Kisah Seram Di Hospital
Nampaknya, saya memang tidak boleh menulis sesuatu yang berbentuk putus asa atau bersedih. Ramai yang salah faham daripada apa yang saya cuba maksudkan walaupun sudah dinyatakan dengan jelas sama ada pada tajuknya atau di penghujung cerita. Abaikan.
Sekarang jam menunjukkan pukul 4.16 pagi. Saya masih belum tidur sejak semalam. Tadi bertungkus-lumus menyiapkan projek kumpulan saya, Cysticercosis. Sebaik siap, terus diemailkan kepada 2 lagi rakan sekumpulan untuk mereka studi sebelum Khamis ini. Dan seterusnya mengemailkan fail dan video yang berkaitan kepada Assistant Professor kami untuk disemaknya.
Sepatutnya sudah hendak tidur. Tapi kalau sudah berjaga terlebih dari waktu tidur yang biasa, saya sudah rasa segar semula. Sekarang saya bersendirian saja bertemankan lampu meja. Tiba-tiba teringat cerita hantu. Huhu.
Sewaktu melakukan praktikal di Hospital Temerloh ketika pulang bercuti 2 tahun lalu, saya diberi tugasan oncall di Kecemasan bermula jam 5 petang yang sepatutnya tamat keesokan paginya. Tapi, sekitar 10.30 malam, Dr. Min Tien yang saya ikuti (tagging) itu menyuruh saya balik saja. Katanya, saya perempuan. Nanti bahaya hendak balik seorang-seorang di awal pagi.
Alahai. Rumah saya dalam 15 minit saja jaraknya daripada hospital tu. Tetapi memandangkan tiada kes berat di Kecemasan pada malam itu beserta pujukan Dr. Min yang berkali-kali menyuruh saya balik saja, maka saya pun mengambil keputusan untuk balik. Bos dah lepaskan. Kita pun tunggu apa lagi kan. Hehe.
Tetapi, sebelum saya beransur balik, ada kes kematian di wad yang disebut-sebut oleh para MA dan jururawat di Kecemasan. Saya terpasang telinga dan termendengar apa yang disebut-sebutkan. Menurut mereka, ada sesuatu yang agak pelik berlaku. Ok. Saya waktu tu sudah mula rasa tak sedap. Iyalahkan. Saya ni hendak menuju ke kereta yang di parking di kawasan parking yang lengang di waktu malam. Otak saya ni bukan boleh menerima input-input yang menyebabkan saya berfikir. Pantang ada, saya mesti akan berfikir sehingga mengimaginasikan yang pelik-pelik dan dahsyat-dahsyat.
Ketika berjalan menuju ke arah kereta, saya berselawat saja. Takut sebenarnya. Huhu. Hari pula berangin semacam. Tapi saya pujuk hati mengatakan hari hendak hujan. Saya memandu kereta Kaklong pada hari itu. Alat kawalannya rosak ketika itu jadi untuk membuka kunci perlu dilakukan secara manual. Cermin kereta pula tinted. Entah kenapa, saya rasa diikuti. Rasa ada sesuatu berjalan di belakang dan di tepi saya. Saya langsung tidak menoleh.
Jadi, sebaik sampai di kereta, otak saya yang sudah berimaginasi maha dahsyat dengan segala kemungkinan yang bakal muncul, saya memegang kunci kemas-kemas di tangan dan membuat cubaan membuka kunci kereta dengan mata tertutup! Ini gara-gara tidak mahu melihat pantulan imej di cermin tinted itu yang memungkinkan saya melihat atau terlihat apa yang berada di belakang dan di tepi saya! Hahaha.
Yang ajaibnya, saya berjaya membuka pintu kereta dan terus masuk ke tempat pemandu dan mengunci pintu. Beg labcoat, stetoskop dan botol air saya campak ke tepi. Sambil tangan cuba menghidupkan enjin, mata saya melilau melihat cermin pandang belakang untuk memastikan jarak kereta di belakang cukup jauh untuk saya membuat lipatan maut ketika mengundurkan kereta nanti. Beres. Enjin hidup, terus saja saya memecut pergi.
Sebaik menuruni bukit hospital, sekali lagi otak saya berimaginasi. Saya terbayangkan sesuatu sedang melambai-lambaikan tangan melihat saya berlalu pergi dengan penuh ketakutan tanpa perlu dia menjelmakan dirinya di hadapan saya.
Padahal, semuanya hanyalah imaginasi. Imaginasi! Ini semua sebab otak saya yang selalu berfikir ‘lebih sudu dari kuah’. Tapi dalam hati saya bersyukur juga dilepaskan balik sekitar 11 lebih itu. Saya terbayang, jika waktu itu pukul 5 pagi? Mak aih. Mahu agaknya saya menjerit bila rasa diekori dari belakang dan tepi. Hehe.
Jadi, sebaik melepasi jambatan Temerloh, di hadapan stesyen minyak Esso itu saya perlahankan kereta untuk meninjau sesuatu. Ada kereta menaikkan lampu kepada saya dari arah stesyen minyak itu. Tadaa. Dengan perlahan, menyusur keluar kereta Volvo emak yang dipandu oleh ayah. Alkisahnya, malam itu saya balik dengan diiringi oleh emak dan ayah dari belakang. Hahaha.
Sebenarnya pada malam itu ada pasar malam di bandar Temerloh. Sebelum meninggalkan hospital, ayah ada menghubungi saya mengatakan bahawa ayah dan emak ke bandar berdua. Saya maklumkan bahawa saya sudah mendapat kebenaran balik. Jadi ayah sudahpun mengatakan untuk menunggu saya di situ untuk balik bersama.
Sebenarnya, tiada pun hantu-hantu yang muncul dalam cerita ni tapi otak saya saja yang berimaginasi yang bukan-bukan selepas termendengar topik perbualan staf di Kecemasan sebelum itu. Hehe. Saya penakut? Hehe. Mungkin. Itu sebabnya waktu kecil-kecil dulu bila masuk saja ke bilik, benda pertama yang saya lakukan ialah membongkokkan diri untuk melihat ada apa di bawah katil. Kaklong memerli saya. Katanya, hendak senang, potong saja tiang katil tu. Kan dah tiada apa-apa yang boleh menyorok di bawahnya. Hahaha~
heheh…cute je bunyinye 😛
-adeep-
Reply
Saya penakut? Hehe. Mungkin??
Masih tak mengaku nampaknya. Ha Ha. Penakut la tu.
Reply
best cite nih..hehehe…
kalau sy pun, sy jadik takut..huhu
nway, salam perkenalan…dh lama jenguk kat sini, skang baru nk komen2 kat sini..:)
Reply
sarah .. sarah ..
senyum sndr saya membayangkan awak tbongkok2 jenguk bwh katil.
satu filem melayu yg buat saya smpi tak berani keluar mlm ialah : Jangan Pandang Belakang!
Reply
termendengar? perkataan baru saya blajar dari KS hari ni :p
waktu saya sekolah Sri Bentong dulu kan Kak Sarah, asal nak pergi mandi subuh je mesti nak pandang belakang. kalau boleh nak pandang segenap ceruk yang ada dalam bilik air tu, kot2 ada sesuatu. haha.
Reply
damnnn!!! punya la scary plus thrill, tetiba ja…mak ayah ikut dari belakang!!! huh!!! :p.. sungguh high imagination btol awk ye…kalau betol2 baru tau..baru syiok! paling tak boleh blah “membongkokkan diri untuk melihat ada apa di bawah katil”…hehehe.. itu berkesan kalau kita buat malam2 kat area perkuburan..paling berkesan kat jerat cina atau hindu.. 😀
Reply
HUKM berhantu tauu :D..serius!!
Reply
tengok bawah katil? ni efek tengok citer 13 ghost ke? hehe..
orang cakap, jangan takut sangat dengan “benda-benda” tu. kalau kita terlalu takut, lagi dia nak usik..
pernah dengar cerita dari sorang cikgu tentang ayah dia yang naik besikal malam2. tetiba rasa berat semacam. Nak tengok belakang dia tak berani. Tapi dia selamber je cakap “kalau nak tumpang aku pun, buat perangai elok2 sikit. Jangan goyang-goyang,” Pastu dia rileks je jalan sampai ke tempat dia nak pegi. Yang pelik nye, dalam half jalan tu, basikal tu ringan balik. huhu.. Mendengar kata sungguh benda tu.. pengajaran: sila buat berani walaupun anda penakut.. ^_^
Reply
hahahha(tergelak betul,dahle kat cc ni)
i was expecting “sesuatu” dari hospital Russia,got one?
yg atas almari pernah check tak?
Reply
salam..lame tak melwat blog awak..chat?cite pasal hantu,smlm koi pegi ikut kwn mengubat org..dia bkn la terror sgt.tetapi sebagai usaha utk mnlong org..time mengubt,tibe2 lak bdk pmpuan tu naik angin..umur 11 tahun je,kederat gaya org dewasa..bapok kuatnye..puas kitorg memegang,smbil bc ayat kursi n member sorang lagi azan.memang mncmaskan.hari ni kmgkinan pegi ikut lagi,member yg koi gelar pak dukun ni(kekeke) ajak member dari indon..seronok tgk bende mcm2 ni..n satu lagi,hantu tu sbnarnye jin..ade adik member kwn ngan mende2 ni..dia kawan ngan jin tanah(duk kat paya angut),jin dari indon(sukarno namanye) n malik(jin islam,pakai pakaian putih n kepale takde,duk kat kawasn jengka 12..dia ckp,mende ni berjalan tak kire mase n tak kire hari..mcm yg kite tau mlm jumaat je kan..pdahl tiap2 malm mende tu berjaln..kalau bernsab baik leh jmpe kan..huhu..tapi mampu ke kite tgk wajah yg hodoh..biase tgk muke sarah yg cute je.ni tgk mende hodoh..ada berani..
Reply
sarah…cube awak bukak almari awak..selak baju2 yg sangkut situ…tgk ade tak hantu menyorok kat situ..
rasenye hari tu ade.
Reply
Sarah,
heh. mengapakah lebih kurang same saje kite ni? =p
nadia pun cenggini gak. cuma lagi lebih la kot. nadia suka tengok cite hantu, suke dengar cite hantu. Tapi lepas tu takut sorang2. Malam tido konpem nak berteman. Kalau jalan sensorang dekat lorong yg panjang tu, (selalunye koridor my kolej). konpem nadia lari pecut laju gile, masalahnye bile lari, lagi terasa ada yang ikut kita. hoho.
kdg2 imagine je yg lebih. mendenya xde pon. =p
tapi kalao skg ni, mlm2 lepas kol 12, still xde keberanian nak tengok cermin gosok gigi =p
Reply
Slm sarah,
Alaaa kalau dah takut memang takutlah sarah,kekekek..:) sbnrnya semua orangpun rasa camtu gak..tipulah kalau tak pernah terfikir or takut gak..cume semangat je yang kena kuat,hehe..:) alhamdulillah dari dulu tak pernah lagi jumpa hantu,hehe..cuma perkara2 cam sarah rasa tu slalu gak rase,hihi..mintak2 tak jumpalah..:P
Reply
aku pernah jumpa ‘dia’. byk kali. sungguh! 😉
Reply
sarah.. lepas pukul 11 malam jangan tengok cermin dalam bilik air tau..
hahaha
Reply
Salam,
Selamat Hari Raya Aidladha.Citer sarah kali nie,seram yang x berapa nak seram..ala-ala seram terbantut…bole la buat akak tersenyum setelah melalui hari yang agak menyukarkan hari ini…akak pun penakut juga, tapi suke pula tgk citer2 hantu dan bercerita pasal hantu…pastuh mula rasa panik bila dengar bunyi yg pelik2…tapi akak x seberani sarah nak terbongkok-bongkok tgk bwh katil..hehehe…takut..lebih baik bungkus diri dalam selimut…hehehe
Reply
haha…nice haunted story..
salam.
my 1st comment here.
tau tak nape awk jadi gitu??
kdg2 cam paranoid kalau2 “ter”nampak hantu…
sbb awak suke memikir..pikir itu dan ini..
same cam mak saye..
tgk citer seram yg xbape seram or tak seram lgsg pon dier seriau… 😛
Reply
takut ngn tuhan lg penting….xyh takut ngn hantu…
Reply
salam,
heh…seram jugak baca citer sarah nie..kat moscow ada ke citer2 camni?..
Reply
kat atas tu memang suspen..tapi bila dah sampai kat stesen minyak tu..terus jadi cerita utk tontonan sekeluarga pulak..happy ending ye..sabor je la tuan director wat cerita macam nie..
Reply
Cik ati kalau terfikir antu-antu ni mesti tidur rapat-rapat dengan Mak.. Tetiba jek jadik parasit menempel kat tepi kaki.. :))
Tp yg paling beshnya Mak Cik Ati blh nampak.. Kakaka! Kekadang tu seriau jek bila dia ckp, “Kat tepi kaki tu ada budak kecik duduk..” Huhu..
Reply
Adeep:
Well, inilah Kak Ngah. Huhu. Tapi Nan penakut jugak kecik2 dulu. Pernah ada lipas atas lantai. Setapak dia ke depan nak tunjuk berani, sekali lipas tu gerak2 sikit, 2 tapak dia melangkah ke belakang. Hahaha.
Anon (macam kenal je ni):
Bukan takut pd semua benda la. Hehe. Tu sebab ‘mungkin’ je 😉
Hani:
Salam kenal Hani. Sy takut bertempat jugak la. Bukan dlm semua benda2 mcm ni sy takut. Tapi mungkin sbb seorang diri dlm gelap waktu tu, abis semua benda dtg dlm kepala ni =p
Reply
Falin:
Sy tak minat tengok cerita hantu semua ni. Bukan sbb takut ke apa. Tp sbb kesannya dr segi aqidah. Nanti duk terbayang la, itu la, ini la. Ni dah takut ke sape dah ni. Menyimpang dah niat. Tapi ada kalanya sy tgk la jgk. Jerit2 tu mmg lazim la tu. Hahaha.
Khairul:
“Ter” merujuk kepada tak sengaja. Termendengar maksudnya dgn tak sengaja telah mendengar akan sesuatu tu. Lain maksudnya, termemasang telinga. Hehe. Aduh. Kamu lagi teruk dr KS ni. KS takde takut sampai mcm tu. Huhu.
Shamsul:
Kalau bongkokkan diri kat kubur cina/india dapat tengok apa? Tu kalau tundukkan kepala tengok ke belakang melalui celah kaki kan. Baru boleh nampak org berjalan tak jejak tanah kan. Huhu. Ntah sape la buat teori ni =p
Reply
Kak Inah:
Pendek ceritanya, hampir semua hospital berhantu. Huhu. Yg paling sy tak boleh lupa, kisah di Hosp Klang. Ada org usung jenazah masuk keluar lift berkali-kali. Aish. Macam2 la kan.
Ainul:
KS bukan takut sgt2. Waktu kecik2 dulu sekadar nak check je la. Kot2 memang ada apa2 yg duduk bawah katil tu. Dah besar ni relax je. Tapi KS tetap tak suka cerita hantu. Teringat ustaz KS cakap waktu sekolah rendah dulu. Cerita2 hantu ni boleh pesongkan aqidah kalau rasa takut kita tu terbawa2 sampai dalam kehidupan biasa.
Oneib:
Russia ni ntah la. Tak pernah plak rasa takut pasal hantu2 kat hospital semua ni. Walaupun hosp dia creepy jugak la waktu siang tp tak pernah terbayang dlm kepala akan muncul jembalang ke, pocong ke, toyol ke, hantu mata satu ke, dan segala jenis yg lain la. Huhu. Atas almari ada apa? Kehkehkeh.
Reply
Pencacai Tua:
Kisah jin-jin ni satu hal lagi. Sy pun penah kena. Tp ntah la. Kita tak kacau dia. Dia pun tak kacau kita. Mudah je gitu.
Izu:
Nak tau tak, bila sy selak2 almari, yg sy akan jumpa hanya koleksi buku2 sy yg banyak sgt mengalahkah sususan seluar2 yg berlipat. Apa kes tu ye.
Nadia:
Tapi Nadia, sy tak gemar cerita hantu. Sy tak suka benda yg boleh buat sy terbyang. Waktu tgk tu sikit pun tak takut tp nanti bila dah habis tgk tu, waktu tu baru otak sy ni menjalankan kerjanya dgn baik sekali. Huhu. Sy takde la sampai lari2 dlm gelap semua ni. Huhu. Dahsyat jugak awk ye. Tp antara rumah tok sy ke rmh sy, ada satu pokok rambutan. Dulu2 arwah Chik Joe sy selalu sakat sy kata ada pontianak bertenggek atas pokok tu. Sampai la skrg, kalau sy nak balik rmh drpd rumah tok wkt malam, sy akan jln laju2 gila n dr jauh sy dah bagi salam supaya sape2 yg ada dlm rumah sy akan bukak pintu cepat2. Haha. Erk, sy tengok je cermin pukul berapa2 pun. Huhu. Cuma sy tak suka pandang luar tingkap bilik sy skrg ni bila malam2. Sbb bangunan depan rumah kami ni penah ada org nampak ada sesuatu berdiri jaga kat atas tu mlm2. Apo2 ajo la. Huhu.
Reply
Acai:
Hehe. Setakat ni semanagt sy kuat lg. Dulu sy penah nak dikacau oleh 1 makhluk Allah ni. Waktu tu di KISAS. Form 5. Dah nak dekat dgn SPM jgk dah waktu tu. Tapi sy takde la ada kesan sgt pasal benda tu sbb ustaz tu kata, sy kuat semangat. Alhamdulillah. Skrg ni, 1 benda je yg boleh buat sy seram. Kalau lalu tempat yg penah ada kemalangan yg ada kematian. Ntah la knp otak sy ni terbayang yg bukan2 ada kat tempat tu. Hmm.
Cikgu Jawe:
Ada seorang ustaz pernah beritahu. Kalau ada org boleh nampak makhluk dr dunia yg satu lg tu, maksudnya org tu pun ada atau sedang didampingi oleh makhluk2 ghaib ni jgk. Adkh cikgu ada sesuatu? Hehe =p
Am:
Adeh la. Yang macam ni sy tak la takut Am oi. Sy bukan la penakut yg teruk sgt. Tahap ringan2 je. Hahaha.
Reply
Kak Cinta:
Selamat Hari Raya Haji kak. Oh. Sy pun mcm tu la. Waktu tgh tgk cerita hantu, sy lg rela tgk je tanpa dgr bunyi. Sbb kalau sy dgr bunyi, nanti imaginasi sy lg kuat. Cukup2 la dgn apa yg sy tgk ni je pun dh boleh buat sy berimaginasi dgn hebatnya. Huhu. Kalau sy la kecik2 dulu, intai bawah katil tu 1 kewajipan. Sbb kot2 la dah naik atas katil tiba2 ada yg hulur tgn dr bawah, maunya nangeh sy waktu tu jugak! Huhu.
Cikgu Bani Hassim:
Salam kenal cikgu. Oh. Sy bukan paranoid ke apa cikgu. In fact, kalau tgh tgk cerita hantu tu mmg relax je. Tp otak sy ni selalu fikir lebih2 n melampau drpd keadaan yg sbnar. Ada byk contoh. Bukan pasal hantu2 je tp dalam kehidupan harian yg melibatkan kerja2 rumah biasa2 ni pun, sy boleh terbayangkan sesuatu yg pelik2 terjadi. Lepas tu rasa ngeri sorang2 sat. Lepas tu baru la fokus semula. Huhu.
Uj Kingkong:
Tak kata takut hantu pun. Tu sebab sy tak suka cerita hantu.
Reply
Abg. Fisol:
Hehe. Moscow version next time kita cerita 😉 Kat mana2 pun ada benda2 ni tp setakat ni sy tak pernah jumpa lg la. Hehe. Duk dgr2 org ckp tu ada la sikit2. Hehe. Apa khabar budak2 ye? Lama tak dgr cerita.
Akak:
Tuan Director dia bengong sbb berjaga sampai ke Subuh mlm td! Huhu.
Cik Ati:
Hehe. Sy tak kesah tidur sorang. Kalau balik rumah pun, jarang Kaklong ada di rumah jgk. Erk. Apa yg mak Cik Ati cakap tu menyeramkan. Kalau sy, waktu dah rasa meremang bulu roma dah. Huhu.
Reply
sebenarnya aku sudah membuka blog nie sejak dari petang tadi..
disebabkan aku termelihat tajuknya yang seram, sengaja aku tinggalkan untuk menjadi tatapan ketakutan aku di awal pagi..
tetapi setelah ku membacanya sedari awal sehingga ke barisan penamat, tiada satu peluh pon yang menitik di dahi ku ini..
oh kecewakah aku?
ya.. sangat kecewa.. huhu…
memang selalunya imaginasi melangkau perbatasan perasaan..
tapi kan..
aku tak pernah jumpa hantu.. huhu..
Reply
Menteil:
Alahai. Kesiannya. Tu la. Saya ni kalau buat filem sah2 kena ban dek orang Malaysia. Huhu. Tajuk filem macam iye2 je gempak tapi ceritanya haprak. Huhu.
Reply
he he,kelakor kisah ni.suspen je.tapi kisah bawah katil lagi kelakor.teringatlah pula kisah saya kecik-kecik dulu.masat u umur 5 atau 6 tahun.asal kalu baru balik ari mana-mana mesti saya check dulu bawah katil sebelum tidur.ha sebabnya..saya dan adik pernah alami peristiwa misteri di rmah sewa lama tu.sampai dah ada hubbby pun habit check bawah katil tu tak hilang,lagi kalau kena duk wad hospital.he he.
Reply
Kak Masyitah:
Eheh. Ada jugak yang geng dengan saya ye. Apa la kes misteri dulu2 tu ye. Macam menakutkan je. Tapi sekarang patutnya dah kurang takut la kak. Teman tidur dah ada dah. Hehe =D
Reply
Hi therе would you minԁ sharіng whіch blog platform уou’re working with? I’m planning to start
my own blog soοn but I’m having a tough time deciding between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your design seems different then most blogs and I’m looking foг somethіng сompletely unique.
P.S My apologies for beіng off-topic but ӏ haԁ to ask!
Reply
I have been exploring for a little bit for any
high quality articles or weblog posts on this sort of house .
Exploring in Yahoo I finally stumbled upon this website.
Reading this information So i am glad to convey that I
have an incredibly good uncanny feeling I found out just what I needed.
I such a lot certainly will make certain to don?t omit
this site and give it a glance on a relentless basis.
Reply
We’re a group of volunteers and starting a new scheme in our community.
Your site offered us with valuable information to work on. You have performed an impressive
activity and our entire community might be grateful to you.
Reply
This article provides clear idea designed for the new viewers
of blogging, that in fact how to do blogging.
Reply
Cm bdoh je cite.ye2 ak bce dgn tertib
..
Reply
Sarah Shukor Reply:
December 5th, 2014 at 10:32 am
Kalau rasa cerita ni bodoh, buat apa dibaca sampai habis.
Reply
Awesome content you got here! You can earn some extra cash from your page, don’t
miss this opportunity, for more info simply type in google – omgerido monetize
website
Reply