Kontradiksi

Assalamualaikum wbt

Tahun lepas, untuk Rumah Terbuka Aidilfitri Spartivnaya, saya ditugaskan memasak 9 kg kuah kacang. Waktu itu, saya masih sakit. Badan kurus. Selera tiada. 3 minggu begitu. Ramadhan yang berlalu pun terasa kurang ‘izzahnya untuk diri sendiri. Raya pun saya tak berpeluang merasa banyak benda. Berpantang. Tekak dan perut merajuk.

Tahun ini, untuk Rumah Terbuka Aidilfitri Spartivnaya, saya ditugaskan memasak 10 kg kuah kacang. Waktu ini, saya sihat wal’afiat. Badan semakin gemuk. Selera semakin naik. Sudah 3 hari terasa begini. Tapi Alhamdulillah, Ramadhan yang berlalu sangat terasa ‘izzahnya untuk diri sendiri. Raya pula saya berpeluang merasa banyak benda. Tak berpantang. Tekak dan perut sama hebatnya.

Ha, padan muka. Dah gemuk dah.

Nota: Bagi rakan-rakan yang berada di Moscow, jemputlah datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri di Spartivnaya Hostel esok tengahari ye. Ada Nasi Kerabu tau. Hazreen dan Raimy, tahun ni KS mengulikan diri untuk kuah kacang lagi. Tahun ini lebih pedas. Selera tekak KS. Huhu. Datang tau.

11 Responses to “Kontradiksi”

  1. akak says on :

    Alhamdulillah..tahun nie kiranya semua menjadi la ye..TahuΒ² je kan tahun akhir..semuanya okayΒ² je. Tapi bab gemuk tu..kurang pasti pulak..gemuk ke??. Akak tengok ..mmm..ngam-ngam je. Dah comel dah..mana ade gemuk..hehe..

    Nanti tahun depan nak tempah Sarah jadi chef la.. kalau akak nak buat rumah terbuka..Harga bagi diskaun la ye..:))

    Reply

  2. menteil says on :

    sudah gemuk?
    wah..
    itu tandanya sihat..
    hee…

    Reply

  3. sarah mohd shukor says on :

    Akak:
    thn depan sy kena jd chef kat rumah sy la plak kan. ganti mak. sy kena ambik alih kerja2 dapur kerana sy jamin, menjelang raya tahun depan, sy masih lg bergelar penanam anggur terhormat πŸ˜€

    Menteil:
    huhu. ye. sy semakin sehat!

    Reply

  4. kylex says on :

    salam..

    alhamdulillah taun ni lebih menyihatkan yer dari taun2 lps ye..Sdpnye kuah kacang,sy suka,suka..nak rasa jgk,smpt ke smpi moscow esk pagi,hehe πŸ˜›

    Reply

  5. akak says on :

    kalau macam tu..akak ke rumah chef je la..hehehe.

    Reply

  6. cikgu jawe says on :

    okeh. pagi ni juga ambil tiket gi moscow!. hehe

    thn dpn dpt le merasa kot kuah kacang cik sarah nih. tu pun kalau dia belum ‘diminta’ oleh sesapa. kikikiki. =)

    aku perasan satu perkara. sejak awak kembali menulis. tajuk n3 semua pendek2 aje. sama mcm n3 kt blog aku yg satu lagi. bkn hikayat cj. ada satu lagi blog aku.. hehe

    Reply

  7. sarah mohd shukor says on :

    Kylex:
    kalau flight mlm td dr KL, akn sampai paling awl pukul 2.30 ptg sini. ye. masih sempat. hehe.

    Akak:
    ye. pastinya boleh!

    Cikgu Jawe:
    erk, cikgu, dr msia takde flight ke moscow pagi mcm ni. kalau pagi, mmg awal pagi sungguh. pukul 1-3 pagi. huh. takde sape nak mintak nya la. belum masa lagi. tajuk pendek2? hehe. erk.. sy baca ayat cikgu yg hujung tu mcm ada maksud tersirat je πŸ˜€

    Reply

  8. cikgu jawe says on :

    blog satu lagi tuu.. sbb kdg2 ada perkara yg tak boleh dikongsi tetapi mesti diluah.. hehe.

    takpe le.. thn dpn pakat2 dgn acai dtg beraya kg lebak. hehe

    Reply

  9. CritiCalThinKer says on :

    mahu join ‘Gemok De Cuty Club’? Sila daftar.. πŸ˜‰

    BTW, just rephrase me as critical thinker.. thanks.

    Reply

  10. sarah mohd shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    ate moh le ke lebak tahun depan yek =) ooo.. cikgu ada 2 blog eh. nanti nak cari! :p

    Critical Thinker:
    takmau join. sy dh ada kelab lain. hehe.yg ada 2 ahli je. president n seorg 1st lady je :p tapikan, the chubbier, the more huggable u are. isnt it? πŸ˜€

    Reply

  11. Inah says on :

    konpius..leh ke sarah jadi gemuk..setau akak..sarah ni kecik jek n cikeding πŸ˜›

    Reply

Leave a Reply