bersarapan roti bakar kosong. Tapi saya teringat-ingat mi goreng yang emak selalu masak. 😥

Nota 3: Tajuk macam orang putus cinta. Huahuahua. 😆

20 Responses to “Selamat Tinggal Kopi”

  1. MK says on :

    Bagus2, amalkanlah gaya hidup yang sihat. Saya kalau makan di luar memang pesan air suam, tapi kalau kat rumah jarang.

    Tinggalkan Nescafe, tinggalkan Milo. Mula2 memang macam susah je.. tapi kalau itu pun kita tak sanggup tinggalkan, maknenye hidup kita dah macam dikawal oleh mereka2.. huhu. Saya la ni dok menghabiskan kopi Radix kat ofis. Sebab tanak minum Milo… wuwuwu…

    Reply

    Sarah Reply:

    KS memang mual minum milo. Tak boleh sentuh langsung. Muntah je terus. Minum kopi bukanlah tak sihat. Ada orang yang ok je. KS stop sebab ada sebab 😆 Cut sugar intake! 😆

    Reply

  2. mieda says on :

    kagum dengan sarah sebab boleh minum kopi tiap-tiap hari. Saya langsung tidak boleh minum kopi, confirmed lepas minum akan rasa pening yang teramat sangat sampai tidak boleh berdiri.

    Bagusla sarah tinggalkan minum kopi ni. kandungan caffein nye pun tinggi, tidak baik untuk kesihatan. saya amalkan minum air masak terutama di ofis. Lagipun cuaca di Malaysia sekarang agak panas. Changes untuk demam dan batuk-batuk tu tinggi sekiranya kurang meminum air. Saya pun baru sahaja lepas sihat dari demam..huhu.. 🙁

    Reply

    Sarah Reply:

    Ida, lain orang lain tahap ketahanannya pada kesan caffeine. Kalau saya, sebelum tidur pun boleh minum hot nescafe dan terus tidur dengan nyenyaknya. Takde alasan tak dapat tido sebab minum kopi. Huhu.

    Saya stop bukannya sebab kopi mengandungi caffeine. Ada banyak lagi minuman bercaffeine. Coca cola pun ada caffeine (untuk siapa yang minum). Saya stop sebab nak cut sugar intake. 😆

    Reply

  3. Eriyza says on :

    Wah, perubahan yg positif.
    Semoga istiqamah ya. 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Huhu. Ni cubaan pertama saya cut sugar intake from my daily drinks 😉

    Reply

  4. sakura says on :

    salam, ks..
    wah, bagusla tu.. 😉

    saya ni terasa jugak nak tinggal kopi..
    tapi dah jadi ala-ala dependence pulak..kalau tak minum kopi, mesti cepat je rasa mengantuk tu menyinggah..tapi, bila dah minum, cepat jugak side effect nya saya dapat..aih~ ish, macam orang dalam dilema, kan?

    ks..ada idea tak? nak, nak.. 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Adeh. Macam ulang jawapan banyak kali je. Kat atas2 ni pun KS jawap yang sama 😀 KS stop bukan sebab kesan sampingan atau apa2 sebab lain yang berkaitan dengan caffeine. KS stop sebab nak kurangkan gula dalam minuman. Cut sugar intake. Ni salah satu cara diet ni.

    KS takde idea nak elak semua benda tu sebab personally KS takde kesan langsung bila minum coffee. In fact, sebelum tidur pun KS minum nescafe panas 1 mug. Hehe.

    Reply

  5. ims says on :

    kill 2 bird with 1 stone.
    1st. dpat cut sugar daily intake.it will improvise ur healthy.
    2nd. dpat bantu saudara muslim kita di palestin secara x langsung.
    klu ikhlas sudah dikira jihad kecil tu.

    hehehe
    sibuk jek saya ni.
    merayau rayau waktu subuh ni jumpa blog ni dn tertarik ngan entri ni.

    harap landlord x kisah ye.

    asssalamualaikum

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya memang tak guna nescafe pun. Dah lama boikot. Saya guna local product, Russian made.

    Reply

  6. djambu says on :

    putus cinta dgn kopi…mmg seharusnya berkerat rotan, berpatah arang dgn nescafe tu!

    rasa kelakar pulak, roti dgn air kosong… 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Roti dengan air kosong rasa macam…. orang dalam pantang lepas bersalin 😆

    Reply

    djambu Reply:

    haha. cdgn saya, lps ni, sarah makan roti dgn air kosong…dan bayangkan sarah dok dlm kolam…

    *boleh tulis karangan bertajuk ‘saya seekor ikan’*

    haha! [bab merapu2 mmg handal] 😛

    Reply

  7. akukopi says on :

    kenapa dgn kopi??? ken boikot kopi ka???

    p/s: mbo minum cham (kopi keluang+teh)

    Reply

  8. akukopi says on :

    owh, tak pyh jwb, dh terbaca entri atas.. sowie… mlsnya nk kena review suma… kena sound saja ja..

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehe. Tersenyum saya baca komen ni 😛

    Reply

  9. Ejalz says on :

    sarah… jumpa lagi persamaan, suka kopi.. me too, dan saya pun jarang minum air masak… tapi saya masih meminum kopi@nescafe susu.. belum nak ada persamaan untuk ‘menyelamatkan-tinggalkan’ kopiku.. huhuhu…
    saya pun sama macam sarah, boleh minum nescafe susu atau O bila-bila masa di mana jua tanpa ada masalah… takde masalah nak tido, tak pernah juga berjaya men’celik’kan mata dengannya.. hehe..
    ramai yang komen kat saya pasal kesihatan la, pasal caffeine la, pasal bad effect later la… tapi sbb begitu ‘sayang’ pada nescafe, sepatah ayat abah saya “pegi bagitau kat syarikat yg keluarkan kopi tu, suruh derang stop pengeluaran, kalau betul ada kesan kesihatan” .. hahaha.. best betul ayat abah saya…. ayat-ayat cinta …. pada nescafe..
    anyway, selamat berjaya pada Sarah..

    p/s tiada cubaan untuk provoke sarah eekk… :mrgreen:

    Reply

  10. Yeop_K says on :

    Minum ‘Waterlife’ lagi baik untuk kesihatan!!!

    Reply

  11. search engine ranking says on :

    search engine ranking

    Selamat Tinggal Kopi | Dunia Sarah

  12. click here for more says on :

    click here for more

    Selamat Tinggal Kopi | Dunia Sarah

Leave a Reply