Insomnia

Assalamualaikum wbt

Saya rasa, sejak Ramadhan yang lalu, saya kembali mempunyai masalah tidur. Jika sewaktu Ramadhan dulu, saya bangun sahur sekitar 5 pagi. Ada masanya tertidur semula selepas Subuh tapi kebiasannya memang tidak tidur kerana saya perlu berangkat awal ke hospital.

Sejak dari itu, hampir setiap hari saya akan terjaga sekitar 4.45 pagi dah berjaga sehingga Subuh masuk. Kadang-kala, saya tidak dapat berbuat apapun ketika mata tidak boleh lelap. Dan sekarang ini semakin teruk pula. Saya akan terjaga seawal 3.30 pagi. Cubalah bayangkan. Saya naik ke katil pukul 1.30 pagi. Tak sampai 2 jam tidur, dah pun terbangun semula. Subuh masuk lambat kerana sudah pun musim sejuk. Hendak studi pun tak boleh sebab otak letih, badan letih, segalanya letih tapi tidur saja yang tidak boleh. Seperti malam tadi. Pukul 1 lebih baru hendak tidur tapi sekitar 3.40 saya sudah terjaga. Cuba tidur semula, tapi tidak boleh-boleh. Sehinggalah pukul 8.30 pagi baru terlelap semula. Nasib baik hari ini rutin saya bermula jam 12. Kira sesi petanglah. Saya bangun semula pukul 10 pagi tu dalam keadaan pening. Mata pun macam panda. Eheh. Kalau hari biasa-biasa pun mata saya memang macam panda.

Kalau dulu-dulu (2004), memang logiklah saya ada masalah tidur waktu itu. Bilik saya ada sesuatu yang datang dari bilik depan di hostel lama. Hehe. Sampai 6 hari saya insomnia. Tidak tidur walau sepicingpun. Emak siap kirimlan air bacaan doa dari Malaysia. Seronok juga waktu tu. Berat badan turun sangat. Merasalah diri ini kekurusan barang sebulan.

Tapi sebenarnya, terseksa sangat bila tak cukup tidur. Otak rasa macam keras dan badan pula tak bersemangat untuk membuat sesuatu dengan aktifnya. Bilalah akan elok semula ya? Setakat yang saya sedar, insomnia saya datang setiap kali musim sejuk bertandang. Alah. Kalau saya balik Malaysia yang tiada musim sejuk pun, saya insomnia juga. Malam-malam mesti saya jadi burung hantu berjaga seorang diri. Tapi semuanya atas pilihan sendiri. Berinternet aja kerjanya kalau di rumah! Qadha’ semua mana yang patut. Huhu. Oklah. Kalau saya insomnia lagi malam ni, saya sambung rapuan saya di dunia saya ni. Daa~

15 Responses to “Insomnia”

  1. awaktahusaya says on :

    smg malam ni tak insomnia dah ye sarah,, 🙂

    Reply

  2. awaktahusiapasayaversibangi..kakaka! says on :

    Errr cik ati pn insomnia gak.. Kakaka! Jom jom deting.. Kalau tak mengerepek malam ni.. :))

    *merepek sbb mamai kurang tidur*

    Haha!

    Reply

  3. Anonymous says on :

    selagi bernama pelajar, selagi tu la penyakit insomnia ni payah diubati. hehehe.

    segan nak komen kat blog ni sbb ramai pengomennya. hahaha.

    keSatria

    Reply

  4. kylex says on :

    salam..

    dah lama sy xbermaen blog ni,br blk dr jejalan,hehe..Stkt ni alhamdulillah sy xda kne insomnia lagi sbb ltey drive kete n berjalan je,ltk pale je trus lena,huhuh..

    tapi sy rase lusa sy akan kne insomnia la sbb sy tgh tggu sesuatu kptsn utk paginya,jadi mst xley nak tido sbb takut,huhuh 😛

    Doakan sy yer,AMINN 🙂

    tq2

    Reply

  5. chmod says on :

    salam….
    alaaaa….kecianya…tak pe..nanti balik mesia ok la..bila awk dah start keje dan tinggal kat umah..masa tu dah tak perlu menghadap buku lagi..heheh..yeke mata awk cam panda..ok biar saya terepong2 mata awk dalam gambar bawa nie..heheh

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Awaktahusaya:
    harapnya mcm tu la.

    Cik Ati:
    haip. u ni, suka main2kan ai ye. hehe. cik ati, best la ada blog kerepek balik. lagu yg ada tu pun cam best. rasa hepi je dgr =D

    Salman:
    amboi2. mentang2 la dia dh abis belajar ye. tp nnti sy dh keje pun takde tido yg cukup jgk 😐 camne tu ye salman.

    Kylex:
    haa.. dh balik dh ye. lama betul berjln. apa yg awk tunggu tu? nak kata result UPSR, dh lepas dh. hehe.

    Shamsul:
    tak perlu la sampai nak belek gmbr plak. mata panda tu ada mksd lain. bukan literally.

    Reply

  7. Geng Kerepek says on :

    Sarah! Come come.. Ada hapdeting baru kat kerepek.. :))

    Errr.. Tak boleh buka lama sangat sebab dah tak ada geng nak tolong buat kerepek dah.. Sekarang saja buka untuk cik ati mengerepek sorang-sorang jek.. Huhu.. Sarah tau kan kitorang dah macam mana kan kan kan sekarang ni? 🙂

    Reply

  8. shazwani adnan says on :

    salam.

    KS, try la petua yang wanie suggest tuh. huhu.. kalau ada gaya panda juga, susahlah.. hehe.. wanie rasa kan, semua mood tidur KS dah berpindah milik kepada wanie la.. lately, wanie byk sgt tidur. huhu!!

    Reply

  9. Miro says on :

    insomnia penyakit ke apa ni..pergh aku miro mampos hari2 takleh tido perasaan nak tido tapi bila pejam mata terbayangkan drawing2 yang nak dibuat..kekadang ideal nak buat design dtg melimpah ruah bila pejam mata..jadi lagi la takleh tido,terus bangun sketch yang terbanyang…lepas2 bila pegang je pen tak leh nak banyangkan apa yg nak dilukis…huhuhuh ilusi begitu halus..kata2 sorg seniman jalanan

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Ati:
    ngee~ mlm ni mmg best. cik ati mmg beshhhh =D

    Wanie:
    tp ks ada amalkn petua yg lebih kurang sama jgk la. tp guna air sejuk paip je yg mcm ais tu je la. ni petua nak segar. basuh muka apatah lg. tp ks rasa ks kena cuba la apa kamu kata tu =)

    Mirul:
    alahai. kesiannya. tp mmg la kan. kalau awk tidur dulu then baru bgn nak smbung lukis tu, alamatnya hilang la idea tu. mirul, nanti tolong design rumah utk ngah ye. yg mesra alam campur batu n kayu. ok? hihi.

    Reply

  11. cikgu jawe says on :

    adakah itu tanda tlh dipanjat usia? hehe

    kdg2 aku juga hadapi mslh tak dpt tidur. kdg2 juga mslh tidur berlebihan.

    tak dpt tidur sbb otak ligat berfikir. psssttt.. awk fikir apa? hehe 🙂

    Reply

  12. CritiCalThinKer says on :

    betul cakap cikgu jawe. mesti ade perkara tak settle kot.. otak fikir macam2.. cuba convert jadi mimpi.. sekarang saya boleh tidur lena walau banyak yang kena fikir, tapi mesti mimpi bukan2.. skil nak convert kena cari sendiri.

    Reply

  13. fiddeen says on :

    hehe..apakah sesuatu itu yg dtg dari bilik depan? jeng2..

    sian laks tak leh tdo..

    rehatkan minda sblm tdo..jgn tlalu fikir sgat pasal keja or any other prob…hehe

    or letihkan diri anda sblm tdo..for sure akan tdo keletihan..
    heheh

    p/s : heheh ye teman org simpang tepen..kim salam kat grupmate org simpang tepen tue..kata org kg kim salam.ahaks!

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    takde apa yg difikirkan pun cikgu. mmg mcm tu. simply tak boleh tido. nak fikir apanya kalau badan dh letih sgt.

    Am:
    tak fikir apa2pun. skill bermimpi, menyambung mimpi dan mengingati semula mimpi tu mmg dh lama ada. siap boleh buat jln cerita sendiri. hahha~

    Fiddeen:
    oh. yg ni sy cerita nanti2. ni pun cerita best jgk ni. hehe. selamat balik kampung. jeles amat ni. hehe. insya Allah nanti sy smpaikan salamnya.

    Reply

  15. ain says on :

    wah2..xsangka awk ingat sy ye cik doktor..cik doktor atau puan doktor?ngeh2

    Reply

Leave a Reply