Lagu
Saya ada beberapa buah lagu yang saya senarai hitamkan. Jangan harap saya akan dengar lagu-lagu ini kalaupun kebetulan ia berada di dalam playlist saya di Imeem. Cepat saja tangan saya menekan next untuk ke lagu seterusnya. Yang pasti, lagu-lagu ini suatu ketika dulu pernah berada di dalam laptop saya tetapi telah dihapuslenyapkan daripada simpanan.
Alasan saya ialah, lagu-lagu ini mengisahkan si lelakinya terlalu setia, terlalu cinta, terlalu kasih, terlalu sayang dan sanggup berkorban untuk si kekasih. Mengarut. Dalam dunia sekarang, dah semakin pupus golongan yang jujur begini. Dalam lagu-lagu yang saya senaraikan ini terlalu memperincikan kesempurnaan dan kesetian kasih sayang seorang lelaki yang terlalu memuja seorang perempuan. Saya bukan berburuk sangka mengatakan tiada langsung lelaki yang baik. Ada memang ada. Tapi bukan sepeti yang disifatkan di dalam lagu-lagu ini. Juga satu nasyid yang saya kira tak membina langsung.
1. Ku Ingin Kamu (Coach)
2. Knife (Rockwell)
3. Menghitung Hari 2 (Ada Band)
4. Tercipta Untukku (Ungu)
5. See You Di IPT (UNIC)
Pendek cerita, saya memang tak sukalah lagu-lagu ini. Menyesal pernah tahu semua lagu ini. Boleh tak begitu? Huhu. Saya rasa lebih banyak berlakonnya daripada yang betul dalam kata-katanya. Kalau cakap tak serupa bikin, baik terjun dari tangki air saja. Perempuan tak sakit hati, lelaki tak berdosa mungkir janji. Haha.
Maaflah saya mengarut saja malam ini. Saya nanti nak cari suami yang tak reti tuju-tuju lagu ni tapi dia reti menghidupkan suasana dari lagu. Kalau macam lagu Kaulah Yang Satu (Ramli Sarip), dia betul-betul memandu kehidupan ke arah Yang Satu itu. Kalau Puji-pujian (Raihan), selalu saja dengar dia berselawat. Kalau lagu Ayam Den Lopeh (Anita Sarawak), selalulah dia masak nanti. Haha. Kan dah mengarut lagi. Daa~
salam..
itu dah menjadi trent lagu lagu sekarang… melebihkan lebihkan sifat manusia…
Reply
sebab ada lagu-lagu macam tu, ainul jadi lebih suka dengar lagu tanpa lirik.. terutama macam piano.. sedap je, dengar nada tanpa suara.. tak yah pikir banyak-banyak… siap boleh buat lirik sendiri lagi. haha~
Reply
bila saya dgr balik tercipta untukku tu mcm mengarut sdkt. saya rs cm x logik kan sarah. pdhal tu lagu feveret mr.snm. lama2, dia dh x dgr pun. boring katanya..hahahah..saya tgk vKlip lagu tu pun mcm pelik jek. adoiii..
Reply
aku suka kitaro dn rock keras! yeaayeaaa!!
lagu2 cinta melayu kdg2 mengarut. baik layan jek negaraku atau jalur gemilang. ahaks..
rock balada pun best gak.. hihi
Reply
errr apesal sy jarang dengar lagu2 camtu sarah?hehee…jgn risau sy takkan tuju lagu kat sarah punye,kekekeke
Reply
camne pon..sarah suke dgr lagu jiwang
Reply
awak ni cute n kelaka laa sarah..!
Reply