Cuti-cuti Moscow
Assalamualaikum wbt
Jahil sungguhlah saya ni dalam ilmu coding dan segala benda alah yang melibatkan blog baru ni. Belajar terkial-kial. Biasanya laju juga saya ni menangkap ilmu cuba-jaya ni berkaitan coding ni. Tapi kali ni slow yang amat sangat. Kalau dalam sehari tu, berkali-kali berbalas email dengan si adik meminta tolong dan tunjuk ajar. Tapi lepas dah email biasanya saya keluar rumah. Bila balik saja, wah, semua dah siap. Bagusnya ada adik begini.
Sebenarnya theme ni masih ada masalah. Tak boleh lagi saya nak betulkan. Nantilah. Dah bijak sedikit nanti saya betulkan. Sekarang tak bijak lagi. Huhu. Itupun dah mengada-ngada saya email tanya itu ini kejap tadi. Lagi tepatnya mengadu saja. Sebab kalau saya tanya macam-macam pun, nanti dengan automatik dia buatkan semuanya juga. Haha.
Saya baru saja kembali dari luar. Ke Moscow Ice Sculpture Exhibition 2009. Sangatlah gembira. Pergi bersama Wanie dan Diba. Emy tak dapat ikut bersama kerana pagi tadi dia ke klinik. Sesungguhnya saya ni tergolong di kalangan yang lambat sangat melawat ke sana. Pameran sudah bermula sejak 1 Januari lalu. Tapi banyak pula episod sedih melanda. Demam, tak sihat, demam semula, sakit pula, posting belum tamat dan bila dah habis, asyik berhibernasi di rumah saja. Lagi tepatnya, dalam bilik sendiri saja sejak 3 hari lepas (Saya boleh hidup selagi internet ada. Huhu).
Suhu di Moscow sangat ajaib tahun ini. Sepatutnya, di penghujung Januari begini, suhu akan turun sehingga -30’C. Tapi nak tahu berapa suhu hari ini? Hari ini suhu adalah +1’C. Positif. Lucu. Salji mencair. Yang kami pula pergi ke pameran tu. Ada beberapa ukiran dah tiada rupa gaya. Tangan macam kudung. Burung merpati kepala dogol. Jejantas pada Menara Berkembar Petronas pun macam runcing dan lagi sedikit nak patah. Obor pada Statue of Liberty dah jadi macam aiskrim. Kelakar kan? Tapi kami tak berputus asa. Bergambar tetaplah menjadi agenda. Dan bila tiba-tiba lampu warna-warni dipasangkan, terujalah kami bertiga yang sedang berada di hadapan ukiran Pisa Tower. Makcik pakcik yang lalu lalang pun gembira melihat kami yang teruja ni.
Bila dah beku kaki tangan bermain di gelonsor ais yang diukir khas untuk kanak-kanak, kami pun bertolak balik. Nampak sangat kami perasan menjadi kanak-kanak kerana suka hati saja bermain di situ. Singgah di Manezhย Underground Shopping Complex semata-mata hendak ke food court untuk makan. Pergi berjalannya sejam lebih saja. Duduk makannya pula 2 jam. Mana tak gemuk?
Nota: Saya akan memastikan theme blog ni menjadi macam yang saya nak, insya Allah. Menjelmalah kamu wahai computer geek. Ting!
Kemas kini: Ha! Kan dah kata. Macam kilat je. Saya sedang kemas kinikan Google Reader dan blogroll je kejap tadi. Bila saya view blog, tadaaa! Theme ni dah sempurna dah! Serius saya mahu cari suami macam adik saya ni ๐ Terima kasih, Nan!
hehe. tetiba terasa nak komen lak entri ni bila baca bahagian nota KS tu. amboih la, siap guna magik2 lagi nak bagi muncul si computer geek tu ye. diya perasan jugak ni. nampak benar KS ternanti2 kemunculan cik abang komputer. moga2 ketemu lah jugak nanti. aminnnn =D
p/s-owh. diya mencari photographer, KS. hehehe =P
p/ss-heh. obor statue macam aiskrim? diya tengah imagine sungguh2 ni. hahaha
Reply
Sarah Reply:
January 27th, 2009 at 9:26 am
Sebenarnya Diya, computer geek tu bukan la the only choice yang KS nak. Tu mungkin boleh KS kata sebagai cover lain (?). Hehe. KS ni hidup dipenuhi computer geek. Ayah, adik2, semua hebat computer. KS selalu rasa diorg ni cool ๐ Dan sebenarnya KS suka orang yang art stream. Ngehehe. Salah satu cirinya ialah sukakan photography jugak tau! ๐
Reply