Pilihan
Kalau sesiapa yang ada setkan auto update di blog masing-masing, jangan tertipu kalau baca saya ada entri baru malam ini. Memang tipu sungguh. Ini entri kosong. Sebab perut merengek katanya kosong. Perut saya pun tipu. Tadi sudah makan nasi ayam untuk makan malam. Di pasar sempat beli pai epal seketul. Mana ada kosongnya. Tapi perut tetap kata mahu makan. Kepingin mee hailam. Semuanya sebab mimpi tadi malam. Emak masak mee hailam dan emak panggil-panggil nama kami kerana kami tak bangun-bangun lagi di pagi Ahad untuk makan mee yang masih panas. Ini situasi sebenar yang selalu berlaku di rumah.
Kuat betul pengaruh mimpi. Mimpi mee hailam dan keluarga. Kalau mahu mee hailam boleh dimasak. Tapi kalau mahu keluarga, mana boleh balik. Memang lumrah dalam hidup perlu berdepan dengan pilihan. Untuk kali ini, walaupun tak rela, saya memilih mee hailam. Esok kita makan mee hailam ye, perut.
Ok ok. Kena ceria. Itu motivasi untuk diri sendiri. Siapa lagi yang boleh buat saya ceria kalau bukan diri sendiri. Sarah, cerialah kamu!
salam ks~
hmm….sabar ye…
kalau teringin makanan..mmg boleh masak sendiri kan…
tapi kalau nak family atau nak makan masakan mak….yg tu parah sikit..huhu…
Go cheer urself up…you can do it…insyaAllah 🙂
Reply
ya Allah,akak ni..buat saye pun tetibe teringin nak makan. tapi bukan mee hailam. nak makan nasi ayam yg kak sarah makan tu.huhu
buleh eh auto update?nini tak pernah tau pun.tak ariff sgt la bab blogging ni.
update lg okeh?
Reply
Hai Sarah,
Cantik, Kemas, Feminim dan satu anjakan yang menarik sesuai dengan gelaran Pachti Vrach yang makin menghilang. Ikhlas dari saya untuk wajah baru Dunia Sarah
Reply
mari masak mee hailam 🙂
well..life goes on rite..try to find small little things that can make u happy 🙂
cheer up girl 🙂
Reply
walla!! baru perasaan gambar sebelah tu..style la..not bad.oops!!!saya bukan kaji@perhatikan ye..huhuh..cuma zahirkan apa yg saya nampak…tetiba terasa nak makan mee hailam pulak nie..nanti lunch nak makan mee hailam la.
Reply
salam ks..mane entry psl lagu tuh..saye bru nk komen…btol tuh ks ckp..saye pon xsuke nasyid yg jiwang2 nih..xmembina lgsg..nasyd spatotnye igtkan kite psl Allah..buat kite sedar n so on..
Reply
Hehe.. Cik Ati pun rindu masakan Mak jugak.. 😐
Reply
eh, haah la ks.. mana gi entry semalam?
ks, rindu kat mak yer… one more year to go ks! chaiyok2! pasni boleh balik jumpa mak selalu.. hehe~ kankan?
ks, sila wajibkan diri jadi ceria. Kalau tak ceria, nanti cepat tua! haha~ karang dah tak leh jadi kak ngah la.. panggil kak long pulak.. =P
Reply
Rien:
hari2 pun ks mmg menceriakn diri sndiri =p
Nini:
kalau tak silap ks la kan, ramai yg set kan utk tgk auto update drpd kawan2 lain. mcm blog nadia yuna. kat tepi tu ada list utk siapa ada latest update. hehe. tu la maksud ks. tp ks tak buat pun 😉
Bro Fadli:
feminin? hahahaha =D
Kak Inah:
little thing that can me happy is: makan! adoi =p
Shamsul:
haa. smlm gi makan tak mee hailam? hehe.
Yellowrose (Ni Asma’ eh):
oh. entri tu ks sorok kat belakang2 skit. hihik. sat lg ks reset balik date dia supaya menjelma di depan2 semula =D ks tak suka dgr nasyid2 yg ada unsur cinta2 ni. rosak!
Cik Ati:
(-__-)
Ainul:
eh eh. sila betulkan ayat kamu. less than 1 year tau. huhu 😉
Reply
eh, lupa plak.. hoho~ yela2.. ks, you have LESS THAN ONE YEAR to go.. so, aja-aja fighting!! semangat!!
Reply