Kena Marah

Assalamualaikum wbt

Bangun tidur pagi ini, saya teringat bahawa seluar jeans, blaus dan tudung masih belum digosok. Bergegas saya menyelesaikan kerja ini sebelum berkejar memberi The Harolds makan. Saya lihat balang airnya samar-samar. Subuh pun belum masuk lagi waktu itu. Fikir sekejap, lalu saya ambil keputusan untuk membasuh balangnya dulu. Tiba-tiba terlamalah pula membuat kerja itu. Sampai tak sedar pintu rumah diketuk oleh makcik cleaner yang datang hendak membersihkan dapur.

Saya bukakan pintu. Makcik itu terus laju menuju ke pintu dapur. Saya yang sedang terkejar-kejar hendak bersiap sebab sudah agak lewat untuk bertolak dipanggil oleh makcik cleaner itu. Dia bertanya, kenapa saya mengunci pintu dapur. Garang sungguh suaranya. Saya menjawab, saya tinggal seorang. Kalau saya tak kunci, tiba-tiba kalau ada orang masuk melalui pintu dapur sebelah sana, siapa yang susah. Tak pasal-pasal selepas itu makcik cleaner itu bising memarahi saya. Katanya, menyusahkan dia saja yang mengusung baldi dan alat menyental yang lain terpaksa bersusah sedikit untuk membuka kunci pintu dapur.

Ya Allah. Bengang sungguh saya waktu tu. Adakah patut saya yang dimarahnya sedangkan apa yang saya buat itu untuk tujuan keselamatan diri? Saya masuk bilik air dengan muncung panjang dan saya mengomel di dalam Bahasa Melayu. Biarlah dia nak kata apapun. Saya buka semula pintu bilik air dan menuju ke dapur. Saya katakan padanya, esok lusa tak datang pun tak mengapa. Saya dah bersihkan dapur tu awal-awal lagi. Bersih berkilat. Tak payah dia susah-susah datang.

Terus saya masuk bilik untuk mengambil kot saya. Dan waktu itu jugalah dia sudah mula hendak keluar dari rumah. Tiba-tiba dia berpusing dan menyambung bebelannya pada saya. Katanya, kalau tak mahu dia datang membersihkan dapur esok lusa, jangan guna dapur tu. Nanti kalau kotor dan tak dibersihkan, admin akan memarahinya pula. Ya ampun. Dah tu selama ni dia tak datang tu, siapa yang bersihkan dapur tu? Jiran rumah sebelah? Jangan harap. Dapur tu berkilat bersih sebab saya dah bersihkan sepanjang makcik tu tidak datang. Entah cuti apa lama sangat jadinya. Saya tak membalas. Saya biarkan saja. Boleh hilang mood pagi-pagi kalau dilayankan sangat makcik ni.

Saya berjalan super laju ke metro dan dari metro ke hospital. Memang agak terlambat. Sudahlah saya perlu berjumpa doktor saya dulu pagi ini. Sampai saja, salin scrub, naik tingkat 10, tunggu doktor datang dan saya memberitahunya bahawa saya perlu ke poliklinik pelajar di Kievskaya hari ini. Tak ada masalah. Dia lepaskan saya keluar pada pukul 10.30 pagi.

Janjitemu saya di poliklinik pada jam 11.30 pagi. Tapi saya terlewat sampai. Hampir 11.45 baru saya mejenguk di unit Heamatology di tingkat 3. Aduh. Sekali lagi saya kena marah. Bertahanlah saya mendengar bebelan seorang jururawat di situ. Saya terlewat kerana jalan sesak. Menyesal rasanya saya naik avtoline. Tapi kalau jalan kaki ke stesyen metro, jauhlah pula. Pasti akan lambat juga.

Selesai mengambil keputusan ujian darah saya yang lalu, saya menuju ke bilik rawatan. Doktor menanti di sana untuk konsultasi. Nah. Sekali lagi saya kena marah. Kena bebel dari A sampai Z untuk setiap yang tertera pada kertas keputusan ujian darah saya.

Hemoglobin 9.8
Platelet 145

Ada yang faham kenapa saya kena bebel oleh doktor? Tahniah.

Serius tiada mood untuk buat apa-apa dah lepas tu. Hajatnya, disebabkan dapat balik awal (tengahari saya dah sampai rumah), saya hendak memasak. Sekarang, nak buat apa-apapun dah tak lalu.

Nota 1: Sistem dapur rumah saya bergabung dengan rumah sebelah. Pendek cerita, jiran rumah sebelah boleh mengakses ke rumah saya melalui dapur. Mereka semuanya berbangsa Kazakhstan, Ukrain dan Russia sendiri. Sebab tu saya sentiasa mengunci pintu dapur. Tak logikkan makcik tu marah-marah saya pagi-pagi begitu. Nasib baik saya jenis tak menjawab. Kalau tak, berapi dapur pagi tadi.
Nota 2: Ah, memang tak ada mood! (-_-)

26 Responses to “Kena Marah”

  1. Cinta says on :

    Salam Sarah…
    Wahai adik ku sabar ya…x apa nanti akak marahkan diorang…akak tiupkan semboyan daripada bumi malaysia nie…jaga kesihatan..jaga diri tau…

  2. snm says on :

    sarah..care to explain yg hemoglobin tu? klu platelet tu fhm le kut :p

    mesti makcik tu irndu nk dgr sarah bebel kt dia ckp melayu bila sarah back for good :p

  3. fathiyyah says on :

    okeh,sekarang sudah tahu kenapa akak takdak mood..

    sabar banyak2 kak..

    p.s: sy tahu kenapa akak kena marah tuan doktor!!

  4. cikgu jawe says on :

    mcm fathiyyah juga, aku fhm knp doktor tu marah awk. tp biar le fathiyyah tlg jwb kan.. hihi

    mmg teruk asik kena marah. terutama pagi2 nk mulakan hari.

    tp aku tahu awk cpt sejuk. lgpun moscow kn tgh sejuk. 🙂 anggap le yg makcik tu tgh baru nk dtg kitaran biologi dia. mmg emosi tak stabil.. hehe

    senyum =)

  5. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Cinta:
    Saya yakin makcik tu tak datang dah esok. Hehe. Sebab saya dah bagi dia off tak payah datang esok lusa. So, insya Allah takde sape dah nak marah-marah saya pagi2 buta tu. Ngehehe.

    Falin:
    Ops. Saya takmau terangkan. Hehe. Makcik tu nanti akan tetap dengar orang membebel dalam BM. Budak2 rumah saya kan ada lagi. Muahaha.

    Thia:
    Jadi, kamu boleh beri diagnosis tak? Hehe.

    Cikgu Jawe:
    Ya ampun. Gelak saya baca komen cikgu. Cikgu, makcik tu saya rasa dah lama menopause kot. Tapi dia masih kerja lagi. Saya rasa sikit lagi saya boleh panggil dia nenek kot =D

  6. Dr Amad says on :

    kak try marah dlm bahasa ganu..conferm diorg ingat itu pujian.Tapi kene ucap dengan muka yang manis la…hik3…

    “Bahang rambang sungguh mung ni mokcik cleaner.Mung ingat aku nok kuci pintu saje2.Kene awok2 umoh sebeloh masuk dok ke aku jadi lauk…dok rok cetong sggh,” ini yg selalu ckp bila nak marah org sini.Hik3.

  7. akak says on :

    makcik tu bad mood sebab dia dah kene marah kot..:p. Macam² la makcik tu kan..erm..

  8. Shumierain says on :

    Salam,
    sabar bebyk sarah..dah nama pun makcik kan..nyanyuk kot..

    tp serius, sy xsuker org marah2 tanpa sebab..nyampahnya dgr..kalu sy mesti dah jd perang mulut..

    sib baik sarah sabar..

  9. Anonymous says on :

    mungkin awk ada sakiti hati orang…dapat la balasannya…dunia nie cepat je dibalas..:) zaman skrg u pay for it man..apa yang dibuat..bagus betol lumrah dunia nie..cepat sangat dibalas.kurang la dosa..

  10. kimot says on :

    anaemia.. pastu platelet rendah.

    xleh berpikir, sakit kepala.

    makcik tu mmg sengal

    sekian

  11. Nini Marini says on :

    Huhu, kesiannye KS. memang sah2 lah takde mood memanjang je kna marah spnjang hari ni.

    Nini faham sistem da^pur gtu.dan memang patut pun KS kunci,bahaye nanti.cuma Nini tak paham,kenape makcik tu yg tolong bersihkan dapur?memang kerja dia yea? wah,bertuah sungguh!

    Semoga esok Allah hadiahkan matahari yg menyinar2 buat KS.

    =)

  12. nono says on :

    oh inilah yang buatkan awak takde mood tu yea. hahaha.. if saya, saya jawab je makcik tu darah… biarla dia bengang.. pastu report kat admin. haha..

    tapi saya tahu sarah bukan jenis yang menjawab. takpe la sarah. diam tak bermakna kita kalah bukan?

  13. adik junior says on :

    kena marah……… bise lah tu ks. dok kt russia ni mmg sentiasa kena marah. diorng ni mmg suka marah2. x tau la kenapa. ckp elok2 sikit x boleh ke?? pelik.. ks dh 6 tahun dh kt mscow ni.. mesti dh boring kene marah. kitaorg yg baru beberapa thn kt sini pun, dah immune dah, klu sy kene marah ngan sape2 pun la, wlaupun mamat russia nk ajak bertumbuk ke, nenek membebel ke, saya mmg buat x layan je, buat mcm pekak… jalan je terus tanpa pndng muka..

  14. Sweet Thinker says on :

    beta perlukan siasatan lanjut. tp esok baru jumpa dokte. ade penjelasan?

  15. Inah says on :

    hoho..kesian sarah..malang bertimpa2..

    cool ye sarah 🙂

    sarah kan macho 🙂

  16. en_me says on :

    hi cek sarah.. salammmz

  17. SangPelangi.com says on :

    Kihkih. Boleh bayang macam mana situasi marahkan makcik tu dengan bahasa Melayu.
    Biasalah orang tua memang macam tu. Kalau aku jadi tua, mungkinlah aku jadi macam tu kot? Hehe.

  18. Nurmahani says on :

    salam sarah,

    darah awak sedikit cair (dari segi warna) sebab hemoglobin memberi warna pada darah kite kan. rendah sikit la utk seorang perempuan. tapi kalau lelaki, range nya masih normal. maaf kalau tersalah. platlet saya tak pasti hihi. mungkin rendah juga? normla 300+ kot :p

    ala pedulikan makcik tu, kdg2 die marahkan org lain tapi kita yg menjadi mangsa. takde faedah la kita layan marah2 ni kan hihi. cheer sarah 😀

  19. Nadia Yuna says on :

    mane gi mood awak sarah? heheh. Saya kat sini tak hilang mood. pening adelah! leh tahan juge ye karenah dak2 di pahang ni. hehehe.

  20. haritz says on :

    Kalau takde mood pagi2 semesti akan terbawa2 sampai petang, itu saya la tu..

    ps: sabar ye Sarah, main ngan Hamster mungkin boleh mengurangkan sikit mood awak tu. Agak saya lah

  21. fathiyyah says on :

    haa? diagnosis?

    erk,belum boleh lagi la kak..lagi 3 thn Insya Allah boleh.. kena jumpa dulu akak,br bley diagnosis..

    ameen..

    hihiii 🙂

  22. diya says on :

    diya tak pandai nak memujuk ni. tapi, mungkin kalau diya ada kat sana, boleh buat lawak2 pandai sikit. kak sarah tak gelak pun takpe. asal kak sarah senyum semula, dah cukup indah bagi diya =)

    p/s-harap mood dah datang balik. huhu

  23. Hafizatul Akmar Hussin says on :

    oyh encitt mood dtg laa kat sarah pat2! ..ekekeke-

  24. Iza says on :

    salam sarah.
    saya faham rasanya keadaan bilamana di’marah’ dan di’bebel’kan oleh doc tu, sbbnya hb saya lagi rendah dari awak 😉

    apa pun, jaga diri. have enough rest!

  25. djambu puadovich says on :

    err…sarah buat blood test salah haribulan kot…

    kalo kat sini, sy tgk jugak. kalo mcm yg marah2 tu agak2 muda, sy lawan je tengking balik. kalo yg tua2 agak2 lemah2 jantung tu, telan je la makian dia tu…kalo lelaki yg marah2, lari cepat2. haha!

  26. Lee says on :

    cik siti sarah kene la byk berehat ye..

    kdg2 mungkin kene marah tu satu faktor buat awk x de mood, tmbhn pula bdn awk pun x berape sihat dn stabil..so bertambahla x de moodnye..

    hopefully, cik siti sarah gembira selalu dan sentiasa senyum + serta buat bodoh je kalau kene marah ek..

    Smile always sarah!! 😉

Leave a Reply