Nan Yang Zalim

Assalamualaikum wbt

Aish. Saya sekarang ni memang tak suka biarkan entri-entri yang bersifat melankolik hidup lama di tangga teratas. Jadi, saya merajinkan diri untuk menulis lagi.

Saya baca di blog Salman. Dia cerita yang Nan kata, dia suka baby boy saja. Baby boy yang nakal. Maka, keluarlah beberapa teori mengatakan bahawa mesti Nan waktu kecil dulu seorang yang nakal. Maka, saya pun dengan sukacitanya hendak mengeluarkan kisahnya yang sebenar.

Ada satu masa dulu, kami masih kecil lagi waktu itu. Nan berkawan rapat dengan jiran sebelah pagar rumah Tok. Nama kawan-kawannya Hafiz, Alif dan Ridwan (Buyung). Pada suatu hari, Nan dan kawan-kawannya ini (serasa saya, yang bersama-sama dengan Nan waktu itu ialah Alif dan Buyung) telah menangkap seekor ayam kampung, dibunuhnya ayam itu dan langsung dipanggangnya. Saya tak ingat bagaimana ayam itu dibunuh. Mungkin dengan merejam dengan batu kalau tak silap saya. Setelah ayam itu mati, bulu pun dicabut ala kadar saja, terus ayam itu dipanggang pula. Kemudian, dia makan pula ayam itu ala-ala makan ayam panggang Kenny Rogers tu.

Kaklong dan saya yang pada waktu itu hanya faham bahawa ayam yang tak disembelih adalah haram dimakan telah menakut-nakutkan Nan bahawa dia telah berdosa kerana memakan makanan haram. Kecut perut Nan waktu itu.

Zalim dan ganas sungguh Nan dulu-dulu. Badan saja kecil dan muka tak tahan panas macam anak Mat Saleh mana entah tapi serius dia sangat ligat bermain entah apa-apa saja dengan kawan-kawan sezalim dengannya tu (partners in crime). Erk, tapi saya tak ingat dia kena marah dek ayah atau tak pasal insiden tu. Rasanya memang kena marah mati-mati dek ayah. Huhu.

Saya tak terbayangkan kalau Nan nanti ada anak lelaki yang senakal dan sezalim dirinya. Haru dunia~

7 Responses to “Nan Yang Zalim”

  1. snm says on :

    ekekekek :p
    adik sarah yg nan zalim ni mmg la bertuah ye..x blh saya imagine dia ‘bunuh’ ayam tu..huuu~~

    Reply

  2. faridmw says on :

    salam..
    moga anaknya nanti akan menjadi anak yang soleh…
    zaman kanak2 bukan pikir sangt,…,
    mai dewasa baru kaita tau apa yang kita lakukan dulu baiik ka tak..

    Reply

  3. xanda says on :

    gini kisah nye:

    nampak beberapa ayam bandar bodo (ayam daging) dalam sangkar yang ready nak disembelih.

    niat kat hati baik, nak tolong ayah sembelih ayam2 tu so that nanti ayah datang dah boleh terus buang bulu & terus jual.

    1991. baru 4 tahun. pegang pisau pun tak betol. memang tak mati la ayam tu disembelih. "macam mane nak mati kan dia?" tanye hati. tangan dah gatal korek2 batuan kecik kat tanah. "BALING!" alif punye idea ok… not mine. baling.. baling.. baling.. ayam tu tak lari. tapi ngelak ngelak kecik. kami pun tangkap ayam tu… sumbat dapat plastik.

    dah dalam plastik macam mane nak lari kan? hahaha… so kami pun sambung baling… sampai mati..

    ayam dah mati. masih dalam plastik. kami hidupkan api. Ha! senang la pulak time tu nak hidupkan api.. maybe bantuan setan kot… bangkai kan? then… dengan api yang membara… kami campak plastik berisi ayam tu. dengan plastiknya.. ngan bulu-bulu nye.. kami bakar ayam tu.

    kami tak cabut bulu tu… tapi lepas dibakar, memang bulu tu terbakar sekali. hahahahah!!!

    kami tak sempat makan actually… tapi! semapat la nan merasa secubit.. sempat secubit, telinga dah kena PIAT dengan tok. tok datang rescue waktu tu… tapi yang pasti, ayam tu tak sempat di rescue..

    Reply

  4. xanda says on :

    *sumbat dalam plastik

    *sempat

    Reply

  5. Sarah Mohd Shukor says on :

    Falin:
    dia sumbat dlm plastik rupanya! pastu rejam dgn batu. gila la violent budak tu!

    Farid:
    dh masuk je skolah menengah, dia jd sgt bertanggung jawab dh. kecik2 tu lain cite la kan.

    Nan:
    gila zalim. awk kebas ayam ayah rupanya. camne la ayah tak perasan ye. oo. awk ada sembelih dulu ye tp tak lut. haha. pastu baru sumbat dlm plastik. tak dpt ngah bayang betapa tersurat aura syaitan kt muka awk wkt tu. mcm innocent je tgk tp perghh.. raja kezaliman. rindu zaman kita duk rumah tu kan. huhuk. btw, mcm yg awk ckp td, ngah pun mcm tak caya je yg ngah ingat lg nama buyung tu ridwan. huhu.

    Reply

  6. Ainul Arina Madhiah says on :

    ish2, ganas tu.. baca entry ni teringat plak kat sorang kawan yang pernah baling anak ayam kat dinding sampai biru anak ayam tu.. memang hitler betul kenakalan dia.. huhu

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    baling anak ayam??? aaa…… ks tak boleh tgk benda2 penuh zalim camni. ngilu! rasa perit tekak ks.

    Reply

Leave a Reply