Menjadi Doktor Bukan Bukti Kepandaian

Assalamualaikum wbt

Saya ada program malam ini yang memerlukan perhatian dan tindakan saya. Slot Kesihatan Wanita. Selesai mengelolakan slot ini, saya terdiam sejenak di meja sambil menikmati jus aprikot sejuk. Menarik juga menjadi Pakar Sakit Puan rupanya ya.

Tadi ketika slot itu, saya banyak mengupas tentang isu kesihatan wanita. Dari mental sehingga kesihatan dalaman yang perlu dititikberatkan oleh semua. Sewaktu bercakap tentang isu itu, kadang-kadang saya terasa seperti Ustazah Bahiyyah. Kadang-kadang terasa seperti Dr. Hamid Arshad. Multi personaliti sungguh saya malam ini.

Apabila berfikir dua kali, saya langsung tidak pernah menyimpan hajat untuk menjadi Pakar Sakit Puan. Sewaktu balik kampung ketika pulang bercuti dulu, beberapa kali Tok saya bertanyakan tentang bidang perngkhususan yang saya mahukan. Jawapan saya tetap sama sejak dulu lagi. Pakar Bedah Kardiothorasik (Cardiothoracic Surgeon) (CTS).

Dan sejak dulu jugalah Tok saya tak jemu-jemu membangkitkan isu berapa lamakah saya perlu belajar lagi untuk mencapai tahap itu. Jawab saya, lama lagi. Perlu bekerja dua tahun sebagai Housemanship (HO), disambung dengan setahun sebagai Medical Officer (MO) sebelum berpeluang mengambil exam untuk menyambung dalam bidang Cardiology (jantung) dan seterusnya menyambung lagi dalam pengkhususan tinggi di bahagian Surgery (pembedahan). Saya juga masih belum jelas dengan laluannya yang sebenar tapi secara kasar, inilah peringkat-peringkat yang perlu dilalui.

Tok mengingatkan saya bahawa saya seorang perempuan dan pastilah peringatannya berupa setinggi mana pun seorang perempuan itu pergi, dia tetap perlu beringat bahawa dia ada suami dan keluarga untuk dijaga makan pakainya. Saya tak nafikan itu tetapi tidak boleh tidak, inilah yang menjadi impian saya sejak lama dulu.

Puas juga hendak meyakinkan Tok tentang hal ini. Sebenarnya sehingga ke hari inipun Tok masih lebih suka jika saya memilih bidang yang berkaitan dengan perempuan atau kanak-kanak. Dan adalah lebih baik jika saya masuk ke bahagian pentadbiran saja. Saya bukan mahu membantah atau apa, tapi minat saya bukan ke arah itu. Langsung tidak berminat.

Saya tidak nafikan, mungkin sekarang saya sangat berhajat untuk menyambung dalam CTS. Tapi segalanya bergantung kepada prestasi dan rekomendasi daripada pegawai atasan saya nanti. Mungkin baginya, saya lebih berpotensi dalam bidang lain dan saya akan diberikan tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkenaan atas sokongan daripadanya. Waktu itu, segalanya mungkin berubah. CTS yang saya kejar-kejar mungkin tidak akan kesampaian. Dan sekiranya saya beralih arah berada di dalam bidang sakit puan, mesti ramai yang puas hati termasuk Tok dan mungkin emak ayah saya sendiri.

Saya sendiri masih kabur apa akan terjadi pada suatu hari nanti. Dapatkah saya bergelar CTS. Sejak awal lagi sudah ramai yang menegah. Kata mereka, bidang ini susah. Tapi saya tetap berhajat ke arah itu. Saya bukan hendak membuktikan saya pandai, terlalu pandai atau berlagak pandai. Kalau saya pandai, sejak dulu lagi saya tidak perlu memilih bidang ini sebagai jalan pilihan. Baiklah saya berada dalam jurusan yang melibatkan kajian formula. Contohnya, ilmu Matematik yang amat saya minati. Entah-entah, sekarang ini saya sudahpun mempunyai Master dalam Matematik. Entah-entah, dengan kepelikan saya yang selalu bermain nombor sehingga boleh mencipta cerita daripada nombor-nombor sudahpun memungkinkan saya mencipta formula saya sendiri. Itu baru namanya bijak pandai. Tapi saya tidak. Saya tidak memilih jurusan itu dulu. Sebaliknya berada di sini memilih bidang ini.

Saya tiada apa yang hendak dibuktikan dengan memilih bidang ini tapi saya melihat bidang ini adalah jalan pilihan yang diberikan Allah untuk saya. Kalaulah Tok saya yang menanyakan soalan ini kepada saya, apa yang ingin saya buktikan dengan bergelar doktor, saya tiada jawapan yang skema. Yang saya tahu, saya hendak menjadi doktor kerana bukan semua orang di dunia ini diberikan keberanian dan kesanggupan oleh Allah untuk memikul tanggung jawab ini. Saya tidak kata saya sanggup dan berani tapi hati saya telah digerakkan supaya menjadi sanggup dan berani untuk ke arah ini.

Kalaulah hati saya tidak diberatkan untuk ke arah ini, saya rasa sekarang saya sudah berada di sebuah firma guaman di Ibu Negara, menjalani chambering saya dengan jayanya. Malangnya, Allah tidak memberikan kekuatan dan kesanggupan untuk saya berani membuat keputusan memilih untuk menjadi seperti itu suatu masa dulu.

Saya harap Tok memaafkan saya. Saya degil dan tetap keras hati mahu cuba yang terbaik untuk mencapai apa yang saya hajatkan ini. Mungkin jika saya patah sayap tidak mampu mengejar impian menjadi seorang CTS, tersungkurlah saya nanti menjadi Pakar Sakit Puan atau Pakar Kanak-kanak yang pastinya boleh memuaskan hati banyak pihak.

Berdoalah saya untuk mencapai apa yang saya mahu. Berdoalah Tok dan sesiapa saja untuk mencapai apa yang kalian mahu. Menjadi doktor itu bukan bukti kepandaian sebaliknya menjadi bukti menerima taklifan dan amanah untuk kesejahteraan insan.

35 Responses to “Menjadi Doktor Bukan Bukti Kepandaian”

  1. cikgu jawe says on :

    salam sarah.

    jadi cikgu juga bkn cita2 aku sejak dulu. aku lbh berminat kerja2 mencabar spt polis dn tentera. πŸ™‚

    tapi Allah maha adil. DIA tahu di mana kekuatan dn kelemahan aku. lalu aku dilorongkan jd cikgu dn sedikit demi sedikit aku mula belajar kerjaya nih.

    kdg2 kita sangka kita tlh memamahami diri kita. rupanya Allah lbh mengerti sbb DIA pencipta dn penjaga kita.

    moga2 cita2 awk akan tercapai. seiring dgn kekuatan dn kelebihan diri awk.

    Reply

  2. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam ks..

    bagi ainul, jawapan terbaik yang datang dari tulus hati ialah ainul tak tahu jalan mana lebih baik selain bidang ini untuk dimasuki sebab bidang2 engine dan kira-kira memang sanagt out of list. Nak masuk peguam, saya bukanlah pandai berhujah sangat pun. Nak jadi cikgu, takut gak teringat pengalaman2 mak ayah nak didik anak orang.(padahal didik lagi better dr main nyawa T_T) Last-last amik je la yang nih. Sorang family pun tak pernah cuba lagi.. boleh dikata selain minat, ainul juga masuk untuk mencuba.. Ini bukan jawapan skema. Ni jawapan tulus si penakut yang terlindung di balik jawapan lain lain.. huhu. Wallahualam.. moga kita semua dipermudahkan..

    Reply

  3. CriticalThinker says on :

    tak ape sarah.. belajarlah selagi kamu mampu dan mahu.. minat perlu no 1.

    Reply

  4. en_me says on :

    moga moga sarah mencapai apa yg kamooo mahukannns.. amiinnns

    Reply

  5. Inah says on :

    salam sarah πŸ™‚

    suka ayat sarah di penghujung entry :

    menjadi doktor bukan bukti kepandaian..

    yeap..its true..be passionate in life and i believe you will become a good doctor!!

    a big hug!!

    Reply

  6. abdrahim kassim says on :

    Jangan terlalu merendah diri. Awak memang anak yang pandai. Jangan putus asa.

    Patah sayap bertongkat paruh, namun cita-cita mesti digapai.

    Reply

  7. Mazarina says on :

    minat memang kena no1. apatahlgi kerjaya doktoryg bg sy amat unik..bnyk berkorban…kalo tak ada minat dn pengorbanan, susah bergelar seorg doktor..

    teringat pengalaman adik yg buat A level medicine, tp akhirnya amik mechanical engineering yg lebih diminati…lelaki mungkin lebih suka outdoor..lasak dan minat subjek2 fizik n maths…

    minat pengaruhi tindakan

    Reply

  8. Mazarina says on :

    oh yer..nice blog…sker bc pasal term2 medic…nak amik medic x layak..huhuhu..so, amik microbe jerk..

    bc kisah2 di rantau org…best.

    Reply

  9. Anonymous says on :

    salam ngah

    mak pun mula bekerja sebagai pegawai penolong haiwan daerah.
    kerja tu sangat mencabar bagi seorang perempuan tp mak suka !

    tapi allah maha adil.( betul cakap CJ ) DIA tahu kelebihan n kekurangan mak.lagi pun mak terikat Biasiswa MOE – jadi tak boleh lariii….

    bermula d SMV kemudian d SMK dan sekarang d SK.
    jika diteliti , dikaji ada hikmahnya berada d SK

    moga-moga cita-cita ngangah tercapai. kami mendoakan kejayaan ngangah :- amin.

    Reply

  10. Anonymous says on :

    salam ngah

    taip laju sangat tersilap tulis bukan peg pen haiwan daerah tapi penolong pegawai haiwan daerah
    ehh.. bukan nya penolong kepada haiwan…he..he

    wassalam

    Reply

  11. jalak lenteng says on :

    semoga tercapai hendak nya cite-cita cik..

    simple blog cik..

    Reply

  12. hayad says on :

    salam sarah.

    jd doctor kena berani. itu sebab la agaknya Tuhan tu tak izinkan akak jd doktor. padahal dr darjah 1-form 5 dlm kad 001 asik tulis nak jd doctor je,hehehe.

    tp mmg tak berani la. tgk vid anak sedara bersunat pun siap tutup2 muka. seriau teman! :p

    err..nak tye :

    “kepelikan saya yang selalu bermain nombor sehingga boleh mencipta cerita daripada nombor-nombor”

    boleh cerita sikit ape cerita yg dibuat dr nombor2 tu? macam menarik je aplikasi ni.

    Reply

  13. Anonymous says on :

    salam ks, boleh tau x address email ks ap?? ade benda sikit nk tnya… thnks

    Reply

  14. Sub says on :

    please tolonglah sambung amek CTS…
    negara kita tak cukup pakar….
    andalah harapan…

    Reply

  15. tfQ syzn says on :

    best x jadi student medic nih?? =)

    Reply

  16. (*-^) says on :

    go sarah go! πŸ™‚

    Reply

  17. Hafizuddin Awang says on :

    ks, yg submarine tu kat metro skhodnenskaya.mmg jauh terus dr vdnx. sy ada tulis dlm darmawisata I. pi la ks lawat submarine tu.bleh la rasa pengalaman masuk real submarine. hehe.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Saya busy sangat hari ni. Tak sempat nak menjenguk blog lagi. Nanti malam2 sikit baru saya balas ye.

    Reply

  19. akak says on :

    Pemikiran orangΒ² lama memang mcm tu Sarah. Saudara akak pun ade gak yg macam tu. Pakar Neurologi. Nak kejar cita-cita utk bergelar pakar tu memang ade la yg perlu dikorbankan. 'Syarahan' tentang berkeluargalah yg sentiasa sampai kat telinga. Tapi mak & ayah sentiasa paham. Sekarang dah bergelar pakar, juga seorang ibu & isteri kepada seorang doktor juga. Semua dah lengkap. Insya Allah..akak doakan utk Sarah pun macam tu jugak. Semoga terus dipermudahkan segala urusan yg terbaik utk Sarah. Tambahan lg CTS tu memang amat diperlukan..

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    Tapi elok la macam tu kan cikgu. Apa yang cikgu jadi sekarang lebih baik drpd apa yang cikgu harapkan dulu2 kan.

    Ainul:
    Walaupun berlandaskan nak mencuba, setakat ni kamu dah pun buktikan yang kamu dah buat yang terbaik kan. Rsult kamu gempak2 je kan.

    Am:
    Terima kasih. Apa awak cakap sangat betul. Minat memang membantu prestasi. Saya harap apa yang saya minat tu betul2 boleh membantu prestasi saya nanti. Hidup Encik Am Yang Bertopi Hitam! =p

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    En_Me:
    Terima kasih En_Me ittew =D

    Kak Inah:
    Big hug for u too! Tak tau kenapa, waktu menulis entri ni malam semalam, saya teringatkan Kak Inah. Dan saya tau Kak Inah mesti setuju dengan saya. Muah!

    Saudara Abd. Rahim Kassim:
    Insya Allah saya takkan putus asa. Biar la orang nak halang atau bagi amaran macam mana pun.

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mazarina:
    Menarik kisah adik awak ye. Betul. Minat memang pengaruhi tindakan dan sedikit sebanyak akan menentukan prestasi. Dan terima kasih sudi baca blog ni. Cerita biasa2 aje. Takde yang luar biasa pun.

    Emak:
    Emak dulu lain. Mak dulu takde orang halang bidang yang mak suka. Tapi sekarang ada je yang demotivate Ngah. Tapi kalau mak ayah tak kisah, Ngah rasa Ngah dah dapat greenlight. Muaah! Ngah sayang mak. Esok Ngah call mak semula. Tadi memang tengah ada hal waktu ayah call tu. Sorry sangat2 tau.

    Erk. Ngah gelak sakan bila baca semula ayat mak. Haah ek. Mak salah susun ayat. *Tu la. Mentang2 cikgu English. Abis lintang pukang BM mak. Huhu.*

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Jalak Lenteng:
    Terima kasih cik. Hehe.

    Kak Dayah:
    Ha. Saya rasa akak ni mesti cikgu Math kan? Hehe. Dulu saya pernah cerita pasal saya suka main2 dengan nombor ni kat entri ni:
    7 Perkara Pelik Tentang Saya

    Baca di point no.5. Sampai sekarang saya masih tak boleh tengok nombor. Saya suka creat satu cerita dan kaitkan dengan apa2 objek. Huhu. Sampai berselirat otak kadang tu dengan nombor yang berjela =p

    Anon:
    Siapa ni ye?
    sarahmohdshukor[at]gmail[dot]com

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sub:
    Itu salah satu sebabnya! Terima kasih Sub. Eh, orang Kuantan eh? Huhu.

    Tfq Syzn:
    Hehe. 50-50 =p

    (*-^):
    Oh. Siapakah ini. Selalu muncul tapi tak bernamakah gerangan diri ini? Huhu. Terima kasih! Kita Agogo dulu jom πŸ˜‰

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Judin:
    Ooo. Kat situ ke. Tengok la nanti waktu winter break atau before Christmas nanti. KS cycle tak busy sangat ni. Boleh nak spend masa lajak ke sana kejap. KS minat benda2 macam ni. Huhu.

    Akak:
    Terima kasih banyak2 akak! Cerita akak ni bagi motivasi skit kat saya. Hehe. Insya Allah mak ayah saya tak halang saya. Biasa la tok-tok ni. Depa risau tengok cucu dia tak kawin2 kot. Asyik duk kena tanya pasai tu ja. Hahah.

    Reply

  26. Ainul Arina Madhiah says on :

    adeh ks.. gempak mana la sangat result ainul.. biasa je kalau nak banding dengan para genius kat sini. sangat tak secure la berada di kalangan budak-budak terbaik negeri nih.. wohooo.. inferior jadinya kadang2.. T_T

    Reply

  27. one says on :

    kuat kan iman,kuatkan azam,kuatkan semangat dannnn…kuatkan tangan!

    teringat cite Sarah masa tu

    Reply

  28. acai yang dah nak balik. says on :

    Takpelah sarah, rasanya bidang yang awk pilihpun memang tak ramai pakarnya kat malaysia ni..sy suka kalau awk jadi salah seorangnya tau:) dan sy rasa CTS tu antara bidang yg sangat mencabar dalam kedoktoran ni..apapun sy sentiasa menyokong awk..:)

    tak kisahlah bidang apa yang dipilih yang pasti niat tu adalah untuk menolong orang dan mencara keredhaan Allah disamping mendapat rezeki yang halal..:) cuma yang peliknya pakar sakit puan kat malaysia ni kebanyakkannya adalah lelaki,huhu…

    Pasal tok awk tu, biasalah sarah, orang tua memanglah selalu berfikiran camtu..lagipun depa tak dalam line yang sedang sarah lalui ni..kita amik benda tu sebagai peringatan utk kita ye..apapun doa mereka juga adalah penting..selama mak ayah awk tak menentang, takpelah teruskan k..

    Reply

  29. Ejalz says on :

    sarah, u’re such a lucky girl tau tak… jeles plak baca ur entri nih… tak ramai teenagers ur age yang ada fokus utk masa depan.. ramai yangmasih blur lagi.. tak tau apa nak jadi masa depan.. ada pulak yg belajar sesuatu bidang tu just kerana mengikut orang lain or permintaan parents…
    just focus on your target… insya-allah, boleh berjaya..

    Reply

  30. N a b i L says on :

    Hi KS.Bukan camtu KS.Utk jadik Cardiothoracic surgeon, KS kena amik ‘MS'(Master of Surgery) utk jadik a General Surgeon first.Then only u proceed to Cardiothoracic becoz CTS is a sub-specialty just like any othr subspecialties ie.Neurosurgery,Hepatobiliary, Endocrine etc .Kalau xnk buat Master program u can opt for MRCS ( dia cam equivalent to MRCP in medical ).But mind you not all MRCS is recognized in Msia eg MRCS from UK.However, its a little bit different if you want to become a Paed Surgeon coz they have a programme yg direct ke arah tu,meaning u dont need to become a general surgeon first b4 nk jd Paed surgeon.Anyway, good luck!

    Reply

  31. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    Kamu tetap genuis. Noktah. Hehe.

    Oneib:
    Cerita apa?

    Acai:
    Terima kasih Acai. Awak mesti ingat apa saya cerita dulu kan yang pasal Tok saya tanya macam2 tu. Hehe. Selagi mak ayah saya tak larang, saya mmg ON. Hehe.

    Kak Ejalz:
    Thanks Kak Ejalz for the motivation. I’ll be holding on!

    Nabil:
    Ha. Nabil. Macam tu la. Tu dia. Waktu tulis ni hari tu saya dah rasa macam terbalik dah. Tapi dah tengah malam. Malas dah nak edit2. Thanks bgtau pasal semua ni. I asked the HOD of Surgical Dept in Temerloh Hosp. This was what he told me anyway. A long journey I can see. What about u?

    Reply

  32. N a b i L says on :

    =)
    Ntah,sume bende minat.Payah ni nanti.Anyway, I think what is most important is the basic first.With strong basic knowledge, we all can go anywhere,any branch of medicine that we like inshaAllah.And of coz, the niat and attitude must be correct as well.
    To tell u the truth I do have a few in mind,but the main purpose of having these is juz to motivate myself.It changes regularly.I'll always keep my option open.They are (jeng jeng jeng)
    1) Plastic & Reconstructive Surgeon sub sub specialising in maxillofacial
    2)Neurosurgeon
    3)Paediatric cardiosurgeon ( becoz dh jatuh cinta dgn congenital heart dzs haha)
    Mmmm… ade byk lagi but I think I shud stop here =P

    Reply

  33. nhusna says on :

    ada kala kita perlu ketepikn hati dan perasaan org lain utk mengejar apa yg hati kita inginkan..
    teruskan dgn cita-cita anda kerana kelak pabila anda sudah brjaya, hati org lain juga akn turut gembira..
    good luck Sarah..:)

    Reply

  34. Sweet Thinker says on :

    my sis xde masalah je nk wat semua itu. tp die lebih ske kulit. smbl kije smbl jaga fam smbl wat biz. rilex je. huuuu! kejar la impian slagi tergapai okeh. taaa!

    Reply

  35. ytmz says on :

    Semua orang pandai di sekolah dihalakan menjadi Doktor.

    Reply

Leave a Reply