Salam Buat Si Comel

Assalamualaikum wbt

Kalau di rumah, jika saya hendak mengejut adik bertuah saya yang berdua itu bangun tidur, saya mesti akan mengetuk pintu bilik mereka, membukanya perlahan-lahan dan memberikan salam dengan nada saya yang tersendiri.

“Assalamualaikuuuuum”

Sambil itu, saya akan tersengih sendiri sebab saya sudah mula dapat menjangkakan reaksi mereka berdua apabila disentuh untuk dibangunkan, baik untuk solat Subuh atau untuk ke sekolah. Yang pasti, nada itu hanya saya gunakan untuk mengejut mereka bangun. Begitu juga yang saya gunakan untuk adik-adik saya yang sudah besar. Baik Adam mahupun Adi jika dia ada pulang dari asrama.

Percaya atau tidak, dalam pada bersendirian di sini selama dua hari ini, saya sudah berkali-kali memberikan salam dengan nada yang sama. Lagaknya, seperti ada budak kecil di dalam rumah ini. Padahal, saya hanya memberikan ucapan salam itu ketika membuka pintu bilik sebelah yang kosong semata-mata untuk menjenguk Stewart, Mickey dan Harold. Mereka semua ibarat budak-budak kecil yang comel di mata saya.

Siapa mereka? Stewart dan Mickey ialah dua ekor hamster yang dipelihara oleh Emy. Harold pula ialah seekor ikan kecil yang diperlihara oleh Diba. Saya ni memandai-mandai saja memberikan namanya Harold. Kasihan Harold tak bernama selama ni. Jadi, setiap kali saya menjenguk mereka untuk memberi mereka makan atau sengaja hendak berbual kosong, saya akan membuka pintu perlahan-lahan, seperti takut mereka terbangun daripada tidur kerana terkejut dan kemudian memberikan salam menggunakan nada biasa saya ketika mengejut adik-adik.

Sungguh. Stewart, Mickey dan Harold sangat comel. Tadi saya baru selesai memberi Harold makan malamnya. Sangkar mini milik Stewart dan Mickey pula saya usung masuk ke bilik saya. Setidak-tidaknya saya dapat melihat keletah mereka bermain pusing-pusing pada roda mini milik mereka di dalam sangkar masing-masing. Insya Allah ada peluang nanti saya tunjukkan gambar mereka.

Nota 1: Saya rindu adik-adik! Teringat semasa saya, Aiman dan Zizi mengecat bilik mereka bersama-sama. Lebih banyak buat kecah daripada bekerja. Tapi hasilnya cantik, kan!
Nota 2: Kaklong telah selamat di Mukah sana. Haha. Sekolahnya ceruk bangat! Tapi dah namapun anak tokey broadband kan. Haruslah dia dapat online setiap hari sebab ayah bekalkan sebuah broadband untuk dia. Huhu.
Nota 3: Stok Nescafe saya sudah habis semalam. Tapi saya masih belum membeli yang baru. Saya boikot produk Nestle. Tunggu esok selepas balik dari hospital baru hendak singgah di supermarket mencari kopi buatan tempatan. Minum Nescafe seperti minum darah pula. Demimu Palestin! (-_-)

41 Responses to “Salam Buat Si Comel”

  1. Ainul Arina Madhiah says on :

    apa agaknya akan ks buat kalo tetiba ‘adik-adik’ tu jawab salam ks ek? hehehe… jangan lari masuk bawah selimut plak udah yer… =P

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    Aishh kamu ni. Ni yang buat KS rasa nak letak balik sangkar-sangkar ni masuk bilik sebelah (=_=) Hehe. Ok. Mau tido. Esok pagi-pagi buta kena ke hospital dah!

    Reply

  3. djambu puadovich says on :

    mickey, stewart dan harold: WAALAIKUMUSSALAAAAMM!!!

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yeop:
    Auww. Comel sungguh Yeop =p

    Reply

  5. Inah says on :

    sarah..sila tdo ok 🙂

    Reply

  6. Ainul Arina Madhiah says on :

    hehe… dah pas ujian psyco bahawa ks memang suka control macho padahal agak gak takut-takutnyer tu.. =P haha, just joking.. jangan la dibiar adik-adik tu sorang-sorang ks. Ksian dia kebulur karang, takpe je angkut. At least diaorang boleh jadi pakguard ke saksi ke kalau ks kena cilok bawak lari siberia naik ketapi gedek-gedek. Kan orait tu? lalalaa~

    Reply

  7. Wan Nurul Adila says on :

    Hihi, comel je KS ni. Rindu adik-adik ye. Mesti adik-adiknya pun rindu kat kakaknya ni. (“,)

    Reply

  8. arsaili says on :

    salam..wahhh kakaknya dah jadi orang mukah..harus makan umai setiap hari…dengan ulat mulong panggang…ahahah… sure pengalaman yg begitu indah di sana…

    Reply

  9. UnaChenta says on :

    Sarah,

    klu ada masa ( Klu ada 🙂 post gak pic stewart n mickey, hamster comel tu..:) dan harold klu sempat lahh..haha..

    assalamualaikuumm..

    Reply

  10. kaklong says on :

    3h2m baru sampai tau ke SK Abg Buyuk.hehehe jenis2 kendraan yg diperlukan utk sampai ialah kete, kapal terbang, bus, van, feri, boat and speedboat. hahaha meh kire bape kenderaan. sekolah atas pulau. tp bukan kat Mukah. kat daerah Daro. pekan terhampir ialah sarikei. nek boat sejam.gaji sume masuk kat situ.tp kampung sini mmg best!sngat2 best!!

    Reply

  11. nono says on :

    Yeah! Demimu Palestine! Walaupun sekadar nescafe, tapi besar maknanya pengorbanan awak tu! Nak boikot nescafe punya pasal saya beli coffee Giant. Tak sedap tapi since it works sama macam nescafe boleh la tu.. Kotex dah start tak pakai(dlu mmg takleh tukar sebab nanti alah pada kulit.. pelikkan? tapi demimu palestine!), pastu lotion baby J&J yang saya ceritakan kat awak tu, saya masih guna pasal masih banyak.. nanti nak tukar la lotion lain. Nak browse2 dulu.. Hm.

    Saya nak sangat bela pet kat UIA nie. If boleh nak ikan.. Hamster nak jugak.. Tapi nanti bila saya balik takda orang jaga. Tu lah yang payah… Wah wah wah. Nama omputih eh pet tu.. Harold. Comel.

    Reply

  12. 13may says on :

    hehhe hehhe…takde gambar ke sarah…hehhe hehe

    Reply

  13. Anonymous says on :

    pernah tak en.shukor htr email of appreciation to staff tmnet?

    Reply

  14. diya says on :

    comelnya nama. stewart, mickey dan harold. tapi, nama harold tu macam confuse sikit nak pronouns. mula2 diya baca, HEROT??. hahaha

    tengah imagine gaya KS bagi salam tu. eheh. sangat bersopan. bagi salam sebelum kejut. diya kalau kejut orang, diorang jarang bangun nya. harus tido balik. hihi.

    Reply

  15. ::SRISUFI:: says on :

    salam buat sarah..

    semoga ujian kerinduan itu dibalas dengan sebuah kejayaan yang amat membanggakan…

    yes…teruskan boikot Yahudi laknatullah itu…hanya itu cara yang kita boleh lakukan selain doakan rakyat Palestin…

    **nanti publish gambar si comel tu ek…

    wish u luck sarah

    Reply

  16. shukor says on :

    Anonymous,
    belum pernah lagi sebab broadband usb wireless tu Celcom punya.
    katenya tak le laju sangat sebab GPRS je.

    Reply

  17. Izawati Che Rashid says on :

    salam sarah.
    im ur silent reader. rasanya ini baru kali kedua saya drop comment dekat sini. first comment dulu masa sarah decide utk stop blogging (dalam bln ogos rasanya).

    hope kak long akan okey2 saja dekat sana. abang saya rasanya lagi pedalaman, kwsn kapit 3 jam naik bot dari sibu. dia dekat sek. nanga tiau, hanya 60 org student (jumlah stdnt sek. tersebut) dan semuanya iban. owh, itu masih okey rasanya. but paling ‘menyedihkan’, tiada bekalan air bersih. lagi ‘menyedihkan’, tiada coverage, apatah lagi internet connection. em, nampaknya abang saya akan belajar untuk hidup susah, good for him! pastinya pengalaman yang bakal kak long dan abang saya kutip tu sangat berharga kan?

    and utk sarah, best of luck! and pls, letak gambar2 si comels tu 😉

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    Waktu Kak Inah komen, saya tak lelap lagi. Hehe =p

    Ainul:
    Sudahnya malam tadi memang KS hantar semula di Stewart dan Mickey masuk bilik tuan dia. Bising diorang main roda tu. KS tak boleh tido ada bunyi2 gitu. Hehe. Takut? Oh, tak langsung. Siap tido dalam gelap lagi tu. Takleh tido la dengan lampu =p

    Dila:
    Kalau adik2 KS tak rindu KS, tu maknanya diorang tempah nahas tak dapat hadiah daripada KS la tu =p Huhu

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Arsaili:
    Ulat mungong panggang???!!! Apakah itu? Tapi saya rasakan ia bukanlah sesuatu yang decent untuk ditelan begitu saja. Auww! Bro, saya harap kakak saya baca komen ni! Haha.

    Una Chenta:
    Hehe. Insya Allah. Dalam next entry k =)

    Kaklong:
    Long, by the time u dropped comment this morning, mak tengah kejut Ngah bangun tido and I was fully awake at that time and suddenly ur comment popped in. Heh. Kebetulan je kan. 3 penjuru dunia =p Ye. Tau dah sekolah tu and every single thing about the geographical arrangement. Ayah sent me email. Siap ada wikimapia untuk tempat tu. Pergh! Dalam hutan banat! Haha. Serius nak gelak. Tapi kalau Ngah pun Ngah suka kot. Sebab kampung kan damai. Hehe. Selamat la awka kat sana ye Long.

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nono:
    Like what we have discussed at Plurk, I am trying my best to boycott every products that directly or indirectly contribute to Israel. This is the least help that we could give. Oh, nak tau satu cerita. Sebenarnya pagi tadi saya pegi jenguk Harold. Ceh. Saya baru sedar sebenarnya ada 3 ekor ikan dalam tu! Huwaaa! Selama ni saya ingatkan seekor je! So, disebabkan susah nak differentiate one to another, so I officially named them The Harolds. Haha. Budak2 ni bela pet sebab kalau balik Msia time summer pun boleh pass pada kawan2 yang tak balik. Contohnya jiran kitorang ni. Dia kerja kat sini. Gitu la kot. Hehe.

    Maymay:
    Hehe. I’ll post up some pics in the next entry 😉

    Anonymous:
    At 1st I wanted to tell u that I know nothing about his business. But there my ayah has replied to u. I hope there’s enough info for u =)

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Diya:
    Adoi Diya. HEROT? Huhu. Kelakar la Diya ni =p Sebenarnyakan Diya, sebelum KS ke hosp pagi tadi, KS pegi bagi Harold makan. Waktu tu baru KS sedar yang sebenarnya ada 3 ekor ikan dalam balang tu! Masya Allah. Selama ni KS ingat ada seekor je. So, KS nak namakan tiga2 tu jadi The Harolds je la. Sebab susah nak bezakan satu sama lain. Semua nampak sama aje! Huhu.

    Sri Sufi:
    Terima kasih Sri =) Y. Boikot tetap boikot. Paling habis, ni la yang dapat kita buat selain berdoa dan menyalurkan bantuan kewangan selagi mana mampu. Gambar insya Allah dalam next entry k.

    Ayah:
    Ok. Ayah dah terangkan. Hehe. Tu la. Mak dah bagitau jugak. Dapat GPRS je kat sana. Tapi ok la kan daripada takde langsung. Walaupun GPRS je pun tapi Ngah tengok rajin je Kaklong tu online. Konon la sangat taknak bawak ye. Alih2 dia guna selalu jugak. Huhu.

    Izawati:
    Oh. Yeke. Saya nak belek semula la entry lama tu kejap lagi =) Terima kasih sebab terus menjenguk ke sini. Ooo. Abang awak pun kat Sarawak ke? Wah. Tu memang lagi pedalaman tu! Tapi apa yang berharganya untuk diorang ni ialah pengalaman, kan. Sebab untuk kita2 ni, takde chance la setakat nak pergi duduk kat sana saja2. Tapi diorang ni, dah la berkhidmat untuk anak bangsa, dengan cabaran yang macam tu, fuh, besar tu pahala untuk diorang =) Semoga abang awak dan Kaklong saya dapat mengutip sebanyak-banyaknya pengalaman kat sana =) Gambar si comel semua ni akan saya post dalam next entry k =)

    Reply

  22. kaklong says on :

    hahaha tp mmg syok sini wpon transport utama ialah boat.nanti beli boat je lah!! hahaha walaupon dh di consider mcm jauh banget tp tetap x dpt title pedalaman 1 kat sini.. huhu sedih wooo ilang elaun pedalaman tuh..

    aok nak dok sini buat ape ngah. mane ade sepital pon kat sini.
    hehehe

    tp ritu mak ayah x tunggu pon kaklong sampai kaklong depart. kete rosak so nan kena anta mak ayah balik seremban semula. tp at last mak ayah kena balik nek bus jgk.. kih3.. cam kelaka jek!!

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kaklong:
    Hahaha. That was the best part of the day! Serius macam tak percaya radiator kereta rosak tiba2! Ngah punya la gelak dengan Fareena kat sini. Siap terbayang muka cuak awak. But I know there was someone else at the airport, right? Heh. Kantoi u! Mak told me everything! Toksah la nak ngada beli boat pulak. Satgi awak taknak balik terus pulak because u already own some properties over there. Ingat. Jangan kawin orang sana. Haha. Semalam waktu borak dengan mak, we were discussing about marriage. I asked mak about your possibility being transferred within this year back to Peninsular. Mak kata ada. Around July. And it would be faster if u get married to someone who’s working in Peninsular. Hah. There u go. And based on that fact, mak told me about that story. Haha. U kantoi! =p I knew it already Long!

    Reply

  24. kaklong says on :

    hahaha mana ada!! agak2 awak?? tamau balik lagi la. nak dok sini dulu. housemate kaklong kata mase depa mula2 dtg dulu tak terasa pon nak balik.

    kawin?? nak duit!! hehehehe

    ayoooooo itu pon dikira gossip gak eh dgn mak.. hahahah

    awak kenal die eh?? konpius2..

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kaklong:
    Agak2 Ngah? Huh. Dah terang lagi bersuluh. I could tell this since a year ago. I could read u both =p Haha. Waktu tu yang di convo awak tu. Hahha. Oh. Housemates awak yang ustazah tu ye? When I heard about this from mak, I feel so relief. What a good companion u’ve got there. Nak duit jangan mintak kat Ngah. Cari sendiri. Ngah nak kumpul untuk diri sendiri jugak. Huhu. Haish. Mesti la kenal. Takkan la Ngah tak kenal pulak.

    Reply

  26. kaklong says on :

    okeh okeh…. whatever… hehehe

    doakan yg terbaik je ngah

    ni kumpoi duit byk2.. bali boat jgk!!

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kaklong:
    Ok ok. Doa doa. Doa kena sungguh-sungguh. Hehe. Sila jangan beli. Baik kumpul duit untuk kawin =p

    Reply

  28. truemax says on :

    Bagus bagus, boycott netsle dan rakan rakannya.. sila ke web page saya: http://semut-putih.blogspot.com

    Reply

  29. haritz says on :

    Saya adalah pengemar Nescafe no 1st. Kiranya saya adalah penyumbang terbesar ekonami negara. Yang sedihnya saya juga penyumbang roket yahudi ke palestin. Ya Allah ampunkan dosa ku.

    ps:minum Nescafe sejak anak2 lg. hampir 30 tahun minum Necafe. Ntah berapa banyak dah saya menyumbang kat Yahudi laknatullah ni.

    Reply

  30. djambu puadovich says on :

    comel ke? alamak…igt nk buat efek seram td…xmenjadi le puloks…:D

    Reply

  31. nono says on :

    The Harolds? Leh buat nama band tu.. Cute.

    About the boycott things. Yes, the least we can do to help them. =)

    Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan Sarah. Insha Allah.

    Reply

  32. Zack says on :

    Cant hardly wait too em soon please upload their pics k

    love,
    xxx

    Reply

  33. ashraft (ainulnye adek) says on :

    tu sume pets owang lain…..kakak bile lak nak bele?…..hihihihihi
    anyway salam perkenalan….
    just wanna ask u a quest?kenape dalam entry hari tu u said kalau blh mntak moscow je kalau taknak kecewa?kenape u said kene redha dari awl?

    *if u can reply to me at my email or kat entry ainul je
    (ash_raft1991@hotmail.com)

    Reply

  34. Anonymous says on :

    Salam,
    Sarah minum nescafe mcm minum darah eh?nanti mesti mimpi edward cullen(hero twilight)jangan tau..misi utama fahri…hehehe…jaga diri dik, jaga kesihatan, dan hidup baik-baik..

    Reply

  35. Cinta says on :

    Salam,
    Sarah minum nescafe mcm minum darah eh?nanti mesti mimpi edward cullen(hero twilight)jangan tau..misi utama fahri…hehehe…jaga diri dik, jaga kesihatan, dan hidup baik-baik..

    * lupe plak nak letak nama tadi (akak x mau jadi si anonymous…)

    Reply

  36. kak Mas says on :

    Salam dik Sarah,
    moga sihat2 ya..
    Sarah masih bz ya..sbb email kak belum pun berbalas..heheheh

    #study rajin2 ya..jgn asyik merindu ya..:)

    Reply

  37. callister says on :

    haha..rasa melayang2 lak baca post sarah ni…
    eh nama adik sy pun aiman gak..

    Reply

  38. Sarah Mohd Shukor says on :

    Truemax:
    Tu la. Walaupun saya ni tak boleh hidup kalau tak dapat Nescafe dalam sehari, tapi sekarang saya dah bertukar ke kopi lain dah.

    Haritz:
    Semua fakta awak tentang minum Nescafe tu adalah sama macam saya. Saya tak boleh hidup kalau tak minum Nescafe dalam sehari. Dahsyat kan.

    Yeop:
    La haiiii. Nak buat effect seram ke! Tak terasa langsung maslahnya Yeop oi =p Adeh.

    Nono:
    Macam nama band? Haha. Saya dah dapat differentiate kan diorang. Paling kecik ada satu jalur. Yang sederhana tu ada 2 jalur. Yang paling besar ada 3 jalur pada badan. Boleh panggil Long, Ngah dan Cik Harolds la kot =p

    Abg Wan:
    No problemo! Nanti saya akan upload kan. Hehe. Miss u loads!!!

    Reply

  39. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ashraf:
    1st sekali, mintak maaf sangat Ashraf. KS agak busy sekarang nak hantar long email explaining this and that. Don’t. Throughout the course, u’ll know more about Russia. Kenapa KS cakap macam tu sebab kalau kamu ditempatkan di bandar-bandai lain selain Moscow, nanti jadi culture shock pula. Tempat lain agak kekampungan. Kamu takkan rasa yang kamu berada di luar negara bila di sana. Moscow je yang cukup bagus untuk capai expectation. Tapi kalau kamu nak study dalam keadaan yang aman damai, tenang dan tersusun sikit kehidupan, bandar2 lain tu adalah pilihan yang sangat baik. But in term of facilities dan urbanization, Moscow is the best place. Tak tipu.

    Kak Cinta:
    Eh, bukan macam tu kak. Edward Cullen kan kind of vegetarian. Hehe. Dia tak minum darah =p Tapi sebab nak boikot. Nescafe kan produk Nestle. Saya taknak duit saya dijadikan peluru yang bunuh saudara2 kita sendiri.

    Kak Mas:
    Haah la. Baru saya teringat! Saya dah baca dah email tu 2 hari lepas tapi saya tak balas lagi. Saya sibuk sangat. Sorry kak!

    Callister:
    Oh. Melayang-layang. Meh saya tarik kaki awak supaya tak terbang dah =D Wah. Boleh buat persatuan ‘orang ada adik nama Aiman’ la macam ni 😉

    Reply

  40. callister says on :

    jangan tarik kaki sya nanti awk pun terbang skali dgn saya..
    haha..
    nak wat persatuan?
    sape nk jadi pengerusi??
    awk la ek…

    Reply

  41. Acai says on :

    Sarah, awk tak rindu sy ker?hahahaha (ayat berani mati punye)..rindu kat orang kat pahang yang ngah ngajar sekarang kan sarah..:) smoga dia sihat2 juga…mak kejut sy panggil nama je..kalau dia suruh bangun dengan cara jerit sy tak dengar pun,hehehe

    Reply

Leave a Reply