Batik Lepas

Assalamualaikum wbt

Saya menelefon katalis hidup saya Sabtu lepas. Cerianya suara emak. Bila saya tanyakan apa yang emak sedang lakukan, jawab emak, sedang membelek-belek kain batik lepas Langkawi yang diberikan oleh Mak De saya, adik emak. Saya tanya, untuk pakai dengan apa kain batik itu. Jawab emak, untuk kalau-kalau ada yang mati.

Tersentap saya. Saya di pasar waktu itu. Saya sudah rasa dada saya penuh, mata panas. Saya kata pada emak, tak sukalah cakap begini. Jawab emak, iyalah, memang itupun tujuannya. Saya kata lagi, sudah-sudah, jangan cakap lagi. Saya sudah mula tidak sedap hati. Jawab emak kemudian, iyalah, orang pakai batik lepas lilit-lilit dengan kebaya, kita buat sedia untuk tutup jenazah sajalah. Saya kata pada emak, cukuplah, jangan sebut lagi. Saya tak boleh tahan sebak. Emak pun menukar topik kepada isu-isu di rumah. Saya pun beransur reda daripada sebak yang penuh di dada. Saya sensitif dengan isu kematian sejak berada di sini.

Hari ini katalis hidup saya itu akan ke Terengganu dan kemudian ke Kuantan. Berkursus hingga Rabu nanti. Semoga emak dan ayah sihat sejahtera dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Nota: Daylight saving sudah bermula di sini. Jadi, beza waktu Moscow-Malaysia sekarang ialah 5 jam sehingga penghujung Mac nanti.

6 Responses to “Batik Lepas”

  1. cikgu jawe says on :

    salam sarah..

    kuat menyakat juga mak sarah ye. awak pun jgn le kuat cengeng. hehe

    Reply

  2. Ainul Arina says on :

    ks,

    memang agaknya kalau diluar ni, kita jadi oversensitive ya bab2 ni? terasa jugaklah macam tu..
    baru-baru ni dalam bulan syawal ni dah ada tiga student irbid yang kehilangan ibu bapa.. dekat2 sahaja tarikhnya. Jadi kecut perut pula kita yang dengar.. Ainul selalu sangat doa jangan sampai ainul tiada di samping mereka waktu mereka pergi. Cukuplah sekadar dah kena waktu sekolah dulu. Gara-gara duduk asrama, tak sempat jumpa adik sebelum dia pergi. Sampai2 rumah sj, yang ada hanya jenazah. Trauma jadinya nak ke asrama selepas tu. Takut2 benda yg sama berulang.. T_T
    Ini dh di luar Malaysia lagilah, tak putus2 saya doa tak mahu diuji begitu. Takut tak kuat~

    Reply

  3. one says on :

    Salam..
    sini nak masuk jam 2 ptg,sana nak masuk jam 9am.. so,selamat pagi musim semi (:

    Reply

  4. kylex says on :

    salam..

    Itula jenaka org2 tua tw,kita pun kenela beringat selalu kn..Pape pun semoga sihat2 selalu hendaknya utk mak ayah kita,k 🙂

    Reply

  5. azlanlin says on :

    Ingatan untuk kita yang selalu terlupa dan dah tak ingat-ingat… tak gitu?

    Reply

  6. snm says on :

    salam sarah 🙂
    itu jenaka paling kasar dr Abah saya. saya x suke dgr 🙁 dia kata, kami adik beradik perlu survive dan independent, so skrg lah masa utk kami apply balik apa yg dia ajar. huuu~~

    Reply

Leave a Reply