Surat: Apa Khabar Orang Kampung

Assalamualaikum wbt

Emak dan ayah,

Apa khabar semua di rumah? Ngah doakan semuanya sihat-sihat saja. Petang tadi, selesailah segala pertarungan di Oncology Hospital. Sengaja Ngah tidak khabarkan bahawa Ngah menduduki Credit Day pada hari ini. Ringkas cuma coretan untuk emak dah ayah. Sekadar hendak mengkhabarkan bahawa Ngah telah lepas dengan baik dan pembentangan kes juga dapat dibuat dengan baik. Ya. Baik pada penilaian dan kepuasan diri sendiri. Emak dan ayah jangan khuatir. Anak yang seorang ni tak memonteng sekali pun, tepati masa dan sanggup berjaga malam semata-mata hendak memastikan nota lengkap, ringkasan kes dikemaskinikan, persediaan hari berikutnya dibuat dan blog dikemaskinikan untuk ditatap oleh emak dah ayah. Nampak gayanya, emak dah ayah perlu sentiasa menjenguk ke mari agar tidak terlewat membaca repekan terkini daripada Ngah. Agak-agak, emak masih berebut PC di dapur tak dengan adik-adik? Hehe.

Emak dan ayah,

Ngah ada satu cerita yang hendak dikongsikan. Tadi, Dr. Alexei bertanyakan nama Ngah. Siapa Dr. Alexei? Dialah yang menjadi fasilitator untuk posting kali ini. Antara 10 orang, nama Ngah saja yang ditanyanya. Sarah. Jawab Ngah. Biarlah kalau orang nak kata Ngah perasan atau apa sekarang ini tapi Ngah gembira kerana kerja keras untuk posting kali ini berbaloi dan ‘dilihatnya’. Tentu emak dan ayah faham apa yang Ngah maksudkan, kan. Dengan perhatian yang diberikan oleh Dr. Alexei sejak Isnin lalu sehingga tadi, Ngah rasa segalanya terbayar, tiada apa yang menggusarkan hati lagi. Keranya jugalah Ngah rasa bersemangat untuk meneruskan posting yang lain pula dan menyudahkan tahun akhir ini dengan sebaik-baiknya. Kalau Ngah punya gambar Dr. Alexei, pasti Ngah titipkan di sini. Biar emak dan ayah kenal siapa pendorong semangat anak yang seorang ini.

Balik dari hospital petang tadi, Ngah balik bersama Azam. Dalam kami berbincang pelbagai isu, dia ada menyatakan sesuatu. Ngah terkesan dengan apa yang dia katakan. Katanya: Jadilah seperti ikan. Biar hidup di air tawar, ia tetap tidak tawar. Biar hidup di air masin, ia tetap tidak masin. Dalam maksudnya, kan. Ngah tahu emak dan ayah faham apa yang Ngah maksudkan di sini. Insya Allah, ini janji Ngah. Mahu jadi seperti ikan.

Emak dan ayah,

Cukup di sini dulu untuk kali ini. Esok Ngah akan bercuti sehari sebelum memulakan posting Autopsy yang sekejap saja tu pada hari Jumaat nanti. Kalau makan ikan patin masak tempoyak ataupun asam pedas ikan pari, jangan lupakan Ngah ya! Salam buat adik-adik di rumah. Katakan pada Adam dan Adi, doa Ngah tak putus untuk PMR dan SPM mereka.

Nota: Ayah, lucu pula bila baca email ayah. Operasi Tebuan namanya ye. Tak sangka pula sampai terpaksa panggil JPA3 untuk menurunkan sarang tebuan di atas pokok nangka di tepi garaj tu. Meriah juga nampaknya gambar-gambar ketika operasi tu ye. Maklum sajalah. Jarang-jarang ada insiden begini terjadi, kan =)

Salam dari Moscow,
Ngah.

26 Responses to “Surat: Apa Khabar Orang Kampung”

  1. Ibn Asad says on :

    Salam ziarah,

    Perumpamaan tentang ikan tu memang menarik. Ikan yang tak masin tu melambangkan orang yang teguh pendirian. Tak mudah layu dek pujuk rayu.

    Orang yang pendiriannya tak teguh pulak macam timun. Masuk dalam air garam terus hypertonic; jadi jeruk.

    Moga sihat dan bahagia selalu. Doakan saya teguh pendirian macam ikan tu ye 😉

    p/s:

    Biar pendirian macam ikan, asalkan ingatan tak macam ikan. Ikan emas ada memori 2 minit je 😛

    Reply

  2. snm says on :

    salam Mak 🙂
    sarah..ye..dlm mksd ttg ikan..sama jg mcm pokok kelapa. kan? beri manfaat pd sekeliling, hablum minannas, hablum minnallah (utk bintang saya x ingt :p) <– ayat common dr Abah saya ttg hidup..

    sarah..slmt study ok 🙂 saya doakan yg baik2 utk sarah..

    Reply

  3. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    eiii..
    kalo sy datang msia, bleh tak nak mintak ikan patin masak tempoyak kat mak kamu??? (niat balas dendam nie)

    Reply

  4. Anonymous says on :

    salam sarah,
    biler baca surat sarah utk mak & ayah sarah, timbul rasa teruja dengan semangat sarah.
    Erm, sarah saya ingin bertanyakan sesuatu memandagkan sarah belajar di dalam bidang perubatan..saya telah ditanya apakah maksud LORDOSIS. puas saya mencari maksud perkataan lordosis tu.tp makna yg diberi adalah LORDOSIS jg. klu sarah x keberatan, bolehla terangkan maksudnya pd saya. t.kasih sarah

    Reply

  5. chmod says on :

    salam doc sarah.
    mulanya tak nak la tinggalkan komen..tapi klu baca posting yg ada maksud tersirat, rasa saya susah nak tahan diri dari letak komen disini.. "Jadilah seperti ikan. Biar hidup di air tawar, ia tetap tidak tawar. Biar hidup di air masin, ia tetap tidak masin" mungkin maksudnya:
    jadi seorang yg teguh pendiri&iman dan akal kekalkan sifat keteguhan itu walaupun berada dimane mahupun disituasi mane pun…tak mungkin akan ubah atau mengauli diri dengan dengan persekitaran atau keadaan itu..sarah tetap akan sarah..takkan ubah diri sarah kerana keadaan mahupun persekitaraan…mungkin mak dan ayah bimbang doc sarah ubah diri that y doc sarah janji kepada mereka untuk jadi spt "ikan".

    Reply

  6. k.mai says on :

    salam,

    pastinya ibu dan ayah sarah berbangga mempunyai anak seperti sarah ini..:)

    kena belajar dari pakcik & makcik (ibu & ayah sarah)juga macammana membesarkan dan mendidik anak dengan sempurna..

    Reply

  7. arejue says on :

    Salam Sarah,
    Rasa lega kerana sarah sudah kembali menulis…kerana akak antara pembaca senyap blog sarah…

    Reply

  8. mfadlimusa says on :

    Hi Sarah,

    Tak terlambat nak ucap selamat hari raya dan selamat menghabiskan hari-hari diperantauan.

    Seronok layan Dunia Sarah..Sesekali saya akan menjengah ke Dunia Sarah untuk menghadam kata-kata seorang anak untuk ayah dan emak..

    Berilah segala jiwa dan raga selagi mereka masih ada..

    mfadlimusa

    Reply

  9. sarah mohd shukor says on :

    Salam buat semua =)

    Alif:
    insya Allah. kita akan jd ikan2 yg lain tp bukan emas. kamu kena jd ikan buntal ok. supaya berisi sikit 😀 ks nak jd ikan todak. kurus dan panjang 😀 *aishh… bilalah nak meninggi ni* 😐

    Falin:
    anakku, ingatlah 10 pesan Luqmanul Haqim buat anaknya =) eiii.. mcm dah tua buanyinya sy ni :p

    Izu:
    awak nak balik msia ke? kalau awak singgah temerloh, pegi saja la ke rumah sy. mak sy masak ikan patin tempoyak super duper sedap. siap boleh request extra tempoyak lg tu. pastu minum air merah melenggang ye. hehe. awk takkan sesat cari rumah sy. awk kan dh biasa dgn temerloh tu dulu2 😀

    Reply

  10. sarah mohd shukor says on :

    Anon:
    Sy terus jawab persoalan je la ye. lordosis ni ialah keadaan tulang belakang kita yang berubah (deform) yg membentuk lekukan atau perubahan lain yg secara fizikalnya kita dgn jelas boleh lihat apabila seseorg tu berdiri. kebiasaannya adalah lekukan ke arah dalam badan (dr belakang ke depan). jadi bentul fizikal badan org itu akan berubah spt mempunyai dada dan tulang rusuk yg kita lihat seperti menonjol ke depan, pinggul yg kecil dan tulang punggung dan buntut pula seperti meninggi ke belakang. jika masalah ni jd pd kanak2, ada yg boleh dibetulkan secara physiotherapy sejak kanak2 tu kecil lg. mksudnya, tulang2nya boleh berubah semula kepada posisi normal. tp bg org dewasa pula, keadaan tulang seperti ini biasanya perlu dibetulkan secara pembedahan. tp, selagi tidak mengganggu aktiviti sosial dan kehidupan mereka, pembedahan tak disarankan kerana dalam tulang belakang kita, terdapat saraf tunjang yg sgt penting utk badan. risiko keterilabatan saraf tunjang adalah tinggi. apa2pun, lordosis tidaklah seteruk kyphoscoliosis. keadaan tulang dlm kes ini jauh lebih terus. ada hunchback, tulang belakang pula bukannya membengkok ke depan/belakang sebalik ke kiri/kanan. jadi, kita akan lihat pesakit itu badannya senget dari atas ke bawah kerana vertical plane badannya telah berubah. diharap penerangan ini dpt membantu sedikit sebanyak.

    Reply

  11. sarah mohd shukor says on :

    Chmod: (Ni Tiang Purnama kan? sy dah tertukar-tukar dah. sorry mas!)
    ye. tepat la huraian awk tu. moga2 kita semuaaaaaa jadi mcm ikan. sy cuma taknak jd ika kering je. huhu.

    Kak Mai:
    haaa. tu maksudnya kak mai, abg fisol n the kids satu hari nanti kena la dg rumah sy pula =) kunjungan balas. jom pekena ikan patin temerloh naa =)

    Kak Arejue:
    hehe. terima kasih kak =) tak sangka ada jgk yg follow diam2 blog ni. bukan ada apapun kt sini. tempat merepek aje :p

    M. Fadli Musa:
    selamat hari raya Fadli. terima kasih sudi singgah sini. insya Allah selagi mak dan ayah ada, diorg la keutamaan sy.
    p/s: sy ada seorg kawan lama yg namanya Mohd Fadli Musa. mungkin tak ini org yg sama? sekadar bertanya.

    Reply

  12. Anonymous says on :

    thanks sarah di atas penerangan ttg lordosis tu. Appreciate sgt. tq

    Reply

  13. TiangPurnama says on :

    alamak..kecurnya..
    TAHNIAH! 🙂

    Reply

  14. CritiCalThinKer says on :

    anaklah ikan lah ikan dimakan ikan 2x..
    ikan lah kechil tulangnya banyak tulangnya2x.. *nyanyi atas buai goyang2 kaki

    Reply

  15. sarah mohd shukor says on :

    Anon:
    sama-sama =)

    Tiang Purnama:
    betul kan chmod tu awk kan? sy mmg dh tertukar-tukar ni. kalau salah, betulkan sy semula ye. kecur ikan patin? hehe.

    CT:
    saya pun menyambung: dondang lah sayang. adoi 2x.
    huhu. silap terus :p

    Reply

  16. Thia says on :

    Akak,memang tersentuh hati bc entri ni.hbgn akak ngn mak ayah sangat rapatkan? Rasa mcm nak tulis surat juga pada mak ayah.tp takut digelakkan pula.hehe
    akak,smlm sy ada buat plan ngn radin. Nak serang akak d moscow.arap2 jd. Akak,nanti sy nk hanta email kat akak.mahu tanya benda.emel akak ape ye?. Take cr kak

    Reply

  17. TiangPurnama says on :

    Hehehe,Autopsy…all the best!
    Jadilah seperti ikan but..don’t smell like ones,nanti jadi buruan kucing.

    Reply

  18. Nadia m2 says on :

    salam wrt sarah.sekian lame sy xjenguk blog awk.sayu hati bace surat utk mak ayah ni…isk2

    btw sy mencari2 awk kt embc hari tu..awk xdtg ke?oh bersemangat sy gi embc nk jumpe awk

    hehe tp xpelah,kite bkn jauh sgt pn duduknye hehe..

    hrp semua ok kt m1 K ^^ saaayyaannnnggg awk…wslm wrt.

    Reply

  19. kylex says on :

    salam..

    Sy xpernah pun tulis surat kat umi dan abah sy,sbb xdok jauh cm cik sarah,kdg2 teringin jgk ye,hihi 🙂

    alamt umh plzz..Nak pegi cari gulai tempoyak ikan patin,huhu..Mst best kn sbb leh cari patin yg fresh2 dari sungai kt temerloh tu..akan ku hadirkan diri ku di temerloh jgk nnti 🙂

    Reply

  20. a.s.h.a.r says on :

    wah patin masak tempoyak.

    patin masak tempoyak
    yang ma (atuk) papa resepikan
    raya lalu masih ada sejuk beku
    dalam peti haa..

    laporla pulak..
    perangat jap la..

    oh patin masak tompoyak

    Reply

  21. 13may says on :

    salam sarah…

    apa kabar?

    moga ceria ceria selalu 🙂

    Reply

  22. WMH says on :

    Salam…sy hanya boleh katakan sy berbangga dengan anda…

    kenapa ikan tidak hidup lama di darat???

    Reply

  23. sarah mohd shukor says on :

    Thia:
    wah! nak email. sarahmohdshukor@gmail.com. contact segera. seronok plak dengarnya ni 😀 thia, ks pun x penah hantar surat betul. hantar kad penah la. huhu.

    TiangPurnama:
    yes. maksudnya betul la kan yg sy tanya tu kan 😀 erk. sy takmau bau spt ikan. nanti sy tak disukai org 😐 hehe.

    Nadia Alif’s:
    heh. comelnya nickname awk yg sy bagi ni. senang nak bezakan dgn nadia yg lain 😉 eh, sy ada pesan pd sorg junior 4th yr yg pegi. myb dia tak jumpa awk so pesanan sy tak disampaikan. sy sakit badan ahad tu. malas dh nak ke embc. sakit badan sbb hari sebelum tu pulun memasak je di dapur utk open house M1. siang td sy cuti. sy plan nak ke M2. tp wkt tu metro card sy pd fareena n ptg td plak sy ada elektif derma. so, sy malas la nak rush sgt sbb wkt tu lapar ya rabbi :p sy akan curi masa ke M2. eh, ramai org demand barang awk kat sini tau. sila bg sy stok baru 😀 muaah~~ sayaaaaang awk!

    Reply

  24. sarah mohd shukor says on :

    Kylex:
    err.. sy pun x penah tulis surat yg betul2. setakat tulis kad penah la. hehe. kalau awk cari betul2, ada terselit alamat sy dlm entri lama. huhu. jenuh la mak sy terpaksa menerima kunjungan tak disangka drpd kawan2 anak bertuah sorg ni ha :p

    Bro ASHAR:
    wa… tak leh jadi ni. siap bungkus bawak bekal balik bangi ye! kalau dh org pahang tu, pahang le jugak. ye dak. tempoyok tu takleh tinggey langsung 😀

    Maymay:
    salam maymay =) alhamdulillah sy sihat2 aje. semoga awk ceria2 dgn keje yg menimbun tu ye 😉

    WMH:
    erm.. sbb Allah dah berikan dia insang, bukan paru-paru. dlm erti kata lainnya, jadilah diri sendiri. jangan berpura-pura. kalau dah bukan kuasa kita utk buat sesuatu yg diluar batasan atau kemampuan, jadi tak usahlah buat kan. nanti, mati mcm ikan di darat. ha. jgn jadi anak ikan dah ye. sila dewasakan fikiran mcm bapak ikan pula =)

    Reply

  25. snm says on :

    sarah..
    ye..pesanan mu akan ku ingt sbgmana pesanan dr luqmanulhakim kpd anaknye
    sarah..thanks..sharing is caring 🙂

    anakmu yg perasan. hehehe:p

    Reply

  26. mfadlimusa says on :

    Sarah..

    Mungkin satu kebetulan nama yang sama. Tak tahu lah plk kalau kita pernah kenal sbb saya tinggal di jerantut dan bersekolah di Jengka pusat 20 tahun yg lampau.

    Sejuk hati ibu dan ayah ada anak seperti Sarah..Bangganya seorang abang yang ada adik seperti Sarah.Istimewanya seorang sahabat yg ada sahabat seperti Sarah.

    🙂

    Reply

Leave a Reply