Pachti Vrach

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi kumpulan saya tidak perlu ke hospital. Sebaliknya kami perlu ke Scientific Central Hall (NITS) di Pejabat Dekan untuk mengikuti International Paediatric Conference yang berlangsung di sana selama dua hari sempena meraikan ulang tahun ke-250 akademi saya. Akademi saya memang sudah tua. Siap ada muzium sejarah penubuhannya dan kenapa ia bergelar akademi dan bukannya kolej atau universiti. Ramai tokoh perubatan Rusia dilahirkan daripada akademi ini. Eh, saya sebenarnya lebih kerap menyebutnya sebagai universiti. Senang untuk memahamkan kawan-kawan yang tidak berada di sini.

Pagi ini salji turun dengan lebat. Seperti biasa kami semua berpakaian kasual: jeans, t-shirt atau kemaja. Tambahan pula dengan cuaca sejuk begini, tiada siapa yang teringin nak melawa lebih-lebih ke kelas. Tapi sebaik tiba di NITS, terasa seperti kami masuk ke satu dunia lain. Orang lain datang dengan kotnya, baju yang cantik-cantik, kami pula dengan pakaian biasa-biasa saja. Tak kisahlah kan. Janji kami dah datang ke persidangan itu. Lagipun, kami belum doktor lagi. Tak perlu melaram melebih pun. Tapi, doktor-doktor kami selalu sebut bahawa kami ini pachti vrach. Rasanya, hari-hari kot kami dengar perkataan pachti vrach tu.

Dan tadi saya balik ke bilik penuh dengan beg plastik. Sudahlah saya terlupa sarung tangan saya. Terpaksa pula mengusung plastik yang banyak itu. Beku tangan. Sekali tengok seperti baru balik dari membeli-belah. Iya sangatlah tu. Padahal, setiap kali kami menyinggah di booth yang ada di NITS, kami mengutip risalah yang ada. Banyak buku percuma diberikan dan yang lebih penting, ada banyak rujukan terkini yang boleh kami guna pakai dalam praktis harian. Yang tak tahannya, waktu mendaftar untuk menghadiri persidangan saja pun kami telah mendapat sebeg penuh buku-buku dan pelbagai rujukan terkini beserta cenderahati tajaan akademi.

Balik penat mengusung buku dan beg-beg hadiah cenderahati itu saja. Tapi dah alang-alang mendapat bahan bacaan percuma, kita pun cekau sajalah, kan. Itupun nasib baik lagi tadi ada yang tidak mengambil sampel pampers dan susu kanak-kanak yang disediakan di booth yang berkenaan. Hahaha. Tapi yang pasti, saya ada banyak sangat pen, sticky note dan notepad hasil cekauan yang berjaya. Hahaha. Mouse pad pun ada! Hahaha lagi.

Pachti – Hampir
Vrach – Doktor
= Hampir menjadi seorang doktor

16 Responses to “Pachti Vrach”

  1. CritiCalThinKer says on :

    benda free memang best kan!

    Reply

  2. chmod says on :

    sorry la lame tak letak komen..busy menoreh getah.malam pulok tanam sayur..tak da masa nak baca blog..=) betol ckp Mr Am..benda free memang best..sama cam org gi PC fair..sapu selagi mampu..ke3..baru nak tanya maksud “pachti vrach”..last perengan ada maksud dia..

    Reply

  3. Nadia Yuna says on :

    Sarah… nak satu pen! (sambil kelip2 mata lelaju =p )

    hehehe. Saje je nak memanje.

    Tapi yg ni nak request betul2. Sarah. Leh tak nak tengok gamba salji? Amek burok2 pun xpe. Gune HP 1.3mp pun xpe. Janji dapat tengoks. Dulu mymy ade tunjuk salji turun gune skype. Tapi sikit je pon. X puas. La ni mana ada salji dah. Heh. Kalau ade masa la tau. Tengah jenjalan tu. Snap 1 pun jadik le. =p

    ** dulu kecik2 suka sgt berangan main salji. Sampai skg x dpt lagi. sampai bile2 pun x dpt kot. waaaaaaaaaa. heh. tetibe lagi saye ni. Isk la. =)

    Reply

  4. Ainul Arina Madhiah says on :

    Amboi, sakannya dia kumpul harta yer??? =P Nak satu gak!!! hehe.. gurau jer..

    Reply

  5. chmod says on :

    betulllllllllll…saya setujuuuuuuu sngt dgn nadia.. nak sgt tgk salji tu…

    Reply

  6. pencacai tua says on :

    skang kan musim salji kat malaysia..tiap2 petang turun..kekekke..satu hari nanti leh la mlwt negara2 org..nak lawat dunia cptaan Tuhan.impian tu.huhuhu.tgh merangkk dlm dunia bisnes..bkn mudah nk kaya.tmpt prtama nak pegi adlh mekah..jauh nye lagi prjlnan hdup..time suka ingat duka,time duka ingat suka..mencari dan terus mencari..emm

    Reply

  7. fathiyyah says on :

    akak,dh tak lama dah kami nak panggil akak Dr Sarah..atau Dr KS? hihi..
    wahaa,nnt sy nak tuntuk sebatang pen boleh?hihi
    *wink2

    Reply

  8. Pewaris Reformasi says on :

    seronok kan?

    masa saya ke US Julai lepas mengikuti kelas musim panas di sana, terkejut apabila diberikan lambakan buku untuk dibaca dan pelbagai lagi barang lain termasuk payung dan t-shirt.

    lebih mengejutkan, selepas 21×2 jam kuliah berterusan, tiba-tiba semasa majlis graduasi sijil tersebut tertera diploma. amboi, ia buat saya rasa jet lag saya tak hilang-hilang, haha.

    Reply

  9. pemerhati says on :

    saya selalu baca cerita diblog awak.tp sedar atau tidak, cerita awak hanya tunjukkan kebaikan awak je.baik sangat ke awak?macam sempurna je dimata orang yang membaca.jangan nak tunjuk lagak la.sedar la sama, manusia tak de yang sempurna pun.jangan anggap manusia yang sempurna tu, akan sempurna dimata awak.
    saya memang tak puas hati.

    Reply

  10. Anonymous says on :

    uiks. Siapa yang dok hangin2 kat sini ni? isk laaa. Lantak pi la cik sarah nak gebang apa pun. Ini blog dia. Yang hang dok hangin pasai apa. Sibuk ja lah haihhh. Dah, dah, pi maen jauh2 sana. Takdak kerja dah ka? Cheq banyak kerja kosong buleh kasi. Mao ka?

    ** sarah. Biaq pi kat orang ni. Ntah sape2 ntah. Sesuka ati je nak sound2 orang. Isk. Sarah jangan amek kisah tao. Wat dunno je orang cenggini. Heh. Sarah. lap u! Walaupun saya gune anon. Tapi awak tau sape saye kan? hehehe =p

    ** si pemerhati. Udah-udah le tu yek. Awak buat cik sarah saya cenggini. Saya pun terasa gak tao! Sarah is part of my self! Cubit peha kanan, peha kiri terasa ok! dah2. pi maen jauh2 naaa. =)

    with love,
    ny yg chubby. hehehe =p

    Reply

  11. chmod says on :

    kepada “pemerhati”
    kalau “pemerhati” tak puas hati sila blah dari blog ini la..siapa suwuh baca blog nie?ada sarah suruh “pemerhati” baca ke? tak da kan?suka dia la apa yg dia nak tulis kat blog ini..ini blog dia..apa u kesah? jgn nak jaga tepi kain org la “pemerhati”.. damnyu!!!

    Reply

  12. Anonymous says on :

    Ops. mintak ampun. tenet sengal. =/ terpublish 2 bijik pulak. sarah delete la satu ye. cam terover la plak jadinye.

    Reply

  13. pencacai tua says on :

    em..biarla pemerhati tu..cbuk je..hehe..ini dunia sarah,kalau tak ske,takyah masuk ngan dunia nie..tak hdup dek puji,tak mati dek keji..trukskn pnulisan aok..chaiyok2..

    Reply

  14. acai says on :

    Pemerhati,
    Hehehe, aku geli hati betulla ngan org2 cam ko nih..apesalla ko jaki sangat ngan orang lain..sukatilah dia nak tulis pe..ni kan blog dia..kalau ko ada blogpun takkan ko nak cerita badan ko banyak kudis, ko kuat berdengkur time tido, selalu curi makan time bulan ramadhan, slalu lupa bangan subuh dsb,hehe..tu bukan ko lah, itu perumpamaan je..

    Mungkin ko suka tengok blog couple yang terang2 cium bf dia pastu publish, pakai seksi2, amik gambar kat tpt tido, hisap rokok, minum arak dsb..sebab diaorg kan honest, takde berpura2 dlm hidupnya,hehe..

    tak kisahlah kan..tapi cuma nak cakap lain orangkan lain caranya..tul tak? kita mungkin lebih dihormati kalau tahu hormati orang lain..aku kalau masuk rumah org takdelah komen itu ini yang aku tak suka..walaupun ada benda aku tak suka tapi aku hormat citarasa dia..kalau tak suka it’s ok..be her guess and leave it ok..:) ~cheer..

    Reply

  15. cikgu jawe says on :

    pemerhati.

    kwn2 sarah yg lain dh ckp mcm2 kt awk.

    aku nk tambah sikit je.

    awk lbh pengecut dr sekor ayam betina yg menyorok di balik ekor lembu.

    awk fhm kan maksud aku?

    aku,

    cikgu jawe.
    http://cikgujawe.blogspot.com

    tak puas hati dtg blog aku!.

    Reply

  16. Kakak Sarah says on :

    lawaklah baca CJ punya komen tu..tapi saya sokong..:D. Ntah ape² lah awak nie ‘Pemerhati’. Dah la masuk rumah orang tak bagi salam..tak dijemput pulak tu..tiba² je nak marah-marah orang..mm..Cuba pikir balik..baik sangat ke sikap awak nie..Jangan la macam nie..kalau ade yang tak betul, tak puas hati ke..tegur la cara elok. Semua tak sempurna..termasuk saya, Sarah dan AWAK jugak..

    Reply

Leave a Reply