Ayah

Assalamualaikum wbt

Tadi ayah menegur saya di Gtalk. Ayah memaklumkan bahawa mereka semua sedang berada di rumah Tok Penang. Saya bertanya, kenapa mengejut sungguh ayah balik kampung kali ini. Kalau tidak kerana saya menelefon adik saya, Adnan, semalam petang, saya mungkin tidak tahu akan hal ini. Jawab ayah, Tok Anjang (Abang Tok Penang) meninggal dunia kelmarin di Alor Setar. Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Barulah saya tahu duduk perkara yang sebenar.

Ayah menanyakan khabar saya, duit poket cukup atau tidak dan beberapa perkara lain. Semuanya baik-baik saja, jawab saya. Badan sihat, duit ada, sekarang sedang cuti dan tahun baru nanti pun cuti lagi. Ayah bertanya tentang sambutan Krismas di sini bagaimana keadaannya. Saya menceritakan keadaan orang di sini yang serba ringkas saja sambutan mereka kerana mereka di sini gila kerja (walaupun agak lembap sistem-sistem yang digunakan). Tambahan pula, perayaan sebenar disambut pada 7 Januari nanti. Sempat ayah mengomen, katanya di Malaysia cuti banyak sangat. Sampai nak dekat sebulan. Teringat pula rungutan seorang blogger di blognya.

Sebelum mengakhiri perbualan, kata ayah:
“See you. 6-7 bulan saja lagi. Lepas ni cuba belajar selok-belok orang Islam di Rusia pulak.”

Saya tak pernah rasa kecewa dengan nasihat dan pandangan daripada ayah. Ayah memang memahami jiwa saya. Dia tahu saya berhajat untuk ke beberapa buah bandar Islam berdekatan ketika cuti nanti. Dan ayah tak pernah melarang saya walau dia tahu saya berkemungkinan pergi secara solo sekalipun sebab ayah sangat percayakan saya.

Nota 1: Bajet sudah diluluskan oleh ayah! Saya boleh mendapatkan barang itu. Horray!
Nota 2: Saya sayang ayah saya. Saya juga sayang emak saya. Saya sayang keluarga saya!
Nota 3: Saya yakin, kawan-kawan baik saya seperti Faiq, Yasir, Acai, Nadia, Akak dan Cik Ati akan mengejek saya ini anak ayah. Siapa cakap macam tu, nanti saya kejar dengan rotan! =p

30 Responses to “Ayah”

  1. a.s.h.a.r says on :

    Anak Ayah ya…

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro ASHAR:
    Tidak… =p

    Reply

  3. Dr Amad says on :

    Ee…bdk kecik.Anak ayah=p

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Fahmi:
    Ramai nak kena rotan ni ye =p

    Reply

  5. ahmad says on :

    erm.. anak ayah?.. ramai org ckp pompuan rapat ngan ayah dan laki rapat ngan mak.. tul ker?.. tak setuju!!.. sbb sy anak mak dan anak ayah sekaligus.. haha

    Reply

  6. a.s.h.a.r says on :

    Anak bro (aisyah) 4 tahun tak kena angin selalu dengan papa
    tapi jauh di sudut hatinya
    papa tahu dia rindukan papanya sentiasa

    sarah,
    bro faham…

    Reply

  7. Чикгу Жаве the CJ says on :

    aku ada koleksi rotan pelbagai jenis. sarah nk pinjam ke? kekekeke

    tp sblm itu.. itu barang aku rasa kamera. hehe. mmg awk anak ayah. ops!.. hihi

    Reply

  8. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ahmad:
    Eh, saya pun anak ayah dan emak jugak. Huhu =D

    Bro ASHAR:
    Bro buat saya rasa sebak je ni. Isk isk…

    Cikgu Jawe:
    Ha. Meh sini rotan2 tu. Saya nak rotan cikgu. Huhu =p

    Reply

  9. Hafizuddin Awang says on :

    ks anak ayah yer. muehehhee.

    Reply

  10. fathiyyah says on :

    emak sy selalu ckp

    ‘thia ni anak ayah’

    😉

    Reply

  11. JatBee says on :

    dan saya tahu apakah barang yang dimaksudkan! 😀

    Reply

  12. ~young mango~ says on :

    haha..untung tau jd anak ayah..
    nak apa2 semua dapat:-D
    tp bila dah kawen ni,mak ayah sy x nak manjakan sy dah..sedey jugak:-(

    Reply

  13. ytmz says on :

    Anak Ayah la, tak kan anak kucing pulak, ngeh ngeh

    Reply

  14. Ainul Arina Madhiah says on :

    1st, takziah ks…

    2nd, anak ayah pun best apa… Terasa sedikit macho bila dikata begitu.hehe.. lagipun, bagi ainul emak itu hati, ayah itu akal.. sama penting dua2.. Selagi mana mampu, tak kisahla ks orang nk kata anak ayah ke anak emak ke, janji mak ayah kita seronok kita rapat ngan diaorg.. kankan?

    3rd:take care kalau yang mungkin itu betul-betul dibuat..

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Judin:
    Nak kena sunat kot kamu nih. Haha.

    Thia:
    Ok. Thia tak kena rotan. Hehe.

    Aizat:
    Ye! Itulah bendanya! Tak sabar ni Aizat =p Bantulah saya segera ye.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faiq:
    Aik awak pun. Dah ada suami mesti la suami pulak2 yang manja2kan. Ye dak? Hehehe. Muaah!

    Yasir:
    Rotan. Rotan. Sampai birat. Hoho. Anak kucing pun ok. Comel =p

    Ainul:
    1. Terima kasih.
    2. KS nak serap ketenangan ayah dan kesabaran emak. Jadi anak emak ayah =D
    3. Kamu cukup prihatin ye Ainul. Kamu je setakat ni yang beri perhatian pasal part tu. Sayang kamu. Muah.

    Reply

  17. jejakalkindi says on :

    anak ayah memang adventurous…

    abg & geng "no-frills photographers" cuba nak keluarkan magazine "muslim traveller"…nak join?

    Reply

  18. Syam says on :

    see… ayah kamu pun berfikiran mcm sy. Malaysia terlalu byk cuti! Bencinya…

    Anak ayah? Anak mak? Kenapa harus ada istilah sebegitu sedangkan kita adalah anak kepada ayah dan emak. Tanpa mereka berdua, kita boleh berada di dunia ni ke?

    ps: Jalan2 sorg2? Kamu mmg hebat! Sila jaga keselamatan diri.
    pss: Sy tak reti bermanja dgn kedua ibu bapa saya. Bkn tak mahu, hati merintih tp tak tahu bagaimana. Hahahaha

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abg. Fisol:
    Kalau join kena sumbangkan macam mana? Jadi anak ayah memang adventurous. Semua dia bagi kita redah 😀

    Syam:
    Cara awak fikir sama la tu maksudnya dengan orang2 yang matang (baca: tua). Hehe. Oh. Memang saya anak emak ayah =D
    ps: Lone ranger kadang tu lebih buat kita kenal alam.
    pss: Saya tak reti jugak. Hehe. Tapi awak kena cuba jugak selagi mereka masih ada. Ok?

    Reply

  20. rohaizad says on :

    Sarah,

    Jangan sesekali malu untuk mengatakan kita ni anak emak & ayah. Itu jelah peluang untuk kita berkata macam tu semasa mereka masih hidup.

    Manusia ni bila dah takde, baru nak hargai. Mengapa kita tak hargai rasa sayang itu semasa emak dan ayah kita wujud di muka bumi ini?

    Sarah,
    Entri ini mengingatkan saya pada artikel ibu dan ayah saya suatu ketika dulu.

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Rohaizad:
    Eh, saya tak maksudkan saya malu. Itu ada unsur lelucon tu antara saya dengan kawan2 rapat. Mereka faham kenapa saya kata begitu. Betapa saya hargai dan sayang emak ayah saya, saya tak pernah pendam apa yang saya rasa sebaliknya kalau saya rindu saya cakap terus terang. Saya sayang, saya lafaz saya sayang. Sebab saya percaya macam yang awak percaya tu: Kalau tak ditunjukkan sekarang, bila lagi kan? Saya terharu baca entri awak tu. Saya pun ada banyak entri tentang emak dan ayah. Merekalah sumber kekuatan saya dalam apa keadaan sekalipun =)

    Reply

  22. Cinta says on :

    Salam,
    Sarah sudah pasti anak ayah&mak..

    Reply

  23. KA says on :

    salam ks

    takziah.

    sy ni pun boleh dikira anak mak dan jugak anak ayah

    macam mana ek…klu dgn mak, mengadu masalah peribadi lebih byk

    klu dgn ayah lebih byk engadu pasal hal2 utk hidup

    tp bila fikir dua2 pun sama…

    dulu pernah diketawakan sebab mesti telefon rumah atleast an hour a day masa kat australia dulu

    well kisah apa kan ks…yg penting tanggungjawab ditunaikan hehehe

    anyway ks…semoga berjaya melaksanakan dgn impian ks seperti yg ayah ks sarankan tue….

    salam maal hijrah

    Reply

  24. tengkuaizat says on :

    bajet sudah diluluskan??
    barang apakah itu??*curious*
    hehe

    Reply

  25. akak says on :

    erm..memang la semua orang anak ayah kan..Kalau tak tak dapat pulak guna nama ayah kan kat belakang tu..:)

    budget utk brg tu dah dapat..agaknya ke mana kembara kali nie ye..

    Selamat Menyambut Maal Hijrah.. Semoga kita semua mejadi hamba-Nya yg lebih baik dari tahun sebelumnya, dalam semua keadaan.

    Reply

  26. Acai says on :

    Slm sarah,

    Innalillah, smoga roh arwah tok anjang awk ditptkan dikalangan orang2 yang beriman,amin..haaa, nak majuk lagi ngan family..lenkali kena tau dulu sebab pe depa balik kampung,hehe

    Eleh taknak ngaku konon awk manje,hihihi..:) yeye sarah manja,kakaka..mana bleh jadi anak ayah je..ayah tak mengandungkan kita..sbb tu kita anak ayah&emak;P

    Sarah, see you dlm beberapa bulan lagi ye..:) awk ada hutang nak blanje sy kan? thanks sarah, buat susah2 je..hahaha..

    *ngah tensen chelsea draw,huhu

    Reply

  27. sakura ^^ says on :

    ks..
    takziah.

    ayah memahami sebab ayah ialah ayah. kan kan? :p

    wah, kak sarah sungguh macho!
    nk ikut trip jugak, boleh? (*_*)

    nanti, take care ya!

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Cinta:
    Ha. Akak takkan kena rotan =)

    Khairul:
    Tapi KS memang boleh nampak kamu ni rapat dengan dua2nya. Sebab diorang selalu call dan sangat ambil berat sepanjang kamu nak urusakan hal di Dekanat hari tu =p Betul kata kamu tentang apa kita belajar dari mak, dan apa pula daripada ayah =) Salam Maal Hijrah.

    Tengku Aizat:
    Hihuu. Rahsia… =p

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    Yeay. Kali ni akak tak kena rotan =p Destinasi dan apa barangnya tu rahsia dulu k =) Salam Maal Hijrah kak.

    Acai:
    Aishh awak ni. Saja nak kena rotan sampai birat2 ni =p Mana ada saya manja. Gi telefon mak saya tanya kat dia. Saya paling ‘boleh hidup sendiri’ tau. Hehe. Haah la Acai. Tak lama dah. Awak pun kena siap2 poket jugak. Kata nak open table untuk saya kan. Miahaha =D

    Sakura:
    Ye. Kerana ayah adalah ayah =)

    Reply

  30. Nadia Yuna says on :

    Salam sarah..

    1. takziah
    2. huhu. mao beli camera DSLR ya? saya agak je ni. =p
    3. saya baru saja pulang dari johor. penat yang amat

    rinduuuuuuuuuuuuuu sarah!

    Reply

Leave a Reply